Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Jom masak roti jala jom! Februari 5, 2011

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 3:23 pm

Semalam rumah saya didatangi tetamu yang ramai atas urusan memakmurkan umat. Kalau orang datang mesti ada hidangan. Ok, memandangkan urusan ini waktu pagi, dalam jam 10 pagi, kami rancang untuk masak sesuatu yang sesuai untuk sarapan. Mak saya kata untuk 4 orang saja. haihh, pelik saya, biar betik. Tapi tak pe, saya masak jugak bihun goreng banyak-banyak . Oww, menunye, bihun goreng dan roti jala. Ada juga baulu.

Saya tengok kakak ipar saya buat roti jala untuk dihidangkan kepada tetamu yang diundang sambil saya buat bihun goreng untuk 15 orang makan. Nampak tak saya sangat penting dalam menjayakan majlis ini. Ini pertama kali saya tengok orang buat roti jala. Saya kagum macam mana roti jala boleh jadi lembut je, cantik warna dan tekstur yang sangat nyaman. Eh, lagi satu, walaupun tak reti buat roti jala, tapi kuah roti jala tu saya yang buat tau.

Tiba-tiba hambik engkau. 12 orang datang bertandang. Gelabah, nasib baik buat bihun goreng lebih, kalau tak, rendam megi la jawabnya. Habis licin bihun goreng 1 kuali besar yang saya buat tu, sempat merasa sesudu aje.Tu pun sedap nak rasa cukup pedas masam masin. Datang bertandang waktu pagi, memang kita kena bajet masak lebih, sebab tetamu mungkin belum sempat sarapan di ruah. ini pengajaran.

Meh, kita tengok bahan-bahan buat roti jala untuk rujukan saya di masa hadapan dan siapa-siapa yang teringin nak buat.

Bahan roti jala

4 cawan tepung gandum

2 biji telur

pewarna kuning atau kunyit

garam seciput

air secukupnya(agak-agak tak cair tak pekat la)

2 sudu minyak masak.

Cara -cara

Senang giler. Masukkan semua dalam satu bekas, kacau sampai sebati. Kemudian, untuk mendapatkan bancuhan yang sangat-sangat sebati, masukkan dalam mesin pengisar, kisar sekejap. masukkan balik dalam bekas, rehatkan selama 15-30 minit. kemudian err, tak tau perkataan yang tepat, tapi, masukkan dalam setengah daripada acuan, kemudian kirai-kiraikan atas pan panas atau tempat yang mamak masak roti canai tu, pastikan leper. Perbuatan mengirai ni mestilah dilakukan dengan cepat agar jalur-jalur roti jala jadi halus. baru cantik. Ah, lagi satu, sebelu beli acuan tu, pastikan lubat acuan tu halus je, baru cantik, tak keluar selambak atas pan tu. 

Bila dah masak, (warna akan jadi kuning layu,paham tak?) , terus gulung menjadi bulat-bulat.

Roti jala boleh dimakan pelbagai cara. Ada yang makan dengan susu, kuah durian, atau kari. Tapi saya semestinya pilih kari. Saya suka kari ayam berbanding daging lembu atau kambing. Saya tak letak resepi kari di sini sebab saya tak ada masalah masak kari. Kalau tak reti sangat pun, rujuk lah belakang bungkusan rempah kari Alagapas, Babas atau Faiza.

Selamat Mencoba

 

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 2:15 pm

Terus terang, masuk tahun ni umur saya 27 tahun. Saya dah akil baligh lama dah, tapi amalan untuk bekalan akhirat masih sangat di tahap nyawa-nyawa ikan. Baik, saya akan perbaiki bahagian itu. Bila bahagian itu A, baru bahagian lain akan turut A.

Masa umur saya 7 tahun, saya darjah 1, bagai satu letupan supernova bila saya menginjak ke darjah satu. Hei, itu perkara besar kan? mendapat kepercayaan dari ibubapa untuk membeli makanan di kantin sendiri pada usia 7 tahun. Tak sejuk ke tu?err (cool isn’t it? )

Masa umur saya 17 tahun, satu lagi letupan berlaku, SPM, tahun penentu siapa saya pada hari ini. Saya melalui fasa tersebut dengan sejuk (baca:cool) sekali. . Macam satu keajaiban berlaku, Dam Dam Dum!!saya berjaya atasi halangan dengan mudah.

Sekarang umur saya 27, mengharapkan sekali lagi berlaku sesuatu yang best. Fasa untuk merubah hidup.

