Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Tasoh Lake Resort&Retreat yang mendamaikan jiwa Mac 23, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:48 am

 Hanya lima minit perjalanan dari rumah saya, ada sebuah resort yang menarik. Walaupun tak semewah mana, tapi tempat sederhana ini menjanjikan kedamaian dan ketenangan. Terletak di pinggir tasik yang berfingsi sebagai empangan tadahan air untuk kegunaan rakyat Perlis, tempat ini ideal untuk segala jenis aktiviti luar macam kayaking, abseiling, repelling, camping. Dewan dan bilik-bilik rehat juga selesa bagi yang mahu menjalankan aktiviti seminar atau kursus.

Bagi yang mahu sekadar melepak sambil menghirup angin segar, terdapat hammock atau buaian serta pondok-pondok rehat disediakan. Alangkah bahagia dapat meniarap sambil membaca novel Maryamah Karpov di situ.

Kedudukan resort yang strategik, iaitu di lereng bukit juga, mempamerkan panorama yang mengasyikkan terutama saat menjelang mentari terbenam. Memang asyik, sebab waktu ni la syaitan-syaitan keluar berkeliaran.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menginap di sini semasa berciti di Perlis atau sekadar mahu menenangkan hati, sila hubungi saya. Ya, saya tak akan cuba mendapatkan diskaun untuk anda, cuma sekadar tumpang menyibuk,menjaga tepi kain anda.titik.

Inilah tempat melepak sambil makan nasik atau membaca Nanyang Siang Pau

Kedudukan rumah-rumah tumpangan di lereng bukit ni meluaskan sudut pandang pemandangan negeri Perlis, hingga mencecah ke Satun, Thailand, di mana anda hanya dapat melihat langitnya saja.

Bilik-blik yang selesa, ehem ehem, perhatikan sejadah tu..

Hijau+biru=sejuk.

Advertisements
 

Rakyat Malaysia dan Makan Mac 18, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 2:12 pm

Pernah ke dengar penduduk pribumi Malaysia tercinta, sejak tahun saya dilahirkan, 1984, mati sebab kebuluran?Saya rasa tak pernah, kalau ada pun, ia adalah kes-kes terpencil seperti bila si Ibu  keluar makan-makan bercanda ria dengan si Ayah, lalu terlupa memberi susu kepada bayinya yang ditinggalkan di rumah atau si Tua, nyanyuk, masuk ke hutan mencari madu lebah tualang di sebuah hutan di Sik atau Baling, sesat, dan lebih tragis, lansung tidak membawa makanan, lalu mati kelaparan. Ah, tapi mengarutlah, teramat jaranglah kes kes macam ni wujud.

Yang selalu kita dengar rakyat Malaysia yang mati cepat sebab tercekik, terlebih makan lemak dan gula.

Adapun saya terbaca dalam The Edge Januari lalu, bercerita tentang makan. Diceritakan bahawa Rakyat New York sekarang ni, merasakan bahawa tabiat memakan seperti apa yang rakyat Malaysia makan adalah sangat tak cool atau dalam bahasa mudah faham:makanan yang kita masak sekian lama, yang kaya dengan rempah-rempahan, santan-santanan,rencah-rencahan mak nenek tu adalah tidak relevan lagi dengan kehidupan sekarang.

Tabiat makan yang cool, menurut pengikut Barack Obama ini ialah makan seperti yang diamalkan oleh manusia prasejarah. Makan dengan cara paling minimal. Maka amat bertepatan dengan prisip yang digambarkan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan malam.

Kan manusia zaman pra sejarah berburu binatang, menggunakan batu, yang hanya mungkin seminggu sekali dapat menangkap landak, rusa, kuda, gajah, nyamuk. Cikgu sejarah dan Geografi saya bersepakat bahawa, kalau dapat landak atau rusa mereka akan makan dengan keluarga primer sahaja. Tetapi, kalau dapat tangkap gajah dan nyamuk, mereka akan menjemput keluarga sekunder untuk sama-sama melapah hati gajah, kalau dapat tangkap nyamuk, mereka akan sama-sama cicah hati nyamuk tu.

