Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Kamu ada tak rasa seperti saya? Jun 15, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:39 am

Kalau betul kita berkongsi perasaan yang sama

Tentu semua akan rasa apa yang saya rasa

Dulu-masa tadika, Bila Mazrin aka Pak Itam tolak saya dari atas papan gelongsor,

Sampai berdarah lutut saya,

Saya sekadar sepak dia kat perut,

dan saya terpaksa menjawab dengan emaknya hal sebenar,

Bila dia jerit sakit,

Saya gelak,

Tapi, bila kawan baik saya sendiri patahkan mata pensel yang dia pinjam dari saya

Saya jadi sedih, Sampai hati dia rosakkan pensil saya, Saya sayang dia, tak nak marah dia,

Saya simpan dalam hati

Masa di sekolah rendah, bila budak nakal kelas sebelah tarik tudung saya sampai terlucut semua

 Saya setakat jirus dia dengan bekal air milo suam yang saya bawak biar baju dia basah, biar melekit-lekit

Tapi, Bila kawan baik saya enggan ajar not-not lagu Bunga Melur dengan menggunakan accordion, 

Saya kecewa sangat rasa macam tak nak belajar muzik lagi dah untuk seumur hidup

Hakikatnya, saya memang tak pernah belajar bermain muzik setelah itu.

Bila zaman menginjak dewasa,

Di universiti,

Saya lansung tak ambil peduli kalau Prof Ataul Haq si kuku besi yang mengajar subjek Introduction to Economic 1 itu memanggil saya ke depan kelas dan menjelaskan pada semua kenapa saya hanya meletakkan tugasan di atas rak di luar biliknya, dan bukannya menyerahkan ke tangannya sendiri. Pensyarah pintar dari Bangladesh itu merah menyinga matanya bila saya beralas-alasan yang tak munasabah di depan 30 pelajar lain. Malunya saya dimarahi.

Tapi, sungguh, saya tak segan dan saya tak ambil hati dengan hal itu. Tapi saya sangat terasa hati bila saya kawan baik saya tak memberi maklumat bahawa kelas Media and Muslim Society dibatalkan pada hari itu.

 Sedangkan tidaklah membazir masa dan tenaga pun, sebab jarak kelas saya dengan kolej kediaman hanyalah mengambil masa 5 minit perjalanan.

 Saya simpan rapat-rapat dalam hati rajuk saya itu.

Hari ni, bila ada orang yang dengkikan saya, menyepak, mengkarate, menikam, dan memfailkan saman terhadap saya, saya hanya tersenyum dan mengharapkan Allah beri kekuatan untuk saya bangkit.

Dan sekarang saya terus bangkit dan lari dari mereka dengan seolah-olah berlari di atas travellator.

Tinggalkan si pendengki itu sejauh-jauhnya.

Tapi bila orang yang saya sayang membalas email saya dengan font arial bersaiz 14, dengan penjelasan yang panjang lebar siap dengan tanda soal di hujungnya, tiba-tiba hati saya terus mengecut,

Tonik untuk hati Al-Jabbar takkan mampu lagi mengembangkan semula hati saya.

Hati jadi kecik. Bukan saya marah, tapi saya rasa sebak.

Bukan juga sedih, tapi saya rasa bersalah kerana membiarkan orang yang saya sayang rasa serba salah kerana saya. Sentap.

Normalkan perasaan ini?

 

7 Responses to “Kamu ada tak rasa seperti saya?”

  1. anyssafryn Says:

    hahaha~ tak rock ar sentap2 nih..huhuhu main hoon na =P

  2. Mezatol Salamen Says:

    apa yang saya temui melalui penulisan ini ialah.. anda seorang berjiwa halus. sensitif. tahap sensitiviti anda semakin menjadi-jadi apabila ianya melibatkan seseorang yang anda kasihi dan berada di hati..seperti..’kawan baik’ anda sendiri…di mana kasih itu ada. what’s more if your❤

    [penggunaan *anda* adalah untuk merujuk kepada pihak kedua yang tidak dikenali atau umum…miahahahaha…. inilah….komentar aku yang paling sengal..!!!!—-dush]

    -BiB-

    • mayyaclassic Says:

      Ader aku soh ko wat ulasan tentang jiwa aku camne? Yang pasti aku tak minat Khalid Mohd. Jiwa

  3. Ade aku kisah..?! ujar makcik mary…

    Yerr la cik tip, keje i buat write up je…dan menunggu owam tu jadi seniorita..baru leh dapat “Fish Spa” kan…time tu leh la pakai sandal lawa2..kaki “sepah” dah di “spa” kan oleh ikan-ikan…yg akan mati boncet pewot sbb makan banyak sangat sel2 eperdemis..tapi kalau kaki lawa tapi mukanya plak “sepah” ..adekah wujudnya keperluan untuk kene pi spa kat sooka sentral tingkat 3 tuh atau mampir ke kaunter2 MAC dan Clinique yang terdekat…?~~ soalan ini sengaja ditinggalkan…

  4. mayyaclassic Says:

    Kena..kena. Yer, kita kena mampir ke kaunter-kaunter barangan mewah dan spa..lagi bagus kalau aku dapat pergi ke London Weight Management

    • hahaha.. hoiihhh..i loike that luxorious idea. saya lagi prefer kita main squash yang meng’addict’kan itu..—->sebenarnya main pukul bola ke dinding secara membuta tuli. penat belarian. tapi peluh dan endorphin iaitu hormon bahagia merembes keluar dan memberi kegembiraan dan pengurangan lemak.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s