Saya sedang merencana ke arah tu sekarang. Baiklah, mari kita mulakan dengan  pomander ball. Cepat search apa tu pomander ball. gtg choww

 

2010 yang ditinggalkan Januari 28, 2011

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 10:21 am

Salah satu sebab saya tidak update blog ini adalah kerana aktiviti saya terlalu padat untuk bersosial. Profile kerja saya adalah sangat biasa-biasa tapi mungkin sistem pengurusan kendiri yang menyebabkan saya sangat serabut seolah-olah hidup hanya untuk diabdikan sebagai buruh. Kehidupan telah diprogramkan untuk menjadi seperti ini: tidur, bangun, gosok baju sambil masej Mucid, pergi kerja, balik kerja, baca surat khabar dan tidor. Aktiviti ini menjadi pusingan untuk esok hari. Dan tentulah diselitkan aktiviti solat, makan, minum,dan facebook supaya saya lebih menjadi manusia.

Oww, dan nak masuk bulan Februari, tapi saya mahu updatekan sedikit apa yang berrlaku pada 2010 yang lalu. Saya dan berjinak-jinak dengan fotografi perkahwinan menggunakan camera Canon EOS 1000D dengan bantuan lensa 50mm dan 18-55mm dan speedlight Nissin serta menggunakan perisian Adobe Photoshop,Adobe Lighroom, Picasa Photoscape. Ini semua dilakukan bersama Azirul,manusia yan saya kenali sejak tahun 1991.

2010 juga tahun untuk saya berkenal-kenalan lebih rapat dengan diri saya. Perkenalan ini dilalui dengan beberapa pancaroba;antaranya konfrontasi yang berlaku dengan saya dan seseorang yang menyebabkan saya kehilangan prestasi diri untuk hampir sebulan. She let me down and I did the same to her too. It is not revenge, though. Sepanjang masa itu, saya banyak menghabiskan masa untuk bertafakur mengenal diri sendiri. Dan, ah, saya berjaya menemui semula sijil-sijil berharga saya yang hampir 2 tahun kehilangan pada masa ini. Ini lah hikmahnya. Saya berjumpa semula dengan sijil-sijil yang hilang tu hanya kerana saya ingin berhijrah. Tapi akhirnya saya sedar saya masih perlu di sini. Sekali lagi terima kasih untuk Mucid yang memberi bantuan CPR kepada saya. Beliau memang ahli paramedik hati yang terbaik.

 2009 menyaksikan saya menjadi mangsa kepada kegawatan ekonomi. Akibat kepincangan sang kapitalis dalam menentukan harga barangan di pasaran, saya menjadi pungguk tua lagi hodoh yang rindu bulan. Sepatutnya saya disahkan penjawatan pada Oktoberr 2009, tetapi,disebabkan alasan ekonomi syarikat tidak stabil, saya terpaksa menunggu sehingga Februari 2010 untuk disahkan penjawatan dan bergelar Eksekutif Komunikasi Korporat. Ini adalah pencapaian peribadi. Sememangnya jawatan ini yang saya idam-idamkan sejak mengenal perkataan public relations secara mendalam pada tahun 2005. Saya menutup diari disember 2010 dengan baik apabila berpeluang untuk berehat-rehat bersama keluarga tersayang. Saya berkelana ke Pulau Pinang, dan Cameron Highland untuk melepaskan lelah untuk setahun. Saya lepas bebanan bebas sebebas-bebasnya.

Tahun 2011 bermula cemerlang apabila pada 1.1.11, Mucid sekeluarga datang untuk mengukuhkan silaturrahim. Segalanya lancar. Semoga 2011 menjadi tahun bersejarah kami. Biarpun jauh di samudera, Mucid seperti sentiasa berdampingan dengan saya.

 

Saya mahu sedikit privasi:ohlala, kenyataan macam Fasha Sandha November 30, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 6:07 am

Sudah la kau, perasan macam artis, tak mahu lagi tulis blog takut orang menghendap belog kau!Engkau tengok statistik belog kau sekarang (menangis sambil lari-lari pergi kat Mak).

Haihhhh, sudah dua bulan agaknya saya tak menulis belog. rindu mahu menulis semula. idea terlalu banyak, mencurah-curah, tapi semuanya mencurah bagai menuang air ke daun keladi. tak sempat diserap macam sepan.

Hari tu, saya jadi malas menulis sebab saya demotivated bila baca blog orang yang kebanyakan menggunakan blogspot, canggih manggih, saya pula?guna wordpress. Tak canggih, tak glamour.

