Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Shopping Spree!!! November 25, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 7:49 am

Weekend ni saya nak off handphone dan saya nak shopping sampai lebam, ketuk kuman sampai demam. 

Kalau saya tidak dapat dihubungi, silalah buat pengumuman mencari saya sama ada di the Curve, Pavillion, Mid Valley dan Times Square. Saya tidak akan berada di KLCC dan Jalan Masjid India serta Sogo. tak ada klass haha..bukan, sebabnya saya tak suka bershopping tetapi terasa bagai berada di Chennai, Dhaka, Manila, Ranggoon dan Jakarta serta Madura. Biarlah saya berasa bahawa saya sedang menikmai riadah shopping di KUALA LUMPUR yang aman makmur dalam limpahan rahmat rezeki Allah. Saya tahu di Malaysia ada orang Cina, Melayu dan India, sedikit suku kaum dan orang Asli, mungkin ada sedikit Arab tinggalan pedagang dahulukala dan orang putih sesat tak jumpa tongkang untuk balik kampung dulu-dulu. Tak ada lain diantaranya. Saya tidak menyampah dengan warganegara lain, tidak. Cuma saya rasa terkilan apabila merasa bagai terpinggir di negara sendiri. Bayangkanlah, jejaka pencuci bangunan KLCC yang tentunya bukan berasal dari Malaysia mendapat RM5000 sebulan sedangkan saya rakyat jati malaysia ni, pekerja kolar putih bekerja bertunggus lumus.Elaun saya? nak shopping pun kena tunggu sebulan setengah. hoh. Siapa lah yang pepandai jahit dan wujudkan istilah kolar biru dan putih ni.

Oww, berbalik kepada hal shopping, aku pasti sekurang-kurangnya aku ada sepasang baju kurung ala mak datin, jeans ori tapi murah, blaus kerja dan blause tak kerja, dan alat-alat peribadi yang lain. Inilah dendam yang bakal terbalas pada weekend ni!!!Yearghhh

Advertisements
 

Aku, berpergian dan weekend yang sengal November 24, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:36 am

Seperti yang telah diwarwarkan aku pun pergi lah ke Marriot Putrajaya untuk berevent dan berfunction..aturcara dia merupakan aturcara bosan berselangseli best dan gediks. Yang bosan tak payah la nak crita. Yang bestnye pulak ialah dapat kenal dengan pelbagai ragam orang dalam PR fraternity. Happening tak yah cakaplah. sesapa yang tak ada pengalaman bercampur gaul dengan orang PR sure mengucap panjang punya..

Antara event yang amat berbekas bagi aku ialah acara pada malam pertama kami di sana. Karaoke tak ok. Kami semua kena karaoke, tapi yang tak bestnyer kami tak diberitahu lagu apa yang kami kena nyanyi. Dan, guess what, aku dapat lagu cinta sakti dan lagu dangdut Amelina-Rindu.maka goranglah aku lagu ni sampai hangus, tapi jangan haraplah gua nak golek, takut inul menangis tengok gua golek.

Retro nite plak, penuh dengan kejutan. Masing masing dengan gaya tak hengat punya. Geng GCRC dah tentu lah paling melaram sakan. Aku? Hehe, aku pun salah seorang yang menyumbang kepada kejutan jugak. disebabkan aku dah bersumpah dengan sesumpah bahawasanya aku tak akan meletakkan gambar retro aku kat sini, maka aku tak nak cerita baju apa yang aku pakai, yang pasti menepati konsep dan tak sangka kumpulan aku menang kostum terbaik. Rarara. And for the first time ever, aku pakai baju kaler oren menjerit!!!!!!

Oh ya, sebenarnya, workshop ni buat aku tak cukup tidor sebenarnya dan aku migrain. Kepala aku ni rasa macam dicucuk paku-pakis. Dan ironi sekali, aku tak ada ubat migrain bersama dengan aku sebab dah lama aku tak migrain. Ayakz, panadol pun tak jalan dah klu tengah migrain macam ni. So, tangan kiri aku asik memicit kepala bahagian kiri ni. Sakitttt.

