Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Cerita tentang Kidal Mac 31, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 7:48 am

Info ini dicopy  dari http://alkiram.net/salam/. yang dipetik dari blog kegemaran saya, ida81@wordpress.com

Definisi

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).

 Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan

Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta menarik

1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.

Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

1. Kesukaran bagi individu kidal:

Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.(Ini selalu terjadi apabila saya nak isi buku log courier kat tempat kerja saya, saya akan mulakan tulisan saya agak di tengah-tengah mukasurat)

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.(Saya susah nak guna pengupas buah dan gunting baju yang senget tu)

Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.( OOO very true, terutama sekali sewaktu dalam dewan peperiksaan, 2 atau 3 jam menjawab peperiksaan boleh buat badan saya lenguh 2 hari, tapi kalau dalam kelas, saya akan bawak fail tebal dan sandarkan fail tu antara atas riba saya dan meja, so, tak la senget badan saya)

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:

* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar

2. Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab:

· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:

· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.(hehehe, yang ni saya sokong)

Kamera :

· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

“Adaptability:

· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”

Kesimpulan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Orang kidal pintar?

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

Makan tangan kiri

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)

Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Wallahualam.

 

 

 

Aku layan lagu ni sekarang Mac 30, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:05 am

Dalm sejak dua menjak ni ada dua lagu yang buat telinga aku sejuk mendengar. Satu lagu dari Alif Aziz-Akan tiba dan satu lagi lagu lagi lagu Budak Yuna nih- ntah anak sape, yang tidak diketahui dari mana asalnya, apa keturunannya, dan apa makanan kegemarannya. Waktu dengar dua lagu ni aku akan rasa seperti di awangan, seperti sedang memakai baju layang
dan seperti tengah menikmati aiskrim coklat di tengah padang luas menghijau nan redup, seperti mencelup kaki ke dalam sungai yang tenang dan jernih di mana anak-anak ikan itu datang makan segala sel-sel mati di kaki ini;
Oh Bulan..
Enggan melayan diriku lagi
Pabila airmata membasahi pipi
Dan lagu lagu di radio seolah olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga menyintai aku

Ku enggan berpura pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih.. bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Oh…

Dan Sebenarnya ..
Dan Sebenarnya ..
Aku rindu ..

Dan Sebenarnya ..
Dan Sebenarnya ..
Aku tak mampu .. tanpamu..

 

Saya dah bekerja tanpa rehat selama 3 minggu.hoh

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:50 am

Saya berjanji untuk hanya menulis setelah saya merasa lega dari segala perasaan yang saya alami. Tapi saya menulis juga hasil motivasi yang saya peroleh dari kursus menulis semalam. Ya, saya masih letih, badan saya masih sengal. Mungkin ini adalah satu tulah terhadapa saya yang selalu sangat menggunakan perkataan SENGAL.
Saya kelelahan.
Hari Jumaat, saya dan kawan saya singgah ke Genting dalam perjalanan pulang ke ofis (singgah?haha). pukul 5.30 bertolak dari KL Sentral, jam 5.55 tiba di Genting, lepak sekejap sambil menghirup udara dingin tak hengat, kemudian kembali semula jam 7 petang dan tiba Gombak jam 7.30 malam. Seterusnya saya masuk ke UIA untuk mengambil kereta yang saya sewa dan jam 7.45 saya sudah pun berada di rumah.
Hari Sabtu, seawal jam 7 pagi saya sudah bergerak meninggalkan rumah ke Putrajaya untuk peperiksaan cikgu saya itulah. Yang menjadikan saya seperti orang paling kurang cerdik di dunia ialah saya tiba di sekolah tersebut dalam keadaan yang tak bersedia. Saya terlupa membawa slip peperiksaan dan saya berpakaian bagaikan hendak pergi memancing. Sedangkan kod etika berpakaian adalah saya wajib memakai baju kurung dan bertudung. Hoh. Ya, saya bertudung. To cut the story short, selepas bersusah hati takut tak dibenarkan masuk, saya sebenarnya dapat masuk dewan peperiksaan dengan mudahnya tanpa sebarang soalan pun. Benci betul dengan perasaan saya tadi.

