Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Tadi saya mengamuk!!!! Februari 26, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:58 am

Saya ini sedang  marah tahu!

Jangan ada sesiapa sebut nama saya.

Saya marah pada semua orang

Kepada dia, kamu, awak, dia, mereka,puan.

marah saya ini adalah kerana mereka juga kena marah

akibatnya saya pun kena marah dengan mereka.

Sesuka hati jiwa nurani mereka saja

Habis,

Bagaimana dengan saya?

Saya perlu marah kepada siapa?

Kepada kucing jiran saya yang suka berak di pokok bunga melur mak saya tu?

Kepada seekor ikan kawan saya Halimatun yang bernama Fateh tu?

Atau kepada cengkerik  bangang yang bising-bising waktu saya nak tidur kat kampung saya itu?

huhhhhhh

Saya mengeluh.

Saya sedih, mujur saya ini keras hati kurang berair mata

Advertisements
 

Magis Sang Puteri

Filed under: greenz grinding — mayyaclassic @ 4:24 am

wallpaper-thumbnailsSaya rasa macam di awangan apabila dimaklumkan bahawa saya akan mendapat satu tiket teater muzikal Puteri Gunung Ledang yang ditayangkan di Istana Budaya pada Sabtu lepas. Saya menjadi sebahagian daripada penganjur majlis yakni saya perlu berada di kaunter tiket dan memastikan semua tetamu kami mendapat tiket masing-masing(biasa la, balaci seperti saya ini, selayaknya hanya menayang muka pada orang ramai dan menjual tiket huhu) Tiket berharga RM 1000.00 setiap satu itu adalah sebahagian daripada sumbangan from our parent company (bukan kompani mak ayah sayala, klu nak tau, cari sendiri la) yang bertindak sebagai Penaja Utama Teater tersebut. Saya ingin mencari kelainan mood pada hari tersebut, saya telah memakai skirt berwarna pink, saya ulangi tuantuan dan puanpuan, PINK. Bersama dengan kemeja putih dan bertudung putih, juga bersandal terompah PINK memang saya menjadi orang yang paling perasan pada hari tersebut, saya perasan saya lawa lagi bergaya dan saya jadi seorang yang paling berkeyakinan tinggi.

Seperti yang termaktub dalam kad undangan, para penonton dikehendaki masuk ke dewan tepat pada pukul 8.30 dan dewan akan ditutup setelah itu bagi mengelak gangguan orang ramai. Namun begitu, 6.30 petang saya telah bertolak ke sana memandangkan saya adalah salah seorang komitinya. huhu, poyonya saya..

Saat pementasan bermula, saya rasa perjalanan cerita agak lembap. Biasa-biasa sahaja. Klu tengok filem lagi bagus. Tapi towards the end of separuh masa pertama, saya telah dapat menikmati kecanggihan dan keanehan teater ini, terdapat babak di mana kami dapat melihat sang Puteri berada dia atas puncak gunung ledang tapi setelah itu lenyap dalam sekelip mata. Antara adegan lain yang menarik juga adalah di saat Gusti Puteri Retno Dumilah belayar ke Melaka, adegan tersebut seakan akan hidup dengan kapal dan lautan..Dah tu adegan nenek kebayan yang sat sat hilang, sat sat ada pun best gak, macam mana tah depa ni buat saya pun tak tau. Tapi adegan yang saya paling ingat macam mana nenek kebayan bertukar menjadi puteri tu yang paling menarik.

Di bawah ni ada synopsis untuk anda..

Adipati and the people of Majapahit are on the verge of defeat. A messenger has been sent to Melaka to propose a joint force to combat Demak.

Chapter One

The emptiness in Puteri’s being begins to be filled when the Melaka delegation led by Hang Tuah arrives. Their first meeting sparks romance between the two.

In a ceremony to welcome the arrival of the Sultan of Melaka, the threat from Demak becomes real. The Adipati’s rage leads to a declaration of war but he is calmed by Patih, acting for the well-being of the people. The Sultan proposes a way out by combining the armies of Majapahit and Melaka as a last resort, if Demak refuses to back down. Hang Tuah is summarily dispatched to Demak to give warning.

The separation between Puteri and Hang Tuah becomes unbearable and she leaves Majapahit for Gunung Ledang.

Meanwhile, in Majapahit, the gloomy atmosphere turns bright when word comes from Melaka that the threat from Demak has been neutralised. Adipati makes haste to fulfill his promise to wed Puteri, his sister, to the Sultan of Melaka. But the Puteri has gone missing. Bayan is deemed responsible and sentenced to death but she would rather take her own life.

