Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

lalalalat Mei 27, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:11 am
aku pada 1.09pm hari ni
1.LONGEST RELATIONSHIP?
blood relationship lerr
 
2.LAST GIFT YOU RECEIVED?
+ sepit rambut from sai, santikkk
 
3.EVER DROPPED A CELL PHONE?
+ selalu, dan satu darinya, jatuh dalam lobang tandas sampai hari ni selamat dalam tangki septik
 
4.THING(S)YOU SPEND A LOT OF MONEY ON?
+ two way cake foundation, kasut,
 
5.LAST FOOD YOU ATE?
+ timun n nanas tambah dengan sambal les kechup, hoooo pedas sampai erbakor aku punya trekea.
 
6.ONE FAVORITE SONG?
+ matahari- agnes monica
 
7.WHERE DO YOU LIVE?
+ somewhere I belong
 
8.LAST WEDDING YOU ATTENDED:
+ masa raya haji hr tuh, my cousin
 
9.LAST TIME YOU SAW YOUR BEST FRIEND
+ do i have bestfren?.
 
10.WHERE’S YOUR FAVORITE PLACE TO EAT
WITH FRIEND ?
+ Laksa penang kat Giant !
 
11.CAN YOU COOK?
+ eyy tengok kaki laaa
 
12.where is 13-15?
+ soalan apa nih?
 
16.LAST TIME YOU CRIED?
+ Long time ago x ingat dah bila
 
17.WHAT DO YOU LIKE MOST ABOUT
YOURSELF:
+ aku bebas..
 
19.CAN YOU SING?
+ sekarang jer x blehh, batuk hok hok hok
 
20.DO YOU SMOKE?
+ only TSM does
 
21.PAN CAKES OR FRENCH TOAST?
+ french toast la, pankek tu mak aku kater lempeng, lempeng apa klas?
 
22.DO YOU LIKE COFFEE?
+ no, kefeine banyak, sakit kepala and pewot
 
23.LAST PERSON ON YOUR MISSED CALL
LIST?
+ nadiatulhusna
 
24.WHAT WAS THE LAST TEXT MESSAGE YOU
RECEIVED?
+ my sis ask me what time I’ll depart to kampung this thursday.
 
25.CAN YOU PLAY POOL?
+ no
 
26.CAN YOU SWIM?
+ ye, kuak lentang jer
 
27.FAVORITE ICE CREAM?
+ cokolat celup
 
28.WHAT TIME DID YOU WAKE UP THIS
MORNING?
+ fasa 1, 6.00am, sambung ke fasa 2, 7.40am
 
29.WHAT ARE YOU DOING THIS WEEKEND?
+ kat kampung lalala
 
31.DO YOU MISS SOMEONE RIGHT NOW?
+ yessssss
 
32.DO YOU HAVE A CRUSH?
+ yesssssssss, mungkinkan berakhir?
 

ayat ayat cinta 2

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:33 am

cinta

Desir pasir di padang tandus

Segar sang pemikiran hati

Terkisah ku di antara

Cinta yang rumit

                                                    Bila keyakinanku datang

Kasih bukan sekedar cinta

Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna

                                               Cinta ini tak mungkin ku cegah

Ayat-ayat cinta bercerita

Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh

Seakan ku bisa hidup lebih lama

Namun harus kutinggalkan cinta

Ketika ku bersujud

 

kenapa kita perlu berfikir Mei 26, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:39 am

menurut De Bono, dalam buku thinking Coursenya, berfikir bermaksud satu operasi yang deliberate( dalam BM apa eh). maknanya berfikir adalah sesuatu yang semua org boleh bat sbb dia adalah deliberate, dan bukannya satu sistem yang dimliki oleh sesetengah makluk ja( makhluk tuhan paling seksi).

