Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Marilah!Saya nak cerita tentang kasut April 26, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:30 am

Minggu ini dan minggu lepas, hidup saya dikelilingi hal hal dan permasalahan kasut.Kasut telah menjadi perkara yang teramat penting bagi saya kerana saya perlu berkejar ke sana kemari.Saya agak cerewet tentang hal-hal kasut, tapi kasut adalah perkara yang paling senang saya beli berbanding baju dan seluar dan baju kurung dan kain tudung. Sebab, hanya sediakan kaki, nah, bersedia untuk membeli tanpa perlu bersusah payah masuk ke bilik persalinan dan melakukan hal hal lain yang amat leceh.

Pertama, hari Isnin, saya perlu menjelajah kuari dan memanjat cement mill dan ke sana dan kemari. Jadi saya perlukan kasut yang memberikan perlindungan sepenuhnya. Nah, safety boot. Lansung tak seksi. Keras macam batu, kalau dihempap besi, besi yang akan patah, itu lah kekuatan safety boot ini. Dan sebenarnya, saya baru dapat safety boot ni untuk diri sendiri,sebelum ni, saya selalu pinjam dari store sahaja. Sekarang saya mendapat yang baru!

Pada hari selasa pulak, saya hendak ke Key El. Ada kursus di Bukit Bintang. Selayaknya Bukit Bintang tu tempat membeli belah, bukan tempat kursus kan? Saya tak peduli, saya hendak kursus di Bukit Bintang jugak. Kursus tu sangat best, antara assignment yang kami kena buat ialah pergi menjelajah hotel di sekitar Bukit Bintang dan dapatkan Event Pack( yang ada risalah, harga, promosi dan iklan di dalamnya). Para wakil jualan dari Park Royal, Melia Hotel, Berjaya Time Square Hotel, Westin dan Marriot mesti tengah kembang semangkok mengingatkan yang kami sekurang-kurangnya akan menempah bilik untuk majlis majlis, paling kurang pun, untuk Sidang Akhbar. Hakikatnya kami hanya mendapatkan bahan untuk tugasan kursus sahaja. Terima kasih untuk Teh Hijau yang damai tu ye, Melia Hotel!

Kasut!Saya mahu pakai kasut kelabu saya ni untuk ke Kuala Lumpur.Padan sangat lah dengan seluar hitam dan jaket kelabu saya. Tapi, bila saya pakai kasut yang saya beli dari Rorine ni, saya rasa macam sedang pakai but untuk turun menoreh. Berbunyi-bunyi pulak dalam kasut. Macam but yang berjemur embun di tepi pondok menoreh, pagi-pagi, bila pakai, ada air dalam but, berbunyi-bunyi. memalukan.merugikan duit saja. Nak tak nak, saya terpaksa pakai kasut hitam open toed saya yang tak berapa baru. Tragik,berbunyi juga. tapi bunyi tapak kasut. Ketak-ketak-ketak! Malu, tapi masih boleh dicover lagi. Caranya, jalan dengan konfiden, tegakkan wajah dan jangan pandang kiri kanan. Jangan buat muka bersalah. Lebih baik dipandang sombong dari dipandang “eyy, miskinnye, pakai kasut takder tapak, sebab tu la berbunyii”. Inilah dia kasut but motong getah perabih duit:

Tadi kan saya saya dah kata, shopping adalah lebih afdhal dari kursus di Bukit Bintang, jadi saya betul-betul mengambil kesempatan untuk shopping. Saya beli dua pasang kasut. Satu, kasut biasa untuk kerja, open toed ( Mas, housemate saya dulu, panggil kasut open toed sebagai kasut mencarut, sebab sengaja menayang sedikit jari kaki di hujung kasut) dari Vinnci. Sederhana, tiada gedik-gedik, tiada perasaan berlebihan. Sewaktu di Kaunter pembayaran, harga tadi yang sekian-sekian, telah kurang RM10 menjadi sekian sekian. Eh, kenapa ada less? saya tanya. ‘Memang ada voucher diskaun RM 10, cik”. Laaa, awat tak habaq awai-awai, kalau tak, saya beli dua! Tengok, ini lah bukti saya membaca News Straits Time, dengan iklannya berbunyi, People save more or spend more bila ada sale?.