Chapter Two

The bustling city and port of Melaka feels lonely to Hang Tuah who is pinning for his love. Adipati arrives in a hurry and faces off with Hang Tuah, who realizes then that the princess is waiting for him on Gunung Ledang. But before he could make his way to her, a decree was made: the Sultan would take Puteri as his wife. The agony is amplified when Hang Tuah himself is ordered to lead the Royal proposal delegation to Gunung Ledang.

The journey up the mountain proves to be fraught with obstacles and strange happenings. Nenek Kebayan appears to the party to warn them, but out of sense of duty she is ignored. the delegation forges on until they are beset by invisible forces and possessed, separating them from Hang Tuah who has reached the peak of Ledang.

There, the two lovers meet again and their longing quenched. But it does not last long – the Orang Kaya appears with news of the Sultan’s intentions. Hang Tuah, still loyal to a fault, bows before his Sultan’s will. Frustrated by her lover’s stand, the Puteri imposes 7 preconditions for her hand in marriage.

Back at the palace, Melaka’s ministers and scholars decipher the meaning of the 7 preconditions in trepidation. The Puteri’s demands seem intent on inflicting great harm on Melaka, yet to the Sultan it is clearly a challenge to his greatness. Ans so he decides to murder his own son, Raja Ahmad, to prove his absolute power. Puteri appears before the Sultan to stop his dirty deed and to formally reject his proposition.

Hang Tuah, who is feeling guilty for killing the embers of love in Gusti Puteri, begins to realise the lunacy of blind loyalty, which he must put an end to. He arises and rushes to Ledang to seek out his beloved. The Gusti Puteri still waits for her true love, on the peak that has become a symbol of their enduring devotion. There, they remain as two beings, separated by time. The End

 

Laskar Pelangi Februari 19, 2009

Filed under: greenz grinding — mayyaclassic @ 9:52 am

Lagu ni membuatkan aku sendiri berasa macam berada di tengah tengah padang yang lapang, sedang berlari-lari bersama-sama teman-teman. suasana pulak, sangat tenang dan redup, kami sama-sama tertawa dan terus berlari. masa tu aku pakai skirt kembang dan rambut aku lurus dan ringan sekali akibat teknik rebonding. baju aku tu warna putih.melalut lak.
Aku juga terbayangkan aku dan teman-teman masa tu dalam keadaan berjaya keluar dari kepompong masalah yang meresahkan. kami menari dan menyanyi lagu kesukaan kami. Dah penat menyanyi, kami keluar dari padang tu dan singgah beli sirap bandung untuk kawan-kawan manakala untu untuk saya sendiri saya memilih cendol yang ada kacang merah dan tapai pulut. ermm nyaman. hayatilah lagu ni.

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

 

Saya tidak sambut velentine Februari 17, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 2:28 am

Saya tidak pernah menyambut velentine dan tidak pernah merasa betapa specialnya hari velentine ini. Tapi adakah salah andai saya tidak meraikan velentine tapi saya mendapat 3 kuntum mawar merah dari seseorang yang saya panggil kekasih.?Ini adalah sebahagian dari petikan menarik tentang hari velentine yang dipetik dari http://suara-ummah.blogspot.com/2009/02/henti-sambut-hari-valentine.html

henti sambut Hari Valentine

Oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus

Umat Islam perlu mengelak daripada turut meraikan hari kekasih kerana

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

– Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

– Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

– Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

– Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: “Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

 

Adess, ada lagi orang macam ni rupanya

Filed under: panas — mayyaclassic @ 2:10 am

Orait, saya dah pun buat keputusan untuk membeli PIN number bagi DPLI dan KPLI sekaligus.Yer, saya memang tamak pun, suka hati saya lah, bukan saya pun yang beli PIN tu, kakak-kakak saya yang beriya-iya nak saya jadi cikgu..walaubagaimanapun, saya akan isi borang itu elok elok waima saya tak minat. Jika dapat, itulah rezeki tuhan yang telah ditetapkan untuk saya. Tak salah mencuba kan?(Betul betul betul!!kata Upin dan Ipin menyokong pendapat gua)

Ni, nak habaq mai ni, saya mengantuk!!!

Semalam kan, saya kan, kena marah dengan driver company!!!! tapi kan, saya marah dia balik lepas tuu!!!!!!!!!!!puas hati saya.

ceritanya adalah seperti fakta berikut:

– Saya nak balik ke KL dengan flight pukul 0935pm. Driver berjanji dengan saya untuk ambil di rumah pada pukul 0645. Baiklah, saya tunggu sambil bersiap-siap dengan sabar.

