Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

demi masa Julai 31, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:12 am

 bukanlah aku tidak mahu mencoretkan sebarang tuisan di blog ni, tapi aku selalu tak punya masa yang cukup. terlalu banyak kategori perasaan saya yang saya rasa malas nak tulis di sini.

perkara yang best berlaku 2 3 hari lepas ialah

1. Majalah EH! dah berada di pasaran dan aku telah sambar 1 daripadanya. Dayang Erika dan Dayang Suraya masih memburu parent mereka tetapi mengalami jalan buntu di pengakhiran fashionista..

2. aku menyedari bahawa phisically aku masih perempuan- hanya mereka tahu kenapa dan bagaimana.and I am so happy.

3. aku keluar dengan adik aku dan spend time seharian shopping di low yat and time square. adik ak mmg luar biasa.. dia telah buat benda yang orang lain susah nak buat. kenapa?

4. Aku kembali rapat dengan rakan rakan sekolah yang lama. rini hubungi aku, azirul masej dengan aku, lin bergosip dengan aku, nani suka bercerita dengan aku, agil pulak suka menyampaikan berita semasa pasal kawan-kawan yang lain. cuma fiza ja yang rahsia bila dia bertunang hari tuh. huh.apakah??

5. Aku dah hantar surat resign hari ni. haha. ini boleh buat aku gila babeng memikirkannya. berhenti bermakna tidak suka. andai dipecat itu namanya anda dibenci. pilih antara dua.

6. Esok aku akan pergi interview dengan CIMB. macam mana tu? bekerja sebagai Credit recovery executive. memburu penghutang kad credit..kata mereka, biar papa asal mama bergaya.

7. aku mejalin hubungan sulit(???) dengan seseorang yang aku amat senang berkawan dengannya. memang seorang yang gila gila, amat benci bila berbicara dengannya, tapi klu dia tak online aku rasa rindueeee sangat..

8. siri sindarela dah pun habis. bagi aku ni la siri tv yang paling best yang pernah aku tengok. ni la cerita paling realistik dan creative. meh aku tulis ringkasan watak dier yang aku cinta.

zoela- nama sangat pelik, sepelik perangai, dari tomboy jadi perempuan sejati kerana patah hati.klu aku pun tensen klu jadi dia bila dengar ayat keramat dari hussin

Hussin- watak lelaki paling lembap( dalam percintaan) kat dalam dunia. suka zoela tapi hanya mengaku di episod akhir- tapi malang dah terlambat.

Haidar- Jejaka impian aku haha. ada ciri2 lelaki yang aku suka, anak raja yang berani dalam semua benda..last2 dia pun tak kawen gk ngan zoe.

Mak cik Marry-cuba bayangkan cerita sindarela tanpa mak cik marry. mesti aku tak tengok. dialah yang menghidupkan drama ni dengan karaoke yang tak pernah ditinggalkannya.dia ngan anak dia mmg superb. mana la diorang cari makcik marry nih.

Tasha&tushii- adik tiri zoela. tasha mmg gedik luar biasa dan mmg best dan tushi sangat nerd. hoho.

hero pojaanku

hero pojaanku

Advertisements
 

aku vs leo Julai 10, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:57 am

setiap kali melihat lukisan ini aku akan menjadi sangat emosi. ada sejarahnya lukisan ini. bersyukur pada tuhan kerana telah menggerakkan hati aku untuk scan lukisan ni sebelum akhirnya ia hilang siap sekali dengan buku lukisan aku. benda keepat yang aku sayang dalam hidup aku setelah laptop, komputer and kontact lense and spek adalah buku lukisan dan alatan melukis aku. dah namanya pun hilang, sekali ngan alat-alat lukisan aku yang lain semua hilang.

sejarah

aku memang suka melukis sejak kecil, tapi masalahnya ialah aku amat benci subjek lukisan di sekolah. sebabnya aku tak bebas untuk lukis apa ja yang aku suka, lagipun masa sekolah barangan melukis adalah terhad sebab aku tak berduit, dan lagipon aku tak ambik aliran seni masa sekolah.