Saya paling berminat untuk cerita pasal kasut yang keempat ni. Kasut ni telah lama menjadi igauan saya, sejak kali pertama saya melihat Liyana Jasmay pakai kasut macam kasut saya ni dengan Jeans carrot cut aka slim fit. Sungguh elegan dan nampak kukuh walaupun tinggi.Setelah tulang-belulang kaki saya hampir mereput akibat banyak jalan di Sungai Wang, akhirnya saya jumpa dengan cinta hati pandang pertama saya ini di Voir. Saya beli dengan harga sekian sekian. Malamnya, di Cititel Mid Valley, saya mulakan operasi dengan cinta hati ini. Saya bersiap-siap untuk turun membeli-belah-tingkap. Minit pertama saya pakai kasut ini dengan perasaan yang-tak-tau-nak-habaq. Girang. Minit kelima saya pakai dan turun ke Mid Velley, saya ada perasaan seperti, di Malaysia ini, tak ada orang lain yang lebih cantik kasutnya selain saya. Minit ke sepuluh bersamanya, saya rasa saya sangat tinggi, dah pun layak menjadi model, 170cm, ketinggian bersama kasut ini. Sekurang-kurangnya model plus size. Minit ke dua puluh, saya  duduk di bangku keliling tiang di The Atrium dan mula lihat persekitaran; Yang pakai kasut ini hanya yang berwajah model, yang tinggi, yang seksi, yang jaga muka, dan yang jalan dengan boifren yang seperti ayah mereka, botak-botak sikit. Yang luar dari ciri disebutkan,tak ada yang pakai kasut macam kasut saya. . Kenapa.Minit ke 30, setelah kembali berjalan setelah 3 minit berehat, saya rasa sengal kaki. Kaki saya sakit. Sebab kasut ni. Sebab dia tinggi. Masuk minit ke 40, saya sudah tidak dapat bertahan lagi. Saya sangat sakit kaki.

Kesimpulan saya tentang kasut ni.

1) Cantik, tapi menyiksakan, patutlah hanya orang yang  melawa-lawa saja pakai kasut ni untuk shopping. No pain, no gain kata depa!!

2) Sekiranya saya perlu menjadi usherer untuk event, ( terdekat adalah malam anugerah ) maka saya hanya akan pakai kasut ni 4 minit sebelum majlis dan terus tanggalkan bila semua tetamu masuk dewan, yang mengambil masa 30 minit. Kesengsaraan hanya dirasai setelah 40 minit pakai.

3) Sekiranya saya perlu pakai kasut ini untuk ke majlis perkahwinan kawan-kawan,saya perlu parking di tepat paling hampir dengan khemah makan, tak perlu jalan jauh2. Dan oh!ya! tidak boleh masuk dan melihat-lihat bilik pengantin, sebab gancunya, sukar sekali dibuka.

4) Setelah membeli kasut ni, dan bersuka-suka, baru saya terfikir. Kemana saya hendak pakai kasut ni selain dari event dan kenduri. Ada peluang dan waktukah?Sementelah rutin saya, seawal subuh turun menoreh getah, selepas Dhuha, pergi meletupkan kuari, petang berjualan ikan masin dan pekasam di kuala dan malam menjadi bomoh hujan dan kadang-kadang  bomoh barang hilang,ada ke waktu untuk pakai?

4) Hajat hatiku tercapai, inilah hadiah untuk diri setelah penat lelah memanjat kuari pada hari Isnin.

 

One Response to “Marilah!Saya nak cerita tentang kasut”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s