Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Bila saya akan hilang rindu pada UIA? Mac 17, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:00 am

Saya tidak tahu haiyawan apa yang merasuk saya supaya saya tidak dapat melupakan taman ilmu dan budi ini. Saya menjadi angau untuk menyedut udara nyaman UIA. Semua tempat tempat di UIA adalah kenangan. Biarlah, kamu kata saya jiwang pun tak apa. Yang penting saya memang terlalu obses dengan UIA seperti gadis-gadis Melayu Malaysia yang semakin obses untuk mengandung anak luar nikah lalu membuang bayi-bayi mereka. Dan obses seperti wartawan-wartawan yang tak pernah jemu menyelongkar tong sampah untuk mencari bayi-bayi yang dihurung semut atau anjing untuk mensensasikan cerita dan me’laku’kan akhbar mereka.

Kesempatan yang ada membuat saya dengan tanpa segan silu menaiki LRT ke Gombak dan terus ke UIA. Di sana, saya jumpa kawan saya Ijan, sembang, makan sate ikan kering, makan Marshmellow, makan tandoori mamak, jalan ke kolej Nusaibah. Sepanjang jalan, saya mengutip balik memori-memori yang saya tinggalkan selama setahun lebih saya tinggal.

Anekdot tentang saya dan UIA

Pertama, Cultural Activity Centre- CAC adalah tempat pertama saya mendaftar masuk dan tempat pertama menyaksikan saya bergelar pelajar Universiti. Percaya atau tidak,  hari pertama saya di universiti saya hanya membawa 1 bagasi Polo sederhana besar dan 1 beg galas. Tanpa ada baldi, hanger, anak patung, bantal busuk, sabun basuh, keropok mamee, cermin muka, kepit kuku, dan segala senarai lain. Dan yang paling terkesan di hati ialah, tanpa ditemani ibu-bapa. Saya mendaftar di universiti dengan menaiki bas dari Perlis, dan bertolak ke UIA dengan teksi sahaja bersama seorang kawan. Ada budak-budak sekarang buat macam tu? Selain tempat saya mendapat ijazah, CAC juga turut menjadi tempat tidur tak rasmi saya apabila saya kerap menjadi komiti untuk minggu orientasi junior(baca:minggu buli junior) dan saya paling selalu menjadi komiti katering dan sukan dan rekreasi.

HS Building: Tempat yang menyesatkan saya dan kawan-kawan pada minggu pertama orientasi. Mencari pejabat itu dan ini. pening. Akhirnya saya jatuh sayang pada tempat ini. Tempat berdiskusi dalam halaqah, debat, mesyuarat, gaduh-gaduh manja dengan geng-geng public relations class 2004-2008, dating-dating dengan tot tot tot.

Sultan Ahmad Shah Mosque: Tempat sembahyang tentunya. terletak di tengah-tengah UIA. Jantung dan nadi kami.juga tempat tidur tengah hari kami. Serta, tempat belajar menguruskan jenazah.Pernah juga disebabkan terlalu mengantuk, saya pernah keluar dari kelas seolah-olah hendak ke washroom, tetapi saya terus menuju ke masjid untuk tidor. Miss yang tolong ambil semua buku saya. Terima kasih Miss Misbah.

Kafe Ekonomi: Tempat saya dan Miss selalu dating sebab ada Wifi. dan tempat saya dan Miss usha seorang budak cool.

Main Stair: Ataupun dipanggil tangga Firaun, tempat kami berkumpul sebelum bertolak ke tempat-tempat program, tempat berlansungnya sambutan kemerdekaan, tahun baru, tempat persembahan kesenian dan sebagainya. Tempat duduk penonton tentunya atas tangga firaun itu lah.Dan tempat wajib bergambar di UIA.

Female sports complex: Satu-satunya tempat awam di UIA yang membolehkan pelajar perempuan memperagakan fesyen rambut Saloma, rambut Ella, atau rambut tebuan. Hanya wanita sahaja bileh masuk, jadi, kami bebas. saya suka main squash di sini.

Convest hill:  Di sini ada tempat untuk drift kereta. happening. Jika musim konvokenyen, sangat meriah. Kalau bukan musim konvokesyen, pun, happening bagi saya sebab terletak di atas bukit, dingin sekali di waktu malam, atau selepas hujan. Dan boleh nampak Genting Highland dengan jelas dari sini.

Persekitaran secara umum: Mungkin disebabkan UIA adalah taman ilmu dan budi, suasananya amat lain benar dengan mana-mana tempat lain di dunia ini. kemana pun saya, saya tetap rindu suasana ini.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s