Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Lagenda Budak Setan Jun 15, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:08 am

Saya tak merancang untuk  bergedik-gedik menonton Lagenda Budak Setan di layar lebar. Saya mahu menonton Karate Kid yang lincah dan comel tu. Jaden Smith, walaupun masih di bawah umur, tapi dia ada karisma sendiri; bak budak-budak comel yang sedang tarik tangan saya untuk beli aiskrim di funfair, saya tersihir. Tapi, akibat ketiadaan tiket;tiket ada tapi depan sekali,posisi yang boleh menyebabkan trauma di leher untuk dua hari, saya memilih untuk menonton LBS di GSC Mid Velley tayangan jam 12.15 malam.

Lepas makan (baca:melantak) pizza,saya dan Mai Salamin terus beratur dan berjalan lambat-lambat macam siput bab1 untuk mendapatkan tiket. Masih belum buat keputusan muktamad, sehingga tinggal 1 pasangan sahaja lagi di depan kami, kami telah pun bertentang mata mengangguk2 takzim dan sepakat menonton LBS. Dapat tiket, kami terus naik ke Cititel, zzz sampai jam 11.50 pm.

Tepat jam 12.18 am kami masuk, lewat 3 minit sebab tunggu sorang kawan lagi. Roh LBS terus meresap sebaik kami masuk dalam hall. Jalan cerita agak menarik, tapi selepas adegan percintaan antara Kasyah dan Ayu, seluruh jalan cerita adalah tentang ayer mata. Baru je Kasyah membelakangkan Ayu untuk pergi melunaskan kajian untuk pengajian, Azmi terus muncul membawa bala bencana maha dahsyat dalam hidup Ayu.

Bermula dengan terpaksa bernikah dengan Azmi tanpa rela,dia didera perasaan akibat diabaikan Azmi. Pendek cerita,tragis.

Penghujung cerita adalah amat kurang menarik, bila Ayu bertukar watak dengan pelakon baru yang saya tak kenal, kaku sungguh. Mujur lah kehadiran watak Fazura sedikit mencantikkan jalan cerita.

Dan di akhir cerita,saat melangkah keluar dari pawagam, seperti tipikal Melayu yang lain, saya merasakan bahawa apa perlunya saya membayar RM12 untuk menonton filem ini sedangkan saya boleh muat turun secara percuma selepas 2 3 minggu filem ditayangkan ;p

Oww, satu bahagian yang saya amat suka dalam filem ini adalah foto-foto Ayu yang kononnya dirakam oleh Kasyah. Menarik sungguh. Artistik.

Bahagian kedua yang saya suka tentunya runut bunyi filem ini:Bila cinta oleh Filianti Vlee ( who’s she?)

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

 

5 Responses to “Lagenda Budak Setan”

  1. soksek soksek bercanda Says:

    LBS satu filem yg paling besh of da besh…..
    rugi bayo rm12 sdgkan leh sedut 2’3 week pas filem nih di tayangkan??
    haha rase nyer berbaloi kot g tgk kat wyg banding tgk kat umah.

  2. mayyaclassic Says:

    Fared, best. cerita pun indah..cume…huhu

  3. Mai Salamin Says:

    Setuju! ..dengan pendapat tetang karya fotografi yang artistik tu..

    Setuju! ..dengan jalan cerita yang hambar, pelakon yang kaku dan…. seperti memerhati layar lebar yang hanya umpama lohong kosong di tengah cerita, selepas babak kasyah pergi menjalankan tugasan..

    Setuju! ..fazura mengembalikan mood untuk menonton selepas babak yang dok-tau-nok-ghoyak-guano-boseyynyo- [you might need the kelantanese dictionary to understand this sentence]. go fazura!!!

    Walau apapun, kami nak tengok Karate Kid!!! wuaaaaaa….~

    -BiB-

  4. mayyaclassic Says:

    huhuhu..sebenarnye mye, ia tak lah membosankan(suasana dalam pawagam, bukan jalan cerita),aku dah bagi ko chance untuk tak bosan pun, ko yang tak reti memanipulasi kesempatan yang ada…keh keh keh.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s