Pulang ke Kuala Lumpur semula dengan ERL, saya tiba di NSTP Training Centre pada waktu tengah hari dan meneruskan kursus Penulisan yang agak memboringkan bagi saya sebab segalanya telah pun saya belajar di dalam kelas dulu. 2 hari pulak tu.. sabarrr.

OK. Saya masih dengan hasrat saya untuk berlari dari sini. Jika boleh, sejauh mungkin. Tapi rasanya tak boleh, sebab, savings saya ada secukupnyer saja. Jadi, Pangkor is ideal for me, tak terlalu sesak dnegan ornag lain, malah saya boleh bermandi manda di mana-mana sudut pantai yang terlindung dari pandangan lelaki yang mahram dengan aman dan tenteram.

Oh ya, satu benda buat saya rasa kelakar hari ni, En. Rozahan, Chief Financial Officer kat tempat saya ini, bermimpikan saya sedang bersanding dengan… Guess who? Mr. AA, yang rambutnya yang jarang-jarang tetapi masih hensem di mataku (Satu-satunya Senior Manager yang hensem di sini).. haha.. dan dalam persandingan tersebut, saya kelihatan bangga berada di samping beliau manakal beliau pula seolah-olah tidak rela bersanding dengan saya. Oh apakah? Hahaha..Hal ini buat saya seram sejuk andai terlihat isterinya yang bertudung labuh itu. Oh ya, andai anda jumpa sebarang kereta di Perlis dan Shah Alam yang no platnya 91, itu Mr. AA punya, awas! jangan sesekali anda sondol kereta tersebut.

 

Self Centered Mac 27, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:55 am

Saya jadi self centered-hanya fokus kepada diri sendiri sejak akhir-akhir ini. Kondisi diri saya ini semakin teruk, graf aktif saya menurun hingga ke tahap negatif 5. Saya jadi sangat lemah. Seluruh badan saya lenguh dan sakit-sakit walaupun saya cuba menipu menggunakan imaginasi saya bahawa saya sebenarnya sedang ok ok saja. Saya tidak mampu menutup keletihan itu. Saya tidak berhenti rehat selama 15 hari. tanpa ada cuti di hujung minggu.

Tapi, saya sudah apply cuti selama 5 hari, termasuk hari minggu. Saya akan ke Pangkor. Jadi saya tidak akan update apa-apa di sini hingga saya benar-benar rasa saya ini manusia ycemerlang yang hidup melata di bumi tuhan.

 

Saya dan monyet-monyet duniawi Mac 23, 2009

Filed under: panas — mayyaclassic @ 1:44 am

*Tajuk di atas tak ada kena mengena dengan sesiapa yang terasa dengan tulisan ini.

 Setelah berada di Perlis selama 9 hari, baru hari ini saya dapat menghapdatekan blog saya ini. Yelah, saya ini orang penting dalam company ini, dan jika saya tiada di sini akan lingkup punah ranahlah company ni agaknya. (Saya teringat saya mendapat panggilan dari orang kampong Balik Guar pada pukul 6.45 pagi bertanya sama ada mereka boleh menyembelih lembu kurniaan kompeni saya pada satu majlis keraian, aduyaiii)Yaa dan bagi menghakhiri ayat tersebut, saya dengan ini ingin melobi bos saya dan melobi Managing Director untuk dinaikkan pangkat saya menjadi Senior Manager dalam masa 2 tahun. Andainya saya berjaya, saya akan buli orang-orang bawahan saya dengan memberi arahan-arahan tak logic seperti pergi mendapatkan Jus Cinta dari Kedai KakRamlah Janda Kampung Baru.

