Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Pulau Pinang tu Best rupanya April 16, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:37 am

Ini kali pertama saya berkelah dengan keluarga di tepi pantai. Menyeronokkan dan menenangkan.

Kasut Irdina, anak saudara saya, the Princess of our family.

Gambar yang diambil dari bahagian belakang Rumah P.Ramlee. Rumah P.Ramlee merupakan tempat yang ayah sayan sangat teringin untuk melawat. Jadi, dah tertunai impian ayah saya.

Ini Rumah P.Ramlee dari Bahagian depan. Seluruh rumah ini dibina semula dengan material yang baru, tapi struktur dan plan rumah dikekalkan. Berjalan masuk ke rumah itu, semacam ada roh P.Ramlee meresap ke dalam jiwa dan menjadi getaran jiwa. Melangkah masuk, melepasi pagar dengan jejeran pokok pinang, ada tempayan untuk air cuci kaki di tangga, dan beranda menyambut tetamu dengan sangat mesra. Masuk ke bahagian serambi, ada beberapa keping gambar dengan keterangan. Menjengah ke rumah ibu, hanya ada sebuah bilik, dengan katil besi tinggi bertiang, lengkap berkelambu, terasa amat klasik. Ada botol minyak tanco dan sikat kayu dan cermin serta baju yang tersangkut. Ada sebuah peti besi yang lama disitu. Ada bulu roma meremang bila tengok keantikan peti besi itu.Walaupun saya percaya itu bukan kepunyaan P.ramlee. Masuk ke rumah dapur, saya dan keluarga macam tergamam. Terbayang dapor kami 20 tahun lalu yang lebih kurang dengan dapur P.Ramlee. Ada dapur kayu, lantai yang sengaja dijarang-jarangkan sebagai tempat bergincah ( membasuh pinggan dsb). Ada para (rak) tempat simpan perkakas, periuk tanah. semua mengembalikan memori kami.Amat menyenangkan kalau saya dapat bina sebuah rumah kayu yang comel macam ni di dusun saya sementara menanti durian gugur dan menghalau tupai yang merobek rambutan. dan alangkan tenangnya saya mendengar bunyi dari sungai berbatu  bulat yang mengalir di pinggir dusun saya ( Sejak bila saya ada dusun?!!)

 

2 Responses to “Pulau Pinang tu Best rupanya”

  1. PanDe Baik Says:

    Sudah pernah mampir ke Bali, Mbak ? disini banyak juga yang ‘seronok… Hehehe…

    • mayyaclassic Says:

      Ya aku kepingin sekali ke Bali, tapi pernah dengar ngak Baling. di negeri Kedah? Juga hot dan seronok!!!Hot sebab ada Hot Spring!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s