Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Sekali sekala jumpa, ada macam macam cerita ceriti Februari 21, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 2:29 pm

Ummu memang!!! dia nak jumpa kawan-kawan sempena dia balik cuti kat kampung! tapi, saya pulak kena masej orang lain, ajak jumpa, mujur di TokMek saja. Dekat. senang saya nak pergi.

Jarang sangat dapat jumpa dengan kawan-kawan memang membuat saya rasa teruja, macam mendapat aiskrim jagung di waktu petang yang membahang. Dan, Ya, Perlis, spesifiknya Chuping pernah mencatat suhu terpanas di Malaysia minggu lalu, 36 darjah celsius.  Dan, sekali lagi, itu bukan lah sesuatu yang membanggakan ok.

(1)

Dah masing-masing berjumpa, macam macam cerita keluar. Antara yang paling diingati  adalah peristiwa masa di Tingkatan Empat tahun 2000;dah 10 tahun berlalu.Cerita ni membabitkan dua orang cikgu. 1. Cikgu Lamin Joe adalah cikgu yang terkenal dengan sifat keterbukaan, kelancangan, kelawakan, garang bertempat dan keikutsuka hatian. Saya paling suka dia mengajar subjek Ekonomi. Sampai ke Universiti pun saya suka subjek Intro to Ekonomi, 2. Cikgu Dina pulak adalah sangat  tegas. Ingatkan dia tak akan ajar saya lagi setelah habis tingkatan 1,dia ajar Matematik. Rupanya bertemu lagi dalam subjek Prinsip Akaun di Tingkatan Empat dan Lima. Identiti yang paling diingati ialah dia tidak pernah lupa mengheret pembaris panjang besi( Sebenarnya si pembaris panjang adalah fokus utama cerita ni), sapa buat salah mmg kena la sedas-dua di jari.

Drama lawak tragis ni berlaku apabila Cikgu Dina mewajibkan semua pelajar mesti ada pembaris panjang(Buku Log akaun tu kan panjang,so kena la guna pembaris panjang). Jadi, pada waktu rehat tu, kami semua pergi koop untuk dapatkan objek berharga 2osen tersebut. Selepas waktu rehat adalah waktu subjek ekonomi. Semua pelajar termasuk amoi-amoi-tak-mandi-pagi dah berada dalam kelas kecuali empat orang pelajar, Shuib, Soud, Sapi’e dan Sopi ( semua bukan nama sebenar, ampunnn). Dah 10 minit berlalu baru masuk kelas, apa lagi, kena la tahan dengan pihak berkuasa tempatan, Mr. Lamin Joe. Drama pun bermula(ada sedikit olahan)

Lamin Joe : Hampa mai dari mana?lambat masuk kelas!

4S: Kami pi Koop cikgu

Lamin Joe: Tak kan pi koop je pun, lambat sampai 10 minit?

4s: errr, pastu, kami pi tandas cikgu

Lamin Joe: Beli apa kat Koop

4s: pembaris panjang

Lamin Joe: Buat apa pembaris panjang?

4s: Cikgu Dina suruh beli

Lamin Joe: Lepas tu buat apa pi bilik air?bawak pembaris pulak?Nak ukur sapa ‘punya’ yang panjang?

4s: ish, mana ada cikgu

kelas semua gelak berdekah dekah dekah

Lamin Joe: alaaa tak yah guna pembaris, dalam hampa semua 4 orang ni, aku dah boleh agak dah sapa pemenangnya. (Dengan mata sinis, Sambil merujuk kepada si S yang seorang lagi yang bersaiz badan extra dari yang lain)

dekah dekah dekah

Haiihhhh, kalau la cikgu zaman sekarang buat lawak macam tu,mau kena report dengan pengetua!Aku percaya semua budak kelas 4B, tahun 2000 akan ingat cerita ni sampai bila2.

(2)

Jom berkenalan dengan kawan-kawan saya.

