Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Bertemu kembali dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Ogos 4, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 9:54 am

Saya tak sabar-sabar menanti tarikh 10 Ogos, tarikh pengisytiharan bermulanya Ramadhan tahun ini oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Ramadhan ialah bulan yang separuh tenang dan separuh ribut bagi saya. Tenang dari segi nafsu makan yang serakah dan tenang melakukan suruhan Allah. Dan Ribut serabut dengan urusan kerja. Sudah ditakdirkan saya bekerja dalam bidang yang membuatkan saya turun padang untuk membantu masyarakat, saya terpaksarela melakukan segala tugas.

Ramadhan kali ini, selain daripada meningkatkan amal ibadat, antara aktiviti yang akan saya lakukan akan mencuba resepi-resepi baru yang saya jumpa di internet. Yang penting, resepi yang tidak memerlukan belanja mahal. Oww, mungkin hanya lapan kali sahaja saya akan memasak;hujung minggu saja. Antara resepi yang saya sangat teruja untuk masak ialah karipap pusing. Kembang kempis hidung saya bila karipap tu menjadi. Saya perlu masak sesuatu yang lebih mencabar, dengan bajet rendah pada tahun ini. heuuuuu.

                                                                                                @@@@@@@@@

Cincin ini menanti-nanti bila akan bertemu teman yang sama design dengannya..

 

4 Responses to “Bertemu kembali dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja”

  1. Mezatol Salamen Says:

    buwekkk….. cepat masak singgang sotong. haa..apakah singgang sotong itu? sila berguru dgn kak long atau mak saya..

    saya pun ada cincin jugak. tapi.. huk..huk..huk… batok la pulak. sambung lepas makan ubat cap ibu dan anak…

  2. soksek soksek bercanda Says:

    cik teepah nk tunang pas raye nih kew??waaaa tahniah

    • mayyaclassic Says:

      Mr. Fared, excuse me, sila jangan buat sebarang spekulasi di sini..sila buat spekulasi di sanaa..sanaaaa tu!!
      Mana da laa..kamu nih!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s