Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Sekali sekala jumpa, ada macam macam cerita ceriti Februari 21, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 2:29 pm

Ummu memang!!! dia nak jumpa kawan-kawan sempena dia balik cuti kat kampung! tapi, saya pulak kena masej orang lain, ajak jumpa, mujur di TokMek saja. Dekat. senang saya nak pergi.

Jarang sangat dapat jumpa dengan kawan-kawan memang membuat saya rasa teruja, macam mendapat aiskrim jagung di waktu petang yang membahang. Dan, Ya, Perlis, spesifiknya Chuping pernah mencatat suhu terpanas di Malaysia minggu lalu, 36 darjah celsius.  Dan, sekali lagi, itu bukan lah sesuatu yang membanggakan ok.

(1)

Dah masing-masing berjumpa, macam macam cerita keluar. Antara yang paling diingati  adalah peristiwa masa di Tingkatan Empat tahun 2000;dah 10 tahun berlalu.Cerita ni membabitkan dua orang cikgu. 1. Cikgu Lamin Joe adalah cikgu yang terkenal dengan sifat keterbukaan, kelancangan, kelawakan, garang bertempat dan keikutsuka hatian. Saya paling suka dia mengajar subjek Ekonomi. Sampai ke Universiti pun saya suka subjek Intro to Ekonomi, 2. Cikgu Dina pulak adalah sangat  tegas. Ingatkan dia tak akan ajar saya lagi setelah habis tingkatan 1,dia ajar Matematik. Rupanya bertemu lagi dalam subjek Prinsip Akaun di Tingkatan Empat dan Lima. Identiti yang paling diingati ialah dia tidak pernah lupa mengheret pembaris panjang besi( Sebenarnya si pembaris panjang adalah fokus utama cerita ni), sapa buat salah mmg kena la sedas-dua di jari.

Drama lawak tragis ni berlaku apabila Cikgu Dina mewajibkan semua pelajar mesti ada pembaris panjang(Buku Log akaun tu kan panjang,so kena la guna pembaris panjang). Jadi, pada waktu rehat tu, kami semua pergi koop untuk dapatkan objek berharga 2osen tersebut. Selepas waktu rehat adalah waktu subjek ekonomi. Semua pelajar termasuk amoi-amoi-tak-mandi-pagi dah berada dalam kelas kecuali empat orang pelajar, Shuib, Soud, Sapi’e dan Sopi ( semua bukan nama sebenar, ampunnn). Dah 10 minit berlalu baru masuk kelas, apa lagi, kena la tahan dengan pihak berkuasa tempatan, Mr. Lamin Joe. Drama pun bermula(ada sedikit olahan)

Lamin Joe : Hampa mai dari mana?lambat masuk kelas!

4S: Kami pi Koop cikgu

Lamin Joe: Tak kan pi koop je pun, lambat sampai 10 minit?

4s: errr, pastu, kami pi tandas cikgu

Lamin Joe: Beli apa kat Koop

4s: pembaris panjang

Lamin Joe: Buat apa pembaris panjang?

4s: Cikgu Dina suruh beli

Lamin Joe: Lepas tu buat apa pi bilik air?bawak pembaris pulak?Nak ukur sapa ‘punya’ yang panjang?

4s: ish, mana ada cikgu

kelas semua gelak berdekah dekah dekah

Lamin Joe: alaaa tak yah guna pembaris, dalam hampa semua 4 orang ni, aku dah boleh agak dah sapa pemenangnya. (Dengan mata sinis, Sambil merujuk kepada si S yang seorang lagi yang bersaiz badan extra dari yang lain)

dekah dekah dekah

Haiihhhh, kalau la cikgu zaman sekarang buat lawak macam tu,mau kena report dengan pengetua!Aku percaya semua budak kelas 4B, tahun 2000 akan ingat cerita ni sampai bila2.

(2)

Jom berkenalan dengan kawan-kawan saya.

Tudung coklat: Fiza; kawan saya sejak zaman saya pakai shortskirt lagi, err maksud saya, zaman tadika. sekelas sejak tadika hingga ke tingkatan 1. lepas tu, seasrama pulak. Dulu, masa zaman saya takda lesen mahupun kenderaan, dia la yang selalu tumpangkan saya ke mana-mana saja dengan moto kriss mak dia.

Tudung pink: Si Nobita aka Ummu fadhilah Nasri. Sekelas masa tingkatan 4&5 saja. Tapi kenal baik sejak tingkatan 1 lagi. Berjiran katil di asrama dulu. Disebabkan dia comel dan manja, dia banyak kakak angkat dan abang angkat dan saya pun jeles dengan dia sebab saya comot. Sampai sekarang boyfriend saya sendiri panggil saya comot dan bucuk. haihhh, bila la saya nak jadi elegan dan menawan ni?