Tudung coklat: Fiza; kawan saya sejak zaman saya pakai shortskirt lagi, err maksud saya, zaman tadika. sekelas sejak tadika hingga ke tingkatan 1. lepas tu, seasrama pulak. Dulu, masa zaman saya takda lesen mahupun kenderaan, dia la yang selalu tumpangkan saya ke mana-mana saja dengan moto kriss mak dia.

Tudung pink: Si Nobita aka Ummu fadhilah Nasri. Sekelas masa tingkatan 4&5 saja. Tapi kenal baik sejak tingkatan 1 lagi. Berjiran katil di asrama dulu. Disebabkan dia comel dan manja, dia banyak kakak angkat dan abang angkat dan saya pun jeles dengan dia sebab saya comot. Sampai sekarang boyfriend saya sendiri panggil saya comot dan bucuk. haihhh, bila la saya nak jadi elegan dan menawan ni?

Ku Agil: Lelaki berbaju oghen dalam gambar di atas tak berkaitan lansung dengan raja dari negeri Kelantan. Dia adalah individu yang sentiasa mengekori saya; sejak dari tingkatan 1 hingga 5, beliau sekeals dengan saya, kadang-kadang saya amat cemuih dengan dia sebab loqlaq. kadang-kadang saya share masalah saya dengan dia sebab dia matang sket dari budak2 hingusan yang lain( dia tua setahun dari kami). Di sebelahnya adalah wife kesayangnnya.

Shamri : Yang berbaju putih itu lah, yang menjeling kebahagiaan Agil dan wife. Itulah, sapa suruh tinggal bini di rumah, sekarang sibuk menjeling kebahagiaan rumah tangga orang. Bini Sham adalah jiran saya.

KakYah aka Siti Hasniah; adalah kembar kepada Siti Hasnani, sekelas jugak. Walaupun dia kakak kepada Nani, tapi Nani lebih matured dari KakYah. haha. Sekarang Kak Yah adalah surirumah separuh masa. Separuh masa lagi dia adalah tailor dan guru tuisyen. Yang sebelah tu, suaminya, Jat.

Azirul: Ini lah orang kampung saya. kenal sejak darjah 1 lagi. Merupakan conglomerate terkemuka di Bukit Chabang, dengan empayar perniagaan berasaskan makanan dan sayuran milik keluarga sepupu-sepapat, adik beradik, aset kekayaan beliau dikatakan hampir-hampir membuatkan Donald Trump ingin membuat merger&acquisition dengan company beliau. Di samping itu, beliau kini berjinak-jinak dengan bisnes dalam bidang berkaitan dengan pendidikan. Tapi segalanya adalah masih lagi rahsia.

Palie: budak ni saya kenal sejak tingkatan 1 -3. tingkatan 4&5 dia bersekolah di Kangar. Urban la konon. Tapi akhirnya, tingkatan 6, beliau membuat comeback dengan jayanya di SMKRPMTF. Sempat jumpa sebulan sahaja sebab saya pulak nak merasa hidup Urban di Petaling Jaya. Dulu beliau adalah wartawan di Crime Desk Sinar Harian, sekarang dah jadi paparazi, cover semua berita tentang Britney Sopiah, Hillary Duff, Nas Adila, Anita Sarawak, Rabecca Nur Islam, Tailor Swift, dan yang paling beliau suka ialah berita tentang Sir Elton John.

 

5 Responses to “Sekali sekala jumpa, ada macam macam cerita ceriti”

  1. teringin nk jumpa shamri anak pakcik musa yg aku kenal dr darjah 5 lagi..

    ku agil ygb sememangnya sekelas hinggala aku meninggalkan bt16 dan perlis pd thn 2000 dulu…

  2. mohdfazli Says:

    hensem gila yang baju puth, gambaq bawah, putih gebu

  3. pali tk gila..tp kureng…kihkihkih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s