Binatang yang ditangkap itu akan dimakan dengan cara yang paling miskin iaitu dengan makan mentah atau bakar. Tanpa garam, tanpa rasa. Api pun dinyalakan dengan melagakan batu, dan mereka amat gemar batu api. Sementara menunggu untuk dapat tangkap menatang yang seterusnya, mereka akan berpuasa. Tidak wujud istilah bank makanan pada masa tu. Tetapi, mungkin mereka mengamalkan adat bertandang ke rumah jiran untuk pinjam sedikit makanan, seperti Cik Zakiah yang selalu bertenggek ke rumah jiran dia untuk pinjam belacan dan asam keping beserta janji-janji palsu untuk bagi balik komoditi tersebut.

Sayuran pula, tak pernah diusahakan untuk ditanam, baik secara hidroponik atau tanahponik. Semuanya dikutip segar dari ladang. Makan time-time tu jugak. haishhh. Senangnya hidup.

Saya fikir, kalau benar rakyat New York mula amalkan cara makan sebegini, En. Kolonel dan Badut MacDonald akan meraung-raung merayu rakyat NY supaya pergi makan KFC dan McD. Kempen makan percuma akan dilakukan setiap minggu. Syurga. Tapi, di sebalik kenyataan angkuh para cerdik pandai NY tentang makan secara manusia prasejarah ini, saya amat percaya, tak mungkin si Pelahap yang tak pernah cukup makan sebiji BigMac saiz besar dapat meninggalkan tabiat makan berteman syaitanirrajim tu.

Rakyat Malaysia apatah lagi. Kalau makan ikan stim yang sihat, mesti berteman sayur Pak Choi yang berminyak likat. Kalau makan tom yam yang direbus, mesti berteman Sotong Goreng tepung. Kenduri, tak pernah la jumpa makanan tanpa rempah mewah, minyak, santan. Mampu ke rakyat Malaysia makan seperti manusia prasejarah? 

Saya meminjam kata-kata penulis The Edge tersebut, ” But, seriously. Is chicken that isn’t in rendang or pork that isn’t in bak kut teh worth eating?can you ever give up the assam in the assam fish? Didn’t think so.”

———————————————————————–@@@@@————————————————————————————-

Terlanjur cerita bab makan, saya mahu berkongsi tentang apa yang saya makan tadi. Semalam, saya berjalan-jalan di pasar malam Stadium Utama Kangar, saya ternampak benda ni, namanya mieng kum.

Photo credit to www.enat.media.com. Saya tak sempat ambil gambar mieng kum yang saya beli tu, dah selamat makan. Terlanjur bercerita tentang makanan zaman pra sejarah, mungkin makanan ini adalah salah satu dari apa yang orang zaman pra sejarah yang sedikit moden makan.

Terpengaruh dengan darah keturunan dari negara gajah putih yang mengalir dalam tubuh saya, makanan Thai memang tidak dapat dipisahkan dengan saya. Mieng Kum ni saya mula kenal hanya sejak 5 tahun lepas, tapi hanya sekarang saya boleh makan benda ni selalu. Dulu sangat terhad. Hanya ada di pasar di sempadan Thai atau memang di Thailand. Sekarang baru ada terjual di pasar-pasar pagi dan pasar malam. Biasa dimakan sebagai appertizer, makanan ni amat unik dan tak akan simply dapat diterima oleh sebarang tekak. tekak tanpa perasaan seperti saya mudah saja dapat telan benda ni. Sebab apa? tengoklah kombinasi ramuannye. ok, saya list kan

1) Daun kaduk, pernah makan? rupa macam daun sireh, rasa dia sedikit pelik, pahit, berbau unik, tumbuh melata, tak sungguh tak kata.

