Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Ini Dilema Wanita Mac 15, 2011

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 3:14 am

Saya tak ada dilema kalau saya secomel dia

Awak pernah tak nampak orang duduk menghadap cermin lama-lama, sambil membelek tudung;kalau siapa yang pakai tudung bawal tu mesti hembus angin sambil terjuih mulut ke atas untuk kasi tudung jadi lentik. Mesti pernah kan?

Lepas tu, belek-belek muka, kot kot ada bulu mata terjatuh, kot-kot ada tahi mata telekat di hujung mata. Lepas tu pakai-pakai bedak, dan keluar dengan muka segar. Oooops. Tak, muka tak segar, penuh bertepung gomak. Bedak banyak tapi tak melekat di muka sebab muka berminyak dan menggerutu akibat lubang si pori-pori tersumbat. Pernah?

Saya sendiri pun pernah dan kerap alami. Saya kerap berjemur panas, suasana pekerjaan pula sentiasa berdebu dan kotor. Maklumlah, buruh kasar. Wajah penuh bertepek debu dan noda.Muka jadi berminyak dan kusam. (owww sangat komersial ayat kau).

Jadi untuk atasi masalah semua ini saya mengamalkan rejim penjagaan wajah yang tetap. Saya mencuci muka dengan gerakan membulat seperti yang disarankan Normala Shamsudin, 3 kali seminggu saya akan pakai scrub resepi saya sendiri pada muka. Saya pakai toner dengan kapas lembut. Kemudian saya pakai pelembap, kalau tak pakai pelembap ni memang lagi teruk la kulit saya. Kemudian saya pakai bedak. Tapi..hasilnya tetap mengecewakan. Ya saya tahu, saya dah lama tak mengunjungi spa untuk buat rawatan muka.

Sekarang, jerawat menghuni sebanyak-banyaknya di muka dan kepala. Bedak tak mahu melekat dengan cantik sebab wajah berminyak. Mungkinkah ini kesan resdong. Saya mahu penyembuhan segera. Tolong. Ini sungguh dilema wanita.

 

Tinggalkan komen