Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Cheese cake Dahlia Julai 22, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 9:41 am

Kalau sudah namanya rejeki, yang tak terbayang itulah yang datang bergolek-golek. Tadi, Wan Dahlia, si pemilik nama yang klasik, datang melenggang lenggok membawakan dua ketul kek keju yang emmmmmmmmmm sedapnye. Saya pun mintak le resepinya, ingatkan susah, rupa-rupanya senang saja. Saya akan cuba buat nanti. Ini hanya resepi, saya tak dapat meletakkan gambarnya sebab dah habis saya makan.Demi mempersiapkan diri menjadi seorang wanita yang biar-tak-sempurna-tapi-hampir-cemerlang,saya akan cuba melestarikan resepi ini dalam masa terdekat. Saya janji, kalau menjadi, saya akan letak gambar di sini, kalau tak jadi saya akan letak kek di sana. Sana tu laaa.tong sampah.

Bahan-Bahan

1. 10 keping biskut digestive McVitis atau biskut Makcik Marry ( Oww gowd..makcik Marry kembali menceriakan hidup saya dalam Dottie)

2. 125g mentega ( separuh daripada mentega biasa tu)

3. 250g krim keju

4. 250g krim putar

5. I biji limau nipis-diambil jusnya sahaja

2 biji telur

1 sudu teh esen vanila

1/2 cawan gula

Cara-cara

1. Biskut dihancurkan,pepandai la korang nak hancurkan rumahtangga dia camne. Kendian, gaulkan dengan 125gbutter sampai boleh dikepal. Kemudian, padatkan ratakan dan padatkan acuan ni di permukaan loyang dan simpan dalam peti sejuk.

2. Kesemua bahan-bahan lain, masukkan ke dalam blender dan kisar sehingga mesra.

3. Tuangkan ke atas base yang kita sediakan tadi.

4. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah Dua Mawar celcius. Menurut Cik Dahlia, “Guna api bawah saja”. Mak cik-makcik semua faham kan?

tip: Sebenarnya whipped cream dan jus limau nipis tu adalah alternatif bagi sour cream. Di Perlis tak ada jual sour cream. Sapa tau ada jual kat mana, sila update saya.

 

Makanan sewaktu anda terdesak

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 5:40 am

Hari ini saya seperti ultraman yang bertukar menjadi dietician. Saya menjumpai artikel ini semasa saya sedang bermalas-malasan depan computer semalam. Artikel ini adalah berkaitan dengan makanan yang perlu disimpan untuk menghadapi saat-saat genting terutama bencana alam. Stok makanan ini antara makanan penting sebagai penyambung tenaga sewaktu kita menghadapi bencana. Suka diingatkan, sewaktu bencana seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, rumah runtuh ditimpa pokok besar, atau rumah kita ditepi jalan dilanggar lori pemabuk todi (nasib masih baik kalau kita tak mati) atau kebakaran, keadaan fizikal kita bukanlah seperti kita sedang makan angin. Ini kerana kita mungkin menggunakan extra tenaga untuk menguruskan hal-hal berkaitan bencana ini. Jadi untuk stok di waktu tak terduga, simpanlah makanan-makanan ini di rumah. Tapi pastikan anda mencatat setiap tarikh luput semua makanan dan pastikan ia segar. Kalau tidak, ia bukan menambah tenaga, sebaliknya menempah bala.

 1) Bijirin- bagi rakyat Malaysia, kecuali pengamal diet Jusmate 5, beras adalah makanan ruji,si rakyat ini boleh menggulupur kalau tak makan nasi dalam sehari. Pastikan simpanan beras untuk saat genting mencukupi. Sekurang-kurangnya, kalau banjir, tak dapat keluar ke kedai, anda masih boleh makan nasi seadanya, sementara menanti mana-mana Yang Berhormat datang bersama para media, menghantar kain pelekat dan beras, tepung dan ikan bilis kepada anda.

 2) Mentega Kacang- Sumber tenaga yang sangat baik, penuh dengan lemak dan protein. Tak payah fikirkan hal diet lagi kalau rumah anda dah senget sebelah dan anda terpaksa tinggal di dalam khemah.

3) Biskut gandum penuh aka biskut whole wheat- biskut ini mempunyai serat yang tinggi, mudah menghilangkan lapar. Menjadi pengganti kepada roti, boleh dibuat sandwich atau dicelup dalam milo.

4) Kacang-kacang- Kekacang mengandungi sumber tenaga yang tinggi, sesuai diberi pada anak-anak anda sewaktu tinggal di pusat pemindahan sementara banjir. Lebih baik jika disimpan menggunakan bekas vacuum-packed. Lambat berkulat.

5) Granola bar- ia mengandungi segala jenis tenaga yang diperlukan tubuh di saat kita letih, lapar dan stress. Mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi, ia sangat berbaloi walaupun harganya agak mahal. Saya sendiri, semasa sedang menjalankan latihan industri di sebuah syarikat perhubungan awam, saya kerap mengambil granola bar, sebab tak sempat nak makan. Dan, masa tu saya slim, tapi bertenaga. kehkehkeh

5) Buah-buahan kering- Di saat buah-buahan segar habis dihanyutkan air banjir, kita masih boleh mendapatkan sumber potassium dan serat daripada buahan kering seperti apricot, kismis, kurma, pisang salai, dan sebagainya.

5) Tuna, sardine dan ayam dalam tin- Anda semua pun tau, kalau kita berkhemah, atau malas, kita akan makan benda-benda ni.

6) Air botol- Cuba untuk simpan stok air untuk keperluan selama tiga hari. Selain untuk minum, jangan lupa untuk keperluan lain seperti jika perlu ke toilet.

 7) minuman isotonic- 100Plus dan Redbull dapat memberi tenaga segera kepada badan yang keletihan setelah berhempas pulas mencuci rumah dek lumpur dan sampah sarap akibat banjir. Electrolytes dan karbohidrat dalam minuman ini akan membantu kita rehydrate dan menggantikan cecair dalam badan dengan segera.

8) Gula, garam, lada hitam atau lada sulah- Sekiranya dapur memasak kita terselamat dari bencana, sekurang-kurangnya kita boleh memasak sesuatu yang ringkas seperti bubur nasi, sup, sayuran, dan minuman. Perasa asas ini sekurang-kurangnya dapat menambahkan rasa kepada kehidupan kita yang sedih dan hambar itu.

9) Multivitamin- Makanan tambahan bagi menggantikan nutrient yang diperlukan tubuh memandangkan kita tidak mengamalkan diet biasa.

Makanan-makanan yang disebutkan ini hanya digunakan apabila kita betul-betul terdesak. Kalau di Malaysia, biasanya kalau banjir(bencana yang paling kerap berlaku) , mangsa akan ditempatkan di Pusat pemindahan. Di sebalik bencana ini, suasana di pusat pemindahan dah jadi macam pesta pula. Meriah, dengan kedatangan sukarelawan, dan aktiviti masak memasak, justeru tidaklah dikira terdesak sangat. Jadi artikel ini hanya sebagai peringatan dan pengetahuan. Saya pernah menjadi sukarelawan banjir di Parit Sulung, Muar, Johor pada tahun 2006. Kami membantu mengemas kawasan, mengadakan kuliah agama di surau, menjalankan tuisyen sementara(memandangkan kanak-kanak tidak bersekolah selama hamper sebulan). Hah!!melalut dah. Sekian.