Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Rakyat Malaysia dan Makan Mac 18, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 2:12 pm

Pernah ke dengar penduduk pribumi Malaysia tercinta, sejak tahun saya dilahirkan, 1984, mati sebab kebuluran?Saya rasa tak pernah, kalau ada pun, ia adalah kes-kes terpencil seperti bila si Ibu  keluar makan-makan bercanda ria dengan si Ayah, lalu terlupa memberi susu kepada bayinya yang ditinggalkan di rumah atau si Tua, nyanyuk, masuk ke hutan mencari madu lebah tualang di sebuah hutan di Sik atau Baling, sesat, dan lebih tragis, lansung tidak membawa makanan, lalu mati kelaparan. Ah, tapi mengarutlah, teramat jaranglah kes kes macam ni wujud.

Yang selalu kita dengar rakyat Malaysia yang mati cepat sebab tercekik, terlebih makan lemak dan gula.

Adapun saya terbaca dalam The Edge Januari lalu, bercerita tentang makan. Diceritakan bahawa Rakyat New York sekarang ni, merasakan bahawa tabiat memakan seperti apa yang rakyat Malaysia makan adalah sangat tak cool atau dalam bahasa mudah faham:makanan yang kita masak sekian lama, yang kaya dengan rempah-rempahan, santan-santanan,rencah-rencahan mak nenek tu adalah tidak relevan lagi dengan kehidupan sekarang.

Tabiat makan yang cool, menurut pengikut Barack Obama ini ialah makan seperti yang diamalkan oleh manusia prasejarah. Makan dengan cara paling minimal. Maka amat bertepatan dengan prisip yang digambarkan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan malam.

Kan manusia zaman pra sejarah berburu binatang, menggunakan batu, yang hanya mungkin seminggu sekali dapat menangkap landak, rusa, kuda, gajah, nyamuk. Cikgu sejarah dan Geografi saya bersepakat bahawa, kalau dapat landak atau rusa mereka akan makan dengan keluarga primer sahaja. Tetapi, kalau dapat tangkap gajah dan nyamuk, mereka akan menjemput keluarga sekunder untuk sama-sama melapah hati gajah, kalau dapat tangkap nyamuk, mereka akan sama-sama cicah hati nyamuk tu.

Binatang yang ditangkap itu akan dimakan dengan cara yang paling miskin iaitu dengan makan mentah atau bakar. Tanpa garam, tanpa rasa. Api pun dinyalakan dengan melagakan batu, dan mereka amat gemar batu api. Sementara menunggu untuk dapat tangkap menatang yang seterusnya, mereka akan berpuasa. Tidak wujud istilah bank makanan pada masa tu. Tetapi, mungkin mereka mengamalkan adat bertandang ke rumah jiran untuk pinjam sedikit makanan, seperti Cik Zakiah yang selalu bertenggek ke rumah jiran dia untuk pinjam belacan dan asam keping beserta janji-janji palsu untuk bagi balik komoditi tersebut.

Sayuran pula, tak pernah diusahakan untuk ditanam, baik secara hidroponik atau tanahponik. Semuanya dikutip segar dari ladang. Makan time-time tu jugak. haishhh. Senangnya hidup.

Saya fikir, kalau benar rakyat New York mula amalkan cara makan sebegini, En. Kolonel dan Badut MacDonald akan meraung-raung merayu rakyat NY supaya pergi makan KFC dan McD. Kempen makan percuma akan dilakukan setiap minggu. Syurga. Tapi, di sebalik kenyataan angkuh para cerdik pandai NY tentang makan secara manusia prasejarah ini, saya amat percaya, tak mungkin si Pelahap yang tak pernah cukup makan sebiji BigMac saiz besar dapat meninggalkan tabiat makan berteman syaitanirrajim tu.

Rakyat Malaysia apatah lagi. Kalau makan ikan stim yang sihat, mesti berteman sayur Pak Choi yang berminyak likat. Kalau makan tom yam yang direbus, mesti berteman Sotong Goreng tepung. Kenduri, tak pernah la jumpa makanan tanpa rempah mewah, minyak, santan. Mampu ke rakyat Malaysia makan seperti manusia prasejarah? 

Saya meminjam kata-kata penulis The Edge tersebut, ” But, seriously. Is chicken that isn’t in rendang or pork that isn’t in bak kut teh worth eating?can you ever give up the assam in the assam fish? Didn’t think so.”

———————————————————————–@@@@@————————————————————————————-

Terlanjur cerita bab makan, saya mahu berkongsi tentang apa yang saya makan tadi. Semalam, saya berjalan-jalan di pasar malam Stadium Utama Kangar, saya ternampak benda ni, namanya mieng kum.

Photo credit to www.enat.media.com. Saya tak sempat ambil gambar mieng kum yang saya beli tu, dah selamat makan. Terlanjur bercerita tentang makanan zaman pra sejarah, mungkin makanan ini adalah salah satu dari apa yang orang zaman pra sejarah yang sedikit moden makan.

Terpengaruh dengan darah keturunan dari negara gajah putih yang mengalir dalam tubuh saya, makanan Thai memang tidak dapat dipisahkan dengan saya. Mieng Kum ni saya mula kenal hanya sejak 5 tahun lepas, tapi hanya sekarang saya boleh makan benda ni selalu. Dulu sangat terhad. Hanya ada di pasar di sempadan Thai atau memang di Thailand. Sekarang baru ada terjual di pasar-pasar pagi dan pasar malam. Biasa dimakan sebagai appertizer, makanan ni amat unik dan tak akan simply dapat diterima oleh sebarang tekak. tekak tanpa perasaan seperti saya mudah saja dapat telan benda ni. Sebab apa? tengoklah kombinasi ramuannye. ok, saya list kan

1) Daun kaduk, pernah makan? rupa macam daun sireh, rasa dia sedikit pelik, pahit, berbau unik, tumbuh melata, tak sungguh tak kata.

2) Halia dipotong dadu kecik kecik dalam 4mm x 4 mm

3) Kelapa, diracik halus, di goreng tanpa minyak

4) Udang kering tanpa kulit

5)Limau nipis dipotong dadu bersekali dengan kulit

6) Kacang tanah, goreng

7) cili padi, dipotong nipis

8) sos-rasa manismanis sebab gula kabung versi Thai atau Nam Than, masin sikit. sedap.

Cara makan dia senang, ambil daun kaduk, lipat macam kon kacang goreng tu, kemudian masukkan serba sedikit semua bahan bahan di atas. kemudian letakkan sos tadi. lipat balik kon tu, makan, macam orang tua-tua makan sireh. Pejam mata dan nikmati kepelikan aka keunikan rasa campuran bahan-bahan tadi, dimulai dengan rasa manis sos, sensasi kacang goreng, kerangupan kelapa racik goreng, kemudian, rasa halia dan limau nipis mula menyengat lidah, diakhiri dengan pedas.

Ahhh, sungguh mencabar deria rasa.

 

5 Responses to “Rakyat Malaysia dan Makan”

  1. diysrum Says:

    cik tip, kt mana butang ikon suka, xde pn?

  2. mayyaclassic Says:

    butang ikon suka apa?ntah cari la celah celah tu

  3. mak cik onah Says:

    aku suke bc ko punye blog..
    arini aku terbace sal makan daun kadok tu.. aku pernah sekali je makan mcm tu..2thn lepas.. kt opis sblah opis aku.. sedap.. tp la ni payah tul aku jupe..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s