Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

fakta tentang saya Jun 30, 2010

Filed under: Aku suka Semua,greenz grinding — mayyaclassic @ 9:23 am

1. Sudah dua minggu tidak cuci kereta, hujan lebat terus mencuci kereta saya.

2. Menggunakan prepaid untuk masej orang yang kerap saya hubungi.kedekut.

3.kini minum milo kosong tanpa gula untuk sarapan. 2 sudu besar milo dan air panas 1 cawan.payau.

4. Rajin mengemaskini dokumen dan yang ada dalam komputer. Saya tegur seseorang bahawa fail di komputernya semak dan serabut dan tak terurus,tikus mati bergelimpangan, lipas penuh, ada kesan air nestlo tumpah!!sedangkan pada masa itu, saya lupa mencermin diri sendiri.

5. Saya pakai inai di semua jari kecualijari telunjuk dan ibu jari tangan kanan. tak tahu kenapa.

6. Saya jumpa blog fotografi yang bagi saya tersangat menarik ; http://www.the-egallery.com . Percayalah, saya jatuh cinta dengan semua gambar yang diambil oleh photographer tempatan tersebut.Cuma saya tak suka penggambaran di kedai jual babi itu saja. Hidung babi yang mencongak ke langit buat saya rasa nak muntah, terbayang kedai babi di Kaki Bukit itu. Tetapi yang lain sangat menarik.

7. Oww, minggu ni, kedudukan saya dalam graf keceriaan dan kebahagiaan menjunam ke titik kosong. Saya serabut.

8. Saya membaca buku-buku milik ayah saya, cuba menghayati dan mengamalkan

9. Rasa bahagia dapat beli beg baru, limited edition di Padang Besar,euuu, prestige.Haha, macam perasaan membeli beg Coach di KLCC.

Ni beg kakak saya. Saya pernah ada beg warna ni masa zaman belajar dulu. Saya pakai beg ni dengan semua warna baju yang saya ada. terus hilang seri beg tersebut. Ni pulak, beg saya. Ada dua buah beg ni saja di Padang Besar( pada masa tu).Beg ni amat sesuai sekali duguna sewaktu berkelah, bersiar-siar, pakai skirt kembang warna putih, topi besar menutup muka, cermin mata besar.Then, jalan tepi pantai. ewah.

10. Kadang-kadang tertekan.Saya sedang mengatasi situasi ini.

Advertisements
 

Kamu ada tak rasa seperti saya? Jun 15, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:39 am

Kalau betul kita berkongsi perasaan yang sama

Tentu semua akan rasa apa yang saya rasa

Dulu-masa tadika, Bila Mazrin aka Pak Itam tolak saya dari atas papan gelongsor,

Sampai berdarah lutut saya,

Saya sekadar sepak dia kat perut,

dan saya terpaksa menjawab dengan emaknya hal sebenar,

Bila dia jerit sakit,

Saya gelak,

Tapi, bila kawan baik saya sendiri patahkan mata pensel yang dia pinjam dari saya

Saya jadi sedih, Sampai hati dia rosakkan pensil saya, Saya sayang dia, tak nak marah dia,

Saya simpan dalam hati

Masa di sekolah rendah, bila budak nakal kelas sebelah tarik tudung saya sampai terlucut semua

 Saya setakat jirus dia dengan bekal air milo suam yang saya bawak biar baju dia basah, biar melekit-lekit

Tapi, Bila kawan baik saya enggan ajar not-not lagu Bunga Melur dengan menggunakan accordion, 

Saya kecewa sangat rasa macam tak nak belajar muzik lagi dah untuk seumur hidup

Hakikatnya, saya memang tak pernah belajar bermain muzik setelah itu.

Bila zaman menginjak dewasa,

Di universiti,

Saya lansung tak ambil peduli kalau Prof Ataul Haq si kuku besi yang mengajar subjek Introduction to Economic 1 itu memanggil saya ke depan kelas dan menjelaskan pada semua kenapa saya hanya meletakkan tugasan di atas rak di luar biliknya, dan bukannya menyerahkan ke tangannya sendiri. Pensyarah pintar dari Bangladesh itu merah menyinga matanya bila saya beralas-alasan yang tak munasabah di depan 30 pelajar lain. Malunya saya dimarahi.

