Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Makan apa di Perlis Julai 27, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 8:06 am

Sejak saya kembali ke Negeri Perlis hampir setahun lepas, saya sudah pandai makan-makan di Perlis. Sebelum itu, saya amat tidak tahu untuk makan sedap di mana di Negeri Perlis. Untuk senarai peribadi saya, supaya tak lupa di masa hadapan tentang di mana saya patut makan, di sini saya senaraikan tempat makan dan makanan yang  paling saya suka di Perlis:

1) ABC dan masakan panas di Tasik Melati, Beseri- Slurrrp. Nampak Air Batu Campur (ABC) atau orang Perlis lebih suka panggil ia sebagai Ais Kacang kat atas ni? ABC yang menggiurkan ini, cukup dengan sirap ros dan gula merah, kombinasi kekacang, jagung,cendol,dan lain-lain yang amat serasi. Sangat-sangat sedap dan saya selalu rindu ABC ini. Walaupun tanpa straw gedabak dan Aiskrim yang menjadi trademark kedai-kedai canggih yang lain, ABC di gerai ini amat menusuk kalbu. Selain ABC, gerai ini turut menjual makanan panas, dan yang paling saya suka ialah nasi goreng ayam dan Kuey Tiaw Kuah. Cara masakannya adalah secara Melayu Asli, tak terikut dengan pengaruh Siam atau Indonesia.

2) Bihun Sup Aris- Bihun Sup ini agak lain daripada yang lain. Saya mengagak bahawa tuan punya bihun sup ini, iaitu En.Aris, menggabungkan resepi bihun sup Siam dan Melayu. Kuahnya tidak berminyak, berwarna hitam. Bihunnya berwarna putih dengan kombinasi sayur kangkung, lobak asin, kacang tanah tumbuk, dan daging, serta serbuk cili. Bihun ini dijual di Pasar atau Nat sehari di Balai Baru, Beseri.Boleh didapati setiap Sabtu, Isnin dan Rabu. Di Nat Mata Ayer pula, hari Ahad.

3) Anjung Keli- Ini adalah tempat yang ideal untuk makan tengah hari. sesuai sekali dengan namanya, sememangnya ikan keli menjadi menu utama di sini. Ikan keli salai masak lemak, keli bakar, keli goreng, sambal keli, dan keli sambal hijau. Masakan lain semua merupakan masakan kampung. Masakan pilihan saya ialah sambal goreng tempe. Lihatlah kulit saya yang mulus ni, akibat makan tempe.Blueeekkk.

4) Tomyam Padang Besar- Kalau di Malaysia ni, bagi saya, di sinilah tempat makan tomyam yang paling nikmat. Menghirup kuahnya yang pekat,pedas dan masam melekat di lidah dan di hati. Mereka menggunakan dua ekor udang yang kepalanya besar gedabak.Padankan tomyam ni dengan Kailan Ikan Masin dan telur dadar. Pasti terangkat. Lokasinya ialah di Arked Niaga Padang Besar.

5) Somtam Padang Besar- Somtam terhasil dengan ramuan betik atau mangga muda dengan gula kabung(nam tan), cili padi, kicap sotong, jeruk bawang putih, kacang goreng, kacang panjang dan lain-lain. Rasanya sangat authentic Thai. Deria rasa kita akan kebengangan bila makan somtam sebab ia memiliki segala rasa yang Allah cipta. Somtam terbaik di Padang Besar adalah di Kedai Kak Wati, berhadapan Balai Bomba Padang Besar. Selain somtam, makanan terbaik yang lain di gerai tersebut ialah Pulut ayam dan Laksa Lemak Thai.

6) Pokok Sawa- Restoren pilihan untuk makan tengah hari sewaktu bekerja. Jaraknya agak dekat dengan tempat kerja saya. Seperti Anjung Keli, Pokok Sawa juga mempunyai pelbagai pilihan makanan yang di makan hidang. Semua adalah selera kampung.