aku mula sedar yang aku ni boleh melukis dengan baik ialah masa zman matrik. first potret yang aku lukis adalah gambar siti nurhaliza untuk iklan maybelinne. tapi klu tengok balik lukisan tu lansung la tak cantik.. seterusnya aku lukis shah rukh khan. yang ni aku bagi gred A- la. agak cantik dan aku hadiahkan untuk seseorang yang tak berapa special sebab dia mintak lukisan ni dari aku. selepas tu antara lukisan yang terindah yang pernah aku lukis ialah potret pertunangan Erra fazira dan yusri. yang ni aku mmg kagum la, sangat alive, then sejak tu aku mula aktif menghasilkan potret sebab kawan kawan aku kata aku memang boleh pergi jauh tak kembali lagi dalam bidang nih. sementelah hobi aku masa tu adaalh melepak di pasar seni melihat pelukis pelukis potret menghasilkan kerja mereka dengan tekun lagi berdedikasi. antara potret yang pernah aku hasilkan adaalah potret adik aku, justin timberlake( yang ni sapa tah mintak, aku pun bagi dengan relanya), potret nizam(ustad), erra fazira dan fared kamil(poster 7 perhentian) dan bayak lagi yang tak berapa aku ingat. ada yang aku scan dan ada yang aku x sempat scan terus bagi kat orang.

berbalik kepada minat aku terhadap lukisan, ia adalah satu candu yang tak boleh dipisahkan lagi dengan aku. kat mana- mana saja yang ada aku, di situlah ada lukisan aku.atau contengan aku haha. kat buku nota tak yah cakap lah, kat tangga, kat lif, kat err jamban.

apabila memasuki alam university minat aku semakin bercambah dengan kemammpuan aku membeli segala bagai peralatan melukis especially pensil la, dari gred 2b sampai 8b semua aku ada, ada plak pemadam pelbagai jenis, dan aku mengusai banyak teknik melukis. hobi aku mula bertukar, klu aku free jer mesti aku pi ke libry. lokasinya dah tentu la tingkat empat, kerusi no 6,7 atau 8 di tepi tingkap. di situ lah idea untuk aku melukis muncil tanpa diundang. duduk je disitu idea mesti datang melimpah ruah. aku bleh duduk situ dari pukul 5 petang , membawa ke maghrib, lepas tu sambung lagi sampai malam pukul 11. tu lah zaman yang akan aku ingat sampai bila- bila pun.

well macam yang aku cakap di atas, lkisan aku yang di atas tu adalah sesuatu yang amat berharga buat aku. walaupun aku belum sempat menyiapkan lukisan tersebut sepenuhnya, tapi dah namapak la rupa lukisan tu..boleh dikatakan ianya 90%siap..tapi hilang sebelum sempat aku touch up buat kali terakhir. lukisan ni adalah berdasarkan sebuah filem yang tengah hype dalam tahun 2005 iaitu memoirs of geisha. gambar yang aku lukis ni adaalh salah satubabak dalam filem berkenaan yang aku rasa amat cantik untuk dipotretkan. tapi klu tengok betul-betul wajah lukisan tu, lansung tak sama dengan michelle yeoh dan zhang ziyi. aku pepandai je lukis sendiri. tapi yang menjadi tarikan utama dalam lukisan ni adalah kimono yang dipakai. aku ambik masa yang agak lama untuk menghasilkan komono tu. maklumlah bayak berbelit belit bersimpang siur.  hampir hilang sabar dan rasa nak bakar jer lukisan ni bila aku try lukis tak menjadi, nampak flat jer, tapi setelah aku berusaha keras akhirnya aku dapat jugak menghasilkan yang terbaik. yearrrrggghhh.

ok. aku nak sambung keja. nanti aku sambung lagi cerita pasal pereka fesyen bidan terjun, dan ulasan lukisan aku yang lain, serta aku akan melukis dan letakkan lagi kat sini..

err tajuk dia- aku vs leo sebab aku pun macam leonardo da vincci gak. dia claim yang lukisan monalisa dia yang cantik dipuka semua orang tu undone potrait, so do I.hehe

