Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Arggghhh kenapa aku tiada hak untuk shopping!! Januari 29, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:16 am

Semalam saya seperti bengang apabila saya tidak dapat buat apa yang saya hajatkan di hati. Ya,saya dihalang oleh seseorang untuk berbuat demikian. Namun saya tidak pasti apa sebabnya saya hanya memendam perasaan di dalam hati tanpa membantah lansung. Hajat saya untuk meluakkan sedikit duit saya yang berkepuk-kepuk di dalam bank itu dengan membeli sehelai dua pakaian baru berjenama mahal tidak kesampaian walaupun saya telahpun hampir sampai ke tempat tujuan.

  

Maghrib, saya bagaikan pipit kembali ke sarang. Selepas tu saya keluar ke kedai baru depan rumah saya yang tersergam Pasaraya Speedmart!!Kami menawarkan harga runtuh untuk barang barang seperti bawang besar!(yang dah tumbuh pucuknye), penapis teh dan kopi(yang dah koyak saner sini)! Coklat kandos (yang dah berkulat)! Kicap tamin(yang dah berbuih)! Sos Aminah Hassan! Dan lain-lain lagi. Ya mari-mari tuan tuan puan-puan!!!

 

Hoh, apa tuh! Aku tak berminat lansung nak dengar suara ala-ala Hasbullah Awang yang sedang membuat liputan Permainan Galah Panjang Antarabangsa di mana Malaysia menentang  Nepal dalam set suku masa itu.

 

Bagi menandakan protes tak dapat shopping baju, saya sebaliknya saya hanya pergi mendapatkan barang yang saya tak pernah terlintas di kepala hotak saya. Saya membeli pad jenama wh!@#$, Kopi Perl Kacip Kak Timah, keropok Jigs, keropok belom goreng Indonesia cap panda yang taglinenya berbunyi Gurih dan Renyah.apa tuh?!! Dan Jeng-jengàsaya telah membeli perkara-perkara yang membuatkan saya tak tidor malam iaitu Pensil Mekanikal 0.5 point, 2 berus lukisan cina, 3 berus lukisan biasa dan 1 set warna air serta tempat pengadun kaler!! Wow, nampaknya hobi lama saya akan berbunga kembali setelah 2 tahun telah meninggalkan buku lukisan sampai dah bersawang.

 

Terima kasih pada yang telah menghalang laluan saya ke shopping complex tersebut!

 

Kesimpulan untuk post hari ini ialah, saya akan kembali melukis!

 

Dan hati saya berbunga kembali. Nak lukis apa, lantak lah, nanti saya fikirkan kan, korang pedulik hapa?

Advertisements
 

Sweet Escape Januari 28, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:04 am

Saya dapat rasakan alangkah manisnya jika dapat saya berlari jauh dari semua yang saya lalui hari ini. Berlari dan terus berlari sampi melecet kaki, sampai terkehel lutut dan sampai kurus dek terbakar lemak( Bestnyer kalau betul saya dapat kurus betul dengan hanya berlari;) 

Sekarang saya hanya baru memulakan langkah untuk pelarian tersebut. Saya baru mengumpul aset untuk membeli kasut mahal bagi persediaan berlari dari segalanya.

Tapi, apabila saya fikirkan kembali, patutkah saya berlari? Kenapa tidak saya yang teguh ini tidak berhenti, dan berfikir menggunakan otak kiri dan kanan saya? sebaliknya saya menggunakan fizikal yang sudah tentu memenatkan, namun masih tak bertemu titik penamatnya.Sudahlah begitu, tiada pingat akan dikalungkan andaipun saya berjaya menamatkan larian ini. Gwen Stefany bolehlah buat sweet escape, naik kereta besar sebijik, saya?

Otak kiri saya sekarang perlu direhatkan, fokus adalah kepada otak kanan. Wahai si otak kanan, aku berseru kepadamu, aktifkan dirimu sepertimana pengguna prepaid hotlink! Sila aktifkan kelenjar kelenjar pituitarimu untuk bersambung dengan neuron-neuron otak aku. Aku perlukan sebuah penyelesaian.

Saya menyeru jugak kepada hati saya agar dapat mencapai ketetapan  dalam membuat keputusan. Emak saya kata, saya ni macam lalang.Tidak tetap pendirian. Mungkin betul mak. Tapi cuba mak cabut lalang tu, senang tak lalang tu tercabut dari bumi? Akar lalang teguh mak, tak sama dengan akar rumput carpet depan rumah encih Baharom si tauke Taufufah tu.

Err..saya rasa saya tidak perlu berlari lagi buat masa sekarang..lari dari..errr.. dari apa-apalah..

Hari ini saya berdoa begini kepada Allah:

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, untuk menyintaimu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, izinkahlah aku menyentuh hati seseorang  agar hatinya bertaut padaMu, agar tak terjatuh dalam jurang sumur.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya agar tak berpaling darimu.

Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadamu untuk selalu mencintai mu.

Amin, ya Rabbal Alamin.

( Doa ini saya petik dari blog seorang pelajar MMU yang saya tak tahu namanya, asal usul keturunannya dan di mana rumah emak bapaknya dan apa makanan kegemarannya)

Apa kesudahannya hidup saya ini? hari ni saya ingin senyum pada semua orang dan dengar lagu sweet escape semahunya..

