Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Marilah!Saya nak cerita tentang kasut April 26, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:30 am

Minggu ini dan minggu lepas, hidup saya dikelilingi hal hal dan permasalahan kasut.Kasut telah menjadi perkara yang teramat penting bagi saya kerana saya perlu berkejar ke sana kemari.Saya agak cerewet tentang hal-hal kasut, tapi kasut adalah perkara yang paling senang saya beli berbanding baju dan seluar dan baju kurung dan kain tudung. Sebab, hanya sediakan kaki, nah, bersedia untuk membeli tanpa perlu bersusah payah masuk ke bilik persalinan dan melakukan hal hal lain yang amat leceh.

Pertama, hari Isnin, saya perlu menjelajah kuari dan memanjat cement mill dan ke sana dan kemari. Jadi saya perlukan kasut yang memberikan perlindungan sepenuhnya. Nah, safety boot. Lansung tak seksi. Keras macam batu, kalau dihempap besi, besi yang akan patah, itu lah kekuatan safety boot ini. Dan sebenarnya, saya baru dapat safety boot ni untuk diri sendiri,sebelum ni, saya selalu pinjam dari store sahaja. Sekarang saya mendapat yang baru!

Pada hari selasa pulak, saya hendak ke Key El. Ada kursus di Bukit Bintang. Selayaknya Bukit Bintang tu tempat membeli belah, bukan tempat kursus kan? Saya tak peduli, saya hendak kursus di Bukit Bintang jugak. Kursus tu sangat best, antara assignment yang kami kena buat ialah pergi menjelajah hotel di sekitar Bukit Bintang dan dapatkan Event Pack( yang ada risalah, harga, promosi dan iklan di dalamnya). Para wakil jualan dari Park Royal, Melia Hotel, Berjaya Time Square Hotel, Westin dan Marriot mesti tengah kembang semangkok mengingatkan yang kami sekurang-kurangnya akan menempah bilik untuk majlis majlis, paling kurang pun, untuk Sidang Akhbar. Hakikatnya kami hanya mendapatkan bahan untuk tugasan kursus sahaja. Terima kasih untuk Teh Hijau yang damai tu ye, Melia Hotel!

Kasut!Saya mahu pakai kasut kelabu saya ni untuk ke Kuala Lumpur.Padan sangat lah dengan seluar hitam dan jaket kelabu saya. Tapi, bila saya pakai kasut yang saya beli dari Rorine ni, saya rasa macam sedang pakai but untuk turun menoreh. Berbunyi-bunyi pulak dalam kasut. Macam but yang berjemur embun di tepi pondok menoreh, pagi-pagi, bila pakai, ada air dalam but, berbunyi-bunyi. memalukan.merugikan duit saja. Nak tak nak, saya terpaksa pakai kasut hitam open toed saya yang tak berapa baru. Tragik,berbunyi juga. tapi bunyi tapak kasut. Ketak-ketak-ketak! Malu, tapi masih boleh dicover lagi. Caranya, jalan dengan konfiden, tegakkan wajah dan jangan pandang kiri kanan. Jangan buat muka bersalah. Lebih baik dipandang sombong dari dipandang “eyy, miskinnye, pakai kasut takder tapak, sebab tu la berbunyii”. Inilah dia kasut but motong getah perabih duit:

Tadi kan saya saya dah kata, shopping adalah lebih afdhal dari kursus di Bukit Bintang, jadi saya betul-betul mengambil kesempatan untuk shopping. Saya beli dua pasang kasut. Satu, kasut biasa untuk kerja, open toed ( Mas, housemate saya dulu, panggil kasut open toed sebagai kasut mencarut, sebab sengaja menayang sedikit jari kaki di hujung kasut) dari Vinnci. Sederhana, tiada gedik-gedik, tiada perasaan berlebihan. Sewaktu di Kaunter pembayaran, harga tadi yang sekian-sekian, telah kurang RM10 menjadi sekian sekian. Eh, kenapa ada less? saya tanya. ‘Memang ada voucher diskaun RM 10, cik”. Laaa, awat tak habaq awai-awai, kalau tak, saya beli dua! Tengok, ini lah bukti saya membaca News Straits Time, dengan iklannya berbunyi, People save more or spend more bila ada sale?.

