Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Kenapa Perhubungan Awam?Komunikasi Korporat?Bagaimana dengan kerja lain? Julai 15, 2010

Filed under: Aku selalu mahu,Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:45 am

Maizatulsalamin mengilhamkan saya untuk menulis tentang perkara ini. Saya tak akan tulis tentang bagaimana mahu menjadi seorang ahli perhubungan awam yang berjaya;berjaya dalam Merger and Acquisition(M&A) syarikat tempatan dan antarabangsa yang melibatkan puluhan juta RM, berjaya menghasilkan idea sehebat sambutan Earth Hour yang bermula di Australia dan akhirnya wabak ini bertebaran seantero jagat raya, berjaya menyatukan dua parti politik pembangkang dan membentuk  coalition sepadu, mahupun berjaya membentuk imej seorang pemimpin daripada seorang pemimpin suam-suam kuku, hingga mempunyai imej dan personaliti yang disegani. Bukanlah saya orangnya untuk bercerita tentang sepak terajang dunia perhubungan awam, saya nasi mentah.

Perhubungan awam, dari sudut pandangan seorang yang negatif adalah: membuat perkara baik-baik untuk menjaga nama baik. Ini termasuk menipu, menutup fakta, memberi komen no comment dan bermanis muka. Ataupun, kedengaran sinis dan panas sekali di telinga bila orang memanggil Pegawai Perhubungan Awam ( Public Relations Officer-PRO) sebagai GRO.

Saya sudah lupa apa definisi PR dalam buku, tapi bagi saya Public relations ialah bagaimana membina dan mengekalkan hubungan baik antara satu pihak  dengan stakeholder terbabit dan dalam masa yang sama memelihara keharmonian etika. Melalui perhubungan ini, imej sesuatu organisasi akan terprelihara. Ahh. Bosan.

Ini lebih realistik. Saya tahu mereka ada sebab kenapa jadi PR tapi, yang tersiratnya mereka mau jadi PR kerana:

1.  Mahukan Cabaran- Gila tak mencabar kalau deadline hanyalah 5 minit dari tarikh diberikan sesuatu assignment. Lagi best kalauada kejadian kita beriya-iya buat majlis, menjemput wartawan, siap ada meja khas untuk mereka, dengan kos 1 kepala untuk makanan mereka adalah seorang RM 100, tapi mereka tak datang majlis dengan sebab, majlis kita tak ada news value. Haru.

2. Suka Kerja yang pelbagai ( Multitasking )- Misbah, kawan saya, suka refer multitasking as multiplayer–tiru cita Fullhouse la tu. Bayangkan, kalau sebelum ni aku tau MS office saja, sekarang aku dah boleh pakai Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator di saat terdesak. Kena design, kena menulis, kena ambil gambar, kena hitu kena hini.

3. People oriented- Suka bergaul dengan manusia, tak kira pangkat, darjat atau harta. Dari Peguam, pegawai, menteri, penjual murtabak, petrol atendan, pengemis, kutu rayau, kutu babi.Tapi amatlah tak realistik, kebanyakan orang akan cebik pada pada pengemis dan yang setarafnya kan. Dan pegawai PR tu orang kan?

4. Kena belajar tinggi-tinggi tapi tak perlu mencapai CGPA 3.6 – Orang PR tak perlukan seorang yang nerd; setiap kali bertindak, perlu memgimbas semula teori yang diajarkan di IPT. PR hanya perlu menyesuaikan diri dengan situasi organisasi dan serasikan diri dengan budaya yang ada. Perubahan? Boleh, hanya jika anda mempunyai kekuatan untuk melawan arus organisasi anda dan anda juga anak kepada bigboss. Oh ya, selingan, saya mengkaji semula struktur organisasi tempat saya bekerja. Saya mempunyai bos, bos saya terus report kepada Managing Director(MD), sedangkan MD saya perlu report kepada Pengerusi. Memandangkan organisasi saya ialah Government Link Companies (GLC), maka, Pengerusi perlu report kepada Khazanah. Khazanah itu adalah Investment Arm kepada Kerajaan, maka, Khazanah perlu report  kepada kerajaan. Kerajaan pula, memandangkan ialah berkhidmat untuk rakyat, maka, Kerajaan perlu report kepada rakyat. Rakyat tu manusia kan? jadi manusia tu report kepada siapa?

 “Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; semuanya enggan untuk memikul amanat dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, lalu dipikullah manah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh.” (Al Ahzab : 72)

5. Ini alasan paling seronok- Selalu dapat barang percuma- Pernah dengar dalam sesuatu organisasi tu, kalau mahu diberi hadiah atau cenderahati, akan dirujuk pada PR department?Memandangkan PR adalah gudang kepada segala hadiah dan cenderahati, kita akan selalu dapat sample-sample barangan yang menarik, membuatkan department sebelah menjeling cemburu. Para pembekal juga suka merasuah kita dengan barang-barang yang tak masuk akal, serta membelanja kita makan pizza hut di hujung bulan. Saya pernah melihat seorang PR consultant mendapat sebuah handphone mahal apabila beliau berjaya mempopularkan sebuah syarikat melalui kenyataan akhbar.

6. Membentuk jaringan perhubungan- Lumrah, kita akan selalu dijemput menghadiri majlis- majlis dan di situlah kita kaan membentuk jaringan perhubungan, sama ada yang mempunya jawatan dan pengalaman kerja yang sama, mempunyai hobi yang sama dengan kita dan mungkin mereka ialah bakal pasangan kita atau bakal boss kita. Ini agak menarik. Saya mendapat kerja sekarang melalui networking.

7. Oww, Maizatulsalamin ada bertanya, sama ada beliau mampu menjadi seorang PR yang berjaya? Public Relations skill is gain by nature. Not nurture. Semua orang dilahirkan dengan kemahiran perhubungan awam. Jika tidak, bagaimana seorang ibu mampu mendamaikan anaknya yang sedang menangis,kemudian mengendalikan anaknya sehingga besar, melalui episod kenduri berkhatan, menemani anak pergi rombongan, menghadiri hari kecemerlangan serta mensyuarat PIBG di sekolah, serta majlis perkahwinan anaknya. Semua orang mampu jadi PR, cuma, tahap kemahiran yang berbeza-beza itu yang menentukan kasta PR, sama ada beliau menjadi PR bagi pihak keluarga, PR bagi JKKK kampungnya, PR bagi kilang simen, PR di Edelman, Alpha Platform PR, atau PR di Petronas atau Sime Darby.

Advertisements