Ku Agil: Lelaki berbaju oghen dalam gambar di atas tak berkaitan lansung dengan raja dari negeri Kelantan. Dia adalah individu yang sentiasa mengekori saya; sejak dari tingkatan 1 hingga 5, beliau sekeals dengan saya, kadang-kadang saya amat cemuih dengan dia sebab loqlaq. kadang-kadang saya share masalah saya dengan dia sebab dia matang sket dari budak2 hingusan yang lain( dia tua setahun dari kami). Di sebelahnya adalah wife kesayangnnya.

Shamri : Yang berbaju putih itu lah, yang menjeling kebahagiaan Agil dan wife. Itulah, sapa suruh tinggal bini di rumah, sekarang sibuk menjeling kebahagiaan rumah tangga orang. Bini Sham adalah jiran saya.

KakYah aka Siti Hasniah; adalah kembar kepada Siti Hasnani, sekelas jugak. Walaupun dia kakak kepada Nani, tapi Nani lebih matured dari KakYah. haha. Sekarang Kak Yah adalah surirumah separuh masa. Separuh masa lagi dia adalah tailor dan guru tuisyen. Yang sebelah tu, suaminya, Jat.

Azirul: Ini lah orang kampung saya. kenal sejak darjah 1 lagi. Merupakan conglomerate terkemuka di Bukit Chabang, dengan empayar perniagaan berasaskan makanan dan sayuran milik keluarga sepupu-sepapat, adik beradik, aset kekayaan beliau dikatakan hampir-hampir membuatkan Donald Trump ingin membuat merger&acquisition dengan company beliau. Di samping itu, beliau kini berjinak-jinak dengan bisnes dalam bidang berkaitan dengan pendidikan. Tapi segalanya adalah masih lagi rahsia.

Palie: budak ni saya kenal sejak tingkatan 1 -3. tingkatan 4&5 dia bersekolah di Kangar. Urban la konon. Tapi akhirnya, tingkatan 6, beliau membuat comeback dengan jayanya di SMKRPMTF. Sempat jumpa sebulan sahaja sebab saya pulak nak merasa hidup Urban di Petaling Jaya. Dulu beliau adalah wartawan di Crime Desk Sinar Harian, sekarang dah jadi paparazi, cover semua berita tentang Britney Sopiah, Hillary Duff, Nas Adila, Anita Sarawak, Rabecca Nur Islam, Tailor Swift, dan yang paling beliau suka ialah berita tentang Sir Elton John.

Advertisements
 

Bila rezeki datang bergolek-golek, saya mahu shopping saja! Februari 17, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:43 am

Tajuk di atas adalah satu tanda protes!

Saya tak sempat lagi mau shopping untuk diri sendiri apatah lagi untuk orang lain. Apabila tiada halangan $$$, saya ada masa pulak. Ish, terasa mahu membeli masa.

Bila ada duit, 24 jam sehari tak pernah cukup-cukup untuk saya. Poor time management? mungkin. Sesiapa yang mahu jual masa kepada saya?terutamanya masa tidor. Saya sangat sangat perlukan masa tidor kerana saya sedang membesar.

Dalam senarai wajib beli belah saya untuk bulan ini, Saya hanya mahu dapatkan sepasang mata baru yang kekal untuk 3 tahun, sebuah handphone-mungkin Nokia E72;swift, slim and resourceful kata mereka. Selain itu, saya mahukan sepasang suit pejabat yang cantik  dan berjenama, semestinya mahal, yang boleh menyerap segala lemak-lemak nakal di badan saya, yakni, saya akan kelihatan lansing apabila memakainya. Itu sahaja. Yang lain-lain, saya akan beli apabila mata saya berkenan. yang pastinya, tidak lah sampai koyak rabak poket saya.

Pagi tadi, saya dengar Radio Hotfm, seorang pendengar berkongsi- Anda kaya bukan dinilai dengan berapa banyak kita berbelanja, tetapi, berapa banyak kita menyimpan. Owww saya perlu menyimpan, umur saya dah 26 tahun, saya mahu ke Mekah sebelum umur saya 35 tahun, mempunyai rumah sendiri sebelum umur saya 36 tahun, mempunyai sebidang tanah di kampung terpencil atau bukit peranginan sebelum umor 40,membina sebuah rumah agam menjelang usia 50 di tanah tersebut. Ketawakan saya? saya ini hanya kuli, mana dapat beli tanah dalam usia 32 tahun kalau saya tidak berniaga ataupun terlibat dalam Lamp Berger atau DCL, atau Rafa..

-@@@@-

Aaaa, dibawah ni, hasil warnaan saya. Nak lawan dengan budak-budak tadika, kot kot dapatlah hadiah botol air ke, tepawe ke, pensil box sindarela ke. Last- last, saya digugurkan dari pertandingan, kerana mengandungi unsur-unsur penipuan, saya menggunakan campuran warna dalam photoshop CS4. Adeiii, hancor lebur impian saya nak bergambar dengan penganjur dan masuk dalam suratkhabar arus perdana bila saya menjurai pertandingan ini. Tak pe, cuba lagi nanti tanpa bantuan kedaigambar.

