Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Sepetang di Wang Klian Januari 29, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:25 am

Hari Ahad lepas, saya mengekori kaum kerabat saya untuk ke pasar sempadan di Wang Klian. Seperti biasa, untuk shopping tingkap dan saya tak berhasrat untuk membeli apa pun. saya cuma hendak mencuba camera baru saja. tapi saya macam malas nak bergambar bersungguh-sungguh dan tekun lantaran cuaca yang terlalu panas dan membuatkan saya pening kepala. Jadi, hasilnya adalah gambar yang malas-malasan sahaja.

Saujana mata memandang..sebetulnya, saya suka melepak atas bukit ni, sangat best.

 

Minggu ini saya…

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:39 am

Hari Isnin- Bekerja seperti biasa di Perlis office, pulang lewat, sumbat pakaian dalam beg, nak larikan diri dari rumah.tidor lewat.Ngantuk.

Hari selasa- bangun awal, melarikan diri sebelum matahari naik, sampai di KL jam 10.30am, berkerja di Mercu UEM, KL Central. Malam, dating dan melepak dengan Mucid, Nadya dan Roohi di Starbuck Mid Velley sampai tengah malam. Tidor lewat. Ngantuk.

Hari Rabu- Bangun awal, kerja seperti biasa di KL. sesampai di KLIA, flite delay 40 minit. Sampai rumah lewat. Ngantuk.

Kamis- Bangun awal. Mata bengkak, muka sembap. Kerja macam biasa di Perlis, dating macam biasa juga. Sampai rumah, layan fb sejekap. Tido awal. Ngantok

Jumaat- Kerja. Malam ada Dinner di Darulaman Golf Club, Jitra. Balik lewat, ngantok.

Semua akhir hariku, adalah mengantuk dan permulaan hariku juga sangat sengal minggu ni.

Tapi, apa apa pun tak pe lah, semua untuk hidup saya, career saya, masa depan saya.

Jom kita layan gambar MidVelley yang dah gedik nak sambut CNY. Merrah smua.membara, menyala nyala.

 Ada budak nyibuk dalam gambar, saya dah shrink gambar dia.

Pepatung berterbangan