Balik rumah aku terus landing sampai sebelum subuh…Dan aku terus baring dalam kesakitan kepala sampai malam, then baru teringat nak call abang aku. Wallawey, macam mana boleh lupa abang aku dah kerja kat KL? tu la, asik sebatang kara ja dari dulu, dah tak sedar abang aku dah tinggal dekat dengan aku jer rupanya sekarang. Aku pun order la ubat dari dia- Bena Ekspektoran(Batuk), panadol,migrain, vitamin c,lozenge..dah midnite baru lah sekonyong-konyong proton kelabu RE menjelma di hadapan apartment aku. Dah selesai check up (kat dalam kereta jer), baru abang aku bagi segala ubat. Lepas telan je ubat batuk dengan ubat migrain tu rasa melayang lain macam, lalok lak tu. tetiba aku teringat ayat terakhir abang aku” Jangan terlebih dos ubat migrain tu, nanti high”. Haighhaighaigh aku tetiber rasa terawang-awang.Sedar-sedar jer dah subuh. Wow powerful tol, bangun pagi hilang segala migrain, cuma letih je..

Dalam masa yang sama jugak aku sebelum ni dah janji dengn Afiq nak celebrate birthday kami sama-sama, Che Pon yang call aku ajak kluaq, tapi dengan situasi demam ni aku rasa aku sangat tak larat nak kluaq dengan depa.Kuna pun demam jugak. macammana tu? So aku duduk je lah bertapa di dalam cengkerang hikmat berwarna shocking pink!!

 

hey, i dont need any solution!! November 18, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:47 am

huwarghhhhh mengantok lagi.. sekarang ni masih terlalu awal pagi. nampaknya aku orang kedua sampai kat opis. takper lah sampai awal setengah jam adalah lagi bagus daripada sampi lewat setengah minit dan kena perli dengan orang setengah minggu.hoh. maccam baggus.

owhhh aku tengha melaui fasa sibuk sekarang dan aku tak akan online selama tiga hari. Ada workshop kat Putra Jaya sampai hari Jumaat. aku malas tol la dengan segala aktiviti yang bakal dijalankan ni. most of the time dengar presentation. dah tu yng paling menjengkilkan sudut hati aku yang mulus ni adalah adanya malam “retro”. hoh. aku sungguh menetang segala kerja tak berfaedah ni. kena beli baju retro la plak. hapekejadahnyeeeee..

tapi kan jeng jeng, untuk mengelakkkan kejadian kera sumbang pada maalm tersebut aku pun try la untuk mewujudkan diri aku sebagai retro. Ok cara untuk jadi retro adalah seperti berikut:

1. Rambut Afro- definitly aku tak akan pakai benda haram bagi umat islam ni..

2. Baju berkilau kilau, mesti ada bentuk bulat-bulat- this one aklu akan try cari petang ni klu adar

3. Seluar bel bottom semestinya- aku sungguh nyampah dengan seluar loceng bawah ni..

4. Kasut Wedges- this one i like, I got one yang betul betul tinggi and rasa terhuyung hayang bila pakai bagai angin menyapa lalang..sungguh asyik haha.

5. Aksesori- Spek mata besar, gelang bentuk bulat2 rantai labuh bentuk bulat jugak. Ni semua aku tak kisah kecuali spek mata macam mata belalang tu, hilang akal ke nak paaki spek tu dengan tudung.

Kesimpulannye aku tak merasa bahawa aku perlu ikut cakap mereka..