Tapi, ada aku kisah?

mungkin saya akan kembali menulis sele[as ni. Tapi sebelum itu, ini tentang saya sepanjang saya tak menulis blog:-

1) Saya kembali memohon untuk menjadi guru Bahasa Penjajah. Telah menghadiri ujian kelayakan Mtest.

2) Satu sebab kenapa saya terlalu amat sangat menyayangi Mursyid ialah, selain menjadi penyerap yang baik untuk semua bebelan saya, Mursyid adalah seorang yang mampu lakukan hampir semua perkara ( Ya la, mesti ada yang sempurna dan ada yang tidak), tapi usaha Mursyid untuk membantu saya dan sentiasa berdampingan dengan saya sewaktu saya perlukan semua perkara, dia ada di situ.Membantu. Dan sangat berusaha. Saya sentiasa terharu dengan dia. Dia adalah Johan di hati saya. oww-penghargaan untuk Mursyid adalah kerana dia bersusah payah menyiapkan 1 set soalan matematik SPM yang susah cam lahanat tu untuk saya menghadapi Mtest dan  mengajar saya dengan sabar. I luv u!

3) Saya give up untuk menoreh getah lagi setelah kejadian kecurian getah sekerap berlaku. saya berhasrat untuk jual ladang-ladang getah saya kepada Sime Darby Plantation.

4) Eh, saya juga sudah belajar menunggang kuda sekarang. suka.

5) Banjir- My turning point, dari kulit putih mulus terus menjadi hitam arang akibat berjemur di atas lori untuk sampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kangar.

Lain-lain perkembangan terbaru akan diberitahu dari masa ke semasa.

 

Epilog Syurga Cinta VS Cinta Kirana Ogos 26, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 5:26 am

Bulan Ramadhan, waktu pejabat habis jam 4.30 petang, jadi, setiap hari, saya cuba untuk cepat-cepat balik untuk tolong mak saya masak menonton televisyen. Dulu saya bukanlah gemar sangat menonton cerita berangkai. Saya masih ingat bencana yang menimpa saya sewaktu belajar di matrikulasi dulu. Apabila cuti semester selama sebulan, saya menjadi seperti suri rumah tipikal yang lain, melayan telenovela Rosalinda pada jam dua petang. Tabiat lalok melayan telenovela ini berlarutan sampailah apabila kembali ke kampus. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak melepaskan peluang mononton. Sampailah pada suatu hari, pada episod terakhir Rosalinda, saya telah ponteng dari kelas Introduction to Sociology and Anthropology, kelas Mr. Ali Zaman De Gamon. Beliau adalah pensyarah dari Filipina. Saya susah faham dialek Bahasa Inggeris beliau. Akibat ponteng kelas tersebut, saya terlepas “Pop Quiz” pada hari tersebut. Pop Quiz ialah ujian tergempar. Melayang 5 markah saya pada hari tersebut. Lebih teruk dari itu, saya dipanggil untuk sesi kaunseling kerana ponteng kelas.

Tapi Epilog Syurga Cinta bagai memanggil-manggil saya untuk menonton. Watak-watak dalam drama tersebut comel terutamanya Mia Sarah, budak kecil yang keletahnya sangat geram, rasa macam nak cubit-cubit je. Bijak sungguh. Siti Syuhada pula, wataknya ayu, cuma kadang-kadang agak kekok. Suaranya ada iras Siti Nurhaliza. Zizan Nin, my all time favourite, sentiasa cute dengan kelakuan kaku-kaku dalam adegan first time dating.

Tapi, masalah saya ialah, mak saya suka sangat menonton drama Indonesia, Cinta Kirana. Tak berkenan lansung saya. Dah la watak hero terlalu berwajah kebudak-budakan, watak emak kepada Baim tu yang membuatkan saya tak lalu makan nasik. benci betul la. Mak saya pun dah pandai jadi macam saya, suka channel surfing, bila iklan di TV3, dia akan buka Astro Ria, bila iklan di Astro Ria, dia akan buka TV3.tergugat saya dengan Cinta Kirana ni. Konflik Cinta Kirana sudah pun bermula.

ini sinopsis Syurga Cinta:

Irham, pemuda berusia lewat 20-an merupakan anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Puan Sri Mahani, dia membesar dia luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia bersekolah dan bekerja disana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Oleh sebab terlalu lama menetap di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Malah, Alex dan Zainal sering kalah jika mereka bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan misinya.

