Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan- Perlis 2010 Ogos 3, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 9:50 am

Patriotik I

Saya rasa saya patriotik sejak saya masuk Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) pada tahun 2002 yang mana pada tahun berikutnya ia bertukar menjadi Program Khidmad Negara (PKN). PKSN ialah program yang membabitkan lepasan SPM, dan mengambil masa dua minggu sahaja. seperti biasa, peserta dipilih secara rawak, dan sebenarnya nama saya lansung tidak tersenarai. Dengan terhegeh-hegehnya, saya pergi ke Jabatan Belia dan Sukan dan mohon untuk menyertainya secara sukarela. Sungguh tergedik-gedik.Di sana, saya diajarkan dengan pelbagai tajuk patriotik dan kemahiran lain termasuklah pengucapan awam yang menjadi kemahiran yang paling saya hargai.Di sana, perrkara yang paling saya suka ialah sewaktu menyanyikan lagi Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang. Ya, masa tu,bagi saya,patriotik bermaksud berkumpul bersama-kawan-kawan baru dan menyanyi lagu patriotik dengan semangat,

Patriotik II

Sewaktu belajar di universiti, saat paling patriotik adalah pada waktu menyambut Sambutan Hari Kemerdekaan di Tangga Firaun.Sebagai sebuah universiti yang menjaga batasan terhadap hiburan, kami sentiasa menantikan sambutan sebegini kerana hanya pada waktu begini kami dihidangkan dengan sedikit hiburan, nashid,gamelan, angklung, dan dikir barat yang sememangnya barat;ianya dilagukan dalam Bahasa Inggeris. Bunga api adalah semestinya acara yang ditunggu-tunggu. Aktiviti ini dikendalikan Kelab Wawasan, Kelab pendukung  patriotik di universiti ini. Semestinya, pada masa ini, patriotik adalah pertunjukan bunga api dan kesempatan melepak-lepak hingga tengah malam.

Patriotik III

Untuk sekarang, patriotik bagi saya ialah apabila saya telah mendaftar sebagai pengundi dan mengundi calon pemimpin saya. Dan, sebagai patriotik sampingan, ia bermaksud kelelahan yang teramat lelah dan muka yang terbakar mentari. Gelap.

Saya menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang di Peringkat Kebangsaan di Perlis mewakili Parent Company saya. Sesi latihan membuatkan wajah saya terbakar tanpa belas kasihan. tetapi, ia adalah pengalaman yang berbaloi. Saya paling teruja sewaktu bunga api dipancarkan ke udara. Dalam masa 10 minit itu, saya rasa macam keadaan sekeliling menjadi pegun. Yang ada dan bernyawa, hanya saya dan bunga api yang berwarna-warni.

Ini adalah dua orang perserta perbarisan mewakili Wilayah Songkla pada sesi latihan.

Sesi latihan pada sebelah malam melibatkan pasukan Parachut dari Kem Terendak Melaka..oww, tiba-tiba teringat segala kenangan di Kem Terendak, tempat saya melepak pada tahun-tahun 2006-2007.tempat jatuh lagi dikenang😉

Ini merupakan acara yang saya suka, aksi akrobatik peserta motosikal. Memecahkan rekod 20 orang membonceng 1 motosikal. Menjimatkan, amat ideal untuk keluarga besar yang tak mampu beli kereta atau lori untuk hantar anak ke sekolah.

Saya dapat sepasang kasut hitam Line 7, seluar Line 7, t-shirt putih, topi,berbotol-botol mineral water dan sarung tangan polis trafik.Juga sekotak KFC sebagai rasuah supaya kami tidak menghebahkan pada media bahawa kami perlu berkumpul seawal jam 3 petang pada hari kejadian, tetapi hanya perlu berkumpul semula pada jam 7 petang. Dasar yang tak menggalakkan umat bersolat maghrib. Oww, dapat jugak cuti 1 hari dan claim milage.

Ini beliau yang poyo!!

 

6 Responses to “Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan- Perlis 2010”

  1. Mezatol Salamen Says:

    anda seorang patriot!!! —> Hari Kemerdekaan hampir tiba… kete dah pasang Jalur Gemilang ka?

  2. mucid Says:

    program sampingan yg dapat mnguruskan badan..
    heee~~

  3. hannan Says:

    sy pon p jugak… wakil PLKN Sintok UUM…heheeehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s