Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

rahasia di sebalik rahasia Oktober 31, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:32 am

pagi tadi sebelum subuh masa aku tengah gosok baju, aku dengar lagu ni, teringat kenangan dolu dolu padan tahun1991, abang aku suka pasang radio besar-masa tu orang panggil Mini Compo kuat-kuat. so aku pun bleh hafal lagu ni, dan aku masih ingat lagu ni walaupun dah berlalu 16 tahun

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci

Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan…

Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan

Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan

Tersesat kita dalam perjalanan

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati

Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

  

 

 

Keanehan sebuah bayangan

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:38 am

Tiada perkara lain yang lebih mendamaikan jiwa dan urat saraf aku selain dapat melabuhkan diri dia atas sebuah bantal dan tilam nan empuk.ngangangahaha. semakin penat aku bekerja, semakin banyak tidor aku jadinya. Semalam aku memulakan pelayaran mimpi pada pukul 9.30 malam. Terlalu awal kan? Alahh aku bukannya bangun pukul 9 atau 10 macam zaman study dulu, sekarang bangun kul 5.40am babe. Haha… klu dulu aku tak reti nak tidor baring dalam LRT, sekarang aku dah terer bab-bab tidor dalam LRT nih, selamber jer. Cuma satu je, jangan sampai ternganga dan ayaq liuq meleleh dah la. Aku dan seni tidor memang tak dapat dipisahkan  lagi.  Bagi aku, tidor adalah satu misteri alam yang amat sukar difahami.sebab, sewaktu tidor, kita kan dibawa mengembara ke tempat yng kita suka dan impikan. Seolah olah segalanya nyata..dulu, klu orang tanya aku, sebab apa aku suka tidor, aku akan jawab sebab aku suka bermimpi. Yeargh. Kadang kadang hanya dalam mimpi kita dapat merealisasikan semua keinginan hati dan tiada siapa yang akan tahu apa yang kita mimpikan sebab tak akan ada bukti klu pun kita melakukan jenayah di dalam mimpi tersebut. Melainkan klu mimpi yang satu tu haha, memang akan ada bukti..

 

Nguanguanga–ngantuk Oktober 21, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:47 am

nguaaaaaa, aku mengeliat dan menguap, ngantuk.semalamsampai rumah pukul 9pm tuu..kelihatan kak yan sedang mundar mandir di hadapan aku. berulang alik antara mejanya dan meja en. Rozahan. Wak Lan kat sebelah aku ni plak tak habis habis dengan calculatornya,mengira duit, ayat paling dia suka, “menyampah aku lah” haha. Kelihatan aku berada di belakang meja sedang menaip dengan kadar kelajuan sederhana.. aku dah tak tau nak buat apa lagi, aku dah siapkan meeting report semalam as well as dummy for newsletter. semalam. Ya semalam sangat best. aku pergi ke Plant kami kat Bahau Negeri sembilan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam dari KL. jalannya, Ya Rabbi, Bengkang bengkok macam nak pergi Janda Baik. tapi semua tu berbaloi dengan pamandangan yang cantik sepanjang jalan. Miting bermula pukul 2.15, dan miting ni adalah amat berkait rapat dengan PR. First time I met the workers there, aku dah rasa best. Diorang tak rasa macam aku ni adalah budak YES sebaliknya diorang ingat aku dah lama kerja. Pelik pulak aku, kat sana aku jadi cepat mesra. manakan tidak, depa pun sangat mesra lagi poyo. dah tu nak tunjukkan betapa happeningnya orang orang kat sana nun, siap ada satu jawatan tak rasmi baru, Head Department of Entertainment.Wah macam kerja kat Kota Keriangan Genting lak haha. Depa banyak bagi nasihat dan menokong aku, ada sorang brother tu, dia kata klu aku tak dapat sambung kerja ni selepas YES,aku boleh terus proceed kerja kat sana jer dengan diorang. Dan ternyata aku amat happy kerja kat sini, balik kerja dengan senyuman dan datang kerja pun dengan senyuman..

Oh Happy Happy day!!