7) Kuala Perlis- Dahulu saya jarang makan di Kuala Perlis, tapi sejak ada kenderaan sendiri, saya selalu ke sana terutama dengan keluarga. Tempat pilihan kami adalah di Medan Selera berhadapan hotel Putera Brasmana, Gerai no.3. Tempat makan ini menghadap laut, memang syiokk. Saya minat gerai nombor 3 sebab makanannya lebih sedap berbanding gerai lain. Ok, ini memang hasutan. Saya lansung tak suka makan ABC di Medan selera ni. Mana-mana gerai pun.

8) Fatin Corner- Fatin Corner adalah satu saksi kepada revolusi gerai kecil kepada gerai bertaraf bintang. Fatin Corner tak perlukan variety makanan yang pelbagai, mereka fokus kepada makanan yang mereka perkenalkan dan menjaga kualiti rasa, kecekapan, dan kebersihan. Suasananya meriah dengan tokei kedai yang menggunakan mikrofon untuk mengalu0alukan tetamu, dan memberi arahan kepada anak buah, seperti deejay rumah kenduri. Fatin corner turut menjadi pilihan selebriti termasuk Mawi, untuk menjamu selera di situ. Mungkin juga lokasinya yang dekat dengan hotel Putera Palace menjadi faktor ramai selebriti dan kenamaan makan di situ. Hanya ada tiga jenis makanan khusus di sini iaitu  laksa, bihun sup, nasi ayam, yang digandingkan denganpelbagai jenis cendol dan minuman lain.

9) Nasi Kandar Market- Baru sekali merasa nasi kandar di sini, tetapi sudah melekat di hati. Nasi kandar ni diperkenalkan Mucid. Menjadi tumpuan di waktu pagi memandangkan ia terletak bersebelahan pasar pagi (orang Perlis menyebutnya sebagai Market). Tak mahu komen, perlu makan 3 kali baru boleh komen.

10. Chikcken rice kiosk- Ini adalah gerai nasi ayam yang sedap berbanding The Chiken Rice Shop atau My Mom’s Chicken Rice Shop (tiba-tiba teringat, owww mengapakah aku dipertemukan lagi dengan orang yang suka order Nasik ayam separuh, ayam stim, nak peha, nak sos lebih, kicap lebih, timun dan tomato lebih semasa saya bekerja di Ampang dulu. Kini beliau adalah superbigboss saya. aih..) Kiosk nasi ayam ini ada Mata Ayer dan di Behor Pulai ( bersebelahan Anjung Keli)

11. Restoren Pokok Buluh – Ini adalah rstoren western yang hebat di Perlis. Afiq yang kata. Saya tak pernah rasa. Lagi satu tempat western food pilihan ialah Shah’s Corner. Kedua-dua restoren saya masih belum cuba. jadi, mereka masih dalam kategori waiting list.

So pada kawan-kawan yang nak datang ke Perlis dan teringin nak melantak dengan saya, sila sediakan wang secukupnya ye. Kamu kena belanja saya sebab saya dan bagitau kamu tempat makan yang best.

 

Cheese cake Dahlia Julai 22, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 9:41 am

Kalau sudah namanya rejeki, yang tak terbayang itulah yang datang bergolek-golek. Tadi, Wan Dahlia, si pemilik nama yang klasik, datang melenggang lenggok membawakan dua ketul kek keju yang emmmmmmmmmm sedapnye. Saya pun mintak le resepinya, ingatkan susah, rupa-rupanya senang saja. Saya akan cuba buat nanti. Ini hanya resepi, saya tak dapat meletakkan gambarnya sebab dah habis saya makan.Demi mempersiapkan diri menjadi seorang wanita yang biar-tak-sempurna-tapi-hampir-cemerlang,saya akan cuba melestarikan resepi ini dalam masa terdekat. Saya janji, kalau menjadi, saya akan letak gambar di sini, kalau tak jadi saya akan letak kek di sana. Sana tu laaa.tong sampah.

