Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Jun 23, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 2:04 pm

owww nowww, saya ini sungguh kurang produktif sejak dua menjak ni. Saya dah kurang mampu bergelak ketawa bertepuk tampar dengan kawan-kawan, saya dah kurang mampu mengeluarkan idea bernas tatkala menulis apa pun, dan saya tida mampu lagi tidor lewat, oh ya, dan, saya tidak mampu melukis dengan baik sekarang.

Puncanya sebab saya sendiri yang tak pandai nak uruskan diri sendiri dengan persekitaran baru,

Justeru,saya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan segalanya yang baharu.

Yearghhh nanti saya stabil barulah saya akan update blog ni.

Advertisements
 

Desperado Jun 10, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:34 am

Saya ini sedang terdesak. Saya tidak mahu lagi menyusahkan semua orang. Saya tidak ingin lagi mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan masalah saya. Saya amat terasa hati dengan sikap saya sendiri yang menyusahkan orang. Saya nak pergi dari tempat asal saya. Saya nak pulang ke Kuala Lumpur secepat mungkin agar saya tidak lagi menimbulkan kesusahan pada orang lain. Saya ini sedang membebankan orang-orang yang saya sayang.

 

Saya yang skema Jun 9, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:31 am

Seikhlasnya, sudah hampir dua tahun saya membaca surat khabar dengan cara yang kurang normal berbanding pembaca surat khabar lain. Saya dapat mengesan perkara abnormal ini sejak saya bekerja dengan syarikat rundingan perhubungan awam yang dimana tugas saya adalah sentiasa meneliti perkembangan berita tempatan dan antarabangsa. Perhubungan awam adalah melibatkan reputasi. Seandainya kami terlewat lima minit menyampaikan informasi kepada yang berhak, kredibiliti syarikat akan goyah. Justeru, kami diajar supaya mengesan berita dengan cepat.
Perkara rutin yang dilakukan sejak praktikal dan bekerja ini adalah sesampainya di pejabat, saya akan terus membaca surat khabar Utusan, Berita Harian, the Star, NST, Malaysian Reserve, dan the Edge dan sesekali Metro dan Kosmo!. Pertama-tamanya saya akan membaca bahagian Ekonomi, Berita Ekonomi, Starbiz,Newbiz secara sekali lalu sahaja. Saya akan spot berita berkaitan dengan client atau kompeni saya,seterusnya berita tentang pesaing dan seterusnya tentang industri terlibat.
Setelah itu barulah saya akan membaca bahagian lain sekali imbas. Bila dah habis membaca saya akan mendapati bahawa saya hanya mengetahui headline berita sahaja, bukan isinya.
Apabila terdapat perbincangan mengenai sesuatu topic, saya kurang dapat masuk ke dalam topic itu sepenuhnya. Tabiat itulah saya saya bawak sekarang, melainkan ada sesuatu topic yang membuatkan saya sedar saya perlu mengambil berat mengenai kes-kes tertentu seperti kes Odelia Pinot, si gadis mentah yang telah berkahwin dengan Anak Raja dari Serambi Mekah itu. Kes tersebut amat memalukan keseluruhan penduduk Tanah Melayu. Puan Pinot itu pula, sengaja mengaibkan diri sendiri dengan mewarwarkan segala masalah rumahtangga termasuk hal hal dalam kain. Dan, ternyata, beliau tidak serius dalam masalah tersebut sehinggakan peguamnya menarik diri dan NGO yang terlibat untuk membantu keluarganya turut enggan melibatkan diri dengan kes durjana tersebut.
Dan pagi ini kes terbaru mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ternganga dan terpinga-pinga apabila mengetahui bahawa sebenarnya calon SPM tidak perlu lulus bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka untuk mendapat sekeping Sijil Pelajaran Malaysia. Sistem pelajaran di Malaysia dengan bak hatinya telah membenarkan semua orang calon SPM lulus dengan sewenang-wenangnya tanpa mengungguli bahasa Inggeris. Saya berpendpaat bahawa Bahasa Inggeris wajib dipelajari semua individu di Malaysia dan bahasa Inggeris wajib digunakan dengan cemerlang baik untuk sector pendidikan dan pekerjaan. Susah bagi kita menolak hakikat bahawa Bahasa Inggeris amat penting di Malaysia walaupun terdapat badan-badan yang menentang penggunaan dan pengajarannya di sekolah dan sector swasta. Sebagai contoh, kebanyakan sektor swasta menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi utama. Namun, kenyataan yang tidak mampu ditolak ialah peratusan penguasaan bahasa Inggeris di Malaysia ini masih di tahap lemah. Dan adalah kurang adil bagi pelajar-pelajar yang kurang terdedah terhadap bahasa ini terutamanya pelajar-pelajar luar bandar.
Fikir-fikirkanlah.