Saya paling berminat untuk cerita pasal kasut yang keempat ni. Kasut ni telah lama menjadi igauan saya, sejak kali pertama saya melihat Liyana Jasmay pakai kasut macam kasut saya ni dengan Jeans carrot cut aka slim fit. Sungguh elegan dan nampak kukuh walaupun tinggi.Setelah tulang-belulang kaki saya hampir mereput akibat banyak jalan di Sungai Wang, akhirnya saya jumpa dengan cinta hati pandang pertama saya ini di Voir. Saya beli dengan harga sekian sekian. Malamnya, di Cititel Mid Valley, saya mulakan operasi dengan cinta hati ini. Saya bersiap-siap untuk turun membeli-belah-tingkap. Minit pertama saya pakai kasut ini dengan perasaan yang-tak-tau-nak-habaq. Girang. Minit kelima saya pakai dan turun ke Mid Velley, saya ada perasaan seperti, di Malaysia ini, tak ada orang lain yang lebih cantik kasutnya selain saya. Minit ke sepuluh bersamanya, saya rasa saya sangat tinggi, dah pun layak menjadi model, 170cm, ketinggian bersama kasut ini. Sekurang-kurangnya model plus size. Minit ke dua puluh, saya  duduk di bangku keliling tiang di The Atrium dan mula lihat persekitaran; Yang pakai kasut ini hanya yang berwajah model, yang tinggi, yang seksi, yang jaga muka, dan yang jalan dengan boifren yang seperti ayah mereka, botak-botak sikit. Yang luar dari ciri disebutkan,tak ada yang pakai kasut macam kasut saya. . Kenapa.Minit ke 30, setelah kembali berjalan setelah 3 minit berehat, saya rasa sengal kaki. Kaki saya sakit. Sebab kasut ni. Sebab dia tinggi. Masuk minit ke 40, saya sudah tidak dapat bertahan lagi. Saya sangat sakit kaki.

Kesimpulan saya tentang kasut ni.

1) Cantik, tapi menyiksakan, patutlah hanya orang yang  melawa-lawa saja pakai kasut ni untuk shopping. No pain, no gain kata depa!!

2) Sekiranya saya perlu menjadi usherer untuk event, ( terdekat adalah malam anugerah ) maka saya hanya akan pakai kasut ni 4 minit sebelum majlis dan terus tanggalkan bila semua tetamu masuk dewan, yang mengambil masa 30 minit. Kesengsaraan hanya dirasai setelah 40 minit pakai.

3) Sekiranya saya perlu pakai kasut ini untuk ke majlis perkahwinan kawan-kawan,saya perlu parking di tepat paling hampir dengan khemah makan, tak perlu jalan jauh2. Dan oh!ya! tidak boleh masuk dan melihat-lihat bilik pengantin, sebab gancunya, sukar sekali dibuka.

4) Setelah membeli kasut ni, dan bersuka-suka, baru saya terfikir. Kemana saya hendak pakai kasut ni selain dari event dan kenduri. Ada peluang dan waktukah?Sementelah rutin saya, seawal subuh turun menoreh getah, selepas Dhuha, pergi meletupkan kuari, petang berjualan ikan masin dan pekasam di kuala dan malam menjadi bomoh hujan dan kadang-kadang  bomoh barang hilang,ada ke waktu untuk pakai?

4) Hajat hatiku tercapai, inilah hadiah untuk diri setelah penat lelah memanjat kuari pada hari Isnin.

 

Edensor: Sekarang ini saya rasa macam mau tak mahu baca

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:26 am

Aneh sekali saya sekarang ini. Mendapat novel Edensor, novel keempat Andrea Hirata yang saya beli setelah Laskar Pelangi, Maryamah Karpov dan Sang Pemimpi membuat saya seperti sedang makan lolipop perisa asam boi.  Semua novel kaya penulis bernama pelik bagi orang Islam Indonesia ini buat saya seperti sedang hendak membuat paragliding dari Bukit Jugra. Berdebar-debar, teruja, rasa hendak mempunyai deria ke-enam yang dapat digest isi buku ini dengan sekilas pandang saja.

Saya tidak tahu di mana dia belajar bahasa Indonesia yang tinggi, tapi bersahaja. Kata-kata yang sebahagiannya kita hanya mahu gelak dan sebahagian lagi kita rasa sangat perlu berfikir atas semua perkara yang sedang berlegar di sekeliling kita.

Saya, jika diberi peluang untuk hidup sekampus dengan Andrea Hirata ini dulu, saya akan berkawan dengan dia, mendengar jenaka-jenaka sinis dia, dan menikmati pengalaman hidup dengan dia. Sebab dia dah buat saya menjadi lebih gembira;di samping gembira kerana saya ada diri saya, iman, keluarga dan Mursyid.

