Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Ini buat si gadis tersenyum Disember 28, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 2:01 pm

Ada sebentuk cincin

terhias indah di jemari manis si gadis

Emas putih lambang kejituan yang tak ternilai

Lambang keampuhan tiada tara

Mutiara lambang sejati

tak hilang dek zaman

tak lekang dek perasaan

terima kasih sang pemberi

atas pemberian tak terjangka

tak ternilai

Kau buat si gadis tersenyum kegirangan

dalam dakapan bahagia

Advertisements
 

Terpaksa ( tapi suka) Disember 23, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:23 am

Sabtu ni yang sepatutnya saya manfaatkan untuk tidor terpaksa dikorbankan kerana saya akan berada di TheCarnival, Sungai Petani bagi menggantikan Farah Fauzana yang terpaksa direhatkan atas sebab-sebab tertentu. Jadi sehingga hari ini saya marah marah sayang pada Farah Fauzana kerana dengan ketiadaannya saya terpaksa menjadi pengacara majlis yang tidak kurang hebohnya. Jumaat petang lagi saya akan bertolak ke sana untuk sedikit persediaan dan sound check.  Saya dengan dosa-dosa besar atas kesalahan riak  dan ujub, memberitahu anda semua bahawa tidak akan ada sesi rehearsal, kami semua adalah professional.

Ehm, sekarang saya kena study pasal budak ni. Mungkin saya perlu bersama beliau sepanjang event berlansung. Beliau merupakan antara penyeri majlis ini di samping Avril Lavigne, Sean Kingston, Salamiah Hassan dan Imran Ajmain.

 

2 Perkara yang dilupakan Disember 21, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:27 am

Hari sudah pun 21.12.2009.Saya tidak terlupa akan dua tarikh keramat dalam hidup saya, 12.12.07 dan 16.12 setiap tahun. tetapi saya sengaja untuk tidak mengingatkan terikh terikh tersebut, dan sengaja berpura-pura lupa supaya saya dapat membuang jauh segala yang berlaku dulu. Saya nak menjejak kaki di alam nyata sekarang dan bersyukur atas kurniaan Allah

 

Akibat berbudi kepada tanah Disember 20, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:07 pm

Petang tadi saya bertidur-tidur ayam di hadapan TV, tiba-tiba, mak saya yang mungkin tidak mahu anak daranya dilihat sebagai seorang yang penyegan-nak-mampoih mengejut saya untuk ke sawah. Yea, sawah;bukan untuk bersawah, tapi untuk memetik jagung (memetik ke, mengutip ke, mematahkan ke,ape ek?) yang ditanam di sebuah kawasan terbiar di sawah Mak saya. Seingat saya, kali terakhir saya ke sawah ni masa raya haji tahun lepas, tu pun, semata-mata untuk ambil gambar di bawah ni. Gambar di bawah ni sawah yea, bukan sungai atau tasik. Masa ni, musim hujan, air penuh dalam sawah.

Kali ni, saya datang lagi untuk memetik jagung. Wah, syoknya, lamanya saya meninggalkan kehidupan sebegini.

Jagung ni mak saya tanam secara sambilan semasa beliau ke sawah untuk memantau aktiviti aktiviti persawahan seperti, kecukupan baja, air, bersih dari rumput, siput khinzir, paku rawan etc etc. Dalam masa dua bulan kot, kami telah pun dapat menikmati jagung yang sedap ini!yummy.

Inilah sebahagian daripada sawah padi yang telah pun berbuah. Sawah padi di Perlis agak berbeza dengan keadaan sawah di Kedah kerana sawah di Kedah kelihatan sangat lapang dan luas tanpa kewujudan pokok-pokok apatah lagi pokok jagung macam yang Mak saya tanam ni. Sawah di Kedah kelihatan saujana mata memandang manakala sawah di sini, kelihatan bengkek mata memandang sebab agak semak dengan pokok nyior la, pokok asam la, pokok tui la, pukat untuk tangkap burung ayam-ayam la, tong racun la–membebel plak.

Inilah dia pokok padi yang sedang berrbuah lebat. Masih hijau. Tolong jangan tanya saya bila padi ni akan masak menguning emas, sebab saya tidak belajar sains tumbuhan. >Sebetulnya saya tidak ambil tahu hal-hal tanaman padi ni. Saya cuma ambil hasilnya saja dalam bentuk $$$. Ampunkan saya Mak, Ayah. Anakmu ini terlalu jahil akan kehidupan yang kau telah dan sedang lalui.

 

Ada orang menjemput saya,terima kasih Disember 19, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:48 pm

 Kangen Band – Yakinlah Aku Menjemputmu

Teringat selalu wajah kekasihku
Saat ku menuai lagu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta

Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinkan ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu
Kau milikku

 

Jauhnye rumah dia..

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:28 pm

Tadi, tanpa perlu fikir semasak-masaknye, saya bersiap-siap ala kadar untuk ke Wedding Kuna di Sik Kedah, dengan pakej wedding Bobo aka Pakdan aka SMSSAK di Pendang sekali. Jauh tu Sik dari Padang Besar ni. Tapi aku bulatkan tekad dan azam, untuk sampai jugak ke rumah Sakuna walau halilintar membelah bumi. Semuanya atas nama sahabat.

Bertolak jam 11; setelah memeriksa air betri dan air minum dalam kerata,jam 12.30 baru sampai ke Bukit Payung, rumah Kak Huda dan Ekin. Itu pun setelah melalui the –almost-never-ending journey dari Exit Kepala Batas ke Derang, ke Pokok Sena, then masuk simpang ke Naka Bukit Payung. Fulamak. Dari bukit Payung Pulak, ke Naka, rumah Mat Pon.

