Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Nostalgia HS Cafe Januari 27, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:24 am

Ini dah masuk tahun kedua saya tinggalkan UIA. Banyak juga benda yang saya dah lupa tentang UIA, tapi, yang pasti, satu benda ni saya tak akan lupa sepanjang hidup saya di UIA.

Banyak perkara pahit manis masam masin payau-payau kelat berlaku di HS cafe, atau nama penuhnya Human Sciences Cafe. Cafe Department saya la tu. HS cafe adalah tempat saya makan, tido time tunggu order, study cam cipan before quiz or midterm exam, tempat berpersatuan, tempat bergosip, merendek dan memerhati.

ok, cerita bab makan, makanan paling saya suka kat HS cafe tu, tandoori, dengan nan. Mamak punya. tapi tu lah makanan yang paling jarang saya makan, mungkin sebab saya malu dan malas nak beratur panjang. ow ya, saya suka makan tandoori hanya pada saat saat akhir saya di UIA. Dengan Mai Salamin, especially selepas balik kerja(practical, tapi stay dalam UIA).

Saya bukan kaki study, saya hanya akan study pada malam sebelum peperiksaan, sambil menulis point-point penting atas kertas kecik untuk kuatkan memori sahaja. Tapi akhirnya, kertas kecik tu lah yang saya usung kesana kemari, baca di HS cafe atau HS square. Paling suka membaca di tempat yang mengadap sungai.My best companion mestilah si Mis si Hantu Jepun.

HS cafe juga menjadi saksi kepada keaktifan pelajar-pelajar berpersatuan. Kat situ la kami makan sambil meeting sambil rapatkan ukhuwwah dan sambil cari calon calon suami dan isteri. Yang selalu ada di situ ialah Comrade(agaknya mereka chop lokasi bahagian atas tu selama-lamanya), Budak-budak Singapore, Titian Asli, sekali sekala, Censerve, BEN, err Maaruf Club jugak.

Bergosip dan merendek adalah aktiviti yang aku lakukan bersama-sama dengan coursemate, sama ada budak-budak PR atau Communication amnya. Gossip tentulah tentang lecturer ini begini, budak itu begitu, atau tentang program2 PR dan COSA. I miss my gossiping friend, kinda hard to see Warni, Zura, Mai, Shiela, Ima, Ita, Zul, Dila, Arin, Tonah, Dilla, owww Mis, Paan, errm eh, sapa lagi ek, bukan ramai ke?tak ingat. ,ow Epul.

Dan aktiviti yang paling kerap dilakukan ialah memerhati. Dan aktiviti memerhati atau mengusya ini dilakukan secara exclusive dengan Mis. Dengan Mis ja. Orang lain tak tau. Tu yang aku rasa cam nak sekeh ja budak Mis ni bila dia sombong sangat sekarang.Kami perhatikan segalanya sebenarnya. Dari manusia, tumbuhan, haiwan, sampai ke objek tak bergerak. Semua. Mis paling best kalau dapat usya si Ayub, budak Indon. Aku?ada laa. Walaubagaimanapun, kami berdua, secara sepakat dan muafakat, suka perhatikan sorang budak blues ni. tanpa sebab. yang pasti sangat blues, dan pelik, boleh, dia bersandar kat pokok sambil termenung, time tunggu bas di Aminah, dia akan duduk di tembok yang tingginya hampir sama tinggi dengan bumbung bus stop, haihhh, bestkan budak tu Miss.

Yang pasti, cafe HS membibitkan persaudaraan, memekarkan rasa cinta dan kasih sayang, merapatkan jurang dan menghabiskan duit PTPTN je. Makan makan makan.

 

4 Responses to “Nostalgia HS Cafe”

  1. Mai Salamin Says:

    ngeh3… tandoori dan nan.. teringat zaman2 praktikal kat “tut”.. di zaman *im not single but im availabe.*(..erk?? apekah..) dulu ada ‘impian indah’ iaitu..how i wis i can marry a mamak..so that can eat tandoori n naan…or naan cheese setiap petang..secara konsisten dan yg penting sedap n free! huhuhu [yer, di saat ini tipah tgh mengasah siku beliau utk meluku kepale saye kerane saye telah mengarut di sini…]

  2. Paan Says:

    weh,sapa dak blues tuh,aku x penah dgq pon! tp aku paling setuju part last tue.. menghabiskan duit ptptn jekkk… uwahaha

    • mayyaclassic Says:

      budak blues tu aku ngan mis ja tau. dia budak econs, putih-putih macam China..comei, ada awek. Pakai baju macam korean. haha


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s