Oww, lupa, fokus post kali ini adalah Edensor. Novel Edensor adalah kelansungan dari 3 novel sebelumnya. Cerita tentang bagaimana mereka (Ikal dan Arai) sampai ke Perancis dengan ilmu pengetahuan, dan bagaimana pada malam pertama mereka tiba di Sorbonne, mereka tidak dilayan ( kerana mereka pendek, berwajah Asia, berhidung penyet dan rambut kerinting) dan terpaksa tidur di luar dengan suhu  negatif puluhan darjah, tetapi mereka dapat atasi masalah itu hanya dengan ilmu. Edensor adalah sebuah tempat impian Ikal untuk dilawati sebab dia baca tentang keindahan Edensor ni menerusi buku cerita yang A Ling hadiah. Bila saya taip Edensor, gambar-gambar ni muncul kat web. Edensor tu dekat-dekat dengan Shieffield. Dan saya tergedik-gedik mahu kesana pulak seolah-olah saya baru menjual 25 ekor lembu daging sebelum hari raya haji.

Selain itu, ada cerita tentang ragam pelajar kelasnya dan..dan..dan..sebenarnya saya belum pun menghabiskan novel ni, tapi saya telah pun membuat kesimpulan tentang kegembiraan membaca novel ni.

Saya tak mahu menghabiskan bacaan ini kerana saya sangat rugi kalau saya habiskan. Kalau saya habiskan naskhah ini, nanti saya nak baca apa pulak. Saya percaya Andrea Hirata tak akan larat menulis novel untuk saya baca setiap hari seperti surat khabar. Kalau boleh saya hanya mahu baca Edensor sehelai setiap hari dan menikmati isi dan makna cerita sampai ke akar umbi.  Menutup segala keinginan untuk tahu apa yang tertulis pada muka surat seterusnya.  Tapi, bolehkah saya? Dibuat perbandingan, novel hendak dibaca semahu-mahunya, tapi kalau baca Quran itu, sudah ditetapkan, setiap hari mahu baca satu atau dua muka surat sahaja selepas maghrib(dan tanpa mahu ambil tahu makna lain ayat alquran itu selain perkataan Allah, allazi( iaitu) yaumul akhirah ( haru akhirat) tho’am ( makanan ) dan nama-nama lain bagi Allah sahaja. Saya jadi malu untuk berhadapan dengan Allah yang memberi rezeki untuk saya beli novel ini secara halalan toyyibah. )

Ampunkan dosaku.

 

Pulau Pinang tu Best rupanya April 16, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:37 am

Ini kali pertama saya berkelah dengan keluarga di tepi pantai. Menyeronokkan dan menenangkan.

Kasut Irdina, anak saudara saya, the Princess of our family.

Gambar yang diambil dari bahagian belakang Rumah P.Ramlee. Rumah P.Ramlee merupakan tempat yang ayah sayan sangat teringin untuk melawat. Jadi, dah tertunai impian ayah saya.

Ini Rumah P.Ramlee dari Bahagian depan. Seluruh rumah ini dibina semula dengan material yang baru, tapi struktur dan plan rumah dikekalkan. Berjalan masuk ke rumah itu, semacam ada roh P.Ramlee meresap ke dalam jiwa dan menjadi getaran jiwa. Melangkah masuk, melepasi pagar dengan jejeran pokok pinang, ada tempayan untuk air cuci kaki di tangga, dan beranda menyambut tetamu dengan sangat mesra. Masuk ke bahagian serambi, ada beberapa keping gambar dengan keterangan. Menjengah ke rumah ibu, hanya ada sebuah bilik, dengan katil besi tinggi bertiang, lengkap berkelambu, terasa amat klasik. Ada botol minyak tanco dan sikat kayu dan cermin serta baju yang tersangkut. Ada sebuah peti besi yang lama disitu. Ada bulu roma meremang bila tengok keantikan peti besi itu.Walaupun saya percaya itu bukan kepunyaan P.ramlee. Masuk ke rumah dapur, saya dan keluarga macam tergamam. Terbayang dapor kami 20 tahun lalu yang lebih kurang dengan dapur P.Ramlee. Ada dapur kayu, lantai yang sengaja dijarang-jarangkan sebagai tempat bergincah ( membasuh pinggan dsb). Ada para (rak) tempat simpan perkakas, periuk tanah. semua mengembalikan memori kami.Amat menyenangkan kalau saya dapat bina sebuah rumah kayu yang comel macam ni di dusun saya sementara menanti durian gugur dan menghalau tupai yang merobek rambutan. dan alangkan tenangnya saya mendengar bunyi dari sungai berbatu  bulat yang mengalir di pinggir dusun saya ( Sejak bila saya ada dusun?!!)