Baiklah, bagi melunaskan segala beban yang terjunjung di atas jemala patik ini, patik akan memulakan riwayat patik untuk minggu lepas. Al-kisahnya, patik sekarang sedang rentung wajahnya disebabkan oleh ketaatan menjunjung duli cik puan yang mengkerahkan patik bersama-sama dengan hamba sahaya lain untuk menjaga acara Istana Kayangan yang julung-julung kali diadakan iaitu Karnival Futsal i-Metro 2009 di Batu 2, Jalan Kaki Bukit. Patik menjadi dayang-dayang la pulak untuk acara kali ini. Amat sebak di dada apabila terpaksa bercampur gaul dengan pemain-pemain futsal lelaki yang baunya tengik macam jering dan kerdas jeruk. Selain lelaki, saya juga terpaksa bersentuh bahu tersadung kaki dengan pemain futsal wanita. Hal ini sangat mengujakan saya kerana berdasarkan pemerhatian saya, terdapat dua golongan wanita futsal ini. Kategory pertama ialah category wanita-wanita ayu yang berambut panjang mayang mengurai yang didandan manis dan dikenakan mekap, bila berjalan melintuk liuk bak lalang disapa angin, penuh menggoda menusuk sukma jantan kegersangan.Tutup bab.

Bab kedua, Wanita yang tidak ubah seperti lelaki, dada leper, bontot tenggelam, rambut pendek mencacak, bibir hitam dek mengucup puntung rokok dan gaya jalan terkangkangkangkong sebijik macam jantan. Dan andai anda perasan, ada yang bawak kekasih wanita mereka, dan wanita-wanita inilah yang menjadi pendorong bunga jantan-bunga jantan ini bermain bola. Tetapi saya tidak kisah dengan semua itu kerana saya dan mereka tahu, dunia hampir kiamat. Saya cuma kisahkan wajah saya yang hitam legam sampaikan bedak Maybelline two-way cake saya itu tak mahu melekat di wajah saya yang asal-usulnya mulus bak telur dikupas.

Kisah kedua adalah Earth Day 2009. Saya menyokong usaha ini sepenuhnya.Earth Day ialah hari kesedaran terhadap peningkatan suhu global dimana semua penduduk bumi dikehendaki vote for our planet. Ia adalah bukan berkenaan dengan dari negeri mana anda dating, tetapi, dari planet mana anda berasal. Jadi kawan-kawan, bagi menyokong usaha ini marilah kita menutup lampu selama sejam pada Sabtu, 28 March 2009 jam 8.30 malam.

Kesinambungan bagi kisah kedua inilah yang membuatkan saya gelak tergolek-golek macam tenggiling nampak steamroll lalu kat depat ni. Alkisahnya, pada 26 February lepas telah diputuskan oleh Bapak Company saya bahawa kmi semua perlu menyambut hari Earth Day. Maka pekeliling pun dikeluarkan pada keeesokan harinya. Salah seorang pekerja Department saya pun mengemail bos saya untuk memaklmkan perkara tersebut siap menyatakan bahawa kita perlu mengambil gambar tersebut esok! Dan saya tidak tahu menahu tentang perkara tersebut. Hahaah, bos saya pun menyuruh salah seorang pergi amik gambar keadaan ofis kilang yang gelap.dan, sahabat saya yang innocent ni pun pergi la amik gambar tersebut meredah kegelapan malam bersama-sama Pak Guard tersayang. JengJeng, tanpa disedari kami telah merayakan Earth Day sebulan lebih awal dari orang lain. Sekarang saya mula confius samaada saya masih berada di bumi atau dari planet di galaksi lain yang jarak masanya cepat sebulan dari bumi.(O ya, Galaksi Bima Sakti tu, dalam Bahasa Inggeris apa ek?Milky Way) Sekarang saya yang terkulat-kulat nak pikir apa yang nak ditulis tentang Earth Day ni untuk newsletter yang akan dikeluarkan 1April ni memandangkan Earth Day tersebut belom pun terjadi. Aduhai..