pulak tu, menurut de Bono lagi manusia ni diberi 2 pilihan, sama ada untuk menjadi genius lantas sebab kegeniusannya dia malas nak berfikir lagi.Orang genius ni dia da x nak fikir lagi secara creatif sebenarnya, apa yang dia fikir adalah hanya macammana nak buktikan fakta org lain slah dan fakta dia sorang jer yang betul, so that org akan accept dia sbg genius sbb ideanya diterima dan idea org lain ditolak( ha point ni mengingatkan aku pasal Sufiah budak genius tu, akibat x berfikirlah dia jagi lagu tu, dia try membuktikan yang ayah dia salah sbb tu dia memberontak sekarang. padahal dengan akal fikiran manusia dalam umor cam dia tuh dah ble berfikir baik buruknyer bertelanjang bulat and siarkan kat tenet. orang kafir laknatullah masih ada yang pun malu nak wat cenggitu).

Pilihan kedua ialah manusia ni dikrniakan akal yang sama ja – biasa biasa ja, then dia guna kan akal dia untuk develope satu style of thinkung yang berjaya menjadikan dia bukan sahaja bijak malah membuat sesuatu keputusan yang baik dalam hidupnye. menrut de Bono pilihan kedua inilah yang patut dipilih manusia, di mana memreka menggunakan reasoning mereka untuk merubah idup. bukankan Allah telah berfirman dalam AlQuran yang masuk dia lebih krang berbunyi, Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.. pikir- pikir lah yerrr.

 

selamat tinggal pedra branca Mei 24, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:54 am

THE HAGUE, Belanda 23 Mei – Pertikaian mengenai status Pulau Batu Putih yang berlarutan selama 28 tahun akhirnya diputuskan hari ini oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini dengan menyerahkan kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura.

Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

Pemangku Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh ketika membaca keputusan kes tuntutan bertindih itu berkata, status mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih diputuskan oleh majoriti 12-4 hakim, manakala majoriti 15-1 hakim pula bersetuju berhubung kedudukan Middle Rocks dan South Ledge.

Penyerahan kedaulatan Pulau Batu Putih yang dari sudut sejarahnya adalah milik Kesultanan Johor diputuskan oleh ICJ berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih.

“Jawapan balas itu adalah berkaitan dengan pulau tersebut secara keseluruhannya dan bukan semata-mata rumah api.

“Apabila surat itu dibaca dalam konteks permintaan oleh Singapura mengenai maklumat status Pulau Batu Putih, adalah menjadi bukti bahawa surat berkenaan menyentuh isu kedaulatan pulau tersebut.

“Oleh itu mahkamah menyimpulkan bahawa surat jawapan itu jelas menunjukkan bahawa mulai tahun 1953, Johor maklum ia tidak lagi mempunyai kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Putih,” kata Shawkat yang mempengerusikan persidangan ICJ bagi memutuskan tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge.

Beliau bersidang bersama 15 orang hakim lain.

Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980 apabila Singapura mengemukakan nota bantahan kepada Malaysia menuntut pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayah berdaulatnya.

Tuntutan Singapura ke atas Middle Rocks dan South Ledge pula hanya timbul pada 6 Februari 1993 ketika berlangsungnya perbincangan dua hala di antara kedua-dua negara berhubung pertikaian Pulau Batu Putih.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Malaysia dan Singapura melalui satu perjanjian yang dimeterai di Putrajaya pada 6 Februari 2003 bersetuju untuk merujuk pertikaian sempadan berhubung Pulau Batu Putih kepada ICJ.

Perjanjian yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, “Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura. Kedua-dua negara akan menerima keputusan mahkamah sebagai muktamad dan mengikat kedua-dua pihak.”

Selepas menghantar memorial (hujah bertulis), kedua-dua negara memulakan hujah lisan pada 6 hingga 23 November lalu.

Memetik penghakiman kes tersebut secara lebih terperinci, Shawkat berkata, fakta kes menunjukkan bahawa sebaik sahaja menerima surat balasan dari Johor, Setiausaha Koloni Singapura telah menghantar satu memorandum dalaman kepada Peguam Negara yang menyebut bahawa beliau berpendapat “berdasarkan kekuatan surat jawapan itu, kita boleh menuntut Pedra Branca.”

