Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Latifah? Seriusly U dah tunang? Jun 29, 2011

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 3:50 pm

Apa terkejut-terkejut?Aku benci orang buat terkejut camni. Korang ingat aku tak berperasaan?

Yeah, semua orang sangat terkejut bila tau aku dah bertunang. Banyak sebab yang buat mereka terkejut mengalahkan beruk mak yeh(kenapa perlu mak yeh?) bila dapat tahu saya bertunang, terutamanya kawan seuniversiti dan kawan sekolah.

Antara sebab yang dinyatakan:

1) Saya tak pernah menunjukkan ciri-ciri seorang yang serius dalam hubungan

– Zaman sekolah, dengan muka saya yang hitam legam dan jerawat penuh muka, ditambah dengan spek tebal dan kurus cam cicak, saya menonjolkan ketokohan untuk menjadi seorang bujang tegar di masa hadapan, (and it really happened until i am reached  age 26 and 6 month. Tak ada budak lelaki pandang saya (err kecuali la yang monyet2 tu, tu pun sekadar monyet terkena belacan, habis belacan, hilanglah kegatalan)

– Zaman Universiti,saya ada dua topeng, topeng 1, saya pelajar dungu di kelas, gugup memberi jawapan tentang teori komunikasi, teori Freaud, dan even worse, penggunaaan software SPSS dalam kelas statistik Saodah Wok membuatkan saya dinilai sebagai kesian-mak-kau-lahirkan-kau membuatkan lelaki berfikir2 10 kali nak memandang saya. Topeng 2 pulak, saya tangkas dalam kesibukan berpersatuan mengalahkan Rafidah Aziz, berdebat, pembentangan kertas kerja, laporan, masuk hutan keluar hutan, membuatkan saya tak kuasa untuk  memandang lelaki walaupun dari segi penampilan ada sedikit perubahan. Siapa berani berdampingan dengan Ketua persatuan yang selayaknya dipimpin lelaki? Maaf, masa ni saya lansung tak ada kelembutan seorang wanita.

2) Saya suka main-main

– Kawan baik saya masa zaman universiti , Mis, adalah seorang yang paling saya boleh kaw tim pasal lelaki. Others just cant understand us. Mis minat lelaki ala-ala jepun dan korea.Ada 3 lelaki yang dia betul2 admirer dulu, yang pertama, mamat indon yang tak diketahui asal usulnya, budak Communication, gemar bertopi, yang kedua, pelajar ilmu wahyu yang rock, minor communication, gaya ala jepun  jugak(sebenarnya kawan sekumpulan belajar saya), dan seorang lagi, keminatan saya jugak, budak Economics yang dah berawek, tak tau nama, mak bapak dia sapa, apa makanan kegemarannya. Tapi dia suka buat gaya sedang dalam video clip drama korea. Dia suka termenung di atas tembok, bersandar di pokok, bersandar di tiang lampu sambil tangan dalam poket. hohh, beliau melankolik, tapi Mis suka.

-INI RAHSIA BESAR SAYA. Saya pulak, tak seperti Mis yang setia dengan minatnya, saya suka semua objek indah depan saya. Mata keranjang. tapi percayalah, saya hanya minatkan seseorang itu kurang dari 3 hari. lepas tu, saya akan terus lupa siapa yang saya minat, dan kenapa saya minat. Kecuali minat saya pada Rexhepi sebab saya suka English accentnya, berpanjangan until the day he went away for good(ini saya akui sejujurnya). Inilah antara penyumbang kenapa saya tiada boyfriend dulu, sukar untuk retain keminatan terhadap sesuatu objek untuk jangka masa yang lama. (yer, saya macam budak autisma)

3) Masalah komunikasi

– Dahulu saya adalah seorang yang lurus-ke-titik (straight to the point). Tak ada lansung ayat berbunga2 yang keluar dari saya. Kalau saya tak suka, terus cebik muka, cakap sepatah dua, dan terus blah. tapi sekarang saya sudah agak pandai berdiplomasi dan empati. 