Bahan-Bahan

1. 10 keping biskut digestive McVitis atau biskut Makcik Marry ( Oww gowd..makcik Marry kembali menceriakan hidup saya dalam Dottie)

2. 125g mentega ( separuh daripada mentega biasa tu)

3. 250g krim keju

4. 250g krim putar

5. I biji limau nipis-diambil jusnya sahaja

2 biji telur

1 sudu teh esen vanila

1/2 cawan gula

Cara-cara

1. Biskut dihancurkan,pepandai la korang nak hancurkan rumahtangga dia camne. Kendian, gaulkan dengan 125gbutter sampai boleh dikepal. Kemudian, padatkan ratakan dan padatkan acuan ni di permukaan loyang dan simpan dalam peti sejuk.

2. Kesemua bahan-bahan lain, masukkan ke dalam blender dan kisar sehingga mesra.

3. Tuangkan ke atas base yang kita sediakan tadi.

4. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah Dua Mawar celcius. Menurut Cik Dahlia, “Guna api bawah saja”. Mak cik-makcik semua faham kan?

tip: Sebenarnya whipped cream dan jus limau nipis tu adalah alternatif bagi sour cream. Di Perlis tak ada jual sour cream. Sapa tau ada jual kat mana, sila update saya.

 

Makanan sewaktu anda terdesak

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 5:40 am

Hari ini saya seperti ultraman yang bertukar menjadi dietician. Saya menjumpai artikel ini semasa saya sedang bermalas-malasan depan computer semalam. Artikel ini adalah berkaitan dengan makanan yang perlu disimpan untuk menghadapi saat-saat genting terutama bencana alam. Stok makanan ini antara makanan penting sebagai penyambung tenaga sewaktu kita menghadapi bencana. Suka diingatkan, sewaktu bencana seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, rumah runtuh ditimpa pokok besar, atau rumah kita ditepi jalan dilanggar lori pemabuk todi (nasib masih baik kalau kita tak mati) atau kebakaran, keadaan fizikal kita bukanlah seperti kita sedang makan angin. Ini kerana kita mungkin menggunakan extra tenaga untuk menguruskan hal-hal berkaitan bencana ini. Jadi untuk stok di waktu tak terduga, simpanlah makanan-makanan ini di rumah. Tapi pastikan anda mencatat setiap tarikh luput semua makanan dan pastikan ia segar. Kalau tidak, ia bukan menambah tenaga, sebaliknya menempah bala.

 1) Bijirin- bagi rakyat Malaysia, kecuali pengamal diet Jusmate 5, beras adalah makanan ruji,si rakyat ini boleh menggulupur kalau tak makan nasi dalam sehari. Pastikan simpanan beras untuk saat genting mencukupi. Sekurang-kurangnya, kalau banjir, tak dapat keluar ke kedai, anda masih boleh makan nasi seadanya, sementara menanti mana-mana Yang Berhormat datang bersama para media, menghantar kain pelekat dan beras, tepung dan ikan bilis kepada anda.

 2) Mentega Kacang- Sumber tenaga yang sangat baik, penuh dengan lemak dan protein. Tak payah fikirkan hal diet lagi kalau rumah anda dah senget sebelah dan anda terpaksa tinggal di dalam khemah.

3) Biskut gandum penuh aka biskut whole wheat- biskut ini mempunyai serat yang tinggi, mudah menghilangkan lapar. Menjadi pengganti kepada roti, boleh dibuat sandwich atau dicelup dalam milo.

4) Kacang-kacang- Kekacang mengandungi sumber tenaga yang tinggi, sesuai diberi pada anak-anak anda sewaktu tinggal di pusat pemindahan sementara banjir. Lebih baik jika disimpan menggunakan bekas vacuum-packed. Lambat berkulat.

