Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Just for the sake of updating my progress November 26, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:43 am

Tadi

  • Saya kena edit company profile guna Adobe Illustrator yang saya tak pernah guna, tapi manage to do it heavenly(instead of like hell)
  • Saya menyumpah orang macam sesumpah disumpah kerana menyumpah orang yang menyumpahnye.
  • Saya jumpa dengan teacher wanabe yang berkongsi cerita practical mengajar macam sengal je experience dia

Sekarang

  • Saya tengah chat ngan kawan saya yang tak kurang sengalnye. Klu dah lama tak chatting rasa rindu pulak. Dia lah satu-satunya kawan chatting saya yang kekal lama, dah masuk 2 tahun dah berchatting.
  • Tengah menahan lapar. Tak boleh kuar makan selagi tak dapat respon dari KL pasal design tu

Kejap lagi

  • Saya akan ke kangar selesaikan all bills. harapfully, dapat parking dengan senangnye

Esok

  • Esok raya haji, ayah saya akan buat kenduri korban sikit. so mungkin saya akan bizi sepanjang hari, memasak dan melayan tetamu.
  • Saya tak sabar nak jumpa kawan-kawan dah berborak panjang lagi.

Minggu depan

  • Isnin saya akan terbang ke KL
  • Selasa ada course di ULCC PJ
  • Rabu, siang bleh gi tengok wayang and shopping tingkap, malam, terbang bersama superman kembali ke sarang.

Chowwwww

Advertisements
 

Saya dan karier saya dalam industri berat November 25, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:34 am

Saya amat bersyukur kerana sekurang-kurang-kurangnya saya masih mempunyai pekerjaan despite of the economic downturn yang melanda negara-negara Asia. Walaupun pekerjaan saya ini melibatkan industri berat yang dipelopori 98% species jantan, tetapi saya tetap mengkagumi kerja saya-ah suka hati la saya nak syiok sendiri. Adakala terpaksa bergelumang habuk dan debu di quarry dan di plant, memakai safety shoes yang berat dan gedabak, memakai topi kura-kura yang men’senget’kan tudung, saya tetap suka. Sebab bidang ini teramat kontrast dengan apa yang saya belajar selama ini. No no no, saya bukanlah operator pengeluaran di kilang ni, jauh sekali engineer, tapi sebagai sebahagian dari pekerja kilang ni, saya tak terlepas daripada aktiviti melawat sambil mengotorkan baju-baju saya dengan noda-noda habuk yang bernilai $$$.

Tajuk ni, mengingatkan kembali macam mana mula-mula saya mendapat lamaran untuk bekerja di sini. Saya bertemu dengan Head of Business Developement sewaktu sedang terlibat sebagai pempamer di PWTC. Perbualan ni membawa kepada bertukar-tukar kad perniagaan, dan, nah, kalau sudah rezeki, beliau mempelawa saya menyertai syarikat ini. Sebulan kemudian, saya dipanggil temuduga, dan, dua minggu berikutnya saya sudah pun mendaftarkan diri di Head Office di Kelana Jaya. Dan sebulan kemudian office saya berpindah ke tempat yang lebih happening, Mercu UEM, KL Sentral.

Dalam pada itu, aktiviti-aktiviti travel sudah menjadi rutin hujung minggu saya. Jika saya tidak ke Plant di Perlis, saya akan ke Bahau negeri sembilan. Sampai la suatu hari saya terkuch kuch hota hai dengan seseorang di lapangan terbang Sultan Abdul Halim Sha. Dan seseorang itu kini milik saya. Dan saya milik dia.

Sekarang saya sudah berakar umbi di Perlis. dan aktiviti travel ni masih berjalan macam biasa. lots of fun.Ada kemungkinan saya akan kembali bekerja di Kuala Lumpur bermula awal tahun depan, saya tak kisah, asalkan kebajikan saya terjaga.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar-gambar yang saya ambil 2 hari lepas semasa upacara Forklift Handover Ceremoby by UMW-Toyota. (Gambar yang tak berkaitan dengan forklift)

Menatang yang bergerak lambat macam siput ni adalah wagon yang membawa simen dari Perlis, ke Kuang, Selangor. Gambar ni nampak sangat klasik hanya disebabkan oleh wagon yang rupanya sangat buruk, macam muka pompuan kena simbah asid ngan huby dia sebab tak benarkan dia kawin lagi sorang.

