Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Rasa nak pitam tengok barang buat kuih raya Ogos 23, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 7:00 am

Hari Sabtu lepas, cuaca membahang sejak pagi lagi. Saya dan Maslin telah pun mengikat janji setia akan ke rumah Rini di Felda Mata Ayer untuk tengok baby Rini, Hanania Safiya, dah sebulan lahir ni baru nak tengok.

 Balik dari situ, ayah saya menyuruh saya menghantar saudara saya dari Ban Khau, Thailand ke rumah saudara lagi seorang di Kampung Sena. Aih..kena patah balik, Kampung Sena dekat je dengan Felda Mata Ayer. Ini kali pertama saya tahu saya ada lagi saudara lain di Thailand selain dari bapa saudara ayah saya yang menetap di Ban Na, Selatan Thai.

 Balik dari kampong Sena, saya meredah panas membahang ke Kangar untuk beli barang dan selesaikan beberapa urusan lain. Saya meredah panas membahang tu dengan kereta yang ada penghawa dingin, bukan berjalan kaki tanpa kasut atau selipar dan payung di atas jalan tar.

 Urusan pertama di Kangar ialah menemani kakak saya membeli barang membuat kuih raya di Pasar Mini Yon Hin. Yon Hin ialah sebuah jenama yang sangat di percayai di Kangar dalam menyediakan barang membuat kuih, sampaikan sewaktu saya sibuk-sibuk pilih baju di Butik Kerawang Indah orang cakap pasal Yon Hin dan waktu saya beratur di bank pun orang cakap pasal Yon Hin.  

Saya lansung tak berkaitan dengan aktiviti ini. Saya amat alah dengan cuaca panas dan manusia yang ramai cam semut dalam kedai tu. Yon Hint tu kedekut taik hidung masin, untung berjuta, tapi tak pasang aircond dalam kedai. Panas bukan main.  Kalau boleh saya hanya nak mencari tempat untuk saya duduk dan tidor sekejap di tengah hari tu. Kalau dah tau kedai awak tu laku, sediakan la tempat menunggu untuk para suami, anak-anak dan orang-orang macam saya ni. Malangnya, tiada lansung ruang untuk duduk, apatah lagi untuk melepak sambil main masak-masak.

 Memandangkan tiada aktiviti untuk saya buat, saya hanya tertinjau-tinjau barangan  kegiatan manusia dalam kedai tu. Ades, saya jadi seperti mahu pitam melihat semua peralatan memasak dan bahan-bahan masakan. Saya hanya tahu 10% dari barang-barang masakan. Lagi 90% barangan telah berjaya membuatkan saya terkebil-kebil cuba mengagak fungsi setiap satu barang ini. Ada roller yang bercorak-corak, ada Loyang yang ada kotak-kotak kecil dalam Loyang tu, ada piping yang berjenis-jenis. Untuk bahan masakan pula, lagi la saya pening, ada beratus-ratus benda dan saya hanya kenal tepung gandum, badam, coklat masakan, buttercup dan benda lain yang asas. Ada croquant,food emulsion, overlette, crisco, improver, apa tuh? Haih..

Jadi saya berjanji pada diri sendiri untuk belajar tentang biskut ini menjelang usia anak saya 13 tahun, masa tu dia dah pandai bertanya itu ini. Sekarang, saya belum ada anak lagi, jadi saya target, mungkin dalam masa 16 tahun lagi, anak saya akan berumur 13 tahun. Dalam masa 16 tahun ini, saya akan bersiap-siaga untuk memahirkan diri dengan cukuplah hanya 3 jenis biskut; Tart Nanas, Dark Piping, dan Almond London.

 

6 Responses to “Rasa nak pitam tengok barang buat kuih raya”

  1. Mai Salamin Says:

    wahhh.. heaven nya shopping kat situ… bawalah daku ke sana~~ [tix flt utk bercuti ria kat indera kayangan belum book..huhu. jelajah mkn2…]

  2. mayyaclassic Says:

    heaven? aku rasa macam..errr tamak sangat. macam nak blajar buat semua..especially cupcake. Nanti lah, belajar online.

    • Mai Salamin Says:

      huhu..bila tgk kedai yon hin ni, baru la terjawab persoalan statistik aku. aku telah merumuskan..penjualan cupcake secara online yg dipelopori oleh org2 perlis…sekarang sbb musababnya telah jelas. aku ni duk menjelajah 2-3 kedai buat kek belum tentu jumpa lagi barang2.. tu bapak aku hadiahkan oven sbb aritu buat cupcake n tart telur yg sedap… huhu, buat masa sekarang, tanpa alat2an itu..ayam panggang je la menu masakan aku.

  3. mayyaclassic Says:

    Aaaa, sebenarnya, kedai Yon Hin ni kedai apek yang buruk je, sebelah kedai mangkok jamban je pown…tapi dia lengkap semua barangan buat kuih. Nasib baik aku tak reti buat cupcake, kalau aku reti, habisla stok, orang perlis tak bleh la wat bisnes..

  4. norazah Says:

    alat pengukur untuk kek lapis ada jual tak?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s