Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Hari ni saya nak lompat tinggi-tinggi Mei 27, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:04 am

Saya rasa nak lompat tinggi-tinggi sampai ke awan. Kalau boleh saya nak lompat tinggi sampai keluar dari ruang graviti. mahu terawang-awang di kawasan graviti sifar. Agar dapat melihat seluruh cakerawala yang berjiran dengan bumi;yang selama ini kita hanya mampu melihat bulan. Marikh, Zuhal,Utarid semua tu, saya tak tahu pun lokasi mereka di mana walaupun pernah hafal masa di Tingkatan 1 dulu. Saya nak saya rasa ringan satu badan, terbang bebas, jika perlu pakai kasut itik untuk menambah kadar rintangan angin pun, saya akan pakai. Biarlah,saya sorang sorang.

Saya ada tabiat suka berada di tempat tinggi. Rumah saya rumah kayu dan batu dua tingkat, saya suka menjengah ke luar rumah dari tingkap atas, dimensi penglihatan lebih luas. Kampung saya, Guar Tinggi, daerah Titi Tinggi. Tinggi belaka. Anda tak tahukah bahawa guar itu bermaksud bukit yang kecil, tak tinggi mana. Saya tak ada pengiraan spesifik berapa tinggi. Dulu, dari atas guar itu la saya, dan sepupu saya Anim, selalu lepak. Ataupun, ada adik saya, atau, adalah satu nilai tambah sekiranya ada sekumpulan anak-anak dari Perkampungan al-Arqam berdekatan melepak sambil berlatih nasyid di atas guar tersebut. Merdu shahdu merayu-rayu. Saya suka. Dari atas guar itu, saya dapat tengok segala sawah bendang, Empangan Timah Tasoh Ladang Tebu dan segala apa yang saya dapat lihat hingga ke penghujung horizon.

Saya juga suka panjat gunung di sana dini hingga kaki saya tercedera akibat terjatuh. Hingga itu, saya tak mendaki lagi.

Saya suka ke Genting Highland. Bukit, nyaman dan sejuk.Tinggi.Saya suka Solero, sebab tinggi, saat jentera sampai ke tahap paling tingg, saya rasa nyaman, dan setibanya saat solero menghempas saya ke bawah beberapa kali, saya rasa seperti jantung saya tertinggal di atas sana, sedangkan nyawa saya merasa seperti 2 detik jaraknya dari soalan pertama Mungkar dan Nakir, “Maa Rabbuka”.

Saya juga suka Tanah Tinggi Cameron, lagi sejuk, lagi nyaman dan lagi ada seperti perasaan terbuai-buai seperti video klip kumpulan Terra Rossa; Bunga Angkasa. Kenangan yang akan saya bawa pulang dari Cameron ialah si puspa Rose yang akan saya keringkan dan warnanya kekal cantik. Saya sayang, tapi saya dah buang.

Sekarang saya suka sensasi kelajuan dan ketinggian kapal terbang yang berupaya membawa saya tinggi..Saya dapat melihat seperti Google Maps.

Hari ni, saya suka mahu lompat kerana, kesakitan di kaki saya sudah berkurangan.

Dan perkara kedua saya mahu melompat ialah kerana keserasian kerja saya di sini. Tadi saya mengira MVI- Media Value Index, iaitu perkiraan untuk mendapatkan nilai berita di Suratkhabar arus Perdana di Malaysia ( Perdana, Harakah, Roket, Mistik itu semua tak termasuk ye) serta media lain seperti Majalah dan Televisye). Cara kiraannya adalah jumlah kolum x tinggi (cm) x media rate ( berbeza untuk setiap surat khabar) + Color Surcharge. MVI sejak saya bekerja di sini adalah 100% meningkat berbanding sebelum saya bekerja. Ini adalah kepuasan.

Saya mahu lompat. Iyahhhh iyahhhhhh iyahhhhhhh. Tak sampai jugak ke cakerawala. Bersyukur la masih di bumi. Di cakerawala tiada Cream Karamel sedap!!!

 

2 Responses to “Hari ni saya nak lompat tinggi-tinggi”

  1. saffian ismail Says:

    siapakah anda? sy berada dlm nada athirah pd penghujung Al Arqam tranfer from bt hampar

    • mayyaclassic Says:

      Salam En. Saffian.
      Saya adalah saya! Saya tinggal berjiran dengan perkampungan Al-Arqam Bukit Chabang dulu-dulu. Tapi sekarang hanya tinggal kenangan. Kawasan tu pun dah bersemak samun. Masa Al-Arqam diharamkan, saya baru dalam darjah 6. Dan sempat bersekolah dengan beberapa anak al-arqam yang terpaksa bersekolah di sekolh kebangsaan selepas pengharaman.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s