Tapi, sungguh, saya tak segan dan saya tak ambil hati dengan hal itu. Tapi saya sangat terasa hati bila saya kawan baik saya tak memberi maklumat bahawa kelas Media and Muslim Society dibatalkan pada hari itu.

 Sedangkan tidaklah membazir masa dan tenaga pun, sebab jarak kelas saya dengan kolej kediaman hanyalah mengambil masa 5 minit perjalanan.

 Saya simpan rapat-rapat dalam hati rajuk saya itu.

Hari ni, bila ada orang yang dengkikan saya, menyepak, mengkarate, menikam, dan memfailkan saman terhadap saya, saya hanya tersenyum dan mengharapkan Allah beri kekuatan untuk saya bangkit.

Dan sekarang saya terus bangkit dan lari dari mereka dengan seolah-olah berlari di atas travellator.

Tinggalkan si pendengki itu sejauh-jauhnya.

Tapi bila orang yang saya sayang membalas email saya dengan font arial bersaiz 14, dengan penjelasan yang panjang lebar siap dengan tanda soal di hujungnya, tiba-tiba hati saya terus mengecut,

Tonik untuk hati Al-Jabbar takkan mampu lagi mengembangkan semula hati saya.

Hati jadi kecik. Bukan saya marah, tapi saya rasa sebak.

Bukan juga sedih, tapi saya rasa bersalah kerana membiarkan orang yang saya sayang rasa serba salah kerana saya. Sentap.

Normalkan perasaan ini?

 

Lagenda Budak Setan

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:08 am

Saya tak merancang untuk  bergedik-gedik menonton Lagenda Budak Setan di layar lebar. Saya mahu menonton Karate Kid yang lincah dan comel tu. Jaden Smith, walaupun masih di bawah umur, tapi dia ada karisma sendiri; bak budak-budak comel yang sedang tarik tangan saya untuk beli aiskrim di funfair, saya tersihir. Tapi, akibat ketiadaan tiket;tiket ada tapi depan sekali,posisi yang boleh menyebabkan trauma di leher untuk dua hari, saya memilih untuk menonton LBS di GSC Mid Velley tayangan jam 12.15 malam.

Lepas makan (baca:melantak) pizza,saya dan Mai Salamin terus beratur dan berjalan lambat-lambat macam siput bab1 untuk mendapatkan tiket. Masih belum buat keputusan muktamad, sehingga tinggal 1 pasangan sahaja lagi di depan kami, kami telah pun bertentang mata mengangguk2 takzim dan sepakat menonton LBS. Dapat tiket, kami terus naik ke Cititel, zzz sampai jam 11.50 pm.

Tepat jam 12.18 am kami masuk, lewat 3 minit sebab tunggu sorang kawan lagi. Roh LBS terus meresap sebaik kami masuk dalam hall. Jalan cerita agak menarik, tapi selepas adegan percintaan antara Kasyah dan Ayu, seluruh jalan cerita adalah tentang ayer mata. Baru je Kasyah membelakangkan Ayu untuk pergi melunaskan kajian untuk pengajian, Azmi terus muncul membawa bala bencana maha dahsyat dalam hidup Ayu.

Bermula dengan terpaksa bernikah dengan Azmi tanpa rela,dia didera perasaan akibat diabaikan Azmi. Pendek cerita,tragis.

Penghujung cerita adalah amat kurang menarik, bila Ayu bertukar watak dengan pelakon baru yang saya tak kenal, kaku sungguh. Mujur lah kehadiran watak Fazura sedikit mencantikkan jalan cerita.

Dan di akhir cerita,saat melangkah keluar dari pawagam, seperti tipikal Melayu yang lain, saya merasakan bahawa apa perlunya saya membayar RM12 untuk menonton filem ini sedangkan saya boleh muat turun secara percuma selepas 2 3 minggu filem ditayangkan ;p

Oww, satu bahagian yang saya amat suka dalam filem ini adalah foto-foto Ayu yang kononnya dirakam oleh Kasyah. Menarik sungguh. Artistik.

Bahagian kedua yang saya suka tentunya runut bunyi filem ini:Bila cinta oleh Filianti Vlee ( who’s she?)

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan