Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Serius lama tak pos new entry Jun 28, 2011

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 10:49 am

Lalalala love is in the air. Finally.

Sebab aku lama tak menulis ialah aku sangat boring nak membebel bebel sebab aku ada sangat banyak benda nak buat.

Benda yang berlaku selama aku tak tulis journal ni ialah aku dah jadik kaya sikit dari dulu-dulu sejak boss besar umumkan bonus yang tak ingat-ingat dan kenaikan gaji mendadak yang tak masuk akal (sila cemburu). Dengan semua tu, saya telah berjaya melunaskan hutang2 lapuk dan renovate rumah serta hiasan dalaman untuk bilik tidur mengikut konsep modern english. (yang English tu 20% jer).

Dari ruang lapang macam dewan orang ramai ni, saya ubah jadi dua bilik, bilik saya yang bahagian ada pintu tu yang finally digantikan dengan dengan tingkap.

inilah hasilnya bilik saya, semua konsep dan hiasan dalaman saya lakukan sendiri.

Haruslah tunjuk bahagian fevret saya..abaikan selimut fevret saya di bawah bantal tu(saya beli di india tau, 6 tahun yang lepas, masih elok lagi)

Semua  benda ni berlaku sejak April lepas. Saya take charge semua design, warna, material etc. Asalnya ada satu bilik jer, tapi dipecahkan jadi 2 bilik ( mak saya anak ramai), so terpaksa la terima walaupun bilik sempit sikit. Gambar kedua tu, ialah gambar hiasan dalaman kegemaran saya. Semua hiasan tu terhasil melalui kerajinan saya melawat website Martha Steward dan hasil lepak-lepakan saya di Ikea. Semua DIY. Bunga hijau ala Inggeris tu saya buat sendiri menggunakan si bola hijau dari kedai Rainbow, pasu dari IKEA, dan batang kayu dari bunga lama-lama mak saya. nanti saya letak tutorial macam mana nak buat. semua lilin dan tapak lilin dari IKEA. Frame gambar konvo saya ngan raja dan ratu hati saya juga dari IKEA. Oww, rak putih tu jugak dari ikea. dan last sekali bingkai cermin dari IK err dari Pasaraya Hafifah,Kangar, it cost me RM 24 tapi it stand out among all kan? ( ini saya pi beli dengan Mucid saya at the very last minute before our E-Day. Dan ada hiasan comel tempat meletak cincin dari Mucid saya yang berwarna gold masa hari E-Day saya. Ada lagi barang2 lain dari IKEA yan saya tak display, macam crowded pulak nanti. Semua barang tu saya hangkot naik flight ke Perlis, angkat bawak naik atas flite okay, instead of check in, sebab they are quite fragile dan manja. Instead of the conventional meja solek, saya guna console table yang lebih practical untuk saya guna sebagai meja tulis dan meja hiasan kemudian hari. Dan gambar bawah sekali ialah tempat kegemaran saya dengan hobi hakiki saya. zzz. Yeah, saya pilih putih untuk kebanyakan hiasan dalaman saya. ye la, baru moden. Curtain pilihan saya sangat simple dan murah, beli di Jakel. Kakak ipar saya jahit for free. Katil tu yang sedikit membuat saya fikir 4 kali sebelum beli, dengan 3 kali melawat kedai sebelum beli. Katil dan console table dibeli di Kangar. Oww, cadar tu, putih jugak, beli di Jakel dengan harga runtuh. Cantik dan selesa dan rasa nak lempang anak sedara saya bila dia conteng di satu bahagian dengan highlighter pen berwarna pink on my E-Day. oh.Oww sila abaikan selimut di bawah bantal tu. itu peneman sejati sejak 6 tahun lepas.

 
Ok, lepas ni mungkin saya akan kongsi gambar hari gembira saya bersama tunang tercinta, Mohd. Mursyid Che Ahmad dan kisah perjalanan saya ke Thailand dalam misi merapatkan silaturrahim dengan sedara mara di sana.
 
Err, perlu ke saya cerita kisah saya nak lempang orang yang paham bahasa dan tak  tahu apa dia nak dalam hidup selain daripada memberi arahan bodoh kepada orang lain? jika jawapan anda Ya, taip Wai A, dan hantarkan ke sana, sanaaa, sana la.  
 

4 Responses to “Serius lama tak pos new entry”

  1. MaiSalamin Says:

    Oh yeahh..hijau itew menawan~ congrats kerana berjaya membuat saya cembuwu dgn bonus yang tak ingat-ingat dan kenaikan gaji mendadak yang tak masuk akal itew.. baiklah. next time kita shopping lagi kat ikea…

    err..lu agak2 so-called butik kat sri gombak tu wujud lagi kah? ayohh kita redah saja jikalau berkesempatan sambil singgah giant utk pekena laksa semangkuk dua. Anyway, sekarang i dah tahu kat mana nak cari interior dalaman nyer semi-expert dan tukang buat hantaran..[kalau berkenaan la] … ~

    Congrats also on your E-day..waiting for ur W-day..~

    • mayyaclassic Says:

      Well actually aku exaggerate jer pasal gaji and bonus itewww..harharhar, gaji yang diconsider tak masuk akal adalah RM 6K sebulan kot. huuuu..Thanks Mye. I miss Gombak a lot. I wish I could live in Saujana Apartment and tengok matahawi terbenam from our balcony again.

      • Mai Salamin Says:

        I missed everything about that apartment too.. especially food stall sebelah jagung rebus itew… groceries, nasi kukus ayam rempah kakak saloon… our secret boutique yg mahal tak hengat tapi baju one of a kind…~

      • mayyaclassic Says:

        Food stall tu la penyebab aku gemok walaupun aku sprint 2 km sehari ke opis.


Tinggalkan komen