 

Aku dan masalah pendarahan dalaman November 13, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:32 am

???? pendarahan dalaman? ya, hati aku berdarah tapi sikit-sikit jer menitis. tapi bukan masalah aku pun.aku adalah seorang yang jenis ‘problem escapism’ ni pun terpaksa menerima masalah yang didatangkan oleh makhluk lain. Tolongggggg!!! aku terjerit melolong-lolong-tolong. Aku tak nak dengar masalah orang lain. aku nak free dari masalah. tolong jangan ceritakan masalah anda kepada aku, sedangkan aku juga sedang menghadapi beberapa situasi(senior TA aku, {o i miss kak akma, kak zura, kak uda, K.Zila, Abg Mi, Saman,Sharif} cakap, anggap sesuatu masalah itu sebagai situasi) yang kurang menyenangkan, tapi berkat aku memejamkan mata, memekakkan telinga, situasi aku sendiri agak terkawal. Ni, masalah orang lain plak nak kena aku tanggung. kan bagus kalau aku ni tidak baik sangat, orang tak la cerita masalah dia kepada aku kan. Dan dalam usia aku yang sangat mentah dan pengalaman baru seruas jari kelinking, aku tidak akan beri anda apa-apa jalan penyelesaian.. Lantak andalah. Cuma satu, aku takut sikit bila objek yang menjadi punca masalah tu mempunyai bau bau bacang punya probelem dengan aku. complicated nak diterangkan kat sini. Langkah terbaik ialah berbuat baiklah sesama manusia.Jangan dipendam, luahkan saja. Satgi aku akan call orang yang berbau bacang tu dan aku akan mintak kepastian dari dia. Sebab ini adalah melibatkan hal hal perasaan dalaman kami. .RIngkasnya ini adalah kes makan dalam; aku takut ada orang yang akan makan dalam dengan aku sebab ada orang tu dah mula rapat dengan aku!!!! aku tak nak kes ni jadi macam kes en.Ultraman dan ex-Mammamia(Fail kes no 21/11) yang mana aku didapati bersalah di bawah seksyen 14 akta Chobaan Merampas Kekasih Orang.

 

11112008 Selipar November 11, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:54 am

Hari ini aku mendapat inspirasi dari sebuah selipar. Atau selipar jepun. Aku tak akan menggunkan terompah dalam subjek ini sebab ia berat dan adakala menyakitkan kaki. Kenapa selipar? Dulu masa aku kecik kecik nak beli sepasang selipar pun sangat susah padahal harga dia satu dua ringgit pun tak sampai. Dan sekarang aku membalas dendam dengan membeli selipar semahunya. aku ada selipar hitam putih, selipar biru Asadi, selipar bunga-bunga, selipar gold, selipar ikan, selipar purple  dan beberapa lagi yang aku dah lupa rupa dia macam mana. Ada lah dalam 7 8 pasang semuanya. Semua pun sangat kukuh lagi.

Dikiaskan selipar dalam kehidupan kita ialah objek selipar itu mestilah sepasang, baru boleh lengkap semuanya. takkan kita nak pakai selipar yang sebelah lain kan. Selipar itu juga perlulah cukup boleh dipercayai untuk mengalas kaki kita sepanjang perjalanan kita. Ke mana pun kita, selipar ini mestilah terbaik, tak makan kaki yang akan melecet setelah itu, tak licin yang boleh buat kita tersembam di lantai zassss dan tak terlalu besar atau terlalu kecil saiznya, barulah kita selesa bersamanya sepanjang hari. Selipar itu juga perlu cukup fleksibel dan fix dengan keadaan kaki kita supaya tak la terhencut hencut pakai kasut yang keras kejung.

Dan ayat ayat yang di atas ni, bila aku copy paste balik ke dalam kehidupan manusia, sebegitulah adanya. Jangan disangka selipar itu tidak ada gunanya, Manusia dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dan merancang. Wallahua’lam.

 

Antara Happy,tak happy dan payau-payau November 10, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:36 am

cuba bayangkan simbol yin dan yang. cuba perhatikan bagaimana ia melengkapi antara satu sama lain dengan sangat seimbang. dan cuba berfikir kenapa ia berwarna hitam dan putih? Bukan lah nak mengagungkan ajaran confucius yang konfius tu tapi hidup kita pun sebenarnya macam itu jugak.

Sabtu dan ahad minggu ni aku sangat hektik. Pagi Sabtu aku keluar dari rumah macam biasa selepas subuh gajah dan nik lrt terkedek kedek menuju ke kl sentral. halamak aku sampai KL sentral pukul 8 pagi. sedangkan aku janji dengan kak yan dan Wak Lan kul 8.30pagi. So aku pun pi la bekfast kat MCd and baca paper.