 

aku dan imej mereka thihihi

Filed under: greenz grinding — mayyaclassic @ 3:27 am

Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi dan tak ada tanda tanda aku akan dapat kerja apa apa dari Kak Yan before kami bertolak ke Bahau pukul 11 nanti, jadi aku cuma melayari internet dan membuka halaman Utusan online, Kosmo online dan Mangga online,ooopps haha..sambil sambil tu aku dok melilau kat internet ni untuk mencari laman web yang dapat membantu aku membentuk imej aku yang unik dan tersendiri terutama dalam bab berbaju berpakaian.

Setakat ni aku tak ada sebarang imej yang spesifik dalalm masa aku bekerja selama lebih 10 bulan ni. Mana mana baju yang aku rasa nak pakai,aku pakai jer, mostly baju kurung dan kadang kadang aku pakai blause labuh dengan seluar panjang dan kenkadang aku pakai kemeja pendek sengkat dengan seluar.dan kenkadang blaus dengan skirt. Tapi memendangkan sekarang ni aku dah bekerja sebagai PR executive, aku percaya bahawa aku perlu membentuk imej yang lebih fresh dan sedap mata memandang. So, aku tercari cari imej mana yang sesuai dengan aku yang bertudung. Setakat ni yang aku tengok member member aku yang ada oimej tersendiri adalah IAI_Gemmok dengan pesyen foreignernya, haha jangan marah IAI!!well u know who you are hehe. IAI ni suka pakai blaus,kemeja dengan skirt dan seluar dengan selendang. Nak tengok dia pakai tudung bawal payah la, nak tengok dia pakai baju kurung lagi lah payah, masa matrik dulu jer aku tengok dia pakai baju kurung. Yang lain yang aku tengok depa ada own identity is Paan, warni.pakaian depa lain sket pada org lain.  ahh lupakan kejap hal hal serius nih, meh kita bergurau senda sengal plak. Aku jumpa cerita ni waktu aku menyelak-nyelak mailbox aku tadi

 

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan” .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib  pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…”. Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi…

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur leke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang.He heee…”

Tok imam pun terkedu & terpana…

 

k, Cheer Up Cheer Up!!!!

 

AKu dan kEhiDupAn AtaS LRT sEaDanYa.. Oktober 17, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:27 am

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku guna internet setelah beberapa hari aku tak dapat menggunakannya due to the efficiency of the office system that does not allow any internet abuse. Hoh, apa tuh?

Mujorlah wordpress ni tak di bannedkan macam YM and Friendster, klu tak apa lagi yang aku bleh buat kat opis ni(???)

Actually, tak banyak sangat benda yang aku boleh buat at the moment, melangut ja. Sebagai org baru, banyak benda yang aku kena tunggu dan lihat. Contohnya, aku masih menunggu lagi information dari CIMA Perlis yang boleh aku gunakan untuk buat event news for Berbuka Puasa Event. Tapi belom sampai pun lagi info tu, again delay la tu..then aku kena attend meeting ja kat KL and Bahau or Perlis nanti sebab banyak event nak dibuat dengan UEM skali.

Well, let me introduce the company first. I am now working with one of the construction supplier; cement,  in Malaysia that based in Perlis, but then, I am working at another office at PJ. And actually I undergo the training under YES program by UEM at the same time and insyaallah to be transfered as the permanent worker after 6-12month training.

Nature of work here is very specialize,à PR-Corporate Communications Department. Dan sejujurnya aku tidak pernah membayangkan pencapaian aku hari ini. Aku masih dalam barisan perhubungan awam, dan mungkin tidak akan terkeluar dari barisan ini. Jadi cikgu?ermm maybe, naik meremang bulu roma aku tengok berita semalam, cikgu di Sekolah Menengah Perlis diTendang Pelajar. Mak aih, ni yang wat aku pikir dua tiga pat lima kali sebelum decide nak isi borang KPLI nih. Selain cikgu aku tak tau apa lagi keja lain yang aku boleh wat selain berniaga barang barang kraftangan@alatan perkahwinan dan PR. Aku mmg tak minat marketing lansong, aku tak boleh join MLM untuk kaya sebab aku tak mau kaya sangat haha, aku tak boleh jadi loyar sebab tak tegas, aku tak bleh jadi polis sebab rabun..dan berjuta lagi alasan yang membenarkan aku terus bekerja sebagai PR atau mungkin nanti isteri kepada Duta Besar Kosovo ke Malaysia(humang aih, berpeluh aku menaip ayat terakhir nih).