Selain surat dari Johor pada 1953, mahkamah turut berpandukan kepada fakta kes berhubung tindak tanduk United Kingdom dan Singapura di Pulau Batu Putih yang menurut ICJ tidak terbatas kepada penyelenggara rumah api semata-mata.

Shawkat berkata, mahkamah berpendapat bahawa tindakan-tindakan Singapura termasuk menyiasat kemalangan marin di perairan pulau tersebut, kawalan mereka terhadap siri lawatan, pemasangan peralatan komunikasi kapal dan pelan penambakan lautnya jelas menunjukkan wujud a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan ia mempunyai kedaulatan) terutama selepas tahun 1953.

Malaysia, katanya, tidak menunjukkan tindak balas dalam bentuk apa sekali pun terhadap kegiatan-kegiatan Singapura malah pihak berkuasa Johor gagal melakukan sebarang tindakan ke atas Pulau Batu Putih bermula dari Jun 1850.

Lebih daripada itu, jelas beliau, keputusan mahkamah memihak kepada Singapura didorong oleh fakta republik itu bertindak mengeluarkan kebenaran kepada pegawai-pegawai dari Malaysia yang datang ke pulau berkenaan pada tahun 1978 bagi menjalankan kajian perairan di sekeliling Pulau Batu Putih.

 

antara dua darjat.. Mei 23, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:35 am

beza antara kita,

 rupa darjat dan harta..

sudikah terimaa,

bukan niat di hati

eyyy aku mmg berniat pun.. ekceli tajuk entri ni yang sebenarnya ialah pilihan antara dua, antara dua hiyeyiye{Farah AF}

ini x berkaitan secara lansung mahupn siaran tertunda dengan permasalahan muda mudi zaman sekarang yang cetek pemikirannya iaitu cinta. ini adalah mengenai pilihan dalam career ataupun dalam bahasa melayu kuno, kerjaya. ya, pekerjaan ya tuan tuan dan puan puan.

Jadi, sebenarnya saya dalam situasi yang amat dilema sekarang nih dalam memilih kerjaya. jika orang lain pening memikirkan tak ada kerja, saya pula pening memikirkan banyaknya peluang pekerjaan yang bertimpa timpa di pundak bahu saya.

Bagi menghuraikan perkara ini secara lebih lanjut, buat pengetahuan tuan tuan dan pan puan sekalian, sekarang saya bekerja tak tetap> contrak selama tiga tahun sekarang ni. nama pon kontract, mestilah ada segala perjanjian yang telah ditandatangani. masalahnyer sekarang ni,patutkah saya apply kerja lain yang lebih mantap gajinya dn berstatus tetap[ni kira sampai ke tua ganyut la ni]

perkara yang bermain dipikiran saya ialah

1) sekiranya saya apply jugak keja ttp tu dah ditakdirkan dapat, maknanya saya kena tinggalkan company ni.

2) sekiranya saya tinggalkan company ni saya akan di saman [adakah TSM sekejam tuh?]

3) saya juga sebenaqnya agak suka keja di company ni sbb prestijnya tinggi, gaji boleh la, komisen fulamak, dan saya jugak sedang handle bebrapa projek besar yang memerlukan pemantauan sehingga 2 tahun sekiranya diluluskan, jika tidak, andainya terdapat sebarang ketidakselarian antara perjanjian saya dan client dlam projek besar tu, siapa nak tanggungjawab beb? aku lah orangnyaaaa

4) ermm nanti la aku pikir lagi the pro a

 

sebelum 30 aku mesti dot dot dot Mei 22, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:49 am

Ini adalah skema jawapan bagi soalan di bawah.

sila sambung ayat di bawah untuk menjadikannya karangan( impian) yang indah.