Sebenarnya saya amat boring bekerja di Perlis ni. Mujur saya ada kawan-kawan, yang boleh saya jumpa dan bertanya khabar. Tapi.. satu perkara yang buat saya tidak seronok untuk bersembang dengan mereka ialah apabila bab kahwin menjadi topic perbualannya. Seperti apabila saya bertemu dnegan Rini dan Shahril Izani di De’Futsal Centre. Dua orang makhluk tuhan paling tak seksi ni asik bercerita tentang persiapan kahwin mereka hinggakan saya terpaksa menebalkan telinga saya mendengar sambil tidak membuat apa-apa ekspresi. Bertemu dnegan Fiza jugak begitu. Emaknya bercerita tentang kalau Fiza dah kahwin nanti mesti susah nak balik rumah. Bertemu dengan Am pulak, dia bertanya tentang status saya yang dah sah-sah belom berpunya nih. Apakan daya saya hanya mampu tersengih. Bukan saya kemaruk hendak kahwin atau saya berwawasan untuk berkahwin pada tahun 2020, Cuma saya rasa, jodoh belom memihak pada saya lagi.

Baiklah, hari ni, dengan lafaz bismillah, saya menyatakan kazaman bahawa saya tidak akan teragak-agak meninggalkan kompeni yang saya sayang ini andai saya mendapat tawaran menjadi seorang Chekgi. Saya sayang kompeni ini tapi saya kurang sayang dengan bos saya yang toksid tu. Saya ada belajar dengan pensyarah saya Che Mahzan tentang kelakuan manusia Toxic dalam kelas Human Relations. Antara ciri-ciri orang toksid adalah mereka mempunyai tanggapan yang tidak sihat terhadap orang lain dan dan merendahkan kemampuan insan lain. Ada ke patut, tadi secretary dia yang dua orang tu kena marah sebab mereka bagi saya guna hard disk department punya. Alasannya saya tak layak. Shilaka betul!! Saya ini bekerja separuh mampos dikerah bekerja siang dan malam macam buruh Landasan keretapi maut Vietnam. Saya hendak guna Hard disk ini pun tak layak. Apakah?!!! Itupun saya berkorban pakai laptop sendiri yang besar gedabak itu. Haram tol.

 Kesimpulannya, saya ini tidak ingin berpenyakit darah tinggi, sebab tu saya perlu melarikan diri dari segala masalah sekarang dengan isolatekan diri seandainya saya mendapat tawaran menjadi guru. Lebih baik kalau sya mendapat penempatan seperti di Kuala Krai dan Gua Musang atau hulu Sungai Rajang mahupun nun jauh di Ranau atau bergaul dengan Makhluk Pala’u di Sabah. Hmm. Itu azam saya.

 

Waras Mac 7, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:36 am

Semalam fikiran saya kurang waras. Saya menjadi amrah sebenarnya dengan apa yang saya lalui. Bullsh#@. Oppps, baik, saya tidak mencarut di hari Jumaat.

Walaupun saya tiba di tempat kerja super awal, tapi saya masih tidak dapat menyiapkan kerja yang perlu saya buat iaitu membuat sebuah kertas kerja untuk dibentqangkan pada mensyuarat Board of Director.oh apakah? Saya perlu membuatnya? hello, kerja tersebut hanya selayaknya dibuat oleh ketua Jabatan, dan bukanlah balaci batak macam saya ini. huh. benci saya.

Seterusnya, saya kena marah dengan rakan sekerja saya dengan alasan saya menyampuk perbualan beliau bersama bos saya yang menyebabkan bos saya marah. Eleh, baru bos marah sikit dia dah nak alihkan pada saya. dia yang marahkan saya seperti disampuk syaitan agaknya..Ermm, sekarang baru lah saya faham dan saya mengerti apabila saya ini dikatakan kurang berhati perut dan berperasaaan. Bagi rakan sekerja saya semalam, sewaktu bos menegur perbuatannya itu, dia sangat mengambil hati dan mengangap  kesalahannya iti adalah kesalahan yang tidak terampunkan lagi malahan membawa ke neraka paling dalam. padahal, perkara sekecil itu tidak perlu lah diambil hati.

