Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Cheese cake Dahlia Julai 22, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 9:41 am

Kalau sudah namanya rejeki, yang tak terbayang itulah yang datang bergolek-golek. Tadi, Wan Dahlia, si pemilik nama yang klasik, datang melenggang lenggok membawakan dua ketul kek keju yang emmmmmmmmmm sedapnye. Saya pun mintak le resepinya, ingatkan susah, rupa-rupanya senang saja. Saya akan cuba buat nanti. Ini hanya resepi, saya tak dapat meletakkan gambarnya sebab dah habis saya makan.Demi mempersiapkan diri menjadi seorang wanita yang biar-tak-sempurna-tapi-hampir-cemerlang,saya akan cuba melestarikan resepi ini dalam masa terdekat. Saya janji, kalau menjadi, saya akan letak gambar di sini, kalau tak jadi saya akan letak kek di sana. Sana tu laaa.tong sampah.

Bahan-Bahan

1. 10 keping biskut digestive McVitis atau biskut Makcik Marry ( Oww gowd..makcik Marry kembali menceriakan hidup saya dalam Dottie)

2. 125g mentega ( separuh daripada mentega biasa tu)

3. 250g krim keju

4. 250g krim putar

5. I biji limau nipis-diambil jusnya sahaja

2 biji telur

1 sudu teh esen vanila

1/2 cawan gula

Cara-cara

1. Biskut dihancurkan,pepandai la korang nak hancurkan rumahtangga dia camne. Kendian, gaulkan dengan 125gbutter sampai boleh dikepal. Kemudian, padatkan ratakan dan padatkan acuan ni di permukaan loyang dan simpan dalam peti sejuk.

2. Kesemua bahan-bahan lain, masukkan ke dalam blender dan kisar sehingga mesra.

3. Tuangkan ke atas base yang kita sediakan tadi.

4. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah Dua Mawar celcius. Menurut Cik Dahlia, “Guna api bawah saja”. Mak cik-makcik semua faham kan?

tip: Sebenarnya whipped cream dan jus limau nipis tu adalah alternatif bagi sour cream. Di Perlis tak ada jual sour cream. Sapa tau ada jual kat mana, sila update saya.

 

6 Responses to “Cheese cake Dahlia”

  1. leeya Says:

    wahhh..must-try-punya resepi nihhhh…hehehe..

    cik tipah, mu duk mana kat perlis tu?mungkin aku buleh melawat kalau balik kesana lg nnt..🙂

    ehh..please dun put my real name yeahh.. letak je leeya ;))

  2. Mezatol Salamen Says:

    hehehe.. baru nak tanya kenapa tak guna sour cream.. ropenye itulah substitute krim masam ya.. hohoho. new knowledge.
    meh aku tambah sikit… bahagi dua part bahan2 ni bila dah hampir settle.. kemedian masok kan dark choc dan sedikit perasa koko ke dalam bahagian yg satu lagi.
    leh nak buat dua lapis [nampak elegan n macam kek keju kat hotel2] or buat macam marble cake…

    cedapppp… try la choc cheese cake/ cheese cake marble…

  3. anyssafryn Says:

    simple sungguh!nak try jugak! tq pren hoHO


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s