5) Granola bar- ia mengandungi segala jenis tenaga yang diperlukan tubuh di saat kita letih, lapar dan stress. Mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi, ia sangat berbaloi walaupun harganya agak mahal. Saya sendiri, semasa sedang menjalankan latihan industri di sebuah syarikat perhubungan awam, saya kerap mengambil granola bar, sebab tak sempat nak makan. Dan, masa tu saya slim, tapi bertenaga. kehkehkeh

5) Buah-buahan kering- Di saat buah-buahan segar habis dihanyutkan air banjir, kita masih boleh mendapatkan sumber potassium dan serat daripada buahan kering seperti apricot, kismis, kurma, pisang salai, dan sebagainya.

5) Tuna, sardine dan ayam dalam tin- Anda semua pun tau, kalau kita berkhemah, atau malas, kita akan makan benda-benda ni.

6) Air botol- Cuba untuk simpan stok air untuk keperluan selama tiga hari. Selain untuk minum, jangan lupa untuk keperluan lain seperti jika perlu ke toilet.

 7) minuman isotonic- 100Plus dan Redbull dapat memberi tenaga segera kepada badan yang keletihan setelah berhempas pulas mencuci rumah dek lumpur dan sampah sarap akibat banjir. Electrolytes dan karbohidrat dalam minuman ini akan membantu kita rehydrate dan menggantikan cecair dalam badan dengan segera.

8) Gula, garam, lada hitam atau lada sulah- Sekiranya dapur memasak kita terselamat dari bencana, sekurang-kurangnya kita boleh memasak sesuatu yang ringkas seperti bubur nasi, sup, sayuran, dan minuman. Perasa asas ini sekurang-kurangnya dapat menambahkan rasa kepada kehidupan kita yang sedih dan hambar itu.

9) Multivitamin- Makanan tambahan bagi menggantikan nutrient yang diperlukan tubuh memandangkan kita tidak mengamalkan diet biasa.

Makanan-makanan yang disebutkan ini hanya digunakan apabila kita betul-betul terdesak. Kalau di Malaysia, biasanya kalau banjir(bencana yang paling kerap berlaku) , mangsa akan ditempatkan di Pusat pemindahan. Di sebalik bencana ini, suasana di pusat pemindahan dah jadi macam pesta pula. Meriah, dengan kedatangan sukarelawan, dan aktiviti masak memasak, justeru tidaklah dikira terdesak sangat. Jadi artikel ini hanya sebagai peringatan dan pengetahuan. Saya pernah menjadi sukarelawan banjir di Parit Sulung, Muar, Johor pada tahun 2006. Kami membantu mengemas kawasan, mengadakan kuliah agama di surau, menjalankan tuisyen sementara(memandangkan kanak-kanak tidak bersekolah selama hamper sebulan). Hah!!melalut dah. Sekian.

 

Paan Request Resepi Serunding Julai 21, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 3:56 pm

Saya sedar, Paan adalah seorang wanita(cewah, wanita?err, macam mana dengan perkataan Muslimah?)yang gemar resepi baru dan suka memasak. Kesukaan beliau memasak, bukanlah seperti saya yang hanya tahu masakan kampung semata-mata. Spegetti tu resepi kampung Itali kan?Beliau suka masak sesuatu yang saya lansung tak fasih macam cupcake, kebab, puding bla-bla. Jadi, demi memenuhi nafsu Paan terhadap resepi-resepi, meh sini, nak bagi resepi Serunding. Ini adalah Serunding Ikan ye Paan.

Bahan-Bahan:

1 Kg   Ikan Kembung (aka teka teki :Ikan apa yang paling banyak masalah?)/ Selayang

1 bj bawang besar

7-8 ulas bawang putih

Lengkuas – agak agak la, aku kira sekali aku cangkul lengkuas kat rumah aku tu, banyak tu le aku guna Paan..

