Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

aku masih blues Ogos 28, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:02 am

ooh aku masih seperti biasa pada beberapa minggu lepas. tapi aku berada pada graf adrenalin yang agak tinggi sedikit. banyak bender yang aku buat untuk menggembirakan diri sendiri, kerana aku terpaksa menanggung pelbagai kemurungan dan simptom simptom murung telah wujud seperti aku bercakap dengan printer dan kasut.

antara perkara best yagn aku buat pada 2 minggu kebelakangan ini ialah aku telah buat marathon tengok movie, Im Not Single and Meet Dave kat KLCC dengan Paan.lepas tu kami pi lepak lepak kat masjid KLCC smabil tengok orang berkepit dengan boyfren masing masing. Well aku dengan Paan masih single, tapi tengok cerita Im not single.

Seterusnya pada Sabtu lepas aku telah berkelana ke sebuah daerah di Gombak untuk ambik Robe- jubah konvo, uuuu sungguh tak lawa jubah ini. Tapi pakai jugak lah. yang magiknye, setelah dipakai aku rasa macam err lawa la jugak.

 

Eh, aku nampak pelangi II Ogos 14, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:55 am

pelangi hari ni muncul lagi, membawa perkhabaran dari Prizren. bukan lah perkhabaran indah atau luar biasa, cuma bertanya khabar. Tapi bagi aku yang amat megharap, berita dari prizren itu amat amat luar biasa!!!!

 

aku dan cik entrepreneur Ogos 13, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:50 am

aku nak blajaq wat cupcake la”, kata Paan bersungguh sungguh kepada aku waktu kami YM tadi-mencuri tulang cicicicci.thats the point. kita kena berusaha untuk menjadi ushawan dan mesti berusaha bermati-matian. “nanti klu kakak aku dapat tender kawen, aku bleh wat cupcake”, sambung paan lagi. mata aku dah terbuntang, “o klu camtu, aku nak amik tender wat caramel lah, aku rasa caramel aku tu bleh di marketkan“..aku plak menambah. Yes!! aku sebenarnya ada kemahiran wat caramel, so aku mesti guna kemahiran ni untuk jadi usahawan.

Adakah aku berangan?

aku rasa tidak, aku sedang menuju ke impian tersebut.. sebenarnya sejak zaman sekolah lagi aku dah mula buat bisnes macam macam. mungkin sebab semangat mak aku meresap dalam diri aku kot, mak aku selalu berniaga barang2 kampng yang macam2, at least dapat la jugak duit belanja sekolah kami 7 beradik, n sebelum aku lahir, mak aku mmg buka kedai pun, tapi tutup setelah pindah rumah.

Berikut adalah bisnes yang penah aku wat dulu2:

1. Jual Asam, kerepek dan jeruk masa sekolah rendah- masa tu 1 seposen jer, aku aktiv berniaga sampai darjah 6

2- Barang permainan- yang ni kami beli barang mainan yng kecik2 tu then repact balik dengan gula2. jual 1 bungkus 50sen.maser ni aku jual dengan Allayarham sahabat baik aku Ma’own/Mohd Khairul Anwar Yahya, yang kembali ke Rahmatullah pada 20 Mac 1995.

3. Jual keropok maser perhimpunan PAS.haha. maser tu aku ngendeng mak aku jual makanan berat. dapat duit tu, untung semua mak aku bagi kat aku.

4. Jual kangkung yang aku tanam sendiri dengan anim( sepupu aku). haha yang ni mmg usaha aku 100%.

5. Ikut mak aku jual dodol n kerisik- yang ni best giler sbb banyak untung maaa.

6. Selain tu maser sekolah rendah jugak aku buat bisness sticker ngan abang aku. abang aku terer buat sticker and aku plak marketkan kat kawan2. sticker ni ada tulisan nama n besanya depa lekatkan kat pencil box.

7. Jual asam and french roll masa sekolah menengah. yang ni aku guna modal sendiri and duit tu digunakan untuk pi camping.kiranya klu ader camping jer aku akan  buat bisness la.

8. Maser kat U plak aku stat berniaga brooch. yang ni pon untung giler tapi kena rajin dan bersemangat untuk pi bilik ke bilik dan jual bender ni. alhamdulillah raya aku amat lumayan pas jual brooch ni kat u.Selain t aku jugak jual jeans and jersi tak ori tapi ok yang aku amik dari my hometown..yang ni berdasarkan permintaan.

9. Jual Caramel- ni aku paling tak akan lupa la. aku bukan setakat jual tapi aku sendiri yang masak bender ni dengan lynn kawan aku. imaginela kami dok kat kolej, tapi kami beli dapor gas mini and pinjam periuk kukus member aku nak wat bender nih. haha. teringat maser mak guard lalu kat bawah bangunan(aku tingkat 1 jer), terus kami sembunyi peruik yang masih menggelegak tu bawah katil..kebetulan maser ni ader cita jepun tajuk dia My Boss,My Hero, yang menggambarkan keenkan caramel, apa lagi sangat laku..

10. Last sekali ialah bisnes melukis potrait. tapi yang ni paling tak aktiv la, berdaarkan permintaan- setakat yang aku aktif melukis ni sebenaqnya baru 3 org nagi kepercayaan kat aku untuk lukis potrait, yang lain tu semua nak ngendeng2 nak mintak lukisan aku hahaha. tapi aku dah stop melukis pada tahn 2006 disebabkan masalah yang tak dpaat dielakkan.

setiap kejayaan bermula dengan angan-angan

 

Hitam Putih Masa Depan Ogos 12, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:37 am

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

 

cara cara mendapat approval dari pihak penaja

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:49 am

Hari ni aku nak berkongsi satu ilmu yang terbit akibat dari lahar aku yang dimuntahkan pagi ni terhadap seseorang yang bergelar dato dr dan seorang lagi yang digelar tuan..

Ilmu tersebut bukanlah ilmu jual jamu atau ilmu memikat lelaki berdahi licin mahupun ilmu memakai susuk. tapi ia adalah ilmu tentang cara-cara untuk kita mendapatkan penaja..suka diingatkan disini, bahawa sesetengah orang yang maha dungu akan menghantar surat permohonan mendpaatkan penajaan seperti berikut:-

1. Bersembang di meja makan di kedai Hameed’s atau Pelita Nasi Kandar, makan dan minum dengan banyaknya, seterusnya  dikuasai shaitan, lantas ketakutan muncul di dalam diri sebab dah banyak duit habis digunakan untuk makan. Jadi makhluk ini pun menggunakan daya inteleknya untuk mengcover duitnya iaitu dengan cara yang agak professional dengan cadangan menerbitkan buku directory bersama-sama kawannya yang lain(maklum, mereka dari company penerbitan)

2. Setelah selesai makan dan bayar harga makanan tanpa mengambil baki wang(well,i tell u, i am rich u know), mereka lantas balik ke ofis untuk membuat brosur pengiklanan untuk ditayangkan kepada pihak penaja, penaja bersama, dan juga pengiklan yang terdiri daripada pusat pengajian awam dan swasta(mereka mengeluarkan directory pendidikan).Brosur tersebut mestilah dicopypaste dari brosur terdahulu dan patut mempunyai kecacatan di sana sini. Penetapan tarikh penerbitan buku dicetak bersama untuk menunjukkan yang mereka sangat efektif. Brosur mestilah melambangkan prestige seorang dato’ dr. dan mesti unik iaitu brosur 8 panel, glossy dan berwarna classy.

3. Seterusnya brosur ini dihantar ke unit marketing untuk diedit????!!!!!@#$ disebarkan kepada semua pihak yang terlibat..lantaran perancangan yang terlalu rapi, pihak marketing terpaksa melakukan beberapa tampalan berwarna putih sekaligus mencacatkan keseluruhan rupa brosur dan seterusnya menghancurleburkan credibility. Pihak marketing yang so called budak2-fresh-grad-yang-innocent pulak lah yang bertanggungjawab untuk meletakkan segala informasi yang benar di situ. brosur inilah yang dihantar kepada Kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang makmur dan bebas dari sebarang rasuah. (maluuuu)Seterusnya membuat penawaran yang lansung tak logik iaitu 50 mukasurat percuma setelah sponsor sebanyak RM 200,000. huh, Apakah yang nak dimasukkan dengan 50 mukasurat itu?

4. Semua kakitangan di bahagian pemasaran dikerah untuk mendapatkan penaja dan pegiklan. sedangkan, siapa yang nak mengiklan andai tarikh sebenar nak keluarkan majalah hanyalah 2 bulan dari tarikh surat dihantar. dungu betoll.

5. Setelah tiada pengiklan, mereka masih tidak sedarkan diri dan menyangka merekalah yang terbaik..sedangkan untuk mendapatkan penaja, kita mestilah approach mereka terlebih dahulu bersama-sama kertas cadangan tarikh terbitnya buku ini. Bukan hanya mengharapkan brochure itu menjadi surat cadangan!!!!sengall.

* keseluruhan masa yng diambil untuk keluarkan directory hempeh:

1. fikir- 1 hari

2. buat brochure copy paste termasuk cetak- 2 hari

3. edit by unit pemasaran- 1 minggu

4. marketing by unit pemasaran- 1 bulan

Jumlah masa- 1 bulan 1 minggu dan 3 hari

Result: unknown failed

Berikut adalah langkah yang betul untuk mendapatkan penaja:

1. Wujudkan 1 team yang dipanggil strategic thinker.

2. Fikirkan sesuatu bahan penerbitan yang mungkin berguna kepada masyarakat sekaligus menguntungkan syarikat.

2. Lakukan RnD yang mendalam terhadap keperluan, kehendak, permintaan, pasaran, informasi.

3. Seterusnya fikirkan layout, material, informasi dan sebagainya yang tertumpu kepada directory tersebut serta tetapkan deadline bagi menyiapkan directory tersebut. Terbitkan dummy untuk keperluan rujukan pihak terlibat.

4. Setelah itu,bentangkan proposal untuk permohonan penajaan kepada pihak terlibat, serta permohonan penerbitan buku serta permohonan untuk mengesahkan(endorse) bahan ini. Di dalam kes ini, 3 pihak yang terlibat iaitu,1.penaja, 2.KDN, 3. Pihak berwajib(Kementerian pendidikan).

5. Setelah itu, andai dipersetujui maka perkembangkan dummy selaras dengan idea penaja dan pihak syarikat sendiri demi mengeluarkan satu publication yang berkualiti.  Namun begitu, andai pihak penaja tidak bersetuju untuk menjadi penaja, maka hendaklah kita mencari penaja yang baru.

6. hanya setelah mendapat penaja barulah brosur dikeluarkan dengan semua fakta yang sahih, seperti:-

a. directory ini telah diendorse oleh kementerian

b. directory ini ditaja oleh sekian sekian

c. directory ini akan dijual ke negara sekian2(jangan tipu)

d. directory ini akan dikeluarkan pada tarikh sekian sekian. sila bagi ruang masa secukupnya untuk suit financiall planning pengiklan. bukannya 2 bulan sebelum tarikh tutup.

7. Seterusnya, edarkanlah brosur ini tanpa ragu2 dan malu kerana semua informasi adalah tepat dan betul, sebarang twisttongue atau putar belit adalah tidak diterima kerana kita hanaya menyediakan FAKTA. barulah advertiser confident nak advertise.

8. Seterlah mendapat semua pengikan, maka barulah directory ini dicetak dan diedarkan ke semua negara yang terlibat ( berdasarkan RnD)..

Barulah ini dinamakan usaha yang berjaya!!!!

* keseluruhan masa yng diambil untuk keluarkan directory hebat:

1. Berfikir dan brainstorming- 1 minggu

2. Rnd- 1 bulan hingga 3 bulan

3. layout, material, informasi dan sebagainya serta dummy- 2 minggu hingga 3 bulan.

4. present proposal serta berhadapan dengan karenah birokrasi yang mencacatkan- maximum 6 bulan.

5. Andai approvebuat brosur, proffread brosur  dan cetak- 1 minggu sahaja

6. cari pengiklan- tempoh maximum iklan- 5 bulan

7. Seterusnya buat final draft dan setuju, seterusnya proofread, biar tiada yang tercicir(i.e. pengiklan yang dijanjikan di muka surat perdana berada ditempatnya seperti yang dijanjikan dan sebagainya) dan cetak – 2 minggu

Jumlah masa: 18 bulan (1 tahun 6 bulan)

Diharapkan berkat tutorial aku hari ini, aku akan berjaya menjadi seorang yang berguna kemudian hari insyaallah.

 

aku dan sebutir biji cempedak Ogos 9, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 2:40 am

tajuk di atas adalah amat tidak kena mengena dengan apa yang aku nak tulis. cumanya, pagi ni lepas subuh aku terus pergi ke dapor sbb tak boleh tidor sebab bau cempedakkuat giler, jadi untuk menghilangkan bau cempedak tu aku pun terus panaskan minyak dlaam kuali, bancuh tepong, dan goreng sambil iron baju bunga biru untuk pi kerja. sekiaku berda dalam keadaan yang amat tak selesa lately.

aku tak tau apa yang terjadi kepada aku, tapi hal ni belaku last two weeks after i had an argument with my boss tentang pendirian aku untuk tidak lagi bekerja di sini.

then, everything seems goes wrong afterward.

si HH tu mesej aku tengah malam buta, nak menyatakan bahawa aku lah serangga perosak bagi kebahagiaan rumah tangga mereka(sekali lagi), degan menyatakan bahawa aku ni disanjung tinggi oleh kekasihnya tu.huh.

Kawan aku yang selalu berhubung dengan aku terus menyepi malah seolah-olah nak lari dari aku.

dan, sungguh. aku tak ada lagi kawan berbicara pasal aku..dan aku jagi macam vacuum dalam masa sebulan dua ni..sepi.sunyi. mmg nampak happy, nampak dikelilingi kawan2 tapi hakikatnya lain betul dengan apa yang aku alami. aku nak cari kawan yang boleh dengar masalah aku. bukan aku saja mendengar masalah mereka. sekarang aku percaya kata-kata kawan baik aku dulu. “berkawan akan indah klu adanya jarak dan batas”