Yang berdiri megah di balakang lori berkepala merahputih itu namanya silo-tempat menyimpan stok simen. cuba tuan tuan bayangkan berapa banyak simen yang ada di dalam 2 silo yang besar gedabak tu. Simpanan stok simen sebanyak tu akan habis hanya dalam masa seminggu kalau musim permintaan tinggi.

Dan, ni satu lagi wagon oren tertulis ‘your concrete partner’ tapi bakal digantikan denand caption ‘cementing nation building’ pula dalam dua tiga bulan ni.

Ni pulak adalah sebuah gunung buatan hasil longgokan batu batu hitam dan akibat tindakbalas hujan dan angin, terjadilah lurah lurah dendam dan alur alur tu.

And last but not least, the pictureque scene at the Bahau Plant which I like the most. This black stones is use as a basic material for black brick as per Istana Hitam above.

 

Pesanan dari seseorang November 21, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:05 am

 

Hari Ulang tahun kelahiran 2 orang budak November 20, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:15 am

3 November 2009: Sebahagian daripada 25 cupcake chomel hadiah dari Mr. Mursyid. Terima kasih daun keladi encik!!Sungguh mengharukan. Di bawah ni adalah cupcake gambar full version yang saya amik dari website si pembuat kek saya ni di http://batriesyia-homemade.blogspot.com

4 November 2009 : Puding buah-buahan dan bihun goreng daripada kak Zalina Din, special for my birthday. Thanks Kak Ina, jasamu dikenang, Long live kak Ina.

5 November 2009: Another Birthday cake from Corporate communications Department, together with kenduri. Thank Kak Aida, Kak Tuty, Kak Ani, and last but not least, Puan Harlina. Tiramisu cake sungguh menggiurkan..

12 Novemeber 2009: And this is a a cake for little Irdina’s birthday. Her lil fingers try to taste the yummy minnymouse!

and taraaaaaaaaaaaa

Namaku tertera di merata-rata info screen di Mercu UEM KL, daripada lobi, lif, cafe, dan surau bersama-sama orang lain yang diberanakkan pada bulan 11. Termasuklah Managing Director saya En. Halin dan beberapa ornag ofismate saya.

 

How do i spend my lunchtime in Perlis

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:06 am

En. Lembu sedang beristirehat

Semata-mata untuk menyedut udara yang tak sama dengan udara pejabat saya, kami ambik keputusan untuk mengisi masa lunch dengan pergi ke Bukit Jerneh,satu kawasan kampung yang lansung tak komersial untuk pelancongan tapi sangat cantik. Dan saya sempat snap beberapa photo yang saya rasa sangat cantik dan ala-ala gambar lukisan oleh Aie, dalam Blues untuk Aku yang hit masa aku zaman sekolah dulu, teringat adegan Jessica dan Sehak jalan-jalan di kampung tu.

Saya tidak pernah sampai ke tempat ni sebelum ni walaupun dekat saja dengan tempat kami. Dalam gambar di atas ni, di belakang Mr.Lembu yang sedang lepak tu ada sebuah bukit batu kapur yang sangat menarik dari segi tekstur batuannya. Kawasan bukit ni jugak tersenarai antara tempat rock climbing terbaik di Malaysia. Bukit ini pernah menjadi sebuah tempat pertapaan kepada orang orang yang menuntut ilmu silat. Hanya dalam setahun dua ni saja tak ada orang nak bertapa kat situ sebab jabatan agama merobohkan segala tempat pertapaan tu atas alasan ianya khurafat.

Bukit jernih mempunyai kemudahan asas seperti tandas yang mencukupi untuk salin baju, parking keta moto lori trak, pondok-pondok merendek, jalan yang dipenuhi cow dunk dan tempat makan. Ideal bagi sesiapa yang nak cari ketenangan. Dan juga ideal bagi budak-budak kampung ni untuk datang basuh moto diorang sambil ditemani awek romantis.

