Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Epilog Syurga Cinta VS Cinta Kirana Ogos 26, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 5:26 am

Bulan Ramadhan, waktu pejabat habis jam 4.30 petang, jadi, setiap hari, saya cuba untuk cepat-cepat balik untuk tolong mak saya masak menonton televisyen. Dulu saya bukanlah gemar sangat menonton cerita berangkai. Saya masih ingat bencana yang menimpa saya sewaktu belajar di matrikulasi dulu. Apabila cuti semester selama sebulan, saya menjadi seperti suri rumah tipikal yang lain, melayan telenovela Rosalinda pada jam dua petang. Tabiat lalok melayan telenovela ini berlarutan sampailah apabila kembali ke kampus. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak melepaskan peluang mononton. Sampailah pada suatu hari, pada episod terakhir Rosalinda, saya telah ponteng dari kelas Introduction to Sociology and Anthropology, kelas Mr. Ali Zaman De Gamon. Beliau adalah pensyarah dari Filipina. Saya susah faham dialek Bahasa Inggeris beliau. Akibat ponteng kelas tersebut, saya terlepas “Pop Quiz” pada hari tersebut. Pop Quiz ialah ujian tergempar. Melayang 5 markah saya pada hari tersebut. Lebih teruk dari itu, saya dipanggil untuk sesi kaunseling kerana ponteng kelas.

Tapi Epilog Syurga Cinta bagai memanggil-manggil saya untuk menonton. Watak-watak dalam drama tersebut comel terutamanya Mia Sarah, budak kecil yang keletahnya sangat geram, rasa macam nak cubit-cubit je. Bijak sungguh. Siti Syuhada pula, wataknya ayu, cuma kadang-kadang agak kekok. Suaranya ada iras Siti Nurhaliza. Zizan Nin, my all time favourite, sentiasa cute dengan kelakuan kaku-kaku dalam adegan first time dating.

Tapi, masalah saya ialah, mak saya suka sangat menonton drama Indonesia, Cinta Kirana. Tak berkenan lansung saya. Dah la watak hero terlalu berwajah kebudak-budakan, watak emak kepada Baim tu yang membuatkan saya tak lalu makan nasik. benci betul la. Mak saya pun dah pandai jadi macam saya, suka channel surfing, bila iklan di TV3, dia akan buka Astro Ria, bila iklan di Astro Ria, dia akan buka TV3.tergugat saya dengan Cinta Kirana ni. Konflik Cinta Kirana sudah pun bermula.

ini sinopsis Syurga Cinta:

Irham, pemuda berusia lewat 20-an merupakan anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Puan Sri Mahani, dia membesar dia luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia bersekolah dan bekerja disana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Oleh sebab terlalu lama menetap di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Malah, Alex dan Zainal sering kalah jika mereka bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan misinya.

Melihat ketulusan Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Ihram sebagai kawan dan dalam temph berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim seperti mendirikan solat dan dia merasa selesa dengan tanggungjawab tersebut.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma suka-suka dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki, kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan itu tetapi gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah. Jadi, apakah pengakhirannya? adakah Irham dan Syuhadah akan kembali bersama dan hidup bahagia? Sama-sama kita saksikannya…

 

Rasa nak pitam tengok barang buat kuih raya Ogos 23, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 7:00 am

Hari Sabtu lepas, cuaca membahang sejak pagi lagi. Saya dan Maslin telah pun mengikat janji setia akan ke rumah Rini di Felda Mata Ayer untuk tengok baby Rini, Hanania Safiya, dah sebulan lahir ni baru nak tengok.

 Balik dari situ, ayah saya menyuruh saya menghantar saudara saya dari Ban Khau, Thailand ke rumah saudara lagi seorang di Kampung Sena. Aih..kena patah balik, Kampung Sena dekat je dengan Felda Mata Ayer. Ini kali pertama saya tahu saya ada lagi saudara lain di Thailand selain dari bapa saudara ayah saya yang menetap di Ban Na, Selatan Thai.

 Balik dari kampong Sena, saya meredah panas membahang ke Kangar untuk beli barang dan selesaikan beberapa urusan lain. Saya meredah panas membahang tu dengan kereta yang ada penghawa dingin, bukan berjalan kaki tanpa kasut atau selipar dan payung di atas jalan tar.

 Urusan pertama di Kangar ialah menemani kakak saya membeli barang membuat kuih raya di Pasar Mini Yon Hin. Yon Hin ialah sebuah jenama yang sangat di percayai di Kangar dalam menyediakan barang membuat kuih, sampaikan sewaktu saya sibuk-sibuk pilih baju di Butik Kerawang Indah orang cakap pasal Yon Hin dan waktu saya beratur di bank pun orang cakap pasal Yon Hin.  