Halia- Ni dalam 1 inci persegi dah la..simpan pembaris tu..agak-agak sudah la..

Serai- Tau la, jari hang runcing macam tombak serai, tapi jangan guna jari hang pulak..sila beli.4-5 batang mencukupi..dihiris halus-halus sampai boleh tengok di bawah mikroskop je.

Jintan putih dan jintan manis – sikit dah le, secukup rasa..

Cili kering- Ikut tahap kepedasan la, agak-agak la..tak aci guna cili boh aaa..tak pro lansung..

Santan dari 2 biji kelapa- pastikan pekat, alaa, kalau beli di kedai mesti pekat.

Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:

Paan, kalau hang ikut cara aku buat, Chef Wan pun boleh nangis tau.

Mula-mula,siang ikan, buang perut hijau, perut kunin, insang ke apa patut. Rebus dengan air yang sikit, tak perlu banyak. Kalau boleh, biar le sejuk dulu, kemudian, asingkan isi ikan.Tulang ikan tu, jangan bagi kat kucing pulak, kesian kucing, Hang buang le dalam tong sampah elok-elok supaya tak berbau busuk yer.  Isi ikan tu, hang kisar sikit, guna air rebusan tadi. Ketepikan dia sebentar, tapi jangan la jadikan dia seperti melukut di tepian gantang.

Ok, masuk bab kedua, kisar cili kering. Lepas tu, kisar semua bahan-bahan termasuk the jintans sister. Lagi bagus kalau kisar ni, guna santan, bukan air, untuk ngelakkan terlebih air.Buruk padahnya kalau air banyak.

Seterusnya, humbankan semua bahan-bahan ni ke dalam kuali. perasakan garam dan gula secukupnya.Biarkan mendidih, kemudian kering,kemudian kering, kering dan kering lagi sampai betul-betul kering. Dia tak akan kering sendiri tanpa proses pengacauan, justeru, sila sedia mental dan fizikal, dalam sejam hingga dua jam baru nak kering. Inilah yang tadi aku kata air banyak membawa padah. Nak nak pulak kalau macam yang aku buat untuk bisnes dulu, guna dapur kayu api untuk mengurangkan kos bahan api. Padahal kos mengupah aku sebagai buruh yang pecah peluh mengacau ni tak dikira. haihh lagi.

Ada orang bagi petua kepada saya, kalau nak senang, jangan humbankan bahan kisar ke dalam kuali, sebaliknya humbankan dalam rice cooker. Bila dah kering airnya, keluarkan dari rice cooker dan masukkan dalam kuali, kacau sekejap saja, dah kering.

Selamat mencuba!

Peringatan: Resepi ini adalah resepi turun-temurun emak saya, jangan ada yang nak kondem-kondem. Saya makan serunding ni sejak saya dalam kandungan mak saya lagi.

Lagi satu, pesanan khas untuk Paan, anda boleh mengubah resepi asal dimana-mana yang dirasakan sesuai.Like replacing serai aka lemongrass with lemon juice!

GoodLuck.

 

Apabila Pelatih APMM Dikatakan Segak Julai 19, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 2:09 am

Saya rasa, Ainal Marhaton Abdul Ghani, penulis ruangan SKUAD,Berita Harian Jumaat 16 Jun 2010 merupakan orang yang mendapat doa kesejahteraan yang paling banyak sejak minggu lepas. Ada yang doa Ainal dapat naik pangkat, gaji naik, ada yang doa Ainal cepat-cepat dapat anak kalau sudah berkahwin, ada yang doa Ainal dapat beli jam tangan impian hati, ada yang doa Ainal dapat membeli kuih raya idaman tahun ni, dan ada yang doa semoga Ainal dapat makan sedap setiap hari.

Ini adalah gara-gara Ainal, dalam tulisannya berkaitan Majlis Tamat Latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyatakan caption “Pelatih kelihatan segak ketika menghadiri satu majlis rasmi di Pusat Latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kuantan”.