sebelum 30 aku mesti-lah mengalami fasa fasa pertambahan umur aku sekarang dari 23- ke 24-25 dan seterusnya sehingga mencecah angka 30. semasa dalam proses mencapai ke arah umur 30 tahun terdapat beberapa perkara yang perlu aku lakukan demi menjadi insan yan berguna kepad Agama Bangsa dan negara serta bakal laki aku. perkara pertama yang telintas di fikiran aku sekarang yang akan aku buat adalah meneruskan doa aku kepada Allah supaya diberkati usia aku.. mintak2 sempat berada di dunia menjelang 2020 supaya aku dapat tengok apakah wawasan Dr Mahathir yang dia tulis dalam capsul masa tuh.

yang kedua, menjelang usia 30 aku bertekad bahawa mak dan ayah aku perlu pergi menunaikan haji dengan sedikit wang sumbangan dari aku.

yang ketiga, aku mesti pakai kereta yang best sebelum usia 30 kerana kancil dan kelisa hanyalah sebuah kereta tetapi prestijnya agak kurang, paling lekeh pun aku akan pakai waja or perdana, errr tu before 30 la, tapi sekarang ni aku nak sangat pakai kembara yang baru tu, nautica. canggih bergaya lasak lagi macho buat diriku yang berjiwa patriotik ni.

yang keempat aku berhajat untuk melancong ke Sabah walau apa pun yang terjadi, aku dah dekat 6 tahun bercita cita pi sabah ni, tak tercapai pn lagi.. alangkah ruginya aku, malaysia yang cantik ni pun x dapat aku teroka lagi..

yang ke lima, aku nak pergi ke europe bersama teman teman wanita( eyyyy aku bukan lesbian, kawan2 perempuan lerr) shoping kat sana sambil jalan2 sesuka hati. Passport aku tu tak kan ler nak biar guna satu muka surat jer kot, oo maybe aku kena selalu ulang alik ke singapore dan siam untuk menabahkan ragam pada passport aku tuh. 

yang keenam, aku mesti memiliki barangan original Louisvuitton, x kira lah beg ka, kasut ka, baju siap ka, bagasi ka, aku mesti. demi mencapai cita2ku itu, hari hari aku melayari website ni, mmg bagi aku website ni adalah yang paling menarik yang pernah aku masuk and aku sangat sangat teruja nak kumpul duit nak beli nih. dan yang pasti mungkin salah satu koleksinye akan aku beli di salah satu butik terbesarnya kat prancis sanerr.

yang ketujuh, aku perlu mula menjenguk jenguk rumah contoh untuk dijadikan aset peribadi, mungkin aku tak akan mampu beli lagi sebelum 30 tahun, ye lahh keja kuli batak macam aku ni mana mampu,, so by 2020 aku mesti dah ader rumah yang aku bleh sewakan kat org. sewa? yer lah maybe aku dok kat rumah laki aku masa tu, mana blh laki tumpang kesenangan bini, bini kena la habiskan harta laki dulu, hartaku hartaku, hartamu, hartaku jua hoho jin sedang merasuk aku sekarang, panggil Ismail kamus cepat( hoho ni perli TSM)

By 30 jugak aku dah kena pandai makan kat restoren restoren besar dan reti segala makanan yang best kat hotel tu so that aku tak ler nampak cam budak2 yang baru habis SPM terkial2 nak order makan kat hotel maser ngan client, aku mesti kena hafal semua kegunaan sudu pisau garpu and cara potong lamb steak yang betol. haha etiket di meja makan aku dah lama lulus and dapat sijil.