Aku dapat membayangkan tanggapan pertama aku kat opis ni adalah sangat positif. Pertama sekali, kedatangan aku disambut dengan kemesraan dan keramahan staf staf lain. All of them are so friendly, Cuma aku ja yang lambat panas sket klu jumpa orang baru nih. Yelah aku sorang jer yang muda kat cini, yang lain semua orang lama lama, well, ini membuktikan bahawa tempat ni bagus sebab staff boleh bertahan lama kat sini. Dah tu environment pun ok jugak, ok la, tak tau nak habaq macammana, toilet dia ok, maka semua tempat akan jadi ok la. Plus, baru je sembang sembang dengan senior senior sini yang dah lama kerja, masing masing dah 10-20 tahun keja sini, semua cakap ok, less pressure dan sesiapa yang keluar dari CIMA biasanya menyesal bila kluar dari sini. Jadi sekarang aku mengizinkan takdir Allah dan masa yang tentukan jodoh aku dengan CIMA nih..

Dan mungkin aku akan jadi orang yang paling rajin kat  mukabumi ni sebab kena bangun awal seawal 5.50(tp bg org lain, ni waktu normal la, cuma luar biasa bagi aku) , mekap seadanya dan tunggu bas 203 seterusnya beli tiket kat mesin dan selanjutnya nek LRT selama 50 minit klu tak stuck kat KLCC dan tempat tempat lain.

What a life.

Note: Esok aku nak pegi kenduri kahwin Mat Amin, tapi sebelah bini dia yang aku tak pernah bayangkan bagaimana bentuk hidongnya, macammana rupa bibirnya, dan apa jenis matanya. Paan akan beli hadiah murah-tapi-ikhlas share ngan aku kat carefour petang ni, sok bertolak

pagi nek keta baru paan..huhu bila la aku nak beli keta sebijik..

 

pelangi petang Oktober 9, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 11:03 am

tadi on the way balik ke rumah dari kangar, aku duduk je sebelah kakak aku yang drive, so aku boleh la tengok pemandangan yang indah dan yang tak indah sepanjang jalan..sesambil tu, terpaksa melayan kakak aku membebel. dia membebel pasal hak ketuanan melayu dia kawasan melayu sendiri. al kisahnya dalam bulan puasa hari tu, sekonyong konyong terbangunlah sebuah kedai bertaraf kedai borong yang namanya melayu, tapi sebenarnya milik en.cina mata sepet. padahal itu adalah kawasan orang Melayu yang sah taraf kependudukannya. dan jugak, terdapat kedai kedai melayu yang lain 2 3 buah lagi di kawasan situ. Apabila didirikan bangunan kedai yang serba gah di situ, natijahnya, kedai melayu jadi lengang selelngang lengangnya. kesian. sebaliknya, melayu- melayu di kawasan nih berbondong bondong membanjiri kedai borong nih lantas menjadikan kedai ni bagai tahi lembu sapi punya nama dihurung lalat dan langau.ironi sungguh.

Bebelan dan leteran kakak aku tak habis di situ ja, bila kami pergi lagi ke kawasan kedai lain mencari buttercup nak buat kuey raya hasil lebihan barang2 yang beli masa puasa hari tu. Kali ni plak, senarionya hampir sama, dalam sederat rumah kedai tu, ader 4 kedai runcit, yang lain2 tu, kedai-kedai cacamerba. dalam empat kedai runcit tu, 3 melayu, cina ada 1 je. tapi kakak aku kata ” u just go, and figure out, mesti ada melayu kat kedai cina tuh,” dia parking betul2 depan kedai cina yang sebijik tuh. Mmg pun, dari dalam keta ja aku dah nampak melayu kat dalam kedai. lagi la kakak aku pot pet pot pet.

dan dekat dekat nak sampai rumah aku nampak pelangi, dan pelangi itu sangat jelas, cantik. dan pelangi tu resambles seseorang..yang aku rindu hanya bila aku nampak pelangi..semoga dia bahagia, klu aku ada power mengubah novel menjadi realiti, akan aku tulis novel itu dan menzahirkannya supaya ia menjadi sebahagian daripada syurga di dunia aku.

