Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

cara cara mendapat approval dari pihak penaja Ogos 12, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:49 am

Hari ni aku nak berkongsi satu ilmu yang terbit akibat dari lahar aku yang dimuntahkan pagi ni terhadap seseorang yang bergelar dato dr dan seorang lagi yang digelar tuan..

Ilmu tersebut bukanlah ilmu jual jamu atau ilmu memikat lelaki berdahi licin mahupun ilmu memakai susuk. tapi ia adalah ilmu tentang cara-cara untuk kita mendapatkan penaja..suka diingatkan disini, bahawa sesetengah orang yang maha dungu akan menghantar surat permohonan mendpaatkan penajaan seperti berikut:-

1. Bersembang di meja makan di kedai Hameed’s atau Pelita Nasi Kandar, makan dan minum dengan banyaknya, seterusnya  dikuasai shaitan, lantas ketakutan muncul di dalam diri sebab dah banyak duit habis digunakan untuk makan. Jadi makhluk ini pun menggunakan daya inteleknya untuk mengcover duitnya iaitu dengan cara yang agak professional dengan cadangan menerbitkan buku directory bersama-sama kawannya yang lain(maklum, mereka dari company penerbitan)

2. Setelah selesai makan dan bayar harga makanan tanpa mengambil baki wang(well,i tell u, i am rich u know), mereka lantas balik ke ofis untuk membuat brosur pengiklanan untuk ditayangkan kepada pihak penaja, penaja bersama, dan juga pengiklan yang terdiri daripada pusat pengajian awam dan swasta(mereka mengeluarkan directory pendidikan).Brosur tersebut mestilah dicopypaste dari brosur terdahulu dan patut mempunyai kecacatan di sana sini. Penetapan tarikh penerbitan buku dicetak bersama untuk menunjukkan yang mereka sangat efektif. Brosur mestilah melambangkan prestige seorang dato’ dr. dan mesti unik iaitu brosur 8 panel, glossy dan berwarna classy.

3. Seterusnya brosur ini dihantar ke unit marketing untuk diedit????!!!!!@#$ disebarkan kepada semua pihak yang terlibat..lantaran perancangan yang terlalu rapi, pihak marketing terpaksa melakukan beberapa tampalan berwarna putih sekaligus mencacatkan keseluruhan rupa brosur dan seterusnya menghancurleburkan credibility. Pihak marketing yang so called budak2-fresh-grad-yang-innocent pulak lah yang bertanggungjawab untuk meletakkan segala informasi yang benar di situ. brosur inilah yang dihantar kepada Kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang makmur dan bebas dari sebarang rasuah. (maluuuu)Seterusnya membuat penawaran yang lansung tak logik iaitu 50 mukasurat percuma setelah sponsor sebanyak RM 200,000. huh, Apakah yang nak dimasukkan dengan 50 mukasurat itu?

4. Semua kakitangan di bahagian pemasaran dikerah untuk mendapatkan penaja dan pegiklan. sedangkan, siapa yang nak mengiklan andai tarikh sebenar nak keluarkan majalah hanyalah 2 bulan dari tarikh surat dihantar. dungu betoll.

5. Setelah tiada pengiklan, mereka masih tidak sedarkan diri dan menyangka merekalah yang terbaik..sedangkan untuk mendapatkan penaja, kita mestilah approach mereka terlebih dahulu bersama-sama kertas cadangan tarikh terbitnya buku ini. Bukan hanya mengharapkan brochure itu menjadi surat cadangan!!!!sengall.

* keseluruhan masa yng diambil untuk keluarkan directory hempeh:

1. fikir- 1 hari

2. buat brochure copy paste termasuk cetak- 2 hari

3. edit by unit pemasaran- 1 minggu

4. marketing by unit pemasaran- 1 bulan

Jumlah masa- 1 bulan 1 minggu dan 3 hari

Result: unknown failed

Berikut adalah langkah yang betul untuk mendapatkan penaja:

1. Wujudkan 1 team yang dipanggil strategic thinker.

2. Fikirkan sesuatu bahan penerbitan yang mungkin berguna kepada masyarakat sekaligus menguntungkan syarikat.

2. Lakukan RnD yang mendalam terhadap keperluan, kehendak, permintaan, pasaran, informasi.

3. Seterusnya fikirkan layout, material, informasi dan sebagainya yang tertumpu kepada directory tersebut serta tetapkan deadline bagi menyiapkan directory tersebut. Terbitkan dummy untuk keperluan rujukan pihak terlibat.

4. Setelah itu,bentangkan proposal untuk permohonan penajaan kepada pihak terlibat, serta permohonan penerbitan buku serta permohonan untuk mengesahkan(endorse) bahan ini. Di dalam kes ini, 3 pihak yang terlibat iaitu,1.penaja, 2.KDN, 3. Pihak berwajib(Kementerian pendidikan).

5. Setelah itu, andai dipersetujui maka perkembangkan dummy selaras dengan idea penaja dan pihak syarikat sendiri demi mengeluarkan satu publication yang berkualiti.  Namun begitu, andai pihak penaja tidak bersetuju untuk menjadi penaja, maka hendaklah kita mencari penaja yang baru.

6. hanya setelah mendapat penaja barulah brosur dikeluarkan dengan semua fakta yang sahih, seperti:-

a. directory ini telah diendorse oleh kementerian

b. directory ini ditaja oleh sekian sekian

c. directory ini akan dijual ke negara sekian2(jangan tipu)

d. directory ini akan dikeluarkan pada tarikh sekian sekian. sila bagi ruang masa secukupnya untuk suit financiall planning pengiklan. bukannya 2 bulan sebelum tarikh tutup.

7. Seterusnya, edarkanlah brosur ini tanpa ragu2 dan malu kerana semua informasi adalah tepat dan betul, sebarang twisttongue atau putar belit adalah tidak diterima kerana kita hanaya menyediakan FAKTA. barulah advertiser confident nak advertise.

8. Seterlah mendapat semua pengikan, maka barulah directory ini dicetak dan diedarkan ke semua negara yang terlibat ( berdasarkan RnD)..

Barulah ini dinamakan usaha yang berjaya!!!!

* keseluruhan masa yng diambil untuk keluarkan directory hebat:

1. Berfikir dan brainstorming- 1 minggu

2. Rnd- 1 bulan hingga 3 bulan

3. layout, material, informasi dan sebagainya serta dummy- 2 minggu hingga 3 bulan.

4. present proposal serta berhadapan dengan karenah birokrasi yang mencacatkan- maximum 6 bulan.

5. Andai approvebuat brosur, proffread brosur  dan cetak- 1 minggu sahaja

6. cari pengiklan- tempoh maximum iklan- 5 bulan

7. Seterusnya buat final draft dan setuju, seterusnya proofread, biar tiada yang tercicir(i.e. pengiklan yang dijanjikan di muka surat perdana berada ditempatnya seperti yang dijanjikan dan sebagainya) dan cetak – 2 minggu

Jumlah masa: 18 bulan (1 tahun 6 bulan)

Diharapkan berkat tutorial aku hari ini, aku akan berjaya menjadi seorang yang berguna kemudian hari insyaallah.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s