Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Kumpul Resepi Ogos 17, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:08 am

Hari ni, sekali lagi saya kumpul resepi untuk persediaan ramadhan. Di ambang ramadhan di, mula la terasa kemeriahan berpuasa dan memasak waktu petang, macam  tahun lepas, saya take charge of all the masak memasak task.

Tapi, tahun ni belom tahu lagi saya dapat memasak seperti tahun lepas, kerana last year, saya penganggur sepenuh masa, jadi, saya dapat ke pasar dan dapat memasak apa saja yang saya kehendaki. Tahun ni, saya ada komitmen kerja, walaupun boleh balik awal, 4.30 pm, tapi saya tidak dapat mengagak bagaimana mood boss saya dan kerja saya dalam bulan puasa ni. Jika sampai angin meroyan dia tu, massak la saye, berbuka puasa kat kilang la saya ni.

Ingat lagi tahun lepas, cabaran terbesar saya tahun lepas adalah sewaktu masak karipap pusing, sampai terpusing pusing otak saya memikirkan macam mana nak buat karipap tu, tak menjadi punnnn last2. Lepas tu saya dah tak berusaha lagi dah. Tahun ni saya akan berusaha lagi, chayok2!!!

Advertisements
 

Fenomena Kabus Tebal

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:07 am

Hari ini Perlis(aku tidak tahu tentang negeri lain) mengalami fenomena luar biasa di subuh hari, Kabus tebal, terlalu tebal, sehinggakan kereta terpasang lampunya pun tidak dapat dilihat pada jarak 50 meter. Ini adalah lebih dahsyat dari waktu malam kerana jika di waktu malam kita dapat melihat cahaya dengan jelas, sebaliknya kabus seolah-olah menelan segala cahaya yang terbit dari kereta masing-masing. 

Menyelusuri Ladang tebu yang luas terbentang berkereta seorang diri membuatkan saya berasa seperti hanya kereta saya yang menjalar di atas aspal, ditambah dengan kabus yang mencengkam, dan jarak penglihatan yang terhad. Serram la jugak, tapi saya teruskan ajer perjalanan di dari pukul 7.10 am hingga 7.40 am tadi dengan selamat.

Cerita cerita lain mengenai saya ialah sekarang saya menjalani fasa hidup yang bahagia, disayangi oleh orang orang sekeliling saya.

Saya tidak peduli lagi kata orang, asal saya bahagia.

 

Rasa ini membuak buak Ogos 14, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 7:27 am

Belum tumbuh rasa kasih, tapi ada sesuatu yang membuatkan hati ini melekat. Viva Elite, aku nantikan kehadiranmu.

 

Alhamdulillah Ogos 13, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:10 am

Aku sembah sejuta kesyukuran ke hadrat Yang Maha Esa yang telah membawa kepadaku kegembiraan, kesihatan, kasih sayang,ujian kesenangan dan jian kesusahan.

 

aku layan lagu ni, nape ntah!!

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:01 am

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

 

Lucky to have been where I have been Ogos 7, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:18 am

saya bersyukur di mana saya berada dan saya bersyukur dengan orang orang yang menyayangi saya.