– Tepat 06.45,  sekonyong-konyong ada kereta putih masuk ke halaman asmara rumah saya yang berseri dengan bunga kertas emak saya tu. Sampai je rumah saya, dan jumpa dengan saya, driver tu marah-marah saya(maki hamun sekali sebenarnya dan mengatakan bahawa kalu dia tak jumpa rumah saya dalam masa 5 minit lagi dia akan blah). Cis bedebah bebedah!! pantang aku dimarahi orang depan mak ayah aku!!Beliau telah claim bahawa dia telefon dan mesage saya tetapi saya tidak angkat. Aik??!! bila masa ada call dan message? tipu ah.. takder pun. and then saya masuk dalam rumah untuk amik beg,  oo betul la, dalam rumah saya tak ada coverage plak.  Then saya masuk kereta. Beliau mempotpetpotpet sehabis daya terhadap saya yang naif lagi sopan santun ini. adess berdarah telinga. Saya minta maaf ok. MUNGKIN salah saya, kata saya. kami meneruskan perjalanan untuk mengambil bos saya.

– Sampai jer di rumah bos saya, kena tunggu bos saya pulak. beliau masih potpetpotpet lagi.. telinga saya terus mengeluarkan darah dan bernanah.oooooppsss terlebih sudah. tiba-tiba saya terfikir, ke mana semua message dia ni? takkan lah tak sampai lagi jika benar tak ada coverage telefon di rumah saya? driver bongkak lagi kurang asam tu masih lagi dengan pendiriannya, katanya, kalau dengan driver lain, dah lama saya kena tinggal. Padahal masa tu baru pukul 6.45, saya memang tengah amik telefon untuk telefon beliau untuk tanya dah jumpa rumah saya ke belom.

– Ermm, saya mencari akal untuk tutup mulut orang ini. tapi akal saya hilang tak jumpa-jumpa.

-tetapi, jeng-jeng jeng. Eureka!!!!

-” Boleh i tengok sent item yang u hantar kat I tadi?” soal saya dengan penuh sopan santun. “Nah, ni, tengok ni, apa punya orang, huhhhhh”, beliau kata begitu pada saya (???)

– Saya pun ambil henfon beliau. Errrrr, ermmmm, hargghhhhh!!!!!!. Dasar bontot belanga!!kepundek, mangkuk berhayun, banggang, bonggok, benggong,ba*#, biawak pasir, jam pasir!!  Mata saya terbeliak, hidung saya kembang kempis, napas cahaya saya naik turun, saya tarik napas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan, lantas “Pakcik,(err tapi muda jer driver ni aku tengok, lantak lah, pak cik jugak!!), ni bukan nombor telefon saya, klu macam ni sampai kiamat pun pak cik tak boleh contact saya!!!” lantas, aku teringat sesuatu.

-3 jam yang lepas, Saya telah memberi nombor telefon saya sebanyak 2 kali kepada pembantu driver, siap saya ulang kuat-kuat dan jelas-jelas. setelah itu, saya sendiri menelefon driver tersebut, saya suruh beliau ambik hnombor telefon saya, tapi beliau dengan angkuhnya menjawab, ” tak payah lah bagi nombor kamu tu berkali-kali, bukannye nak ngorat kamu pun!” Hambik kau.

– Sekarang ni siapa yang tersipu-sipu dalam kes ni? Geramnya saya masa tu. Rasanya nak jer saya bahasakan  balik beliau yang kurang asam boi tu biar dia pulak berdarah telinga. tapi saya tahan jer, saya lebih suka menggunakan pendekatan biar orang tu malu sendiri dan ingat sampai mati. saya cuma cakap ” ermm saya pun tak suka nak bagi nombor saya pada orang lain sebab saya tahu, orang bukan nak ngorat saya, tapi yang saya tahu, klu saya bagi nombor saya kat orang, orang tu mesti dan perlu guna betul-betul.Lain kali ingat baik-baik apa yang kita buat kat orang akan kena kat kita balik yer pakcik””

Huh puas hati, maka untuk satu jam perjalanan yang seterusnya, beliau hanya diam seribu malah jutaan bahasa.

Al-kisahnya, budak yang amik nombor telefon saya tadi itu, rupanya, tidak tahu membaca dan menulis. Sayangnya, rupa budak tu, klu sekali tengok, boleh tahan kacaknye, tapi nak tulis number phone pun salah, patut la orang cakap dia ni tak boleh diharap.Rupanya dia dapat kerja pun sebab bapak dia berpengaruh dalam company ni dan bapaknye juga merupakan orang penting di tempatnya. Kalau tengok cara cakap, memang mewarisi bakat bapaknye yang dah macam YB tu, rupanya membaca pun tidak pandai.  Dunia, dunia, bapaknye yang bijak pandai tu,kenapa tidak disekolahkan anak kamu tu, klu tak, tak lah bernanah telinga saya, tak la tersipu-sipu pak cik driver tu dengan saya sampai tak cakap apa-apa sepatah haram pun.

huh, best. Kemenangan berpihak pada saya lagi kali ini.