Ke sembilan, by 30 jugak aku mesti menghapuskan segala pakaian yang tak ori dari  dalam wardrobe aku, err sekarang pon dah tak banyak yang tak ori nih( dalam nada riak TSM) disebabkan tak banyak yang tak ori maka sikit jer lah pakaian ku sekarang ni, hari2 pakai baju yang sama ja. ok lepas ni klu nak beli jeans mesti LEVIs or MNG, klu baju kurung mesti Sharifah Kirana and rizalman , klu nak beli beg mesti, Carlo Rino;yang paling busuk a ni, klu nak beli kebaya mesti dari butik Uluwatu, dress mesti Miss Selfridge, kasut paling busuk pun Bata atau Vinnci, tobat x mau beli kasut longgok 15 ringgit dah, dah la cepat rosak, sakit kaki gilaaa sungguh bodoh pembuatnya tu dan sungguh jahil pembelinya–>aku le tu.Alat mekap pulak akubertekad nak beli bedak compak MAC by the end of this year. hoho.OOO yaaaaku jugak kena ada kamera so that aku ble bergambar sesuka hati aku.   

dan yang terakhir sebagai wanita yang berpijak pada bumi nyata aku juga perlu maybe, berkahwin before aku 30. tapi ni tak masuk senarai wajib lagi ah, x der target lagi..

 

Ayat- ayat cinta Mei 21, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:28 am

fahri mencari diridetik2 pernikahan fahri dah aishahni maria

 rasanya aku adalah antara org yang terlewat membaca karya Habiburrahman el Shirazy ni. Ayat- ayat cinta adalah novel beliau yang diterbitkan pada tahun 2005 tapi aku hanya membacanya pada Mei 2008! novel ini juga telah diterapkan dalam bentuk film yang sedang meletup letup bak bom atom melanda Hiroshima sekarang ni di Indonesia, aku x maklum pulak bila filem ini akan menerjah Malaysia sebab aku ni sangat jahil tentang informasi berkaitan dengan dunia hiburan di Malaysia ni memandangkan aku x ada peti hikmat iaitu TV dan jarang membaca seksyen hiburan di Paper sbb aku baca section agama dan ekonomi jer.

hati aku tergerak nak baca novel ni setelah terlihat novel ni kat rumah aku. novel ni ummu punya, azrina pinjam then dia nak bagi balik kat ummu masa tu lah ak tergerak hati nak baca buku2 berunsur islam macam ni..  

berikut adalah sinopsis cerita nih:

Ayat Ayat Cinta is a beautifully portrayed Islamic love story – a tale of a virtuous Muslim protagonist who overcomes all obstacles of life maintaining pure ideals.

Fahri bin Abdillah is a poor, intelligent student who wins a scholarship to complete his graduate degree at Egypt’s esteemed Al Azhar University. Very disciplined and dedicated by nature, Fahri embraces his life in Cairo, completing his studies and translation of religious books with full enthusiasm, exactly according to pre-determined targets.

Only one goal is left unattempted: the pursuit of marriage.

For Fahri is innocent and pure, and doesn’t believe in the concept of relationships prior to marriage. He is inarticulate and shy around women. All his life, only two women have been close to him – his mother and grandmother.

Life changes drastically in Egypt for he suddenly finds himself surrounded by four beautiful, distinctly different women.

Maria Girgis, a shy, open-minded Coptic-Christian neighbor who is attracted to the teachings of the Holy Al Quran, finds herself falling in love with Fahri (a fact she only reveals to her diary).

Nurul, a student at Al Azhar like Fahri, is the Muslim daughter of a renowned Indonesian cleric. Fahri feels unworthy of her and thus ignores his feelings for her, leaving her confused and guessing.

Noura, an abused Egyptian neighbor, develops strong romantic feelings for Fahri, who in turn simply sympathizes with her situation. His romantic rejection destroys her and eventually leads to a false accusation of rape.

Aisha, a German Turkish student in Cairo haunts Fahri with her beautiful eyes. Following an incident on the metro where Fahri defends her against narrow minded bigoted Muslims, both immediately develop feelings for each other.

As the story unravels, the protagonist makes the audience face the daunting decisions he himself faces, and forces us to marvel at his undying loyalty to the true ideals of Islam as he ultimately makes the choice of a lifetime.