Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

2010 yang ditinggalkan Januari 28, 2011

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 10:21 am

Salah satu sebab saya tidak update blog ini adalah kerana aktiviti saya terlalu padat untuk bersosial. Profile kerja saya adalah sangat biasa-biasa tapi mungkin sistem pengurusan kendiri yang menyebabkan saya sangat serabut seolah-olah hidup hanya untuk diabdikan sebagai buruh. Kehidupan telah diprogramkan untuk menjadi seperti ini: tidur, bangun, gosok baju sambil masej Mucid, pergi kerja, balik kerja, baca surat khabar dan tidor. Aktiviti ini menjadi pusingan untuk esok hari. Dan tentulah diselitkan aktiviti solat, makan, minum,dan facebook supaya saya lebih menjadi manusia.

Oww, dan nak masuk bulan Februari, tapi saya mahu updatekan sedikit apa yang berrlaku pada 2010 yang lalu. Saya dan berjinak-jinak dengan fotografi perkahwinan menggunakan camera Canon EOS 1000D dengan bantuan lensa 50mm dan 18-55mm dan speedlight Nissin serta menggunakan perisian Adobe Photoshop,Adobe Lighroom, Picasa Photoscape. Ini semua dilakukan bersama Azirul,manusia yan saya kenali sejak tahun 1991.

2010 juga tahun untuk saya berkenal-kenalan lebih rapat dengan diri saya. Perkenalan ini dilalui dengan beberapa pancaroba;antaranya konfrontasi yang berlaku dengan saya dan seseorang yang menyebabkan saya kehilangan prestasi diri untuk hampir sebulan. She let me down and I did the same to her too. It is not revenge, though. Sepanjang masa itu, saya banyak menghabiskan masa untuk bertafakur mengenal diri sendiri. Dan, ah, saya berjaya menemui semula sijil-sijil berharga saya yang hampir 2 tahun kehilangan pada masa ini. Ini lah hikmahnya. Saya berjumpa semula dengan sijil-sijil yang hilang tu hanya kerana saya ingin berhijrah. Tapi akhirnya saya sedar saya masih perlu di sini. Sekali lagi terima kasih untuk Mucid yang memberi bantuan CPR kepada saya. Beliau memang ahli paramedik hati yang terbaik.

 2009 menyaksikan saya menjadi mangsa kepada kegawatan ekonomi. Akibat kepincangan sang kapitalis dalam menentukan harga barangan di pasaran, saya menjadi pungguk tua lagi hodoh yang rindu bulan. Sepatutnya saya disahkan penjawatan pada Oktoberr 2009, tetapi,disebabkan alasan ekonomi syarikat tidak stabil, saya terpaksa menunggu sehingga Februari 2010 untuk disahkan penjawatan dan bergelar Eksekutif Komunikasi Korporat. Ini adalah pencapaian peribadi. Sememangnya jawatan ini yang saya idam-idamkan sejak mengenal perkataan public relations secara mendalam pada tahun 2005. Saya menutup diari disember 2010 dengan baik apabila berpeluang untuk berehat-rehat bersama keluarga tersayang. Saya berkelana ke Pulau Pinang, dan Cameron Highland untuk melepaskan lelah untuk setahun. Saya lepas bebanan bebas sebebas-bebasnya.

Tahun 2011 bermula cemerlang apabila pada 1.1.11, Mucid sekeluarga datang untuk mengukuhkan silaturrahim. Segalanya lancar. Semoga 2011 menjadi tahun bersejarah kami. Biarpun jauh di samudera, Mucid seperti sentiasa berdampingan dengan saya.

Advertisements