Saya lansung tak berkaitan dengan aktiviti ini. Saya amat alah dengan cuaca panas dan manusia yang ramai cam semut dalam kedai tu. Yon Hint tu kedekut taik hidung masin, untung berjuta, tapi tak pasang aircond dalam kedai. Panas bukan main.  Kalau boleh saya hanya nak mencari tempat untuk saya duduk dan tidor sekejap di tengah hari tu. Kalau dah tau kedai awak tu laku, sediakan la tempat menunggu untuk para suami, anak-anak dan orang-orang macam saya ni. Malangnya, tiada lansung ruang untuk duduk, apatah lagi untuk melepak sambil main masak-masak.

 Memandangkan tiada aktiviti untuk saya buat, saya hanya tertinjau-tinjau barangan  kegiatan manusia dalam kedai tu. Ades, saya jadi seperti mahu pitam melihat semua peralatan memasak dan bahan-bahan masakan. Saya hanya tahu 10% dari barang-barang masakan. Lagi 90% barangan telah berjaya membuatkan saya terkebil-kebil cuba mengagak fungsi setiap satu barang ini. Ada roller yang bercorak-corak, ada Loyang yang ada kotak-kotak kecil dalam Loyang tu, ada piping yang berjenis-jenis. Untuk bahan masakan pula, lagi la saya pening, ada beratus-ratus benda dan saya hanya kenal tepung gandum, badam, coklat masakan, buttercup dan benda lain yang asas. Ada croquant,food emulsion, overlette, crisco, improver, apa tuh? Haih..

Jadi saya berjanji pada diri sendiri untuk belajar tentang biskut ini menjelang usia anak saya 13 tahun, masa tu dia dah pandai bertanya itu ini. Sekarang, saya belum ada anak lagi, jadi saya target, mungkin dalam masa 16 tahun lagi, anak saya akan berumur 13 tahun. Dalam masa 16 tahun ini, saya akan bersiap-siaga untuk memahirkan diri dengan cukuplah hanya 3 jenis biskut; Tart Nanas, Dark Piping, dan Almond London.

 

Sketsa di Petang 10 Ramadhan Ogos 20, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 5:52 am

Hari ini adalah hari Hari Jumaat ke-dua dalam bulan Ramadhan

Hari saya bekerja

Hari kamu dan mak ayah serta atok kamu, serta bibik kamu bekerja

Meet Uncle Hussin melalak lalak suruh kita semua kerja, jangan tanam anggur.

Saya akur, saya pun bekerja bagai kuli di lombong timah

Tapi, bekerja di waktu rehat di bulan Ramadhan yang mulia ini,

amat menyakitkan jiwa.

Jadi saya take five untuk merapu-rapu di atas kertas nota tu.

Saya nak teruskan aktiviti rehat saya.

pssssstt..betul ke orang kata tidor sebentar di siang hari di bulan ramadhan amalan mulia?

 

Cara tangani stress fi shahri Ramadhan al Kareem

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 2:55 am

Muka aku sekarang lagi sikit nak jadi macam kucing ni. Kalau that bitch cakap dengan aku sepatah lagi perkataan hari ni, aku hanya mampu berdoa agar puasa aku tak batal.

 

Ini cerita tentang kerja saya dalam bulan Puasa Ogos 19, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 4:50 am
Saya suka bercerita tentang saya, kerja saya, makanan saya, baju saya, kasut saya, cincin saya, saya lagi dan saya. Self centered.Suka hati saya la, ini blog saya.

Dalam bulan Puasa aka bulan amal jariah ini, secara automatik saya menjadi trauma kepada panggilan telefon dan pigeon hole. Kalau saya periksa pigeon hole, setiap hari sekurang-kurangnya ada lebih dari 5 permohonan sumbangan;meminta kain pelikat dan kain batik, beras, beras pulut, susu, alat tulis Upin dan Ipin, periuk belanga, buah kurma, kurma daging, lampin pakai buang sampailah ke kelonsong ketupat. Timbunan surat yang saya terima dah setebal buku dragon ball. Macam mana nak recommend pada bos?Haihh.Di bawah ni timbunan untuk hari ini sahaja.

Bila telefon berdering saja, dengan serta merta, macam baru lepas telan julap cap sinki, perut saya terus memulas. 80% pemanggil adalah dari orang-orang yang memohon sumbangan ini. Antara perkara menyakitkan hati adalah perbualan seperti:

Mereka   : bila kami boleh pergi ambil sumbangan ni?