 

ok, lets us talk heart to heart.. Julai 8, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:12 am

menyimpan sesatu dalam hati adalah sangat berat. macam nak meletup and akhirnya nyawa sendiri tergadai. jadi aku ambil jalan selamat ntuk memuntahkan segala yang menjolok2 di lubang sanubari aku.. aku nak straight to the point jer, malas nak belit belit. aku adalah seorang yang amat realistik. terima semua kenyataan dengan redha.tapi kali ini aku betul betul tercabar untuk redha atas segala apa yang berlaku kepada perasaan aku sekarang.. kenapa aku x seteguh paan yang akan meluahkan apa yang dia rasa kepada orang yang dia suka? kenapa aku tak setegas zulaikha yang menyatakan cintanya kepada Sulaiman? kenapa aku x sekuat Khadijah yang meminang Nabi Muhamad? kenapa aku tak senekad Aisha sewaktu melamar fahri melalui pamannya dalam ayat ayat cinta? kenapa?

kehadiran H!@#$%^ dalam hidup aku adalah antara kenangan terindah dalam hidop. berkenalan semasa zaman aku tehegeh-hegeh bawak buku ke kuliah, terkejar-kejar dengan aktivity masyarakat dengan kawan-kawan, dan aku x pertimbangkannya sebagai sesuatu sangat hingusan kerana jarak masa tersebut dengan sekarang adalah 2 tahun lepas. .

Dia datang tepat pada saat aku memerlukan sokongan emosi disebabkan tekanan dalam program  yang sama sama kami jalankan masa tu. dia aku kira sebangai pasak kepada kekuatan aku masa tu. tak sangka sokongan dia membuatkan aku kuat dan akhirnya perasaan lain macam mula menjalar dalam diri. sebab bkan lah aku sorang yang merasa perkara yang sama. alangkah indahnya masa tu, bergambar bersama, makan bersama, and the sweetest thing of all ialah nama aku di dalam fail di komputernya masa tu telah berbunyi ..’kepada insan yang ingin aku sayangi..’- apakah itu? bukan aku seorang yang menyaksikannya, malah kawan kawan yang lain turut curiga..setelah itu kami bersahabat seperti suam suam kuku. namun sesuatu yang tak terjangka telah berlaku. setelah hampir empat bulan kenal pada hari ke 28 bulan ramadhan yang indah dia telah masej dengan aku dan bercerita yang dia on the way balik ke kampung. surprisingly, kampng dia adalah dekat dengan kampung aku. to ct the story short keesokkan harinya( on the eve of eidul fitri) dia datang ke rumah aku. dan kami bersembang, mak aku pun join sekali, alangkah indahnya. pada hari raya tu sekali lagi dia datang ke rumah aku. Dia berjumpa dengan semua ahli keluarga aku. dan sekali lagi kebetulan terjadi dia sekarang tinggal di kem tentera yang sama dengan abang aku dan hakikatnya aku selalu lepak kat rumah abang aku tu sebab situ mmg best and ada pantai. dan aku rasakan Hari raya pada umur 22 tahun itu adalah raya yang paling sempurna seumur hidupku.

Setelah itu kami still kontact. dia selalu jugak telefon aku.dan masej. dan sekali lagi pertemuan terindah terjadi di rumah abang aku. masa tu abang aku bekerja di oversea selama enam bulan, so tinggal kakak ipar aku saja..memang best..

tapi since then, kami dah jaran maseg dah..sampai aku rasa sangat frust bila dia tak pernah reply maseg aku sedangkan hati aku amat meronta ronta untuk terus berhubungan dengan dia. satu sifat aku yang aku amat tak suka adalah aku amat susah memulakan hubungan dengan orang unless it is for the professional purpose.

pada suatu malam( the day muhamad went away, puas aku nagis dalam bas masa nak pi keja kat ampang coz bas tu pasang lagu Jangan dicap selamat tinggal-Shades) kami ada AGM budak budak PR, aku join sekaki. then after that kami lepak dekat HS cafe..kat situlah sekonyong-konyong aku nampak satu eklibat yang aku amat kenal, tengah lepak dengan dorang perempuan- dan for god sake, ak tak tengok lansung siapa perempuan tu.. masa tu perasaan aku bercampur baur dah, tak tau nak kata apa. Kuasa Allah jua, malam tu hujan turun dengan lebat yang tak memungkinkan aku balik walaupun berpayung. jadi aku terpaksa tunggu sampai pukul 12 tengah malam barulah aku balik. nak tak nak aku kena jugak lalu depan dia dan perempuan yang tak aku tau datang dari planet mana. dah lalu kat depan dia takkanlah aku x tegur atau sengih lansung. so aku pun just say ‘Hi” then pastu dia mintak no telefon aku sebab dia handphone dia hilang..huh. aku bagi je lah. until now sejak dia ada nombor phone aku, dia just msg aku sekali ja pada raya haji yang lepas..