 

In Love with Peace Februari 5, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:34 pm

Hei kamu, mari sini! Saya ada gosip.

suke ekkk klu tau i nak bergosip. ni gosip panas lagi, baru lepas menggelegak.

Tadi, saya pergi ke Konsert Koir Kebangsaan dengan tema “In Love with Peace” di Taman Kebudayaan, Kangar. Konsert ni memang lain dari yang lain sebab ia adalah konsert berbentuk koir sepenuhnya dengan gabungan suara soprano, tenor, alto dan bass. Saya sebenarnya tidak faham dengan bahasa jawa ni, soprano, tenor, sukarno, wali songo,maaf ye, tak dapat ulas lanjut tentang perkara ini. Nanti Cik Syafinaz Selamat cubit-cubit manja pipi montel saya.

Lagu-lagu yang disumbangkan (kenapa perkataan sumbang[?], diorang nyanyi not bad at all tadi, wakaka)

  • tanya sama itu hud hud- dengar separuh je, datang lewat
  • rappers medley(dead&gone, Gangsta paradise& where is the love)- best siot, Justin dengar ble nangish
  • Ikhlas tapi jauh- biasa
  • Samrah mentari- err memang tak minat lagu ni
  • Better tomorrow- Lagu Mandari, hapa tak paham, tapi melodi sangat sedap
  • If love has wings- err no komen
  • Beautiful- menarik, Miss Aguilera dah janji nak amik depa jadi backup singer for nest Grammy award
  • Standing in the eyes- Meremang bulu roma kat kaki
  • Hitam putih kehidupan- since saya minat lagu ni, so..awesome!
  • MJ Medley( Heal the world, Man in the Mirror, They dont care about us & Earth Song- standing ovation!!
  • Doa-tangkap syahdu
  • Inspirational Medley ( Alhamdulillah,terlalu istimewa, gemilang)- err best jugak la
  • Down by the riverside
  • Gemuruh
  • Thankyou for the music
  • shackles- tarian dia wowwiiiiiiii
  • We are the world – penutup yang berrbaloi baloi..we want more! we want more!!

Kesimpulannya saya berpuas hati dengan konsert ni, ye lah, lagipun kali terakhir saya menonton konsert live adalah pada zaman pemerintahan dinasti Hong ( Bo Hong Kuat), jadi, tentu saya teruja.

Ada jugak Raja Muda dan Raja Puan Muda, dan MB.Berbaju hitam, berdiri dua dari kanan adalah Syafinaz Selamat, pengarah konsert ni.

Rakyat Perlis sedang memberi komitmen yang jitu dengan menyanyikan lagu We are the world bersama koir.

 

saya dan aktiviti menguntungkan Petronas

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:34 am

Ahhaa, tak pe Petronas, takpe, sekarang nasib engkau, nanti nasib aku pulak. Anyway, terima kasih, dengan minyak Ron 97, saya berjaya meluakkan tangki minyak Viva yang berapa Elite tu dengan berjalan-jalan sekitar Kuala Perlis.

Adei, ye, baiklah, saya mengaku, sejak saya besar ni, saya kerap ke Kuala Perlis, dan untuk makan-makan saja. Tapi saya tak pernah la menjelajah kampung-kampung yang ada di kawasan KP tu. Hingga hari itu, baru saya menjejakkan selipar chomel saya ke Kampung Seberang Ramai( Oww ramai orang situ) , Kampung Pulau Ketam ( tipu, mana ada pulau pun, ketam, apatah lagi la, tak nampak pun), Kampung Wai(mungkin sebab ada simpang jalan berbentuk Y atau orang kampung sini qurious  orangnya, asik tanya, why?why?why?)dan kampung-kampung lain yang sungguh best pemandangannya. Kampung nelayan agak asing bagi saya. Haihh, macam Sakai masuk pekan la gaya saya hari tu.

Saya snap photo jugak!

Ini ala-ala hutan bakau simpan. Penuh dengan ular dan errr biawak. eyyy, tongue twist: cuba korang sebutkan buaya biawak buaya biawak buaya biawak 8 kali. mesti terkehel lidah.

Ini dekat area area sungai, oww, hakikatnya, pemandangan di sini tidaklah secantik seperti yang dpotretkan pun. Terima kasih kedaigambar CS4!

Ni dekat kampung..alaaa err..kampung tu laaa, dekat kola tu..kampung err..

Kali pertama merendek sambil mkan kek Resepi Rahsia, saya dianugerahkan dengan pemandangan yang sangat cantik ni, matahari terbenam dengan warna yang berlapis-lapis. cantik sangat. Subhanallah.

Oww, dan gambar ini pulak, sebenarnya saya tengah asyik mengambil gambar pemandangan di kampung ni,tetiba, ada sorang paparazzi dengan kamera cemotet pinknyer datang ambil gambar saya dengan tak semena-mena. Menurut sumber, paparazi ni memakai baju biru kuning sebab malam tu ada perlawanan bola sepak Perlis menentang..err penentangnya la.