Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Kenapa saya.. Disember 31, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 7:49 am

Kenapa saya sudah lama tidak update blog ini walaupun kadang kadang saya ada masa free?

Kenapa saya semakin hari senyuman melebar sampai nampak gigi graham walaupun gigi saya tidak secantik gigi lisdawati dan model iklan colgate?

Kenapa setiap hari saya semakin bersemangat meneruskan hidup? walaupun kadang-kadang hari saya galau dengan seribu masalah yang menusuk celah celah otak?

Kenapa setiap hari saya semakin mengingati tuhan saya?

Kenapa saya selalu rasa bahagia walaupun selalu kena marah dengan bos saya?

Kenapa saya selalu datang pejabat dengan seribu bebanan kerja namun saya masih mampu berusaha menyelesaikan segalanya walaupun dengan tidak sepenuh 100% puas hati (sinis untuk diri sendiri)?

Kenapa setiap minggu saya mengemaskan beg dan membawa diri entah ke mana bagaikan enggang yang malu untuk pulang ke sarang?

Kenapa saya tidak pernah merasa lelah untuk pulang lewat malam dan berusaha dengan semangat untuk bangun pagi menyahut seruan ilahi dan seruan tugas?

Kenapa saya tidak betah meninggalkan ofis walau sepicing demi menyiapkan tugas?

Jawapannya hanya 1:

C  I  N  T  A

Kepada tuhan,

Kepada Ibu bapa

Kepada adik beradik

Kepada career

kepada kawan-kawan

 

maya artwork’s Disember 8, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:29 pm

reebok-milion-mile 

 

Sebelum ini saya dah pernah mengutarakan hal-hal tajuk berkaitan lukisan. ok saya akan sambng pada malam ini. wah lancar sungguh saya menaip bertemankan gesekan biola Venessa Mae dengan lagunya Devils Thrill Sonata.

Perbincangan ini adalah hanya difokuskan kepada pelukis yang baru berjinak jinak dengan dunia lukisan. tidak juga digalakkan pada kanak kanak yang baru reti memegang pensil yer.

Pertama sekali saya ingin bersembang-sembang pasal alat lukisan 2 warna, hitam putih yang selalu aku buat.  kata ilham pujangga, seni itu adalah di mana-mana dan dengan apa-apa sahaja. tapi agak-agak lah babe, tak kan kat dinding toilet pun nak dijadikan kanvas lukisan lu!! tak digalakkan walaupun itu dalah satu sumber ilham. Takut-takut ornag yang nak melunaskan hajat tersentot dengan lukisan ala-ala Leo daVincci you all tu.

Perbincangan ini adalah sangat self-centered, semua adalah berkaitan dengan saya. Klu melukis, saya sangat suka keadaan yang paling sunyi, selalunya tengah malam bila semua orang dah tidor. bertemankan lagu lagu yang aku jarang dengar, saya akan start lukisan dengan perasaan. Perasaan lah yang selalu memberitahu apa yang saya perlu lukis. seterusnya, saya akan sediakan alat-alat melukis;pensil 2B,4B,6B,8B,mechanical pencil,mechanical pen, charcoal, dan pemadam, kertas lukisan, blade.kadang kadang, klu memerlukan saya membuat lukisan teknikal,saya akan guna t-square. dan, bahan lain yang penting adalah teh panas. nyaman.

Kepelbagaian jenis pensil adalah untuk menghasilkan imej dan ira yang berbeza pada lukisan, tidak ler sternnn jerr. atau dalam maksud lain mendatar jer lukisan tu, tak nampak 3Dnyer. Semakin besar gred pensil, semakin lembut carbonnya, dan semakin lembut karbonnya, semakin pekatlah warna yang terhasil. Kertas yang digunakan pulak seelok-eloknyer tebal(aku lupa saiz ketebalan tu) sebab yang nipis mudah koyak. Pemadam, ada pelbagai kegunaan, bukan sahaja untuk memadam, tapi ia mampu menghidupkan lagi lukisan bagi menghasilkan efek cahaya dan sebagainya. perhatikan lukisan di atas di mana saya menggunakan teknik rubbing dengan getah pemadam untuk menghasilkan imej benang yang berjahit pada kasut.

Seterusnya, blade. banyak juga kegunaan blade ni. pertamanya adalah sebagai pengasah pensil. adalah sangat tak sesuai menajamkan pensil dengan sharpener biasa sebab ia tidak mampu untuk menghasilkan bentuk mata pensil yang dikehendakai sama ada nipis atau tebal mata pensil tersebut(bagi menghasilkan ira garisan yang berbeza saiznya), jadi blade adalah yang paling ideal. Blade jugak digunakan untuk memotong getah pemadam sebab, getah pemadam tu akan comot klu digunakan sekaligus dan klu tak kena gaya, ia akan merosakkan keseluruhan lukisan. Jadi, jalan terbaik ialah memotongnya kecil-kecil dan digunakan secara berasingan. terdapat kesalahan yang memerlukan kita memadam pada satu ruang yang luas dan sebaliknya. jadi inilah peranan saiz pemadam yang berbeza. Blade juga sebenarnya mampu berfungsi sebagai pemadam. Biasanya orang-orang dari aliran architecture sahaja yang tahu teknik ini. saya belajar dari Fifi(si lembut) yang beria-ia mengajar saya bagaimana memadam kesalahan minor yang terhasil akibat dari penggunaan pen mekanikal. Hasilnya, amat kemas dan hampir tidak perasan kesalahan kecil tersebut. Jangan sekali-kali memadam lukisan teknikal dengan liquid paper(atau blenko, bahasa yang aku belajar dari orang-orang CIMA).