Haih..saya sebagai orang awam juga ingin ucapkan terima kasih kepada Ainal yang telah mengembalikan keyakinan pada Mucid yang menganggap dirinya sudah tak hensem lagi dengan berambut separa botak. Apabila digandingkan dengan pelatih-pelatih lain, mereka akan kelihatan seperti kembar dari Ghana. Warna kulit mereka juga menjadi senada seirama antara satu sama lain. Rutin latihan fizikal merubah karakter dan perwatakan luaran mereka, yang asalnya berkulit mulus dar jernih bak susu lembu berubah menjadi nescafe O cair. Perkataan segak itu sungguh unggul bagi menggambarkan mereka. Dan mereka kini gembira. Tamat sudaa latihan.

Sungguh!!mula-mula saya memang bermasalah untuk mencari mana satu Mucid dalam gambar ni.Mereka memang macam kembar. Tapi akhirnya saya dapat menangkap dia. Kiri, baris ketiga.

 

Kenapa Perhubungan Awam?Komunikasi Korporat?Bagaimana dengan kerja lain? Julai 15, 2010

Filed under: Aku selalu mahu,Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:45 am

Maizatulsalamin mengilhamkan saya untuk menulis tentang perkara ini. Saya tak akan tulis tentang bagaimana mahu menjadi seorang ahli perhubungan awam yang berjaya;berjaya dalam Merger and Acquisition(M&A) syarikat tempatan dan antarabangsa yang melibatkan puluhan juta RM, berjaya menghasilkan idea sehebat sambutan Earth Hour yang bermula di Australia dan akhirnya wabak ini bertebaran seantero jagat raya, berjaya menyatukan dua parti politik pembangkang dan membentuk  coalition sepadu, mahupun berjaya membentuk imej seorang pemimpin daripada seorang pemimpin suam-suam kuku, hingga mempunyai imej dan personaliti yang disegani. Bukanlah saya orangnya untuk bercerita tentang sepak terajang dunia perhubungan awam, saya nasi mentah.

Perhubungan awam, dari sudut pandangan seorang yang negatif adalah: membuat perkara baik-baik untuk menjaga nama baik. Ini termasuk menipu, menutup fakta, memberi komen no comment dan bermanis muka. Ataupun, kedengaran sinis dan panas sekali di telinga bila orang memanggil Pegawai Perhubungan Awam ( Public Relations Officer-PRO) sebagai GRO.

Saya sudah lupa apa definisi PR dalam buku, tapi bagi saya Public relations ialah bagaimana membina dan mengekalkan hubungan baik antara satu pihak  dengan stakeholder terbabit dan dalam masa yang sama memelihara keharmonian etika. Melalui perhubungan ini, imej sesuatu organisasi akan terprelihara. Ahh. Bosan.

Ini lebih realistik. Saya tahu mereka ada sebab kenapa jadi PR tapi, yang tersiratnya mereka mau jadi PR kerana:

1.  Mahukan Cabaran- Gila tak mencabar kalau deadline hanyalah 5 minit dari tarikh diberikan sesuatu assignment. Lagi best kalauada kejadian kita beriya-iya buat majlis, menjemput wartawan, siap ada meja khas untuk mereka, dengan kos 1 kepala untuk makanan mereka adalah seorang RM 100, tapi mereka tak datang majlis dengan sebab, majlis kita tak ada news value. Haru.

2. Suka Kerja yang pelbagai ( Multitasking )- Misbah, kawan saya, suka refer multitasking as multiplayer–tiru cita Fullhouse la tu. Bayangkan, kalau sebelum ni aku tau MS office saja, sekarang aku dah boleh pakai Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator di saat terdesak. Kena design, kena menulis, kena ambil gambar, kena hitu kena hini.