 

Saya nak… Februari 13, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:39 am

buat masa sekarang saya nak

1) Sepasang kontact lense baru- RM 500

2) Sebuah kamera, jika boleh sony, olympus atau Casio. 8.0 mp.. Min RM500, Max 800

3) Make-up base, eye shadow and foundation from Elianto Rm 100

4) Eye liner from Avon- RM 14 or buy 2, free 1

5) Jeans Straigh-Cut Levis- RM350

6) 3 pasang baju kurung moden baru-RM350

7) Kasut hitam tumit 2 inch yang tak menyakitkan kaki, yang murah jer-RM 50

8) Ipod Nano- RM1000

9) Lampu untuk bilik tidor saya. dah 2 bulan saya boleh hidup  tanpa cahaya di dalam bilik. Saya hanya menginginkan lampu bilik di IKEA dengan bajet RM 100.

10) Sebuah almari pakaian yang besar untuk saya gantungkan segala pakaian saya. Biar besar asal murah RM 500.

Total: RM 3764

I need more moneyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!

desperado

 

Saya dan diri saya

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:21 am

Seperti biasa menjelang hujung minggu, otak saya akan diberi tugas untuk memikirkan tentang paju apa yang akan dipackkan ke dalam beg dan beg mana yang akan saya bawak. Adesss, semenjak bekerja dengan CIMA otak saya seakan-akan sudah disetkan untuk memikirkan hal ehwal barangan yang perlu dibungkus dan dibawa keluar dari rumah. Minggu ni, saya akan balik ke Perlis for meeting , meeting is on Monday, so saya hanya perlu bawak satu pasang baju formal yang boleh dipakai bersekali dengan Kenduri masuk ofis baru pada sebelah petangnya( sebenarnya ofis lama cuma lokasi berubah). Memndangkan saya mendapat majikan yang terbaik, maka saya telah menempah fight tiket pada hari Sabtu dan sempat berehat pada hari Ahad di rumah sendiri walaupun saya boleh memilih untuk menginap di Hotel Brasmana atau Putra Palace(lantas disebut sebagai Durhaka oleh ibu-bapa saya kerana tidak menjenguk mereka) .

Sementelah minat saya terhadap aktiviti travel yang amat mendalam, saya amat bersyukur menyandang jawatan sekarang. Saya dapat menikmati kehidupan yang selesa walaupun kurang berduit dan dapat bertemu keluarga selalu sekarang. Sebulan sekali saya mesti pulang ke Perlis.

NAMUN BEGITU…

Saya sekarang ini berkira-kira untuk mengisi b0rang bagi Diploma Perguruan Lepasan Ijazah- Diploma Pendidikan. tapiiiii

1) Saya tidak minat lansung menjadi guru- Semasa zaman sekolh dulu, andai ditanya tentang cita-cita saya, saya tidak tidak tidak pernbah menyatakan saya akan jagi cekgu. Dan saya dah lupa saya nak jadi apa dulu2. Masa tu saya belum tahu tentang PR atau Corporate Comm. pun, Klu tahu mestilah saya akan kata saya nak jadi PR,cewah( I luv my job).

2) Saya ini tiada skill untuk menjadi seorang guru. Saya tidak tegas, tidak garang, suka bercakap cepat.

3) Saya cakap berbelit-belit dan suka mengulangi perkataan yang sama. Nanti anak murid saya tidak faham apa yang diajarkan.

4) Saya ini tidaklah suka setiap hari berbaju kurung dan membawa rotan ke sekolah. Saya suka bebas.

tapi…

1) Saya nak cuti 2 bulan berturut-turut dalam bulan november dan disember

2) Saya nak balik awal dari kerja dan menunggu anak2 dan suami pulang dari kerja

3) Saya ingin mendapat gaji yang tinggi( ye ke? ngaji cikgu tinggi ke?)

4) Saya nak kemudahan pinjaman kerajaan

5) Saya nak jasa saya dikenang sebagai pendidik yang mana ilmu  yang diajar itu membawa ke akhirat.

Tapi kalau saya jadi cikgu boleh ke saya

1) memakai suit korporat ke sekolah

2) Berjumpa dengan pelbagai interesting people instead of kanak2 dan remaja hingusan yang memeningkan kepala.

3) Mendapat peluang travel ke merata tempat( selain dari lawatan sambil belajar)

4) Peluang balik kampung sebulan sekali(andaikan bahawa aku ini tidak mengajar di perlis la)

5)Menguruskan acara-acara besar yang melibatkan kenamaan  dan VIP? Sedangkan inilah yang saya gemari?

Owh!

Tuhanku, berilah aku petunjukmu..