Jawapan saya untuk semua usikan tadi mudah,  Allah tahu, tapi menunggu (Pak Andrea, aku rindu kamu)

– Ini sukar untuk diulas. Takdir Allah jua yang menentukan jodoh pertemuan. Allah membuatkan saya menunggu sehingga usia 25 tahun barulah Dia anugerahkan intan kepada saya. Mungkin Allah tak kurniakan kekasih pada umur 15 tahun kerana tak mahu saya berdating dalam bas semasa pergi menonton gig Butterfinggers di Alor Setar yang tentu-tentu mak ayah saya akan tibai dengan rotan. Mungkin Allah tak kurniakan saya kekasih semasa umur saya 18 tahun, saat berkeseorangan di Kuala Lumpur pertama kali dalam hidup kerana untuk mengajar saya menjadi lebih berdikari dan kuat. Dan mungkin juga saya tak dikurniakan kekasih pada umur 20,21,23,dan 24 kerana Dia mahu saya menumpukan belajar dan berbakti pada masyarakat dan persatuan  untuk membekalkan saya dengan ilmu untuk menempuh alam kerja. Nah, bila Dia kurniakan saya kekasih pada umur  saya 25 tahun, saya sudah pun  mantap, fikiran stabil dan matang, berpendapatan, berkenderaan,dan mampu mengendalikan hal-hal percintaan seperti orang dewasa. Berfikiran terbuka. Mak ayah tidak takut lagi kalau anak gadisnya seusia 25 tahun mempunyai pasangan kekasih, sebab tak ada orang berumur 25 tahun bercinta berpelukan dalam bas untuk pergi tonton konsert Justin Bieber!Percintaan pada umur 25 tahun adalah untuk ke arah sebuah perkahwinan.

Dan, inilah ceritanya, saya sudahpun bertunang dengan Mohd. Mursyid dan sedang bersedia untuk langkah seterusnya.Entri lepas ni saya akan ceritakan tentang majlis saya.

 

 

 

7 Responses to “Latifah? Seriusly U dah tunang?”

  1. Mai Salamin Says:

    saat pertama kali jumpa penulis…kat ataih gunung? owh..tak..sebenarnya kat dalam kelas..akan tetapi oleh kerana beliau sangat la skema dan menunjukkan ciri-ciri siswazah yg berkaliber dan presiden sebuah kelab yg slalunya dinominasi oleh ‘brothers’ atau siswa .. i tak perasan kewujudan beliau sehinggalah disuatu hari yg sibuk sebelum kelas Principles of Public Relations Mdm Zeti bermula, seorang siswi di depan i menoleh lalu memusing badannya ke arah i dan berkata ‘ eh awak.. kite jumpe kat atas gunung kan last week” lalu aku memikio sebentar “cik tipah?” “ye..tak sangke kite sekelas ye..baru perasan”…[sila tahan loya anda,ye..cik tip amatlah sopan seperti cerita pelajar kolej kat dlm drama melayu tv2] masa tu mata i bulat je tgk minah ni..terkesima~ tersangat le comot kat ataih gunung ala2 jantan.. kat kelas skema badut dengat kasut karipap ’emas’nye… ohohooo…. mengata orang, i pun diketika itu, agak skema badut juga dan sangatlah poyo-o.. almaklumlah… budak PR kan.. anyway sweet kan masa dolu2 cik tip..?? i rinduuuuu zaman itewww~~~

  2. adakah sy dimaksudkan sekali kawan2 skolah anda yg (beruk makyeh) terkejut tuh???isk isk isk sob sob sob…sedeyyy lerrrr

  3. coqkeria^currypup was here beb Says:

    hahaha aku suka gaya penulisan kamu!!…suka sungguh! iklas~ huhuuuu

  4. You are so wonderful!!! I have become obsessed with your site and I spend
    most of my days reading all your archives. And I made an account JUST to post comments.

    I wish I had found you sooner, and I wish you updated
    as much as you used to! You must be constantly busy now though
    because you are so famous!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s