 

corat coret cuti Oktober 6, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:40 pm

Sepanjang aku tak hapdate akunyer blog, antara perkara yang berlaku di keliling aku:

1. Sambutan syawal- pagi raya, sembahyang raya di surau lama (nostalgik giler), masa ni lah nak jumpa geng-geng sekampung yang rata-ratanya dah bawak laki dan anak pergi bersembahyang,tragiknya mmber2 ngam aku- anim, awa, angah, fezah semua dah mendirikan masjid(tapi still nak smyang kat surau?) . cam tahun tahun lepas, ayah aku jadi imamnya dan pertama kali jugak bawak anak sedara yang supernakal pi sembahyang raya (perangai dak-dak tu kat sana memang boleh dijangka). Balik surau terus masak nasik ayam, tengahhari, semua siap. Hidangan tengahhari dah sah sah la untuk family aku sendiri dan sanak sedara terdekat jer, family aku, family Mak Ngah and family Tok Cik Minah, tu pun dah penuh rumah. Menu- Nasi ayam, nasik impit kuah kacang, ketupat n gulai daging, dodol, dessert, n kuey raya. Petang datang lagi rombongan cik kiah sepupu sepapat..jenuhlah aku berbasahan basuh pinggan. sebelum habis baju aku basah, kami 1 family berpakat pi jalan raya kat rumah orang plak. kunci semua tingkap, kami puas beraya sampai malam.

Ada 1 perkara yang antara best dan tak best bagi aku. aku rasa semakin kita dewasa, kemeriahan raya kurang terasa. apatah lagi dengan family yang semakin besar ni. Daripada 7 orang family aku, 4 orang dah kawin, abang Long, Kakak and Abang atas aku ni kawin dengan orang perlis jugak, jadi, yang tak bestnyer bukan semua dapat berkumpul kat rumah malam raya, memasing sibuk nak mlawat family memasing. Mujurlah AbangNgah Kawin dengan orang jauh, klu dia balik perlis, maknanya dia mmg akan berada di rumah aku jer, tak macam 3 orang lagi tu yang asik ulang alik ke rumah mertua.

2. Anak saudara bertambah- raya kali ni, anak sedara aku bertambah. kalau sebelum ni ada 3 orang kumbang, kali ni ada tambah lagi sorang bunga, Irdina Fatinni. Baru best. tak la nakal sangat. somel(baca:comel,cute) lak tu. Raya tahun depan insyaallah akan bertambah 2 orang lagi. Hoh tak cukup meriah ke tu?

3. Aku berjaya menghasilkan 10KG popia untuk dijual. Hasilnya walaupun tak banyak tapi dapat la aku buat sewa rumah untuk sebulan dan beli kuey2 raya dan duit raya untuk anak sedara.

4. Aneh. aku tak pi rumah kawan aku walaupun 1!!!kawan aku pun tak mai rumah aku. kecuali Afiq, Ummu and Agil. tu pun depa mai before raya.

5. Semalam aku sempat melawat ke Gua Kelam 2. Whoaaa, aku ingatkan best giler macam Gua Kelam yang lagi 1 tu, rupanya besa ja, ada tinggalan sejarah perlombongan zaman Loh Ah Tong jer, klu setakat nak nengok bender tu bek tak payah, ayah aku pun pandai bercerita pasal sejarah tu.

6. O yea. aku still dapat kad raya!!!

7. Alhamdulillah aku berjaya dapat kerja- 15 October lapor diri kat CIMA PJ.

8. Semalam jugak aku pi sawah dengan mak aku dan sempat snap beberapa keping gambar, tapi tak mao upload lagi, lembap sangat intenet nih.