Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Andrea Hirata menyihir saya Mac 17, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:02 am

Andrea Hirata itu, menurut saya, seperti phoenix bangkit dari kubur. Dia seakan-akan berdiam menuntut ilmu sihir pada tahap langit ke-tujuh. Berdiam diri menuntut dari guru-gurunya, yang mungkin ( saya rasa) adalah dirinya dan laluan hidupnya sendiri. itu mungkin guru terbaiknya. Kemudian, dia bangkit, meledak, dengan satu persatu sihir yang memukau si pendahaga karya sederhana untuk orang sederhana seperti saya. Namun, sasaran Andrea meleset sama sekali, kerana karya-karya dia bukan untuk orang sederhana sahaja, tetapi di peringkat antarabangsa semua pun telah tahu tentang penghasilan sihir melalui kata-kata yang ditaip di atas kertas; novel.

Rakyat Malaysia, kecuali yang tinggal di dalam Gua, bercawat dan memburu binatang dengan batu, dengan muka berarang dan berkulat tak pernah disentuh facial foam Clinique, tentu pernah mendengar lagu Laskar Pelangi oleh Nidji. Lagu itulah yang membawa saya kepada penemuan saya dengan Andrea Hirata. Bermula dengan lagu, saya mula mengenal filem Lasykar Pelangi. Ayah saya kalau tonton filem ini, tentunya akan cukup teruja kerana sekolah ayah saya dulu sama seiras dengan keadaan sekolah Muhammadiyyah dalam cerita tersebut. Kekampungan, kekurangan,kedhaifan, kenaifan.

Watak Ikal, Lintang, Mahar, A Kiong, Harun, Sahara, Flo, dan kawan-kawan terus membawa saya kepada Sang Pemimpi, Maryamah Karpov, dan Edensor. Semuanya, menarik, bersahaja. Desa Gantung, Belitong Timur, sangat hidup digambarkan dalam cerita ini, seperti saya dibawa oleh mesin masa ke sana.

Dulu, mula mula saya dengar nama Andrea Hirata melalui hanakirana.com . Saya membayangkan Andrea Hirata itu, anak kacukan Jerman dan Jepun.Andrea macam nama perempuan Jerman, dan Hirata nama lelaki si Jejaka Sumo bercawat. Tetapi, melalui Maryamah Karpov, dalam satu adegan, ibu si Andrea menyuruhnya untuk mengulang nama Hirata berkali kali. Hasilnya,”Hirata,Hirata,Hirata,Hirata,Hirata,Hirata,Hirata,akhirat,akhirat,akhirat”.”Nah, sebab itu lah aku namakan kau Hirata, dekat sekali dengan akhirat, melekat dengan namamu, jadi jangan sesekali kau buat kerja bodoh tu Ikal”.

Saya sangat sarankan pada semua yang ingin tahu apa itu sederhana untuk membaca hasil ilham Andrea Hirata si Ikal Mayang ni.

 

5 Responses to “Andrea Hirata menyihir saya”

  1. soksek soksek bercanda Says:

    aku da mule membace setiap karya andrea hirata nih….

  2. mayyaclassic Says:

    fared!!kamu? kamu baca novel?ish! tak caya tak caya!
    huhu. Kamu mana ada jiwa novel!!!

  3. soksek soksek bercanda Says:

    bace la..tp yg jiwang2 jgn harap la…

    baru nih 3 novel beli…

    adam,laskar pelangi ngan paling baru semangat hutan…

    klu yg jiweng2 bagus tgk tv jek

  4. soksek soksek bercanda Says:

    watak lintang paling besh!!!

    • mayyaclassic Says:

      Hoh, Adam & Semangat Hutan tu dah lama laaa, suka a tu, cita pasal Sabah ja.
      Tau tak i baru beli 1 lagi novel Baru dalam trilogy Laskar pelangi tu jugak, Sang Pemimpi. Lagi best giler. Baca page 1 je pun dah gelak tergolek-golek


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s