Charcoal atau arang adalah sesuatu yang bagi saya amat susah untuk dipraktikkan, namun, andai kena gaya, imej yang terhasil adalah sangat menakjubkan. Biasanya ia digunakan untuk draf lukisan bersaiz besar menggunakan teknik sentuhan jari bebas. ini kerana ianya amat mudah dipegang dan anda hanya perlu melayang-layangkan arang ini di atas kertas atau kanvas.

ok. ini saja material-material yang saya gunakan, sya tidak mahir menggunkan warna lagi, mungkiin saya akan mencuba dlaam masa terdekat.

O ya, saya perlu mengingatkan diri saya untuk menulis tentang teknik teknik melukis pada masa-masa lain.

 

Aku.raya.peristiwa

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:39 pm

Hari ni Aidiladha 1429H. Hari kemenangan bagi umat Islam. Tatkala seluruh dunia bergembira menyambut hari kemenangan ini, ada insan yang masih terhimpit hidupnya, terbelenggu perasaannya, tercalar fizikalnya. Mereka, antaranya, mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, banjir di seluruh pelosok negara, termasuk di kampung aku sendiri, mangsa pengebomam di Mumbai(ada Muslim yang jadi mangsa ka?) dan sesiapa saja yang sedang diuji Allah dengan pelbagai musibah. Bagi yang beruntung seperti kita, doakan kesejahteraan bersama, amin.

 

Hari raya haji ni, aku bagai tiada semangat atau dalam bahasa jawanya soul, untuk menyambutnya. Sampai lah pada saat aku menulis ni aku beberapa kali mengalami short term memory yang lemah, akal aku selalu lupa bahawa hari ini hari raya. Tapi roh raya haji tu memang kurang melekat di jiwa aku pun, dua tahun lepas,a ku lansung tak balik kampong beraya haji, aku hanya beraya di universiti sebab cuti ada sehari sahaja, tambahan pula peperiksaan semakin dekat. Tahun lepas, aku beraya dia atas bas walaupun family aku mengobankan seekor lembu pada hari raya korban 1428H. Sebabnya aku memang rasa tak nak balik pun, tetiba pagi raya plak rasa nak balik, maka, aku Miss and Kuna pun pi la cari tiket pepagi raya kat PuduRaya dengan selambanya. Sampailah ke saat ini, aku masih tak tau sama ada aku ada baju raya haji ke tak, aku lansung tak berpakaian baru dan berwangi-wangian seperti yang disunatkan di pagi raya. Aku juga tak dapat pergi bersembahyang raya di surau Titi Tinggi yang penuh nostalgic tu sebab banjir yang separas lutut itu tidak memungkinkan jemaah untuk berkumpul beribadah di sana. Siren amaran banjir yang berbunyi nyaring semalam membuatkan keluarga aku merancang untuk bersemabhyang di masjid kampong sebelah. selebihnya adalah sebab masalah biologi wanita aku.

 

Factor lain yang buatkan short term memory aku tumpul sesangat ialah kesibukan aku menguruskan rumah tangga haha. Asik wat keja dapor sampai aku rasa tangan aku ni tak sempat nak kering dari pagi sampai petang. Akulah orang yang paling comot hari ni dan atas sebab tersebut maka aku tak akan pakai baju kurung bergedik-gedik basuh pinggan di dapor!!! Sempat jugak curi curi masa main dengan si Kecil Irdina dan Amsyar dengan keletah yang menggaru-garu sudut jantung aku. Ada ja benda yang nak digelakkan denga budak-budak yang baru setahun dan dua tahun tu. Selebihnya, hari ni, aku belajar cara buat roti jala dari Kak Yang dan semalam belajar buat coklat moist cake. Petang, aku tidor berselimutkan kenangan-kenangan raya haji masa kecil sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Kemudian baca magazine dan novel yang lansung tak best. Menjelang maghrib, aku berusaha membakar otak aku dengan sudoku..Err ada tak pengisian raya kat situ?