Perjalanan dan hati kami menjadi lancar sebab senag hati sebab semua urusan dah settle. Sampai Bahau tepat pukul 11 pagi. Tapi sebenarnya tak settle pun, ada lagi barang tertinggal. tapi dengan kecekapan kami semua, perkara itu dapat diatasi dengan tenang dan selamat. Kami semua bertungkus lumus untuk meyiapokan segala yang patut. Rasanya perlu saya listkan kan sini fakta  yang anda perlu tahu dalam menganjurkan semua program:

1. Perlu diingatkan bahawa semua orang akan berebut rebut untuk jadi komiti, tatapi akan menarik diri pada saat akhir ataupun tidak datang menunjukkan muka lansung pada saat akhir. Tujuan nak jadi komiti;dipaksa, dapat t-shirt and tag free

2. Akan ada juga orang yang sangat malas bekerja dan hanya bagi arahan kepada orang lain sambil bercekak pinggang

3. Ada juga orang yang akan ashik salahkan orang lain sahaja andai timbul beberapa masalah

4. Akan timbul masalah tidak cukup barang, sebab ad komiti yang ambil lebih.

5. Most of the time kita akn order makanan lebih supaaya tak akan ada orang yang kebuluran. tetapi akhirnya akan lebih berlambak lambak.

6. The rest of it, pepandai la,korang pun pernah handle program kan.

Gejala rumah siap tukul pun berbunyi ini tidak pernah sunyi menghantui penganjur majlis. semuanya akn jadi kompleks bila semua orang tak mahu mengalah dengan pendirian sendiri. huh menci tok la haku.

Tapi after all aku bersyukur sebab ianya 95 % berjalan lancar terutama dari segi perjalanan majlis, persiapan dll. Paling happening mestilah Amusement Bureau  leads by MR. Fing. Karoke dan nyanyian dari lepas subuh sampai tengah hari.Aku pun tumpang happening sekali, tapi tak la sampai naik pentas berkaraoke. tapi aku sempat la naik pentas untuk bagi sokongan kepada sorang Bos ni menyanyi-huhu, Mr Boss ni walaupun nampak berusia tapi nyanyui dangdut mantain lagi. Bila speaking bunyi macam Amarican,(aku pun dah terkena charm dia haha) sekali nyanyi, dangdut siott. 

Untuk menyimpulkan segala rasa yang ada di dada dengan segala yang berlaku semalam dan kelmarin adalah sebuah persembahan rasa madu, akar seruntun dan air di muara. Faham kan?

 

tengah pikir tajuk yang sesuai November 7, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:31 am

Hari ni aku naik LRT macam biasa, tetapi yang luar biasanya aku terpaksa berdiri kat tengah tengah dekat tiang, habis aku terhimpit, macam sardin lenyek yang diletak di antara 2 roti yang dipanggil sandwich. Klu aku tak pegang tiang pun takpe, aku dah sangat kukuh dengan himpitan manusia berketiak busuk.