dan sekarang sesuatu yang pedih macam luka disembur jus limau nipis ialah satu hakikat yang dia dah ada kekasih.. fulamak sensasinyerr terkena luka macam nih. pedih sangat aku nak terima.

kesimpulannya ialah aku amat percaya bahawa dia x tau pun aku amat amat ada perasaan dengan dia..

apa patut aku buat?

doakan kebahagiaan dia? ( dan aku bagaikan pengebom berani mati, menghancurkan diri sendiri demi keamanan orang lain??)

ataupun berterus terang kepadanya lantas aku terpaksa memakai topeng muka  seumor hidop aku? ( di mana malu ku?)

ataupun aku berterus terang kepanya lantas merobohkan rumah tangga mereka?- ni sangat x relevan, bleh masuk neraka aku nanti.

habis? pasrah? susahnyaa

hehhh

 

–•-•»(¯`·.¤º°o.Mã§t€®.oº¤.·´¯)«•-•–: Julai 4, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:36 am

tajuk yang di atas tu adalah salah satu nama mamat yang aku selalu chat sekarang ni. dia ni konon2 webmaster la kot, sbb tu dia letak nama dia master.

persoalan sekarang adalah

1) adakah kes anwar-saiful-najib itu satu permainan politik semata2?

2) sebagai rakyat maalysia aku amat bangga bila sekarang nih bukak jer international newswire mesti ada cita pasal Malaysia. yeyy, saya anak malaysia!!!!

 

shades of purple

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:30 am

mengunyah roti tuna kings yang sangat nikmat lazatnya dan liat sikit, dengar lagu mungkinkah terjadi spider, air cond bertiup sepoi sepoi bahasa  pada suhu 23 darjah celcius di bilik berwarna peach kusam ni.. nyaman rasa. TSM x dak kat opis hari nih.. legaaa..

Sambil aku menyedut udara yang tak berapa nyaman dan menikamati makanan lazat ni aku mula teingat apa yang berlaku pada orang di China dan Myanmar yang menderita akibat bencana alam… well itu adalah takdir yang sesiapa pun x dapat ubah..

 

Please have some respect!! at least!!

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:27 am

hari ni aku rasa pelik sket, nak marah org pon ada, rasa frust pun ada, entah, aku pun x reti nak kategorikan perasaan aku nih.

ceritanya macam nih, semuanya bermula di opis la. Bos aku nih seorang yang pelik sikit, dia suka buat benda secara tiba tiba. klu tak menyusahkan orang takpa gak, ni tak, mesti nak menyusahkan orang ja kerjanya.

1. hal pertama yang wat aku bengang dengan dua orang makhluk dalam opis ini adalah tadi pasal mmber aku ni, dia nak turun lunch dah, tetiber bos aku panggil naik plak, suruh wat surat for the lady yang dia gediks of. meluat la gak aku dgn  perangai gatai tak bertempat dia tu. pastu yang member aku ni plak, tahap gabannyer dia bengang dengan orang tua tu. tapi tak yah la tunjuk sangatt, ni siap wat muka ngan org tua tu, dah sedap aku dok dutuk2 ngan dia tetiba muncul seekor raksasa mata 8  bos aku kat bilik aku. huh, mujur cakap slow slow, klu tak mampos kantoi. dah tu keje yang kena buat tu senang jer pon, last2 aku gak yang buat.

2. Situasi kedua adalah di mana tetiber jer dia ajak kitorang pi majlis pelancaran buku terbitan company kami kat pwtc. selamber jer nak pi baru nak panggil kami pi skali, paksa soh cepat2 lak tu. aku mmg malas nak join bender gini, ada ka dia paksa aku pun pi skali padahal baru 5 minit before that aku siap buat keja dia and x smayang zohor lagi, mmg tak sempat dah klu dia nak tunggu aku plak. apekebengang la org tua tuh. dah dia paksa mai ngan nad, diorang terpaksa la ikut.

huh!!