 

Winter wind and wind in my heart Januari 23, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:35 am

Angin setiap pagi di sini sangat sejuk

Sejuk sampai tulang hitam

Sejuk sampai beku

Sejuk sampai rasa tak nak mandi pagi

Sejuk sampai sakit tekak

Sejuk sampai kena pakai stokin dan baju tebal untuk tidor

Tapi dalam hati aku tak sejuk macam angin timur yang melanda sini sekarang

Ada pecahan pecahan wap panas yang tak setara dalam ruang pemikiran aku ini.

Ada sedikit untuk hati sendiri, ada sebahagian untuk orang-orang yang tersayang dan selebihnya ruang untuk memikirkan hal-hal insan yang mungkin terlibat dalam hal ehwal hati dan perasaan ini.

Haihhhh

Entah lah

nanti esok aku sambung berfikir lagi.

sekarang otak aku tengah s

 

obsesiku yang baru Januari 17, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:07 pm
3037777968_663d4118f8_o23037777884_0b9690d649_o13037778024_97e61b0108_o13036941757_a773359fc2_o

Jess
Jess
 

soalan kepada hati

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 2:47 pm

Seandainya ada sebuah mesin mengukur segalanya tentang diri kita, hanya ada satu persoalan yang saya akan ajukan, Adakah saya terlalu pentingkan diri hingga tidak hiraukan lagi orang-orang di sekeliling saya?
Saya merasa terlalu bersalah dengan apa yang saya lalui hari ini..

 

Saya telah lama boikot Nescafe Januari 16, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:45 am

Satu dunia telah tahu bahawa Nescafe-Nestle adalah salah satu product yang patut diboikot disebabkan oleh peranannya dalam menyumbang kepada Israel dalam bentuk dana bagi tujuan peperangan.

Tapi, sebelum diwar-warkan boikot barangan ini, saya telah lama menjadi pelopor kepada boikot nescafe. Saya tulis ini sebab saya mengantuk sangat sampaikan air mata saya meleleh macam sin chan sewaktu emaknya marah kerana melondeh seluar merata-rata. Orang memandang saya yang sedang mengelap air mata ini dengan pandangan simpati, mungkin mereka berangapan saya sedang frust bercinta dengan Kekasih-Yang Memang-Gelap saya itu.

Kalau dulu, jika saya mengantuk tahap ke 9 per 10  ini, saya biasanya akan teguk nescafe tin lansing warna purple, dengan harapan saya akan lansing macam tin tersebut. Tapi memang ada potensi untuk lansing pun. Selepas 30 minit minum nescafe saya mesti terasa pening-pening loya-loya( jika saya beritahu saya pening-pening loya-loya  kepada boyfriend saya, dia mesti kata, abang tak pernah sentuh u pun!!!kuat-kuat sampai orang sebelah jeling-jeling huhu). Seterusnya saya akan menukar habit saya. Yey, saya akan mengunjungi ke bilik kecil yang didiami ramai syaitan. Mesti memulas-mulas. Saya masih teringat, zaman blajar dulu, untuk final exam, sudah tentulah seperti biasa saya tidak pernah belajar secara konsisten, hanya waktu nak exam baru lah saya study. Jadi saya perlu study siang dan malam untuk score. Jadi pada malam final exam final paper saya meneguk 2 tin nescafe- akibatnya saya tidak tidur 24 Jam dan saya terus blank dalam dewan peperiksaan. Mujurlah saya lulus paper tersebut, jika tidak sudah tentu saya akan menjadi pelajar paling senior dalam kelas untuk semester berikutnya (Repeat lah tu). Sejak itu, saya seakan-akan taubat tak nak minum nescafe lagi.

Jadi saya telah boikot nescafe dengan slumbernya sejak tarikh itu.

Tadi dalam perjalanan ke tempat kerja saya terfikir apa hikmahnya umat Islam tidak dapat menandingi kuasa besar Amerika dn Israil dalam Konflik Gaza?

 

Petang yang tak berapa ceria Januari 8, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 7:07 am

Saya mengeliat, ahhhh sedapnya.saya tegakkan badan dan panjangkan lehar saya dam mata saya terus menumpu ke hadapan. Mata saya mencerlang keatas; saya nampak langit Kuala Lumpur yang kelabu berjerebu. Kemudian mata saya yang dilapisi contact lens ini dihalakan ke bawah, saya nampak beberapa orang manusia hamba pekerjaan sedang merokok dan makan dan bersantai di bawah paying biru tertulis Panorama Café di tingkat 9 bangunan ini yang mengunjur keluar. Saya jauhkan lagi pandangan mata saya, saya dapat melihat tiga rel pengangkutan yang (tak berapa) efisyen di KL ni, LRT, Komuter dan ERL..dan mata aku menjalar ke merata dada Kuala Lumpur. Haaaaaaaa, aku mendepangkan tangan, rasa bersyukur kerana masih bernafas di bumi Malaysia yang aman makmur.

Membaca muka hadapan akhbar tempatan akhir-akhir ini membuatkan nafas aku sesak. Imej-Imej mayat bergelimpangan, mayat yang sedang di sembahyangkan, mayat kanak-kanak yang hanya tinggal kepala dan tangisan kanak-kanak yang kehilangan ibu-bapanya, tidak ketinggalan ratapan shahdu ibu-ibu yang kehilangan anak dan suami. Semuanya amat menyayat hati.

Yahudi Laknatullah itu sesungguhnya amat kejam, merentap nyawa manusia sesuka hati. Sesungguhnya, demi Allah aku amat membenci golongan Jews ini. Aku cuba menyokong kempen anti Yahudi dengan memboikot beberapa barang keluaran mereka dan sekutu mereka. Saya akan ajak jugak kawan-kawan yang lain boikot barang-barang tersebut

saya sudah jadi bisan pulak hari ni