setelah melalui fasa fasa himpit himpit dalam LRT aku pun mampu bernafas semula di stesyen KL Sentral. Dan, aku duduk di stesyen Kerinci. Waktu duduk aku tengaok kiri aku, wah, beliau pakai beg LV monogram canvas coklat, then aku pandang depan, cewah, mamat ni pun bawak beg sandang LV. .relax ah, then tup tup, sorang amoi ni masuk LRT bawak beg LV Speedy Damier plak. Tak habis di situ, waktu aku lenggang lenggang kankung nak masuk opis, nampak lak si jelita mana tah bawak LV monogram Vernis Alma.and dalam hati aku what the h!@# tuut. Beg LV kat Malaysia ni dah berlambak lambak nampaknya, semua orang kalau boleh nak pakai LV. sampaikan aku rasa beg LV ni dah sama taraf macam beg Coach, crocodile,Elle, Sembonia, mahupun cikai macam Rorine dan Leno. Dah tak der exclusivity lagi dah. Dan, sebagai aku yang tak termasuk golongan pemilik LV ni rasa macam aku tak perlulah lagi membeli LV(klu aku beli pun mesti orang kata aku pakai yang tak ori tapi OK, young exec la katakan). Aku pun dapat merasa bahawa, bukan semua beg yang Wowkan golongan kurang berduit seperti aku ni menggunakan beg LV ori, ni mesti ada yang auta ni.  sebab setahu aku bukan la banyak sangat pun butik LV ni kat Malaysia, yang aku tahu kat KLCC ada satu and mana lagi tah tempat ada 1. tu pun barang dia terhad tak macam yang di Paris atapun Hong Kong. So macam mana rakyat Malaysia ramai yang boleh galas beg LV?jawapannya terletak pada Padang Besar, Petaling Street, Rantau Panjang dan penjual penjual yang claim mereka menjual barang tiruan yang gred A, harga mnain ratus ratus gak beb, sekali tengok mmg ori, takada cacat cela, cuma di sebelah dalam beg tidak ada tercatat tukang buat beg tu macam yang ori punya. ye lah buat di kilang, takkan nak masukkan semua nama orang kat assembly line tu kan. haru nanti.

Jadi, rentetan penilikan aku pagi ni, aku pun membuat keputusan menukar azam aku dari memakai beg LV sebelum masuk usia 30 kepada memakai beg Coach, Gucci, Fendi, Prada, or Mark Jacobs plak. dan andai diizinkan tuhan, aku kepingin sekali memakai beg Birkin Hermes atau Kelly Hermes yang membuatkan Lindsay Lohan tak lalu makan nasik berbulan bulan sampai kurus kering bila begnya itu hilang, bukan dia sedih pasal barang barang dalam tu hilang tapi sebab harga beg dia tu adalah separuh harga Honda Jazz dan perlu menempah beg tu selama beberapa tahun baru dia dapat. Sebab Hermes adalah terlalu eksklusive. agak-agaknya mesti ramai yang kempunan beg ni bila tempah-tempah tup tup mati. hahA

Tapi untuk memakai barang barang haute couture ataupun adi busana ini, aku pun mestilah memastikan minda aku tinggi, yakni dlm perkataan lain, mesti cerdas dan mantap. ada semangat nak hidup senang lenang. yeargh. hidup adi busana.

Thank you kepada majalah kesayangan aku EH! yang telah mengajar aku banyak benda tentang perkembangan haute couture yang makin berkembang di Malaysia. dan ingatlah, jika tidak kerana Zang Toi si awe Kelate tu, manakan nicole kidman ada baju nak pi Grammy Award, dan jika tidak kerana Jimmy Choo, si apek botak, Angelina Jolie berkaki ayamlah ke Oscar, dan jika tidak kerana cicak Malaysia, tak lengkaplah beg Birkin Hermes. Selepas ni, Dato’ Bernard Chandran pulak kot yang akan buatkan baju untuk Briney Spears dan halter neck dress untuk Jessica Alba, Zeri Zamri buat little black dress untuk Sarah Jessica Parker, Tom Abang Saufi buat kain pario untuk Amerika Farrera dan en. Ahmad Pilus Johari( yang repair kasut kat belakang MCd sri gombak tuuu) aka Jimi Cu wannabe reka stilettoes for Eva Longoria. Baru orang buka mata sikit.

Oh ya, aku belum sempat baca paper and tengok tivi pasal kemenangan besar Barrack Obama yang meriang-riakan seluruh inderaloka berikutan Mr. Bush si busuk hati itu sudah tumpul taringnya. Semoga en. mubarak obomoh ini mampu mengubah pendirian dunia terhadap Amerika dan sekutunya. Janganlah kejam sangat Amerika, please, for the sake of the world unity. —->ini adalah cuma rayuan seorang rakyat biasa yang tidak ada pengaruh mahupun telaga minyak ataupun teknologi nuklear untuk dipertaruhkan. hanya rayuan wanita kecil berakal besar.l