Melihat ketulusan Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Ihram sebagai kawan dan dalam temph berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim seperti mendirikan solat dan dia merasa selesa dengan tanggungjawab tersebut.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma suka-suka dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki, kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan itu tetapi gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah. Jadi, apakah pengakhirannya? adakah Irham dan Syuhadah akan kembali bersama dan hidup bahagia? Sama-sama kita saksikannya…

 

Rasa nak pitam tengok barang buat kuih raya Ogos 23, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 7:00 am

Hari Sabtu lepas, cuaca membahang sejak pagi lagi. Saya dan Maslin telah pun mengikat janji setia akan ke rumah Rini di Felda Mata Ayer untuk tengok baby Rini, Hanania Safiya, dah sebulan lahir ni baru nak tengok.

 Balik dari situ, ayah saya menyuruh saya menghantar saudara saya dari Ban Khau, Thailand ke rumah saudara lagi seorang di Kampung Sena. Aih..kena patah balik, Kampung Sena dekat je dengan Felda Mata Ayer. Ini kali pertama saya tahu saya ada lagi saudara lain di Thailand selain dari bapa saudara ayah saya yang menetap di Ban Na, Selatan Thai.

 Balik dari kampong Sena, saya meredah panas membahang ke Kangar untuk beli barang dan selesaikan beberapa urusan lain. Saya meredah panas membahang tu dengan kereta yang ada penghawa dingin, bukan berjalan kaki tanpa kasut atau selipar dan payung di atas jalan tar.

 Urusan pertama di Kangar ialah menemani kakak saya membeli barang membuat kuih raya di Pasar Mini Yon Hin. Yon Hin ialah sebuah jenama yang sangat di percayai di Kangar dalam menyediakan barang membuat kuih, sampaikan sewaktu saya sibuk-sibuk pilih baju di Butik Kerawang Indah orang cakap pasal Yon Hin dan waktu saya beratur di bank pun orang cakap pasal Yon Hin.  

Saya lansung tak berkaitan dengan aktiviti ini. Saya amat alah dengan cuaca panas dan manusia yang ramai cam semut dalam kedai tu. Yon Hint tu kedekut taik hidung masin, untung berjuta, tapi tak pasang aircond dalam kedai. Panas bukan main.  Kalau boleh saya hanya nak mencari tempat untuk saya duduk dan tidor sekejap di tengah hari tu. Kalau dah tau kedai awak tu laku, sediakan la tempat menunggu untuk para suami, anak-anak dan orang-orang macam saya ni. Malangnya, tiada lansung ruang untuk duduk, apatah lagi untuk melepak sambil main masak-masak.

 Memandangkan tiada aktiviti untuk saya buat, saya hanya tertinjau-tinjau barangan  kegiatan manusia dalam kedai tu. Ades, saya jadi seperti mahu pitam melihat semua peralatan memasak dan bahan-bahan masakan. Saya hanya tahu 10% dari barang-barang masakan. Lagi 90% barangan telah berjaya membuatkan saya terkebil-kebil cuba mengagak fungsi setiap satu barang ini. Ada roller yang bercorak-corak, ada Loyang yang ada kotak-kotak kecil dalam Loyang tu, ada piping yang berjenis-jenis. Untuk bahan masakan pula, lagi la saya pening, ada beratus-ratus benda dan saya hanya kenal tepung gandum, badam, coklat masakan, buttercup dan benda lain yang asas. Ada croquant,food emulsion, overlette, crisco, improver, apa tuh? Haih..

Jadi saya berjanji pada diri sendiri untuk belajar tentang biskut ini menjelang usia anak saya 13 tahun, masa tu dia dah pandai bertanya itu ini. Sekarang, saya belum ada anak lagi, jadi saya target, mungkin dalam masa 16 tahun lagi, anak saya akan berumur 13 tahun. Dalam masa 16 tahun ini, saya akan bersiap-siaga untuk memahirkan diri dengan cukuplah hanya 3 jenis biskut; Tart Nanas, Dark Piping, dan Almond London.

 

Sketsa di Petang 10 Ramadhan Ogos 20, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 5:52 am

Hari ini adalah hari Hari Jumaat ke-dua dalam bulan Ramadhan

Hari saya bekerja

Hari kamu dan mak ayah serta atok kamu, serta bibik kamu bekerja

Meet Uncle Hussin melalak lalak suruh kita semua kerja, jangan tanam anggur.

Saya akur, saya pun bekerja bagai kuli di lombong timah

Tapi, bekerja di waktu rehat di bulan Ramadhan yang mulia ini,

amat menyakitkan jiwa.

Jadi saya take five untuk merapu-rapu di atas kertas nota tu.

Saya nak teruskan aktiviti rehat saya.

pssssstt..betul ke orang kata tidor sebentar di siang hari di bulan ramadhan amalan mulia?