Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Epilog Syurga Cinta VS Cinta Kirana Ogos 26, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 5:26 am

Bulan Ramadhan, waktu pejabat habis jam 4.30 petang, jadi, setiap hari, saya cuba untuk cepat-cepat balik untuk tolong mak saya masak menonton televisyen. Dulu saya bukanlah gemar sangat menonton cerita berangkai. Saya masih ingat bencana yang menimpa saya sewaktu belajar di matrikulasi dulu. Apabila cuti semester selama sebulan, saya menjadi seperti suri rumah tipikal yang lain, melayan telenovela Rosalinda pada jam dua petang. Tabiat lalok melayan telenovela ini berlarutan sampailah apabila kembali ke kampus. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak melepaskan peluang mononton. Sampailah pada suatu hari, pada episod terakhir Rosalinda, saya telah ponteng dari kelas Introduction to Sociology and Anthropology, kelas Mr. Ali Zaman De Gamon. Beliau adalah pensyarah dari Filipina. Saya susah faham dialek Bahasa Inggeris beliau. Akibat ponteng kelas tersebut, saya terlepas “Pop Quiz” pada hari tersebut. Pop Quiz ialah ujian tergempar. Melayang 5 markah saya pada hari tersebut. Lebih teruk dari itu, saya dipanggil untuk sesi kaunseling kerana ponteng kelas.

Tapi Epilog Syurga Cinta bagai memanggil-manggil saya untuk menonton. Watak-watak dalam drama tersebut comel terutamanya Mia Sarah, budak kecil yang keletahnya sangat geram, rasa macam nak cubit-cubit je. Bijak sungguh. Siti Syuhada pula, wataknya ayu, cuma kadang-kadang agak kekok. Suaranya ada iras Siti Nurhaliza. Zizan Nin, my all time favourite, sentiasa cute dengan kelakuan kaku-kaku dalam adegan first time dating.

Tapi, masalah saya ialah, mak saya suka sangat menonton drama Indonesia, Cinta Kirana. Tak berkenan lansung saya. Dah la watak hero terlalu berwajah kebudak-budakan, watak emak kepada Baim tu yang membuatkan saya tak lalu makan nasik. benci betul la. Mak saya pun dah pandai jadi macam saya, suka channel surfing, bila iklan di TV3, dia akan buka Astro Ria, bila iklan di Astro Ria, dia akan buka TV3.tergugat saya dengan Cinta Kirana ni. Konflik Cinta Kirana sudah pun bermula.

ini sinopsis Syurga Cinta:

Irham, pemuda berusia lewat 20-an merupakan anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Puan Sri Mahani, dia membesar dia luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia bersekolah dan bekerja disana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Oleh sebab terlalu lama menetap di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Malah, Alex dan Zainal sering kalah jika mereka bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan misinya.

Melihat ketulusan Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Ihram sebagai kawan dan dalam temph berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim seperti mendirikan solat dan dia merasa selesa dengan tanggungjawab tersebut.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma suka-suka dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki, kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan itu tetapi gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah. Jadi, apakah pengakhirannya? adakah Irham dan Syuhadah akan kembali bersama dan hidup bahagia? Sama-sama kita saksikannya…

 

5 Responses to “Epilog Syurga Cinta VS Cinta Kirana”

  1. mucid Says:

    aii,yeke all time faverett abg jijan nin I tuuu,
    bkn kata x minat ka dgn abg jijan nin I tuu…
    awww…
    heeeeee~~

  2. soksek soksek bercanda Says:

    crita nih pusing2 ke situ jek….
    semua watak ade kaintan…last episod cerita nih mst besh gilerrrr

  3. kynah Says:

    sya pn mnt gler sgt


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s