 

Saya, kawan, kahwin dan makan Jun 4, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:08 am

Semalam hari rabu,. Saya sudah plan untuk bercuti sejak minggu lepas dan bos saya memberi pelepasan. Girangnya!! tetapi apabila mendapat berita yang bos saya tak masuk opis semalam, saya jadi tak best la plak, sebab, time dia takder di opis adalah time yang paling meriangkan untuk saya dan talibarut-talibarut saya yang lain.

Rini kawin hari rabu!!Hari keja. Tapi disebabkan semangat perkawanan yang jitu, saya dan beberapa kawan kawan lain ambil cuti untuk majlis tersebut. Malam pernikahan itu, saya hadiri bersama Miss Lin yang  sudah masam mukanya disebabkan terlambat, dan Encik Azirul si Raja Buah yang agak keberatan pergi memandangkan dia seorang saja makhluk lelaki yang pegi. Tak kira, saya heret jugak dia masuk kereta saya di depan mak ayahnya dan saya ikat beliau di tempat duduk depan dengan rantai besi(kalaulah saya dapat buat macam tu).

Siang harinya, tatkala matahari memacak di atas ubun-ubun, kami sampai ke rumah Puan Rini, kali ini bersama bakal Puan Fiza. Agenda penting saya sudah tentulah makan. Ayam, ikan kering goreng, kari ape tah, smabal belacan. Wowwi, mmg sedap. Rini memang jadi macam orang lain hari tu disebabkan mekap. Tapi masih lagi dengan lawak inteleknya. Tergelak saya mengingatkn tatkala ada seorang tetamu berstatus datin datang bersalam dengannya, dia berkata ” Eleh, dia tu datin ja, aku ni raja hari, lagi hebat no”. Anak2 dara dalam bilik tu gelak macam hantu raya sampai dijeling makcikmakcik yang sedang rancak bersidang di luar.

Selebihnya adalah berkenaan kawan-kawan. Kenduri ini sebenarnya merupakan satu majlis reunion tidak rasmi kawan-kawan lama saya. Inilah masanya syaa kembali bertemu Lin, Fiz, Rini, Fini, Shahril Izani, MAwarni, Palie dll. Saya amat teringin untuk berjumpa mereka. dan peluang ini tidak akan selalu datang.

Tapi dalam pada waktu makan itu,ada seorang kenalan lama saya. Sudah tentulah saya berbasi-basa bercakap dengannya. Tapi, saya menerima respon yang sangat pelik seperti:

Saya : Sekarang buat apa? kerja ka?

Puan S: Dok kat rumah ja(menjawab sambil tak memandang muka aku)

Fiza menyampuk: Kerja sama ngan saidatul laaa

Saya dalam hati: Eh, keja plak.tadi kata kat rumah

Saya bertanya lagi: Keja apa ngan Eton?

Puan S: Dok Umah ja laa

Saya lagi: Kat mana fiza?

Saya memandang muka fiza

Fiza: Buat tak tau ja( mungkin dlaam hati: tnaya la sendiriiii)

Saya dalam hati: Ceishhhh, macam haram, macam la aku nak tau snagat hang kerja apa. Pedulik hapa aku hang kerja apa pun, aku cuma nak tegor ja, nanti kata aku sombong pulak, menyampahnyaaaa dengan orang-orang macam ni(saya menjeling dan terus makan nasik aku tanpa bercakap dengan sesapa sepatah haram pun lepas tu)

Tetiba

Maslin: Err, haha(gelak plak dia) I know u feel uneasy

Saya : Err kind of

MAslin: Aku tau pasai pa, kita bincang dalam kereta nanti. haahahah

Saya: Haahahaa.

Rupanya ada orang memerhati perbuatan dan tingkahlaku saya, kawan rapat saya amat maklum bahawa saya tidak sukakan komunikasi yang kurang lancar. Dan saya tidak suka orang yang tidak penting hatta bernilai sekupang pun menjadi berahsia dnegan saya. Apa kejadahnya rahsia-rahsia macam la saya nak buat bancian. Kesimpulannya, saya tidak suka komunikasi sehala yang tak lancar.

Makan lagi. Selepas balik dari rumah Rini, kami ke padang besar, makan lagiiii. Yae Yea, bihun sup dan Tom Yam yang sangat sedap dengan ABC yang sangat nyaman. Itulah signature dish padang besar yang memang tak akan kalah kalau masuk mana-mana pertandingan rasa masakan sedap.

Ok sekian.