Setelah itu, saya berkejaran menyiapkan bilik untuk mesyuarat bersama dengan Splugg. Bad, Adam, Shah,dan Cendoi telah membentangkan kertas kerja yang sangat mengkagumkan saya. Kertas kerja pertama iaitu untuk video korporat yang dibentangkan Adam (yang bertindik di hidung dan kening tetapi rupanya sudah berkahwin)sangat menarik perhatian, sebab segalanya jelas dengan story board dan ilusi untuk 3D design. wahh.

Kertas kerja ke2 adalah projek hari keluarga yang sangat comprehensive lagi membebankan baik dari segi kewangan dan pelaksanaannya. Hari keluarga untuk 2000 manusia, bukanlah mudah seperti  menguruskan 2000 biji selasih yang boleh dibuat minum tu.

Tengah hari, dalam kegusaran sama ada bos saya telah menyemak kertas kerja tersebut, saya  dengan bos bersama Shah, Bad dan Zam, serta Cendoi from TV3 sempat lagi menerima layanan VIP untuk lunch di cafe bangunan kami. O ya, kafe ini diuruskan sepenuhnya oleh Renaissance hotel yer, maknanya hari hari saya makan standard hotel. burrrrppp. Tapi masakan gerai Wak Dollah lagi sedap kot.  O ya sekali lagi, psssst, klu nak tahu, Bad, Shah dan Zam itu adalah bekas anggota Kumpulan Indigo yang popular dengan lagu Suraya tu tau. Ingat lagi tak?)

Semasa Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah berjalan, saya ini bertindak bagaikan setiausaha syarikat pulak. saya yang terlebiih sibuk menguruskan hal itu ini ulang alik dari tingkat 9 ke tingkat 11 untuk membantu bos saya.

Akhirnya dalam kelelahan, saya mula sakit kaki. Jadi, saya tidak boleh naik LRT dan berdiri di dalam LRT dengan kaki yang sakit dan dengan selipar saya yang tinggi berwarna putih itu. Patutkah saya bayar teksi RM 15 instead of RM2.4 dengan LRT?

 

Ada Masalah ke? Mac 5, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 1:35 am

Ada masalah pulak dengan internet ni. Masalahnyer ialah setiap kali aku membuka frienster, dia akan digantikan dengan website lain dalam masa 5 saat kemudian. hoh. Saya  suka berfriensdster sebab most of my friend masih lagi menggunakan friend networking zaman batu nih. Tak ramai pon yang pakai bukumuka-facebook yang membuatkan ramai orang rasa cool bila ada facebook dan dapat berinteraksi dengan kawan kawan hatta artis kesayangan. Padahal mereka itu amat jahil untuk mengetahui bahawasanya ada 10 fasha Sandha dan 30 Bront Palarae termasuklah 20 orang macam Elie  Ahmad yang berpura-pura jadi Maya Darina di internet.

Oh ya, sebenarnya saya ingin meraikan ulang tahun blog saya yang pertama. Rupanya dah setahun saya menulis blog. Tapi saya dapat membuat kesimpulan bahawa blog saya ini masih belom mempunyai  hala tuju sendiri. lebih banyak merapu tentang diri sendiri. Saya  pernah juga terfikir untuk menjadikan blog saya ini menjadi lebih bersifat ilmiah, namun, saya rasa dah banyak blog sebegitu di  laman sesawang ni, jadi saya pun mengambil keputusan untuk tidak  menghantar post-post ilmiah. Saya sudah bosan mendengar leteran dan dan membaca serta membuat kajian di alam nyata, jadi di alam maya ini, saya ingin bermain-main dah berlari-lari pula.  Lagi pun, siapa peduli, ini kan blog saya. Ermm saya sedang berfikir bagaimana caranya untuk merayakan ulangtahun blog saya ini.erm. boleh tak kalau sempewna ulang tahun blog ni saya ingin menghadiahkan diri saya sebuah buku bertajuk The Pink Book by Aziah jasmin. Ia adalah sebuah buku dengan konsep menyeluruh tentang penampilan wanita. Nanti saya akan dapatkannya di pasaran.