Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Sepetang di Kuale Januari 18, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:51 am

Hari Sabtu, petang, balik saja dari meluangkan masa bersama bos tercinta menyiapkan power point untuk presentationnya, saya mengekori keluarga saya berjalan makan angin di Kuala Perlis, sambil beli mentarang dan kerang. Mencuci mata sekali sekala dengan pasangan yang merendek baik punya, macam belangkas sedang mengawan. Sempat snap beberapa photo menarik.Senario yang selalu saya ingin lihat.

Selepas gerhana matahari pada hari Jumaat lepas, matahari berubah bentuk  menjadi empat segi!!huh, konfiden betul.

Sebuah kolek terdampar di tepian laut, mengharap di hantar ke samudera nan luas, apakan daya, lumpur hanyir menghalang laluan, biar ia terdampar sepi, sedang yang lain bergembira canda ria, bermanja dengan ombak di tengah laut. biarkan, biarkan mereka bermain ombak. Dan biarkan aku sepi-epilog sebuah kolek terbiar.

Mak ayah sedang membeli mentarang dan kerang besar. Tak pernah nampak kerang besar dan berbulu macam tu.

Ni pulak, senario biasa di pinggir kuala Sungai Baru, tempat jual macam-macam hasil laut kering, ada sotong kering, udang kering, ikan bilis, belacan, dan yang paling saya suka, ikan satay, sedap, dan agak mahal. Tapi ikan satay tu berasal dari Manjung, Peyrok.

Laa laaa laaa.

Dah habis shoping-shoping, makan-makan pulak kat tepi pantai depan Brasmana Hotel. Burppp, segalanya sedap.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s