 

Taj Mahal-Gamitan Tugu Cinta Penuh Pesona April 8, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:14 am

Kawan saya, kembang hidung bersembang dengan saya tadi. Dengan rasa riak dan bangga diri macam burung merak mengembangkan ekor, sambil dengan suara tone alto, dia menyatakan sedang mempersiapkan diri untuk ke India, ke Taj Mahal hujung tahun ini atau awal tahun depan. Katanya dia sudah mula menyimpan wang untuk ke sana sejak jatuh hati dengan kekasih yang berwajah kalau sekali tengok iras-iras Shah Ruhk Khan,dua kali tengok macam abang abang Bangla yang menyerbu kereta kita untuk di lap selepas keluar dari mesin cuci kereta automatik.Nak menghayati keindahan monumen cinta agung dari Shah Jahan untuk Mumtaz Mahal katanya bersama buah hati tercinta. Saya, hanya tersenyum.

Dengan gaya orang seolah-olah hanya dia seorang saja yang faham sejarah, dia bersyarah; Taj Mahal tu bukti pembinaan empayar Moghul yang gah. Walaupun dah 350 tahun dibina tapi masih utuh, warna tak pernah berubah walaupun tidak dicat dengan Dulux weather shield. Dah tu, dikeliling monumen ini, ada taman-taman. Asyiknya kalau aku dapat bergolek-golek di taman tu dengan Si Shah Rukh Khan aku katanya.

Hampir setengah jam melayan cerita, saya mengantuk. Saya hanya tersengguk-sengguk. Untuk menunjukkan konon-kononnya saya pendengar prihatin, saya hanya bertanya satu soalan,”Hang dah bayar ptptn dah?”. Jawapan berlagak sombong keras kepala,”Alah, aku tak bayar ptptn pun, Malaysia tak akan jatuh miskin.Relax la, enjoy hidup dulu, nanti dah tua, ada duit lebih bayar la. Biarla sekarang aku nak consentrate nak shopping barang-barang nak pi India dulu!”

“Bengong hang ni!!Hang ingat hang boleh lepas imegresen kalau hang tak bayar PTPTN?!!!”. Malas saya nak layan si bodoh sombong angkuh ni.

Dalam hati saya bersyukur, nasib baik saya dah pernah ke Taj Mahal yang pada masa tu, kerajaan belum ishtiharkan pemiutang PTPTN tak boleh keluar dari Malaysia.Kalau tidak saya pun tak dapat merasa indahnya Taj Mahal. Pengajaran: Bayarlah PTPTN anda. Saya akan mula bayar bulan depan. Adei.

Posisi gambar yang wajib diambil kalau ke Taj Mahal.

Pemandangan Taj Mahal Dari Gate Kedua. Ada dua gate yang berbentuk kota untuk sampai ke taj mahal. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke dalam radius 2km dari Taj Mahal untuk mengelakkan pencemaran kawasan sekitar yang diperrcayai akan dapat memusnahkan sedikit demi sedikit keindahan dan keaslian Taj Mahal. Jadi kita perlu menaiki pengangkutan khas iaitu Bas yang saiznya besar sikit dari vanyang kononnya mesra alam, berhimpit2 dalam bas itu adalah sangat tidak mesra alam. Bayangkan terpaksa menahan nafas dari terus-terusan menghidu bau bawah lengan(baca:ketiak) manusia kerana terpaksa berhimpit-himpit, sebab bilangan bas aka van besar yang teramat terhad. Pilihan kedua ialah kita boleh naik kereta kuda dengan bayaran yang hampir sama tambang bas VIP coach dari KL ke JB. Seterusnya  kita perlu berjalan kaki sejauh hampir 1km untuk sampai ke Taj Mahal. Perlu melalui lorong-lorong yang pelik.

Di atas ini ialah gambar Taj Mahal dari pandangan sisi. Jarang orang ambil gambar dari sisi ini. Gambar ini diambil dari sebuah taman yang sangat anggun.