3. People oriented- Suka bergaul dengan manusia, tak kira pangkat, darjat atau harta. Dari Peguam, pegawai, menteri, penjual murtabak, petrol atendan, pengemis, kutu rayau, kutu babi.Tapi amatlah tak realistik, kebanyakan orang akan cebik pada pada pengemis dan yang setarafnya kan. Dan pegawai PR tu orang kan?

4. Kena belajar tinggi-tinggi tapi tak perlu mencapai CGPA 3.6 – Orang PR tak perlukan seorang yang nerd; setiap kali bertindak, perlu memgimbas semula teori yang diajarkan di IPT. PR hanya perlu menyesuaikan diri dengan situasi organisasi dan serasikan diri dengan budaya yang ada. Perubahan? Boleh, hanya jika anda mempunyai kekuatan untuk melawan arus organisasi anda dan anda juga anak kepada bigboss. Oh ya, selingan, saya mengkaji semula struktur organisasi tempat saya bekerja. Saya mempunyai bos, bos saya terus report kepada Managing Director(MD), sedangkan MD saya perlu report kepada Pengerusi. Memandangkan organisasi saya ialah Government Link Companies (GLC), maka, Pengerusi perlu report kepada Khazanah. Khazanah itu adalah Investment Arm kepada Kerajaan, maka, Khazanah perlu report  kepada kerajaan. Kerajaan pula, memandangkan ialah berkhidmat untuk rakyat, maka, Kerajaan perlu report kepada rakyat. Rakyat tu manusia kan? jadi manusia tu report kepada siapa?

 “Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; semuanya enggan untuk memikul amanat dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, lalu dipikullah manah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh.” (Al Ahzab : 72)

5. Ini alasan paling seronok- Selalu dapat barang percuma- Pernah dengar dalam sesuatu organisasi tu, kalau mahu diberi hadiah atau cenderahati, akan dirujuk pada PR department?Memandangkan PR adalah gudang kepada segala hadiah dan cenderahati, kita akan selalu dapat sample-sample barangan yang menarik, membuatkan department sebelah menjeling cemburu. Para pembekal juga suka merasuah kita dengan barang-barang yang tak masuk akal, serta membelanja kita makan pizza hut di hujung bulan. Saya pernah melihat seorang PR consultant mendapat sebuah handphone mahal apabila beliau berjaya mempopularkan sebuah syarikat melalui kenyataan akhbar.

6. Membentuk jaringan perhubungan- Lumrah, kita akan selalu dijemput menghadiri majlis- majlis dan di situlah kita kaan membentuk jaringan perhubungan, sama ada yang mempunya jawatan dan pengalaman kerja yang sama, mempunyai hobi yang sama dengan kita dan mungkin mereka ialah bakal pasangan kita atau bakal boss kita. Ini agak menarik. Saya mendapat kerja sekarang melalui networking.

7. Oww, Maizatulsalamin ada bertanya, sama ada beliau mampu menjadi seorang PR yang berjaya? Public Relations skill is gain by nature. Not nurture. Semua orang dilahirkan dengan kemahiran perhubungan awam. Jika tidak, bagaimana seorang ibu mampu mendamaikan anaknya yang sedang menangis,kemudian mengendalikan anaknya sehingga besar, melalui episod kenduri berkhatan, menemani anak pergi rombongan, menghadiri hari kecemerlangan serta mensyuarat PIBG di sekolah, serta majlis perkahwinan anaknya. Semua orang mampu jadi PR, cuma, tahap kemahiran yang berbeza-beza itu yang menentukan kasta PR, sama ada beliau menjadi PR bagi pihak keluarga, PR bagi JKKK kampungnya, PR bagi kilang simen, PR di Edelman, Alpha Platform PR, atau PR di Petronas atau Sime Darby.