Saya        : Aik?bila pulak permohonan kau dah diluluskan?Tetiba saja nak ambik.Ini bukan Jabatan Kebajikan Masyarakat.berlambak   lambak lagi dokumen tengah beratur ni(dalam hati)

ataupun..

Mereka: Hmmm HHmmm (clearkan tekak), ni..cik,  boleh tak proses cepat sikit permohonan kami tu. Ni dah 3 hari kami hantar surat,

                takkan tak proses lagi kot. Mintak nombor telefon bos, saya nak kontek dia sendiri.

Saya     : Cha lam alif kap alif!

Buat masa sekarang, lagi 15% panggilan adalah daripada kompeni yang menganjurkan seminar dan latihan, merayu-rayu untuk diluangkan masa mendengar cerita tentang program mereka. Saya benci. Saya ni sibuk tahu!!<—– kenyataan seolah-olah saya sedang iron baju guna tangan, kepit telefon di telinga, kacau nasik pakai kaki, hayun buaian anak pakai siku.

Dan 5 % lagi adalah panggilan daripada orang-orang pejabat yang banyak masa,tapi banyak kerja. Kerja mereka ialah menjual lipstik avon, tupperware, Menang Glassware cam sial tu, dan penyangkut tudung yang ada 28 lubang. Ada jugak telefon untuk memperdagangkan kuih karas, akar nyior, biskut raya Kuala Perlis dan kasut Leno. haihhh. Semuanya menggalakkan pembayaran secara kredit, bulanan.

10 hari menjelang hari raya, waktu orang lain sibuk beramal ibadat, saya akan jadi pegawai kerajaan sekejap. Meronda segenap ceruk kampung, untuk bagi bantuan, tahun ni ada 350 hamper. Massak la saya dan babu-babu lain. Tapi, wah, saya rasa macam saya sangat berkaliber, bila orang kampung memanggil saya Puan. Hoiiii saya belum berkahwin la!!

Lain-lain kerja adalah mengadap komputer macam kerani cabok, membalas semua surat permohonan yang diterima. Sungguh jemu nak mulakan ayat : merujuk kepada surat tuan bertarikh bla bla bla..haihhh..

 

Sudah seminggu Ramadhan Ogos 18, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 9:15 am

Dah masuk seminggu Ramadhan, tapi, dengan rasa riak dan bangganya, saya  rasa macam baru sehari berpuasa. Roh berpuasa belum betul-betul menyerap dalam hati nurani. Mungkin amal ibadat belum cukup kot.

Sebetulnya, apabila masuk saja bulan Ramadhan, saya terus tak ada mood nak menulis blog. bukan sebab  saya tidak minat berkongsi rasa dan cerita di sini.

Tapi saya rasa amat terganggu gugat dengan sorang blogger yang baru saya jumpa. Setiap kali saya buka wordpress untuk taip entri baru, saya mesti tergoda -goda dengan satu blog ni. Cerita dia memang buat saya gelak berdekah-dekah sampai tergolek-golek.Dah , saya tak der mood, sementara tu, boleh u all semua pi baca sini budakyangjahat.blogspot.com/

Blah

 

Bertemu kembali dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Ogos 4, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 9:54 am

Saya tak sabar-sabar menanti tarikh 10 Ogos, tarikh pengisytiharan bermulanya Ramadhan tahun ini oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Ramadhan ialah bulan yang separuh tenang dan separuh ribut bagi saya. Tenang dari segi nafsu makan yang serakah dan tenang melakukan suruhan Allah. Dan Ribut serabut dengan urusan kerja. Sudah ditakdirkan saya bekerja dalam bidang yang membuatkan saya turun padang untuk membantu masyarakat, saya terpaksarela melakukan segala tugas.

Ramadhan kali ini, selain daripada meningkatkan amal ibadat, antara aktiviti yang akan saya lakukan akan mencuba resepi-resepi baru yang saya jumpa di internet. Yang penting, resepi yang tidak memerlukan belanja mahal. Oww, mungkin hanya lapan kali sahaja saya akan memasak;hujung minggu saja. Antara resepi yang saya sangat teruja untuk masak ialah karipap pusing. Kembang kempis hidung saya bila karipap tu menjadi. Saya perlu masak sesuatu yang lebih mencabar, dengan bajet rendah pada tahun ini. heuuuuu.

                                                                                                @@@@@@@@@

Cincin ini menanti-nanti bila akan bertemu teman yang sama design dengannya..