Betapa bersusah-payahnya si pengambil gambar ini untuk snap gambar kami untuk masukkan sekali Taj Mahal dome. Dari kiri Shashi( Nur Khadijah) Atikah, Saya, Shasha(Nur Aisyah, kembar Shashi) dan Rafidah

Gate keluar. Taman taman lagi. India ada banyak taman sebab semua rakyat india adalah pelakon. mereka amat gemar lepak di taman, sebijik macam dalam filem. Cuma saya pelik kalau semua mereka menyanyi, adakah semua mereka akan mempunyai suara standard macam Lata Mageshkar.

Ini adalah biri-biri di Agra. Kaitannya dengan Taj Mahal ialah, najis mereka digunakan sebagai baja organik untuk pokok-pokok bunga di Taman-taman sekitar Taj Mahal.

 

Ketika Cinta Bertasbih April 1, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:08 am

Saya sudah selesai membaca novel Ketika Cinta Bertasbih Episod 1&2 dan Filem KCB2.  Ini catatan saya

– Saya  kecewa pada mulanya kerana macam tak habis je filem ni, ibaratnya, tengah sedap-sedap makan popcorn sambil tengok movie ni, tetiba popcorn tumpah kerana tertepis oleh tangan kanak-kanak chumil dan innocent di sebelah saya.  Sangat kecewa sebenarnya kerana jalan cerita sedang menarik, tiba-tiba habis. Oooo rupa-rupanya ada sambungan KCB 2. Tapi saya belum menonton KCB 2.

-Pelakon-pelakon dalam filem ni sangat berwajah sejagat, iaitu, tidak terlalu cantik macam bidadari ( atau terlalu cantik macam watak Aishah dalam Ayat-Ayat Cinta) dan tidak terlalu bermuka pecah tembok. Tidak terlalu handsome, sedap mata memandang. Karakter yang mempunyai wajah yang sangat cocok dengan watak. Contoh, Pelakon Utama, Azzam, sangat berwajah redup, tabah, sederhana, wajah yang sedikit tawadhuk. Dan karakter teman-teman serumah Fahri, sangat chumel dan sesuai sekali dibawa oleh mereka. Dengan saiz badan standard, tidak bersaiz pelakon yang biasanya perlu tinggi dan handsome. Tapi membawa lakonan yang amat mengesankan. Watak Anna Althofunnisa juga sangat sesuai dibawakan pelakon wanita itu. Lembut, tapi tegas, berwajah bujak juga. Dalam semua wajah pelakon, saya paling menyukai wajah Tiara. Teringin nak ambil si Tiara ni buat kakak ipar, tapi dah takder abang yang bujang.

– Saya tertanya-tanya adakah mereka pelakon professional atau sekadar berlakon untuk filem ini saja.

– Untuk novel pula, saya tertanya-tanya kenapa Habiburrahman El-Shirazi menamakan kesemua watak pelajar Malaysia dengan Wan. Contoh, Wan Aina.

– Saya kagum sekali dengan kelembutan bahasa yang ditutrkan dalam filem ini. Tidak seperti Indon-Indon yang menjual Bakso atau keropok lekor yang selalu kita jumpa di Malaysia. Kasar sekali bunyinya.

– Novel ini membuat saya tidak  ingin merasa urutan spa di Bali dan bershopping di Bandung, sebaliknya mahu meneroka Pulau Jawa dan melawat sistem pembelajaran di Pesantren(sekolah pondok) di sana. Amat unik.

– Melalui Novel, saya lebih mengenali Al-Azhar dan Kaherah serta Alexandria.  Serta keadaan di sana.Teringat kepada pensyarah saya semasa di UIA, Prof Nasir Abdul Rahman. Dia itu, Chinese totok. Keturunan Cina, berhijrah ke Malaysia kot, semua Islam, Mengajar History and Civilization, subjek yang merudumkan CGPA saya. Beliau itu selalu gila dan membuat gila. Tak pernah jumpa seorang lecturer yang menegur pelajarnya yang lambat masuk ke kelas dengan soalan, ” Why are you so late, pergi berak ah?”(sila baca dalam nada Phua Chu Kang) . Mahu kami pangil beliau dengan nama Nasir. Gelak ketawa pecah dalam kelas, memang kalau dia masuk raja lawak, yang lain sila undur diri. Kegemaran Nasir adalah bercerita tentang keindahan Alexandria. Penuh penghayatan. Kami terpinga-pinga.  Saya tak dapat bayangkan macam mana negara yang kering kontang berpadang pasir ada pantai sebegitu indah seperti diceritakan Nasir? Saya tak percaya. Hinggalah saya menonton KCB1.

