Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Paan Request Resepi Serunding Julai 21, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 3:56 pm

Saya sedar, Paan adalah seorang wanita(cewah, wanita?err, macam mana dengan perkataan Muslimah?)yang gemar resepi baru dan suka memasak. Kesukaan beliau memasak, bukanlah seperti saya yang hanya tahu masakan kampung semata-mata. Spegetti tu resepi kampung Itali kan?Beliau suka masak sesuatu yang saya lansung tak fasih macam cupcake, kebab, puding bla-bla. Jadi, demi memenuhi nafsu Paan terhadap resepi-resepi, meh sini, nak bagi resepi Serunding. Ini adalah Serunding Ikan ye Paan.

Bahan-Bahan:

1 Kg   Ikan Kembung (aka teka teki :Ikan apa yang paling banyak masalah?)/ Selayang

1 bj bawang besar

7-8 ulas bawang putih

Lengkuas – agak agak la, aku kira sekali aku cangkul lengkuas kat rumah aku tu, banyak tu le aku guna Paan..

Halia- Ni dalam 1 inci persegi dah la..simpan pembaris tu..agak-agak sudah la..

Serai- Tau la, jari hang runcing macam tombak serai, tapi jangan guna jari hang pulak..sila beli.4-5 batang mencukupi..dihiris halus-halus sampai boleh tengok di bawah mikroskop je.

Jintan putih dan jintan manis – sikit dah le, secukup rasa..

Cili kering- Ikut tahap kepedasan la, agak-agak la..tak aci guna cili boh aaa..tak pro lansung..

Santan dari 2 biji kelapa- pastikan pekat, alaa, kalau beli di kedai mesti pekat.

Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:

Paan, kalau hang ikut cara aku buat, Chef Wan pun boleh nangis tau.

Mula-mula,siang ikan, buang perut hijau, perut kunin, insang ke apa patut. Rebus dengan air yang sikit, tak perlu banyak. Kalau boleh, biar le sejuk dulu, kemudian, asingkan isi ikan.Tulang ikan tu, jangan bagi kat kucing pulak, kesian kucing, Hang buang le dalam tong sampah elok-elok supaya tak berbau busuk yer.  Isi ikan tu, hang kisar sikit, guna air rebusan tadi. Ketepikan dia sebentar, tapi jangan la jadikan dia seperti melukut di tepian gantang.

Ok, masuk bab kedua, kisar cili kering. Lepas tu, kisar semua bahan-bahan termasuk the jintans sister. Lagi bagus kalau kisar ni, guna santan, bukan air, untuk ngelakkan terlebih air.Buruk padahnya kalau air banyak.

Seterusnya, humbankan semua bahan-bahan ni ke dalam kuali. perasakan garam dan gula secukupnya.Biarkan mendidih, kemudian kering,kemudian kering, kering dan kering lagi sampai betul-betul kering. Dia tak akan kering sendiri tanpa proses pengacauan, justeru, sila sedia mental dan fizikal, dalam sejam hingga dua jam baru nak kering. Inilah yang tadi aku kata air banyak membawa padah. Nak nak pulak kalau macam yang aku buat untuk bisnes dulu, guna dapur kayu api untuk mengurangkan kos bahan api. Padahal kos mengupah aku sebagai buruh yang pecah peluh mengacau ni tak dikira. haihh lagi.

Ada orang bagi petua kepada saya, kalau nak senang, jangan humbankan bahan kisar ke dalam kuali, sebaliknya humbankan dalam rice cooker. Bila dah kering airnya, keluarkan dari rice cooker dan masukkan dalam kuali, kacau sekejap saja, dah kering.

Selamat mencuba!

Peringatan: Resepi ini adalah resepi turun-temurun emak saya, jangan ada yang nak kondem-kondem. Saya makan serunding ni sejak saya dalam kandungan mak saya lagi.

Lagi satu, pesanan khas untuk Paan, anda boleh mengubah resepi asal dimana-mana yang dirasakan sesuai.Like replacing serai aka lemongrass with lemon juice!

GoodLuck.

 

2 Responses to “Paan Request Resepi Serunding”

  1. Mezatol Salamen Says:

    cedap..cedapp..

  2. mayyaclassic Says:

    Pepandai je ko kata sedap, pi la balik try dulu. baru tau langit tu tinggi ke rendah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s