2) Halia dipotong dadu kecik kecik dalam 4mm x 4 mm

3) Kelapa, diracik halus, di goreng tanpa minyak

4) Udang kering tanpa kulit

5)Limau nipis dipotong dadu bersekali dengan kulit

6) Kacang tanah, goreng

7) cili padi, dipotong nipis

8) sos-rasa manismanis sebab gula kabung versi Thai atau Nam Than, masin sikit. sedap.

Cara makan dia senang, ambil daun kaduk, lipat macam kon kacang goreng tu, kemudian masukkan serba sedikit semua bahan bahan di atas. kemudian letakkan sos tadi. lipat balik kon tu, makan, macam orang tua-tua makan sireh. Pejam mata dan nikmati kepelikan aka keunikan rasa campuran bahan-bahan tadi, dimulai dengan rasa manis sos, sensasi kacang goreng, kerangupan kelapa racik goreng, kemudian, rasa halia dan limau nipis mula menyengat lidah, diakhiri dengan pedas.

Ahhh, sungguh mencabar deria rasa.

 

Andrea Hirata menyihir saya Mac 17, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:02 am

Andrea Hirata itu, menurut saya, seperti phoenix bangkit dari kubur. Dia seakan-akan berdiam menuntut ilmu sihir pada tahap langit ke-tujuh. Berdiam diri menuntut dari guru-gurunya, yang mungkin ( saya rasa) adalah dirinya dan laluan hidupnya sendiri. itu mungkin guru terbaiknya. Kemudian, dia bangkit, meledak, dengan satu persatu sihir yang memukau si pendahaga karya sederhana untuk orang sederhana seperti saya. Namun, sasaran Andrea meleset sama sekali, kerana karya-karya dia bukan untuk orang sederhana sahaja, tetapi di peringkat antarabangsa semua pun telah tahu tentang penghasilan sihir melalui kata-kata yang ditaip di atas kertas; novel.

Rakyat Malaysia, kecuali yang tinggal di dalam Gua, bercawat dan memburu binatang dengan batu, dengan muka berarang dan berkulat tak pernah disentuh facial foam Clinique, tentu pernah mendengar lagu Laskar Pelangi oleh Nidji. Lagu itulah yang membawa saya kepada penemuan saya dengan Andrea Hirata. Bermula dengan lagu, saya mula mengenal filem Lasykar Pelangi. Ayah saya kalau tonton filem ini, tentunya akan cukup teruja kerana sekolah ayah saya dulu sama seiras dengan keadaan sekolah Muhammadiyyah dalam cerita tersebut. Kekampungan, kekurangan,kedhaifan, kenaifan.

Watak Ikal, Lintang, Mahar, A Kiong, Harun, Sahara, Flo, dan kawan-kawan terus membawa saya kepada Sang Pemimpi, Maryamah Karpov, dan Edensor. Semuanya, menarik, bersahaja. Desa Gantung, Belitong Timur, sangat hidup digambarkan dalam cerita ini, seperti saya dibawa oleh mesin masa ke sana.

Dulu, mula mula saya dengar nama Andrea Hirata melalui hanakirana.com . Saya membayangkan Andrea Hirata itu, anak kacukan Jerman dan Jepun.Andrea macam nama perempuan Jerman, dan Hirata nama lelaki si Jejaka Sumo bercawat. Tetapi, melalui Maryamah Karpov, dalam satu adegan, ibu si Andrea menyuruhnya untuk mengulang nama Hirata berkali kali. Hasilnya,”Hirata,Hirata,Hirata,Hirata,Hirata,Hirata,Hirata,akhirat,akhirat,akhirat”.”Nah, sebab itu lah aku namakan kau Hirata, dekat sekali dengan akhirat, melekat dengan namamu, jadi jangan sesekali kau buat kerja bodoh tu Ikal”.

Saya sangat sarankan pada semua yang ingin tahu apa itu sederhana untuk membaca hasil ilham Andrea Hirata si Ikal Mayang ni.

 

Bila saya akan hilang rindu pada UIA?

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:00 am

Saya tidak tahu haiyawan apa yang merasuk saya supaya saya tidak dapat melupakan taman ilmu dan budi ini. Saya menjadi angau untuk menyedut udara nyaman UIA. Semua tempat tempat di UIA adalah kenangan. Biarlah, kamu kata saya jiwang pun tak apa. Yang penting saya memang terlalu obses dengan UIA seperti gadis-gadis Melayu Malaysia yang semakin obses untuk mengandung anak luar nikah lalu membuang bayi-bayi mereka. Dan obses seperti wartawan-wartawan yang tak pernah jemu menyelongkar tong sampah untuk mencari bayi-bayi yang dihurung semut atau anjing untuk mensensasikan cerita dan me’laku’kan akhbar mereka.

Kesempatan yang ada membuat saya dengan tanpa segan silu menaiki LRT ke Gombak dan terus ke UIA. Di sana, saya jumpa kawan saya Ijan, sembang, makan sate ikan kering, makan Marshmellow, makan tandoori mamak, jalan ke kolej Nusaibah. Sepanjang jalan, saya mengutip balik memori-memori yang saya tinggalkan selama setahun lebih saya tinggal.

Anekdot tentang saya dan UIA

Pertama, Cultural Activity Centre- CAC adalah tempat pertama saya mendaftar masuk dan tempat pertama menyaksikan saya bergelar pelajar Universiti. Percaya atau tidak,  hari pertama saya di universiti saya hanya membawa 1 bagasi Polo sederhana besar dan 1 beg galas. Tanpa ada baldi, hanger, anak patung, bantal busuk, sabun basuh, keropok mamee, cermin muka, kepit kuku, dan segala senarai lain. Dan yang paling terkesan di hati ialah, tanpa ditemani ibu-bapa. Saya mendaftar di universiti dengan menaiki bas dari Perlis, dan bertolak ke UIA dengan teksi sahaja bersama seorang kawan. Ada budak-budak sekarang buat macam tu? Selain tempat saya mendapat ijazah, CAC juga turut menjadi tempat tidur tak rasmi saya apabila saya kerap menjadi komiti untuk minggu orientasi junior(baca:minggu buli junior) dan saya paling selalu menjadi komiti katering dan sukan dan rekreasi.

HS Building: Tempat yang menyesatkan saya dan kawan-kawan pada minggu pertama orientasi. Mencari pejabat itu dan ini. pening. Akhirnya saya jatuh sayang pada tempat ini. Tempat berdiskusi dalam halaqah, debat, mesyuarat, gaduh-gaduh manja dengan geng-geng public relations class 2004-2008, dating-dating dengan tot tot tot.

Sultan Ahmad Shah Mosque: Tempat sembahyang tentunya. terletak di tengah-tengah UIA. Jantung dan nadi kami.juga tempat tidur tengah hari kami. Serta, tempat belajar menguruskan jenazah.Pernah juga disebabkan terlalu mengantuk, saya pernah keluar dari kelas seolah-olah hendak ke washroom, tetapi saya terus menuju ke masjid untuk tidor. Miss yang tolong ambil semua buku saya. Terima kasih Miss Misbah.

Kafe Ekonomi: Tempat saya dan Miss selalu dating sebab ada Wifi. dan tempat saya dan Miss usha seorang budak cool.

Main Stair: Ataupun dipanggil tangga Firaun, tempat kami berkumpul sebelum bertolak ke tempat-tempat program, tempat berlansungnya sambutan kemerdekaan, tahun baru, tempat persembahan kesenian dan sebagainya. Tempat duduk penonton tentunya atas tangga firaun itu lah.Dan tempat wajib bergambar di UIA.