– Dalam cerita ini, digambarkan keadaan sebenar keadaan penuntut di sana apabila tiba saatnya terasa gatal mahu bernikah. Tatkala seorang anak Adam itu mahu bernikah(sila jangan baca dengan nada berkhutbah), maka dia akan segera meminta teman-temannya carikan jodoh, atau melalui seseorang yang lebih senior, maka, akan dikhitbahkan( dipinangkan)  gadis itu, dan terus menikah di sana dengan surat berizin wali dari keluarga si gadis. Senang. Kenduri akan diuruskan oleh persatuan pelajar di sana. mudah. Tak perlu bercinta lama-lama. Sekali lagi saya teringatkan Nasir. Pekerjaan sampingan beliau adalah menjadi match maker, membawa balik budaya semasa beliau belajar di sana. Dia akan perkenalkan pelajar-pelajar yang muda mudi seperti kami dengan kawan-kawan dia yang seumur dengan dia. Dalam banyak-banyak matchmaking process ni, ada satu pasangan yang paling berjaya menurut saya.terdahulu. Si gadis, senior saya masa itu, umur 21, dan suami,Si doktor Mualaf,yang dibuang keluarga akibat memeluk Islam, dalam usia 50an. Setelah 2 tahun kawin dan dapat anak, si suami meninggal, bukan setakat meninggal dunia, tapi meninggalkan harta berkepuk-kepuk makan tak habis 4 keturunan, aset-aset berlambak-lambak. Maka, kakak senior saya itulah satu-satunya janda muda(23 tahun ) yang terpaling kaya yang saya pernah tahu.

– Dan cacatan terakhir, saya sampai bila-bila pun tak akan dapat menafikan bahawa novel ini adalah novel pembangunan jiwa terbaik.

 

Russian Roulette- Just pull the trigger

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:24 am

Cara Rihanna menyanyi lagu ni dan ditambah dengan ketidak-dapat-tangkapan lirik lagu ini (Rihanna menyanyi menggunakan hidung untuk lagu ni,perasan tak), buat saya fakir ini adalah lagu putus cinta atau lagu terpaling sengsara akibat dibelasah Chris Brown. Sungguh!pilu, sayu, sakit, merana, panau, kurap, telinga bernanah. Tapi saya tidak pernah tahu tajuk lagu ini. Tapi hari ni, bila saya amati betul-betul liriknya, saya rasa, penulis lirik ini cuba untuk mengajak kita untuk sama-sama mengingati mati. Bukankan diri kita dengan mati itu dekatnya seperti jarak antara Azan dan Iqamat? Tapi, dalam lirik lagu ni, ajak kita mati dalam keadaan paling baghal dan keldai. Mati melalui permainan reality, Russian Roulette.  Wikipedia kata : Russian roulette (Russian: Русская рулетка, Russkaya ruletka) is a potentially lethal game of chance in which participants place a single round in a revolver, spin the cylinder, place the muzzle against their head and pull the trigger. “Russian” refers to the supposed country of origin of the game and roulette to the element of risk-taking and the spinning of the revolver’s cylinder being reminiscent of spinning a roulette wheel. (http://en.wikipedia.org/wiki/Russian_roulette). Murahnya harga sebuah kematian bagi mereka, hanya melalui permainan ni. Kamu! Awas!jangan cuba-cuba. Tapi..lagu ni best. Tak salahkan dengar lagu ni?

Take a breath,
Take it deep.
‘Calm yourself’, He says to me
If you play, you play for keeps.
Take the gun and count to three.
Im sweating now,
Moving slow,
No time to think. My turn to go

And you can see my heart beating
You can see it through my chest.
Said I’m terrified but I’m not leaving
I know that I must pass this test
So, just pull the trigger

Say a prayer to yourself
He says ‘close your eyes, sometimes it helps’
And then I get a scary thought
That he’s here – means he’s never lost

And you can see my heart beating.
No, You can see it through my chest.
Said I’m terrified but I’m not leaving
Know that I must pass this test.
So, just pull my trigger

As my life flashes before my eyes
I’m wondering will I ever see another sunrise?
So many won’t get the chance to say good-bye
But its too late to think of the value of my life

And you can see my heart beating.
No, You can see it through my chest.
Said I’m terrified but I’m not leaving no
know that I must pass this test.
You can see my heart beating.
Oh, You can see it through my chest.
I’m terrified but I’m not leaving no
know that I must pass this test.

So, just pull the trigger