Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

semua tentang saya sahaja. Dulu vs Sekarang Mac 3, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:03 am

Dulu: saya baca buku setiap hari. Otak saya ligat berfikir dan mampu berhujah tentang apa yang saya baca dengan kawan-kawan, pensyarah, pegawai perhubungan awam, Makcik Cleaner dan ayam-ayam belaan jiran saya.

Sekarang: Saya baca majalah hiburan atau majalah gaya hidup. Saya lansung tak kongsikan apa yang saya baca dengan orang lain.Kedekut.

 Dulu: Akibat kena paksa baca suratkhabar dan bentangkan apa yang dibaca dalam kelas, saya menjadi ketagih membaca suratkhabar dan sanggup baca pembungkus nasik lemak jika tak dapat baca suratkhabar terpaling baru.

Sekarang: Sejak saya bekerja di sebuah syarikat Perhubungan Awam dan kerja saya sekarang ni, saya baca 6 suratkhabar; BH, Utusan, NST, The Star, The Edge, The Sun,  atau dengan tambahan Kosmo, Sinar, dan Harakah pada hari-hari tertentu.Saya mau muntah hijau dan oren, saya hanya baca tajuk sekali lalu, dan  update berita berkaitan setiap pagi kepada bos. Saya tidak tahu lagi apa yang terjadi pada dunia. .tak sempat baca, akibat lambakan infomasi.

Dulu: Saya menghabiskan hujung minggu saya dengan dengan aktiviti kembara; masuk berdakwah ke kampung-kampung orang asli, menjelajah pulau dan bukit, menghabiskan masa di Pasar Seni melihat pelukis berkarya dan pencinta seni berbusking, mengikuti pertandingan drift dan paling kurang, mandi manda di hutan lipur.

Sekarang: Saya menghabiskan masa dengan teman terakrab, menjelajah Perlis dengan kamera, memasak dan kemas rumah, keluar jalan-jalan dengan keluarga, tidor, tidor, dan tidor. Dan sesekali keluar dengan teman-teman yang pulang bercuti.TV pun dah jarang tengok.

Dulu: Saya ada banyak masa tapi saya enggan belajar rajin rajin, saya mahu kerja. Saya mahu ada duit, saya mahu beli jeans Levis dan baju suit Nichii.

Sekarang: Saya hendak kembali belajar, saya mahu bergelumang dengan buku dan thesis dan tugasan. Sekarang saya ada duit, tapi saya tak beli  jeans idaman dan baju suit Nichii pun, saya tiada masa.

Dulu: Saya tiada kebebasan bergerak ke sana sini. Perlu naik bas, komuter dan lrt. Naik bas express sampai sakit pinggang dan badan. Saya terlalu ingin terbang ke Sabah, Kundasang lebih tepat.

 Sekarang: Saya bebas terbang ke sana sini dengan amannye.Ada VivaElite chomel yang sedia berkhidmat. Penerbangan Mas pun dah murah. Kelas ekonomi pun takpe. Saya memang suka.Tapi, saya tak sempat ke Sabah lagi.

Saya tahu, saya dah tak boleh toleh belakang lagi, sekarang, saya yang perlu cipta suasana dan keadaan agar lebih baik dari dulu. Saya mahu kawan yang ramai, saya mahu masa yang banyak, saya mahu motivasi yang tinggi, dorongan yang jitu, tunjuk ajar yang berkesan, dan senarai senarai lain( baca:and the list goes).

Saya juga sayang diri saya!

Kerana sebahagian dari saya ada Iman, Keluarga, Mursyid, dan teman-teman.