Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Edisi Peristiwa Bergambar yang lapuk lagi huduh: Tanah Tinggi Cameron Februari 25, 2011

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 4:34 pm

Seikhlasnya, saya ingin menabung duit sebanyak-banyaknya agar dapat membeli sebidang tanah di tempat yang tinggi dan dingin untuk dijadikan tapak rumah nanti. Secara idealnya, saya membayangkan Gunung Jerai, Bukit Fraser, Kundasang, dan tentunya Cameron Highland. Saya membayangkan saya menjadi manusia nomad di zaman moden. Oww, manusia nomad dengan bergincu MAC,dramatis sekali. Apa yang saya maksudkan sebagai nomad ialah, apabila musim hujan, saya berada di tanah biasa, mungkin Padang Besar, atau Kuala Lumpur, atau Sandakan dan menjalani kehidupan biasa sambil berjaga-jaga seandainya banjir melanda, roti gardenia serta kaya Aunti Rosi serta I-phone 3gs yang akan diselamatkan dulu. Dan, musim panas yang dinanti-nantikan pun tiba. Dasar perasan orang putih, seboleh-bolehnya saya mahu mendiami rumah berdindingkan ais pada musim ini. Kalau nak kena kutuk,  kau letak la status kau, “saya panas, mahu pindah ke Great Britain hujung minggu ni” di facebook. Dengan pekerjaan kau sebagai pembantu peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri, kau ingat kau mampu ke sana. cukup la dengan hanya status “berpindah sementara ke rumah-comel-tinggalan-atok-sedara-laki-saya di Cameron highland sepanjang musim panas(hoi!!kemarau la) ni. Sederhana, tapi cukup nyaman.

Disember 2010 merupakan kunjungan kali ketiga saya ke Cameron Highland, kali ini bersama keluarga. sebelum ini adalah bersama teman-teman.

                                                                                 Sedang berposing di depan rumah kami..ahhh..bestnya kalau betul

                                                                                                                     Ni pulak belakang rumah kami

                                                                                                                                   Ini tepi rumah kami

 

Edisi Peristiwa Bergambar yang lapuk lagi huduh:Pesta Pulau Pinang

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 3:30 pm

Pertama kali saya mengenal dan tahu bahawa wujudnya Pesta Pulau Pinang,  adalah ketika saya berusia 4 tahun.Masa itu, saya sangat hingusan, iye la, selalu selsema, mak tak mampu beli Scott Emulsion baru dengan perisa oren. Saya kenal pesta ini melalui abang sulung saya yang membeli T-shirt kenangan Pesta Pulau Pinang 1988 untuk saya dan adik. Abang saya, seperti remaja lain yang melalui zaman Yengki dan Rock Kapak, wajib pergi ke Pesta Pulau Pinang bersuka ria dan berkewajipan memakai seluar jeans lusuh ketat ya ampunnnn. Nasib baik beliau tak pakai ikat kepala dengan scarf bunga-bunga dan posing mulut menjuih, dan posisi wajib seperti baru lepas berkhatan, ala-ala amy search selalu buat.

Owh, saya sudah tua,saya tak ingat macam mana rupa dan illustrasi baju saya  sendiri, tapi saya ingat baju Pesta Pulau Pinang adik saya ialah ada corak 88 besar,dan ada gambar jambatan Pulau Pinang di tengah-tengahnya. Dan sejak itu, saya pingin amat mahu melihat jambatan seperti ada duri-duri tajam tu.Memetik kata-kata pujangga dewa hatiku, Andrea Hirata, ALLAH TAHU, TAPI MENUNGGU. 10 tahun selepas itu, 1998, semasa dalam tingkatan dua baru la saya berpeluang melihat Jambatan Pulau Pinang dari dekat. Tapi, masih tak dapat tengok Pesta Penang.

Ohhh, sejarahnya cerita saya. 12 tahun kemudian, 2010, baru lah saya menjejakkan kaki ke Pesta Pulau Pinang dan mendera kaki sendiri secukup-cukupnya untuk meneroka Pesta Pulau Pinang. Ce cuba tanya, apa yang saya jumpa. Saya jumpa, sudah tentu aneka jeruk yang manis(tak sama dengan jeruk Thai yang masam dan sedappp), Gula kapas yang dibuat secara live di situ,(Sumpah, ini pertama kali saya tengok), permainan kanak-kanak seperti robot, patung ultraman, belon Upin Ipin yang hodoh macam muka Cheer selepas melalui 18 kali pembedahan plastik. Ada juga kacang rebus. Yang lain-lain ialah baju cotton baju cotton baju cotton baju cotton, aneka tikar buluh, aneka tikar buluh dan karpet karpet karpet.

Pemerhatian saya terhadap pengunjung Pesta Pulau Pinang adalah: Setiap keluarga yang berkunjung wajib bawa balik sehelai tikar buluh-seolah-olah diberi percuma, cuma RM20  Harganya murah gila vavi berbanding harga yang dikenakan keling jual karpet yang datang jual dan tinggalkan tikar tersebut kepada emak saya, harganya keling karpet ialah Rm140 untuk 2 helai tiket. Ini paling vavi.

                                             Brader yang ganteng ini sedang menarik gula untuk jadi gula kapas yang manisnya buat kuman gigi menari-nari.

Okay, ini ada 3 elemen yang menggambarkan Pesta Pulau Pinang. 1, pengunjung yang jakun, mencari-cari apa yang hebat di pesta.2, Jeruk penang di tangan pengunjung, memang buruk perangai, makan sambil jalan, dan di belakang, roda ala ferris wheel,. ini baru pesta.