Female sports complex: Satu-satunya tempat awam di UIA yang membolehkan pelajar perempuan memperagakan fesyen rambut Saloma, rambut Ella, atau rambut tebuan. Hanya wanita sahaja bileh masuk, jadi, kami bebas. saya suka main squash di sini.

Convest hill:  Di sini ada tempat untuk drift kereta. happening. Jika musim konvokenyen, sangat meriah. Kalau bukan musim konvokesyen, pun, happening bagi saya sebab terletak di atas bukit, dingin sekali di waktu malam, atau selepas hujan. Dan boleh nampak Genting Highland dengan jelas dari sini.

Persekitaran secara umum: Mungkin disebabkan UIA adalah taman ilmu dan budi, suasananya amat lain benar dengan mana-mana tempat lain di dunia ini. kemana pun saya, saya tetap rindu suasana ini.

 

Saya diMekap oleh M.A.C. di Mid Velly-dalam kurungan, ponteng kerja. Mac 16, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:06 am

Tengah hari di dalam Mid Vely pada 5 Mac sangat happening. Waktu macam-macam ni la kalau nak tengok artis-artis  keluar sarang-sarang mereka untuk shopping untuk anak, isteri, anak-anak ikan dan anak anak belaan yang lain. Saya dengan muka tak peduli berbaju dan seluar pejabat turun dari Cititel, dengan satu tujuan;mahu membeli bedak MAC, sebab saya ke Kuala Lumpur tanpa membawa bedak sejuk cap Mak Temah, Bedak Nyonya cap nyonya Macau mahupun bedak batu nasila. Dan, dengan Chin up,open shoulder,  saya berjalan seolah olah saya seorang saja ada duit untuk membeli bedak MAC.

Membelok keluar dari Cititel, menuju ke The Coffee Bean,belok ke kanan, terus ke Centre Court, sedang mahu membelok 90darjah ke kiri untuk kedai MAC. tiba tiba, “Miss, mau try product baru dari MAC?klu Miss beli 1 product terbaru kami, Miss akan dapat pelembap terbaru dari MAC, mekap make over dan ambil gambar sekali. Mau?”.”Nakkkkkkkkkkk!”, sebelum amoi montok dengan mekap ala manga Jepang itu habiskan ayat, saya sudah menjawab bagai orang mengantuk disuruh tidor.

Saya terus menuju ke kerusi-kerusi berbaris dan memberi muka saya kepadanya. Dengan senyuman yang telah dilatih berbulan-bulan, amoi montok itu menyapu bersih mekap saya. Maksud senyuman amoi montok berbunyi; haishhhh, dari mak andam kampung mana la budak nerd ni belajar mekap.

Selepas muka saya digonyoh-gonyoh disana-sini, saya di beri cermin, dan Walllaaaa wowwwwwwiii.

Tidak tidak tidak.

Saya bukanlah lebih lawa, bahkan muka saya tidak bertukar menjadi Aishwaria Rai atau Angelina Jolie pun. Tetapi, wajah saya kelihatan lebih berseri-seri dan bertenaga. Lebih rapi berbanding sebelumnya.

Dan kini saya percaya saya telah menemui bedak yang sesuai untuk saya. Selamat tinggal bedak nyonya cap Nyonya Macau. Ini seolah olah MAC telah membayar saya untuk post cerita ini di blog.

Mid vely sedang meraikan wanita -wanita lemah iman dengan warna-warna menggoda dan ATM-ATM serta tag “premis ini menerima Kredit kad”.

Oh aku tergoda, terkopak poket untuk bulan Mac.Bedak studio perfect compact, dan lipstick Lustre;lough a lot. Percuma 2 bekas seciput pelembap yang sangat lembap bersinar-sinar.

2 barang tadi melengkapkan pouch barang mekap yang selalu saya bawa untuk berpergian.Semua ini wajib ada. Kalau tidak saya akan nampak macam isteri penggali kubur, pucat dan serabai.

