Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Edensor: Sekarang ini saya rasa macam mau tak mahu baca April 26, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:26 am

Aneh sekali saya sekarang ini. Mendapat novel Edensor, novel keempat Andrea Hirata yang saya beli setelah Laskar Pelangi, Maryamah Karpov dan Sang Pemimpi membuat saya seperti sedang makan lolipop perisa asam boi.  Semua novel kaya penulis bernama pelik bagi orang Islam Indonesia ini buat saya seperti sedang hendak membuat paragliding dari Bukit Jugra. Berdebar-debar, teruja, rasa hendak mempunyai deria ke-enam yang dapat digest isi buku ini dengan sekilas pandang saja.

Saya tidak tahu di mana dia belajar bahasa Indonesia yang tinggi, tapi bersahaja. Kata-kata yang sebahagiannya kita hanya mahu gelak dan sebahagian lagi kita rasa sangat perlu berfikir atas semua perkara yang sedang berlegar di sekeliling kita.

Saya, jika diberi peluang untuk hidup sekampus dengan Andrea Hirata ini dulu, saya akan berkawan dengan dia, mendengar jenaka-jenaka sinis dia, dan menikmati pengalaman hidup dengan dia. Sebab dia dah buat saya menjadi lebih gembira;di samping gembira kerana saya ada diri saya, iman, keluarga dan Mursyid.

Oww, lupa, fokus post kali ini adalah Edensor. Novel Edensor adalah kelansungan dari 3 novel sebelumnya. Cerita tentang bagaimana mereka (Ikal dan Arai) sampai ke Perancis dengan ilmu pengetahuan, dan bagaimana pada malam pertama mereka tiba di Sorbonne, mereka tidak dilayan ( kerana mereka pendek, berwajah Asia, berhidung penyet dan rambut kerinting) dan terpaksa tidur di luar dengan suhu  negatif puluhan darjah, tetapi mereka dapat atasi masalah itu hanya dengan ilmu. Edensor adalah sebuah tempat impian Ikal untuk dilawati sebab dia baca tentang keindahan Edensor ni menerusi buku cerita yang A Ling hadiah. Bila saya taip Edensor, gambar-gambar ni muncul kat web. Edensor tu dekat-dekat dengan Shieffield. Dan saya tergedik-gedik mahu kesana pulak seolah-olah saya baru menjual 25 ekor lembu daging sebelum hari raya haji.

Selain itu, ada cerita tentang ragam pelajar kelasnya dan..dan..dan..sebenarnya saya belum pun menghabiskan novel ni, tapi saya telah pun membuat kesimpulan tentang kegembiraan membaca novel ni.

Saya tak mahu menghabiskan bacaan ini kerana saya sangat rugi kalau saya habiskan. Kalau saya habiskan naskhah ini, nanti saya nak baca apa pulak. Saya percaya Andrea Hirata tak akan larat menulis novel untuk saya baca setiap hari seperti surat khabar. Kalau boleh saya hanya mahu baca Edensor sehelai setiap hari dan menikmati isi dan makna cerita sampai ke akar umbi.  Menutup segala keinginan untuk tahu apa yang tertulis pada muka surat seterusnya.  Tapi, bolehkah saya? Dibuat perbandingan, novel hendak dibaca semahu-mahunya, tapi kalau baca Quran itu, sudah ditetapkan, setiap hari mahu baca satu atau dua muka surat sahaja selepas maghrib(dan tanpa mahu ambil tahu makna lain ayat alquran itu selain perkataan Allah, allazi( iaitu) yaumul akhirah ( haru akhirat) tho’am ( makanan ) dan nama-nama lain bagi Allah sahaja. Saya jadi malu untuk berhadapan dengan Allah yang memberi rezeki untuk saya beli novel ini secara halalan toyyibah. )

Ampunkan dosaku.

 

4 Responses to “Edensor: Sekarang ini saya rasa macam mau tak mahu baca”

  1. Mezatol Salamen Says:

    saya kira..jika A.Hirata adalah rakan sekampus kita..pastinya buku-buku penulisan beliau yang seterusnya dipandang sinis oleh Cik Tip, sesinikal kita terhadap buku-buku penulisan ‘Z’..atau penyanyi nasyid ‘A’ dan kumpulan-kumpulan nasyid seperti ‘I’, atau ‘U’ yang mana terdiri dari ‘rakan sekampus kita dahulu’..tak begitu Cik Tip…

    • mayyaclassic Says:

      Siapa Z? Zamri PTS?sape lagi budak2 tulis novel islamic yang tak berapa syok tu?yang journalism club tu?huhu..Penyanyi nashid A?sapa?Amar?I?Inteam? U?UNIC?huhuhu..Baik berterus terang dari menyembunyikan biji getah di sebalik daun-daunnya

  2. mayyaclassic Says:

    Ye, tepat sekali. Sekarang tak de bijik getah lagi..la musim ujab


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s