Dari rumah Mat Pon pula, terus ke Sik melalui jalan yang saya sifatkan sebagai mencabar bagi saya yang hanya memandu di Bandar dan jalan di Perlis yang sangat ringkas ni. Melalui kawasan Tasik Pedu(kot,kurang periksa pula hamba) adalah satu hadiah kepada saya yang cintakan alam sekitar, tapi saya tak nak berhenti dan snap gambar sebab saya terlalu nak cepat sampai sebab saya err (toleh kiri, toleh kanan, errr, saya lapar sangat sangat sampai nak muntah.

 Inilah dia budak Sakuna, yang saya kenal dan berkawan dari tahun 2002 lagi. Dia adalah tempat saya lepakkan diri apabila saya bosan dan boring, apabila saya terjatuh cinta kepada seseorang, apabila saya tiada majalah untuk dibaca(dia ada banyak komik), apabila saya kehabisan duit untuk sewa CD (Dia beli CD ori),apabila saya tiada teman untuk menonton TV di Mahallah Hafsa,apabila saya memerlukan geng untuk lepak di Sports Complex,  apabila saya memerlukan motivasi dan apabila-apabila yang lain lagi.

Ini pulak Sakuna dengan kawan dia yang katanya single tapi unavailable.

Seterusnya, selepas bersalam dan bersebak-sebak, kami meneruskan perjalanan ke Pendang, sekali lagi melalui jalan yang amat (strange dalam bahasa Melayu ape?). tapi akhirnya kami berjaya sampai ke tempat yang dituju. Pak Dan sebenarnya orang Dungun, isterinya yang orang Pendang(maaf, saya sungguh loqlaq kerana tak mengambil tahu perihal nama isteri beliau). Sedia maklum kami memang tak dapat pergi ke majlis di Dungun minggu depan, jadi kami ke Pendang sajalah.

Pak Dan, kawan yang saya kenal dalam persatuan, banyak membantu merealisasikan aktivit persatuan, memberi idea dan dorongan serta mengutuk sesuka hati je. Budak political Sciences, jadi, sedikit lantang dan cakap tanpa fakta, hahaha.

Dan, perjalanan saya yang jauh hari ni hanya berakhir pada jam 7.30 malam, dengan kelelahan, tapi rasa penuh kepuasan. Kawan-kawan, koranglah antara penyuluh jalan aku ke sana.. Terima kasih walau siapa pun kamu.

 

kiri dan kanan saya ada apa Disember 17, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:04 am

saya toleh kiri saya ada benda, saya toleh kanan saya pun ada benda. saya snap benda dan saya letak kat sini. untuk isi masa saya.

Ni adalah meja kerja saya. Ada sebuah laptop Dell, handphone Nokia yang saya tak tahu modelnya(terima kasih kepada yang memberi pinjam),sebuah cawan comel tinggalan Fae, sebuah cawan gedabak pemberian New Straits Times Press, Sapu tangan batik biru yang masih di dalam kotaknya pemberian Madam Saodah Wok of IIUM, dan keychains(Lawsoc IIUM dari Ijan, keychain kepala budak dari sapa ntah, Morocco from abanglong, Bandung dari Pn. Surayah, Morocco dari abanglong jugak, Sarawak from WanNorFadlin, Thailand from Juria, Amanah Raya and Gajah Thailanf from Kak Ana(not in the photo)). Sebenarnya meja saya tidaklah kemas sangat pun seperti yang dilihat. huahuahua. Orang kreatif selalunya semak.

Ini adalah mug yang sama seperti di atas, tertera adalah imej suratkhabar keluaran pertama Berita Harian. Gelas ni punyalah besar sampaikan kalau saya minum air penuh gelas ni, saya akan ulang alik ke toilet dua tiga kali.

Ini pulak ialah cincin favourite saya. ini ialah cincin mutiara Sabah konon-kononnya. Warna dia yang unik tu, suit to almost all my baju. Cincin ni saya beli masa bulan Ramadhan lepas di Jitra Mall.

Ni pun Cincin Mutiara Sabah, warna hitam ni memang menusuk jantung saya sebab saya memang suka warna ni. Dan kebanyakan warna baju saya pun memang warna hitam. Cincin ni dibeli di Jusco Wangsa Maju awal tahun hari tu.

Cincin ni pulak saya beli di KL Sental. tujuan, sebab saya tak tahu macam mana nak spend duit lebih saya masa outstation kat KL. Tapi difikirkan logik, tak logik. Beli cincin dengan harga sekian-sekian, dapat percuma rantai yang bernilai sekian-sekian. tapi saya tak peduli logik ke tak, yang penting, saya mesti berbelanja. Cincin besi bertatahkan kaca atau perrmata ini sangat ringkas. Tapi saya jarang sanga pakai, sebab orang selalu anya, cincin anda ke tu?oww neoooo

Ini ialah segerombolan swarovski yang dikarang dan dikait oleh kak Ani. cincin ni di peroleh atas dasar cinta pandang pertama terhadapnya beberapa bulan lalu. Cincin ini amat berjasa dalam tahun 2009 kerana tahun ini saya amat menggilai warna coklat. Dengan memakai cincin ini,, jari jemari montok saya terus kelihatan runcing bak tombak serai, bibir merah bak delima merekah—err ada kaitan ke.