Ini adalah testimoni bahawa saya telah diambil gambar oleh komputer. Betul, komputer, bukan jurukamera. saya hanya senyum dan klik pada papan kekunci. dan tatttatatatattt..keluar la gambar ni dari mesin pencetak.

 

semua tentang saya sahaja. Dulu vs Sekarang Mac 3, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:03 am

Dulu: saya baca buku setiap hari. Otak saya ligat berfikir dan mampu berhujah tentang apa yang saya baca dengan kawan-kawan, pensyarah, pegawai perhubungan awam, Makcik Cleaner dan ayam-ayam belaan jiran saya.

Sekarang: Saya baca majalah hiburan atau majalah gaya hidup. Saya lansung tak kongsikan apa yang saya baca dengan orang lain.Kedekut.

 Dulu: Akibat kena paksa baca suratkhabar dan bentangkan apa yang dibaca dalam kelas, saya menjadi ketagih membaca suratkhabar dan sanggup baca pembungkus nasik lemak jika tak dapat baca suratkhabar terpaling baru.

Sekarang: Sejak saya bekerja di sebuah syarikat Perhubungan Awam dan kerja saya sekarang ni, saya baca 6 suratkhabar; BH, Utusan, NST, The Star, The Edge, The Sun,  atau dengan tambahan Kosmo, Sinar, dan Harakah pada hari-hari tertentu.Saya mau muntah hijau dan oren, saya hanya baca tajuk sekali lalu, dan  update berita berkaitan setiap pagi kepada bos. Saya tidak tahu lagi apa yang terjadi pada dunia. .tak sempat baca, akibat lambakan infomasi.

Dulu: Saya menghabiskan hujung minggu saya dengan dengan aktiviti kembara; masuk berdakwah ke kampung-kampung orang asli, menjelajah pulau dan bukit, menghabiskan masa di Pasar Seni melihat pelukis berkarya dan pencinta seni berbusking, mengikuti pertandingan drift dan paling kurang, mandi manda di hutan lipur.

Sekarang: Saya menghabiskan masa dengan teman terakrab, menjelajah Perlis dengan kamera, memasak dan kemas rumah, keluar jalan-jalan dengan keluarga, tidor, tidor, dan tidor. Dan sesekali keluar dengan teman-teman yang pulang bercuti.TV pun dah jarang tengok.

Dulu: Saya ada banyak masa tapi saya enggan belajar rajin rajin, saya mahu kerja. Saya mahu ada duit, saya mahu beli jeans Levis dan baju suit Nichii.

Sekarang: Saya hendak kembali belajar, saya mahu bergelumang dengan buku dan thesis dan tugasan. Sekarang saya ada duit, tapi saya tak beli  jeans idaman dan baju suit Nichii pun, saya tiada masa.

Dulu: Saya tiada kebebasan bergerak ke sana sini. Perlu naik bas, komuter dan lrt. Naik bas express sampai sakit pinggang dan badan. Saya terlalu ingin terbang ke Sabah, Kundasang lebih tepat.

 Sekarang: Saya bebas terbang ke sana sini dengan amannye.Ada VivaElite chomel yang sedia berkhidmat. Penerbangan Mas pun dah murah. Kelas ekonomi pun takpe. Saya memang suka.Tapi, saya tak sempat ke Sabah lagi.

Saya tahu, saya dah tak boleh toleh belakang lagi, sekarang, saya yang perlu cipta suasana dan keadaan agar lebih baik dari dulu. Saya mahu kawan yang ramai, saya mahu masa yang banyak, saya mahu motivasi yang tinggi, dorongan yang jitu, tunjuk ajar yang berkesan, dan senarai senarai lain( baca:and the list goes).

Saya juga sayang diri saya!

Kerana sebahagian dari saya ada Iman, Keluarga, Mursyid, dan teman-teman.