Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Kenapa Perhubungan Awam?Komunikasi Korporat?Bagaimana dengan kerja lain? Julai 15, 2010

Filed under: Aku selalu mahu,Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:45 am

Maizatulsalamin mengilhamkan saya untuk menulis tentang perkara ini. Saya tak akan tulis tentang bagaimana mahu menjadi seorang ahli perhubungan awam yang berjaya;berjaya dalam Merger and Acquisition(M&A) syarikat tempatan dan antarabangsa yang melibatkan puluhan juta RM, berjaya menghasilkan idea sehebat sambutan Earth Hour yang bermula di Australia dan akhirnya wabak ini bertebaran seantero jagat raya, berjaya menyatukan dua parti politik pembangkang dan membentuk  coalition sepadu, mahupun berjaya membentuk imej seorang pemimpin daripada seorang pemimpin suam-suam kuku, hingga mempunyai imej dan personaliti yang disegani. Bukanlah saya orangnya untuk bercerita tentang sepak terajang dunia perhubungan awam, saya nasi mentah.

Perhubungan awam, dari sudut pandangan seorang yang negatif adalah: membuat perkara baik-baik untuk menjaga nama baik. Ini termasuk menipu, menutup fakta, memberi komen no comment dan bermanis muka. Ataupun, kedengaran sinis dan panas sekali di telinga bila orang memanggil Pegawai Perhubungan Awam ( Public Relations Officer-PRO) sebagai GRO.

Saya sudah lupa apa definisi PR dalam buku, tapi bagi saya Public relations ialah bagaimana membina dan mengekalkan hubungan baik antara satu pihak  dengan stakeholder terbabit dan dalam masa yang sama memelihara keharmonian etika. Melalui perhubungan ini, imej sesuatu organisasi akan terprelihara. Ahh. Bosan.

Ini lebih realistik. Saya tahu mereka ada sebab kenapa jadi PR tapi, yang tersiratnya mereka mau jadi PR kerana:

1.  Mahukan Cabaran- Gila tak mencabar kalau deadline hanyalah 5 minit dari tarikh diberikan sesuatu assignment. Lagi best kalauada kejadian kita beriya-iya buat majlis, menjemput wartawan, siap ada meja khas untuk mereka, dengan kos 1 kepala untuk makanan mereka adalah seorang RM 100, tapi mereka tak datang majlis dengan sebab, majlis kita tak ada news value. Haru.

2. Suka Kerja yang pelbagai ( Multitasking )- Misbah, kawan saya, suka refer multitasking as multiplayer–tiru cita Fullhouse la tu. Bayangkan, kalau sebelum ni aku tau MS office saja, sekarang aku dah boleh pakai Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator di saat terdesak. Kena design, kena menulis, kena ambil gambar, kena hitu kena hini.

3. People oriented- Suka bergaul dengan manusia, tak kira pangkat, darjat atau harta. Dari Peguam, pegawai, menteri, penjual murtabak, petrol atendan, pengemis, kutu rayau, kutu babi.Tapi amatlah tak realistik, kebanyakan orang akan cebik pada pada pengemis dan yang setarafnya kan. Dan pegawai PR tu orang kan?

4. Kena belajar tinggi-tinggi tapi tak perlu mencapai CGPA 3.6 – Orang PR tak perlukan seorang yang nerd; setiap kali bertindak, perlu memgimbas semula teori yang diajarkan di IPT. PR hanya perlu menyesuaikan diri dengan situasi organisasi dan serasikan diri dengan budaya yang ada. Perubahan? Boleh, hanya jika anda mempunyai kekuatan untuk melawan arus organisasi anda dan anda juga anak kepada bigboss. Oh ya, selingan, saya mengkaji semula struktur organisasi tempat saya bekerja. Saya mempunyai bos, bos saya terus report kepada Managing Director(MD), sedangkan MD saya perlu report kepada Pengerusi. Memandangkan organisasi saya ialah Government Link Companies (GLC), maka, Pengerusi perlu report kepada Khazanah. Khazanah itu adalah Investment Arm kepada Kerajaan, maka, Khazanah perlu report  kepada kerajaan. Kerajaan pula, memandangkan ialah berkhidmat untuk rakyat, maka, Kerajaan perlu report kepada rakyat. Rakyat tu manusia kan? jadi manusia tu report kepada siapa?