 

Kawan-kawan-aku tak dapat keluar dengan member-member yang selalunya ada, kadang-kadang ada Afiq, kadang-kadang Fiza, Rini, atau Dik Nani and Kak Yah(Twin) atau Ummu. Sebabnya ialah halangan dari anugerah dan rahmat Allah, hujan. Kalau dah dari pagi sampai petang hujan, tak kuasa aku nak keluar, dok di rumah pun pakai baju tebal dan berstokin, klu keluar mesti kena pakai baju tebal, snowcap dan muffler(macam kat London la plak). Tapi ini yang buat aku betul-betul rasa tak cool. Jumpa kawan-kawan adalah satu sesi yang sangat menarik pda aku sebab time ni la nak bergosip itu dan ini. O ya, Rini nak tuning pada raya haji ke-3. Itu sebahagian dari gossip.haha.

 

Esok- aku telah merencanakan hari esok, pagi-pagi aku mesti dah kena kemas beg dan barang-barang untuk bawak balik ke KL.Lepas tu aku mesti bershopping kat Padang Besar dan balik ke rumah kakak ipar aku untuk tolong kenduri korban, tolong habiskan makanan kot. Then balik rumah dan bersiap-siaga untuk memulakan perjalan yang tak berapa panjang ke KL.

 

Last sekali, ni adalah kata kata yang aku ambil dari laman friendster Syafinie:

 

jauh itu ada ruang memisah…jauh itu ada hati terpisah…jauh itu ada hati yang resah….jauh itu ada rindu yang x sudah-sudah

 

Pesta Perasaan di Dalam Hati Disember 1, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 2:52 pm

—–this artikel should be posted on 28th November 2008. hutang lapuk—-

 

Hari semalam saya lalui dangan seribu satu perasasaan sensasi. Hati saya bagai berpesta, ada acara tari menari, dan bunga api terpercik dalam seribu warna.

 

Sahabat saya selalu berkata, “ Be positif, be positif”, sambil angkat kedua-dua tangan dengan jari telunjuk menyucuk langit. Dan saya pun instill this positivism( ala ala Karl Mark) in me. Jadi hari semalam berlalu dengan sangat gemilang.

Pertamanya, pagi yang sepatutnya diisi dengan menguap, saya gantikan dengan ketawa. Naik bas, saya tidor nyenyak sambil memeluk erat beg tangan sambil membayangkan saya tengah tidor di Hotel Four Season Langkawi. Mungkin saya tersenyum dalam mimpi. Saya tak ingat.

 

Sampai di ofis, saya disambut dengan kemeriahan suasana bekerja dan saya meneruskan rutin biasa. Yang luar biasanya, saya mendapat peluang untuk ke Dunia yang Hilang di Tambun 13 haribulan ni, Walaupun ada dua pilihan sama ada saya memilih 13 atau 20, saya tetap memilih 13hb sebab pada 20 hb mungkin anda bertemu saya sedang menggali harta karun di sekitar KL Convensyen Centre seawal jam 6 pagi.

 

Senyuman saya melebar dalam kegusaran apabila saya diberitahu saya perlu menghadiri general meeting Jabatan saya di Perlis. Wooowii, chance untuk balik rumah. Yea, saya tahu, minggu depan pun saya akan balik ke rumah jugak, raya haji, tapi suka hati saya lah saya nak happy. Saya senyum lebar sebab ada seseorang( istimewa?mungkin) yang telah berjanji untuk menjemput saya setibanya saya di Perlis. Gusar sebab banyak perkara yang akan dibincangkan nanti.

 

Petang, arahan masuk. Standby to join Islamic Fashion Festival Dinner tonite at JWMarriot. Mak aih, saya tidak bersedia, saya hanya pakai blaus dan skirt labuh serba hitam. Yea, kasut NYC saya cantik dan tidak pernah menghampakan di saat saya perlu berkeyakinan haha. Tapi mendengarkan ianya adalah berkaitan fesyen, sebagai seorang pengkritik setia America Next Top Model,  British Next Top Model dan Australia Next Top Model, dan Project Runaway(Heyyyy, Heidi Klum kata, dia perlu senantiasa merias cantik untuk suaminya yang hensem itu, Seal, OMG!!!)  selayaknya saya bersama-sama di barisan hadapan menatap model-model berpakaian Busana Muslimah berjalan lemah gemalai di atas pentas.  Dalam perjalanan ke tempat tersebut saya nampak pelangi!! Pelangi bawa kenangan yang jauh itu perlahan-lahan ke dalam kotak memori saya dan tarikh 12 Disember 2007 pun dating lagi dlam ingatan. Terusik jua hati saya ini dengan emori yang saya tidak pasti bila ingatan saya terhadap tarikh ini akan luput. Dan seperti yang dijangkakan majlis fashion itu sungguh meriah diselang selikan dengan fesyen islamik yang kainnya terbelah sampai ke paha paling atas. Huh, terbuntangkah mata semua hadirin di situ? Atau aku saja yang terlalu concern?

 

Tapi ada satu lagi penutup tirai malam yang sangat indah berlaku. Tapi biarlah orang tak tau. Asalkan saya seronok, saya tak pedulikan  orang lain lagi dah.