Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Apabila Pelatih APMM Dikatakan Segak Julai 19, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 2:09 am

Saya rasa, Ainal Marhaton Abdul Ghani, penulis ruangan SKUAD,Berita Harian Jumaat 16 Jun 2010 merupakan orang yang mendapat doa kesejahteraan yang paling banyak sejak minggu lepas. Ada yang doa Ainal dapat naik pangkat, gaji naik, ada yang doa Ainal cepat-cepat dapat anak kalau sudah berkahwin, ada yang doa Ainal dapat beli jam tangan impian hati, ada yang doa Ainal dapat membeli kuih raya idaman tahun ni, dan ada yang doa semoga Ainal dapat makan sedap setiap hari.

Ini adalah gara-gara Ainal, dalam tulisannya berkaitan Majlis Tamat Latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyatakan caption “Pelatih kelihatan segak ketika menghadiri satu majlis rasmi di Pusat Latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kuantan”.

Haih..saya sebagai orang awam juga ingin ucapkan terima kasih kepada Ainal yang telah mengembalikan keyakinan pada Mucid yang menganggap dirinya sudah tak hensem lagi dengan berambut separa botak. Apabila digandingkan dengan pelatih-pelatih lain, mereka akan kelihatan seperti kembar dari Ghana. Warna kulit mereka juga menjadi senada seirama antara satu sama lain. Rutin latihan fizikal merubah karakter dan perwatakan luaran mereka, yang asalnya berkulit mulus dar jernih bak susu lembu berubah menjadi nescafe O cair. Perkataan segak itu sungguh unggul bagi menggambarkan mereka. Dan mereka kini gembira. Tamat sudaa latihan.

Sungguh!!mula-mula saya memang bermasalah untuk mencari mana satu Mucid dalam gambar ni.Mereka memang macam kembar. Tapi akhirnya saya dapat menangkap dia. Kiri, baris ketiga.

 

10 Responses to “Apabila Pelatih APMM Dikatakan Segak”

  1. dekah..dekah..dekah…! miahahahahaha!

  2. mucid Says:

    hohohohoo..
    mana ada marahh,
    bangga tuh,
    kenyataan tuh,
    bawak masuk mahkamah pn menang kess nih..
    heeeee~~~

    hohhhh!!

    • biaq betui… cik tip merujuk kpd clause ini.. “mereka akan kelihatan seperti kembar dari Ghana. Warna kulit mereka juga menjadi senada seirama antara satu sama lain. Rutin latihan fizikal merubah karakter dan perwatakan luaran mereka, yang asalnya berkulit mulus dar jernih bak susu lembu berubah menjadi nescafe O cair.”

      • mayyaclassic Says:

        Mye, memang la dia bangga, ingat senang ke orang-orang Ghana nak sampai Mesia? Naik tongkang hampir sepurnama perjalanan..Muntah hijau sepanjang jalan.

  3. paan Says:

    wakaka.. lawak sungguh! mucid pasti berbangga dgn usaha murni hg mencari wajah segaknya..

    weh, mana recipe serunding nih?? aku dh x sabaq nak buat! b4 posa aku nk buat.. chewahh!

    • mayyaclassic Says:

      Hah.serunding.Nanti aku letak. tak tanya resepi kat pakar lagi

      • Mezatol Salamen Says:

        bagi berserta dgn gambar2 proses pembuatan/pemasakannya ya… muka dan jawijemawi tukang masak sila abaikan..fokus pd subjek..iaitu sewunding. or..popia ikat keluaran exclusive cik tip.

  4. ainal marhatonabd ghani Says:

    baru hari ni saya buka blog ni…terima kasih kerana sanjungan kepada saya..sebenarnya saya hanyalah seorang penulis yang tidak ada kene mengena sengan caption gambar tu…sub kami di kl yang tulis sume tu…saya hanya melaporkan sahaja…by the way…saya seperti kakak kepada anda semua anggota maritim yang baru tamat latihan tu ataupun ibu kepada yang berusia 25 tahun ke bawah..
    saya ibu kepada lima anak dan menulis sudah menjadi darah daging saya…

    • mayyaclassic Says:

      Wow, tak sangka Puan baca tulisan saya, terima kasih.
      Saya pun minat menulis tapi selalu sibuk sekarang. Nak nak pulak dah ada FB, memang jarang la nak update blog ni. tapi rasa sayang pula nak tinggal.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s