 

Destinasi bajet kita seterusnya ialah Kuantan Julai 14, 2010

Filed under: Darmawisata — mayyaclassic @ 6:01 am

Tau tak apa maksud kebetulan yang menguntungkan? Selalunya kebetulan yang menguntungkan tu ada pada saya. Walaupun saya teramat jarang untuk mendapat hadiah cabutan nombor bertuah, tapi saya selalu berhadapan dengan kebetulan yang membuatkan saya contohnya berjumpa dan bersembang dengan Mawi di hotel mewah di Bukit Bintang,bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dapat mengejar skuad Hot fm, dapat belajar di universiti, mendapat pekerjaan, mendapat kekasih hati belahan jiwa ;p , dan mendapat beberapa durian runtuh yang lain.                                   

Kebertuahan saya kali ni ialah saya dapat bercuti-cuti ke Kuantan atas urusan kerja, menyiapkan KPI, dan menghadiri mesyuarat KPI untuk 2 jam. Selebihnya, untuk dua hari adalah masa untuk bercuti. Dan selebihnya lagi adalah untuk Majlis Passing Out Parade (POP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  Mucid. Tipu!!Saya tak pergi pun majlis POP tu, saya hanya sempat pergi ke majlis jamuan makan malamnya sahaja. Ni semua gara-gara kawan sekerja silap menempah tiket penerbangan. Haih, nak marah, tapi..sudah terlambat, mengambil pakej MH Low will bring you down.Haih.

Kuantan, sebagai sebuah bandar di pinggir laut menjadikannya menarik. Walaupun saya hanya berpeluang untuk bersantai di Teluk Cempedak, tapi cukup menarik. Sesampai saja di Lapangan Terbang Ahmad Shah Airport, saya terus ke Swiss Garden Hotel di Jalan Balok untuk majlis makan malam. Wow..baiklah, saya mengaku, sebangai orang bukit, saya amat jakun dengan laut. Hotel ni mengadap laut. Majlis berjalan lancar dengan pantun beberapa kerat yang tak senada irama tu buat keadaan jadi ceria–>saya mengantuk, bekerja di pagi hari, naik flite petang, transit di KLIA, kemudian ke Kuantan.

Destinasi seterusnya ialah Hotel Hyatt Regency, Teluk Cempedak, katanya 5bintang. wow, menarik. Ini lah biliknya, hanya saya seorang, tapi rasa macam berkongsi dengan satu keluarga yang lain, sebab bilik tu tidak kalis bunyi. Jadi, dengarla saya jerit pekik anak-anak penghuni bilik sebelah tu. haihh lagi.

Hotel ni agak menarik bagi saya, luas dan selesa. Kemudahan mencukupi. Hiasan ala-ala kampung, dan oww, landskap di bangunan tu mengingatkan saya tentang kolej kediaman di alma mater saya di Gombak. Ok, saya tak reti nak terangkan macammana, biar saya saja faham.

 Pai tee yang sedap ni saya makan kat the Chiken Rice Shop. Ni semua berlaku lepas meeting KPI konon-kononya. Saya terus keluar dengan Mucid dan Jee ke East Coast Mall(ECM) . Makan dan jalan saja.

 Petangnya, kami hanya lepak di pantai Teluk Cempedak. tapi sumpah, sebiji cempedak pun tak ada di sini.

 Senja + iphone camera menghasilkan gambar ni. sungguh kelabu hasap. tapi ini antara moment yang seronok menjadi seorang manusia. Tak perlu membayar sekupang pun untuk menikmati keindahan donia yang dicipta Allah.

Perjalanan ke Kuantan is indeed among the best experience i ever had. Satu lagi episod perjalanan yang membuatkan saya menghabiskan tak sampai RM 50 untuk 3 hari 2 malam perjalanan. Saya hanya membeli asam katak(hehe, my fevret asam masa kecik), jeruk buah, dua kotak air untuk saya dan mucid, makan di airport,coklat batu di Famous Amos dan Toblerone di KLIA.  Itu saja.  Bertemu lagi di rancangan destinasi bajet tajaan syarikat anda di masa hadapan.