Saya akan ke tempat ni lagi nanti untuk mandi manda dan menajamkan kemahiran berenang.

 

Na byahun beti us ghar mein jismein na ho shauchalaya

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:36 am

No no no, the abovementioned caption has got nothing to do with the Sivaji da Boss script nor the title of newly launched movie of Salman Khan or Rishi Kapoor. The caption means Won’t get my daughter married into a household which does not have a toilet.

Kikikiki, tergelak-gelak saya membaca artikel ni semalam. Aktivis di India atau secara tepatnya, di Haryana, sebuah daerah di kawasan utara India(sedap kan nama ni, sapa nak letak nama anak dia Haryana Najwa or Haryana Donatello?) sedang giat melancarkan slogan “ No toilet, no bride” atau dalam Bahasa Melayu kunonya, ‘takdak jamban, jangan gatai nak menikah ngan anak dara/mak dara/janda’.

Isu tandas ini adalah isu yang sangat taboo bagi masyarakat India ya tuan-tuan dan puan-puan.  Ini kerana mereka telah teramat maju, kenapa masih mempersoalkan tentang tandas sekiranya mereka memiliki tandas pusing sedangkan kita tiada?haih macam bunyi Ustazah Bahiyah bagi ceramah pulak saya. Yer, di Malaysia ni, tidak ramai yang mempelopori tandas pusing, iaitu,dengan pergi ke sesebuah tempat, padang ke, kebun pisang ke, ladang nyior ke, then pusing kiri, pusing kanan, pusing kiri sekali lagi, takder orang, on your mark, get set, squat, then lepas hajat. Huuuu, lega.Eeuu, bayangkan Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor pujaan ramai tu buat macam tu.

Inilah gambaran sebenar yang berlaku di India. Semasa saya ke India 3 tahun lepas, mau muntah hijau saya melihat tembok-tembok di tepi tepi jalan sana yang berbau hancing macam orang makan jering petai dan kerdas!Hal ini berlaku di tengah-tengah bandaraya New Delhi, bukan pekan! Klu yang lelakinya, dah tak pusing kiri kanan, unzip the trousers, zaaaas! Yang perempuan pulak, kalau nampak perempuan berselubung di tepi longkang atau tembok tu, kita faham la diorang buat apa. Goblok!!Sampaikan tembok tu penuh dengan corak-corak air kencing kering yang berkhasiat dengan urea dan ludahan creeeet creeet air sireh yang berwarna merah. Satu-satunya cara nak elakkan orang daripada kencing sesuka suki ialah dengan melekatkan gambar tuhan mereka di tembok-tembok tu. Tapi kalau dah buta tuhan tu, kencing je jugak diorang nih.

Sekarang barulah gomen India mereka sedar kepentingan tandas sampaikan kalau siapa-siapa buat tandas di rumah, akan dapat ganjaran kewangan. Wowwii, En. Gomen, saya nak buat empat tandas lagi kat rumah saya boleh?

Klu nak dibandingkan Malaysia dengan negara-negara lain, saya rasa Malaysia ni dah cukup dengan kemudahan tandas. Yang tak cukupnya ialah pemikiran rakyat kita yang tiga suku tak reti menjaga kemudahan tandas terutama tandas awam. Kalau di pusat membeli belah, tandasnya masih boleh tahan, tapi kalau tandas kat masjid memang tak boleh blah la. Saya pun tak faham kenapa tandas di masjid sangat teruk, tak kira di mana-mana pun, sedangkan ia adalah tempat suci.

Apa-apa pun, saya masih lagi memilih tandas Jusco Mid Velly sebagai pemenang di hati saya.Hoooyearghhh

 

Alamak Saya jatuh cinta dengan Levis November 19, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:19 am

Levis jeans curves sangat sangat menggugat hati sanubari saya untuk memilikinya. sungguh cantik dan sleek. nanti kau!aku beli gak nanti!