 “Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; semuanya enggan untuk memikul amanat dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, lalu dipikullah manah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh.” (Al Ahzab : 72)

5. Ini alasan paling seronok- Selalu dapat barang percuma- Pernah dengar dalam sesuatu organisasi tu, kalau mahu diberi hadiah atau cenderahati, akan dirujuk pada PR department?Memandangkan PR adalah gudang kepada segala hadiah dan cenderahati, kita akan selalu dapat sample-sample barangan yang menarik, membuatkan department sebelah menjeling cemburu. Para pembekal juga suka merasuah kita dengan barang-barang yang tak masuk akal, serta membelanja kita makan pizza hut di hujung bulan. Saya pernah melihat seorang PR consultant mendapat sebuah handphone mahal apabila beliau berjaya mempopularkan sebuah syarikat melalui kenyataan akhbar.

6. Membentuk jaringan perhubungan- Lumrah, kita akan selalu dijemput menghadiri majlis- majlis dan di situlah kita kaan membentuk jaringan perhubungan, sama ada yang mempunya jawatan dan pengalaman kerja yang sama, mempunyai hobi yang sama dengan kita dan mungkin mereka ialah bakal pasangan kita atau bakal boss kita. Ini agak menarik. Saya mendapat kerja sekarang melalui networking.

7. Oww, Maizatulsalamin ada bertanya, sama ada beliau mampu menjadi seorang PR yang berjaya? Public Relations skill is gain by nature. Not nurture. Semua orang dilahirkan dengan kemahiran perhubungan awam. Jika tidak, bagaimana seorang ibu mampu mendamaikan anaknya yang sedang menangis,kemudian mengendalikan anaknya sehingga besar, melalui episod kenduri berkhatan, menemani anak pergi rombongan, menghadiri hari kecemerlangan serta mensyuarat PIBG di sekolah, serta majlis perkahwinan anaknya. Semua orang mampu jadi PR, cuma, tahap kemahiran yang berbeza-beza itu yang menentukan kasta PR, sama ada beliau menjadi PR bagi pihak keluarga, PR bagi JKKK kampungnya, PR bagi kilang simen, PR di Edelman, Alpha Platform PR, atau PR di Petronas atau Sime Darby.

 

9 Responses to “Kenapa Perhubungan Awam?Komunikasi Korporat?Bagaimana dengan kerja lain?”

  1. *Hm. M& A..topik yg menarik untuk dibincangkan bersama secangkir teh O di kedai mamak mahupun di rumah di hadapan TV sambil tangan memegang novel ‘maryamah karpov’ yang hampir separuh dibaca,yang mana pembacaan dihentikan kerana topik M&A yg best untuk di-analisis mahupun ditimbang-tara…ahh seronok walaupun tak faham konsep ini dari angle corporation,hanya pemerhati.–abaikan introduction ini.

    *saya lebih suka dengan penggunaan ‘Pengamal Perhubungan Awam’ atau dalam bahasa omputehnya ‘Public Relations Practitioner’ as you practice it every now and then in your life, almaklumla..PR is everything and everything is PR.

    *yes, i do agree PR is about maintaining relationship dgn stakeholder(s) [ya..rakyat are the end user as what we have discussed before dalam perbualan ym di waktu kerja semalam..oWhhh..we’re networking didnt we?–alasan!] and yes, it is about creating rapport & networking with others regardless of their status..[itu semua artificial walaupun increment dan bonus terletak pd tangan bigboss dan..KPI]. tapi, pesanan saya..never underestimate / judge a person kerana kebarangkalian fatamorgana dan karma selalu terjadi. [next time kita bincang konsep fatamorgana dan karma dalam ertikata perception towards others ya..menarik topik ni]

    *saya tatau mengapa terpanggil untuk melepak di blog ni dan buat komen ni. harap maaf cik tip [mungkinkah aku kebosanan?]

    p/s: by the way, practising PR di Edelman OK apa..cuma cabarannya amat genting, semua harus berbalik pada niat essentialnya..”What am I really trying to accomplish?”..

    -BiB-

  2. mayyaclassic Says:

    What am i really want to accomplish? Aku nak buka kedai pengantin. One stop Centre. Haha

  3. mixblur Says:

    salam….sajer jer saya nk menyebok kat sini…..sy nie student PR…jer revising my mind why i am taking this course……..

  4. shariman abd ghani Says:

    salam…sy bkal mnceburi bdang PR nie, jd ap krjaya yg trdapat di dlm malaysia d luar ngara kpda plajar PR niehh..??

    • mayyaclassic Says:

      Hi shariman, welcome to PR world. Sekarang orang pakai komunikasi korporat, baru kedengaran sedap. Saaangat banyak peluang kerja okay, mostly kerja komunikasi korporat sendiri la, dan advertising, marketing. Untuk siapkan diri, biasa-biasakan la diri dengan persatuan2 di universiti, Corporate comm is all about managing people.For further detail u may email me at latifah_said@yahoo.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s